cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Search here too

Friday, November 22, 2013

The Memoir of Ahmad Ammar (1993 - 2013)

ALLAH YA RABB....

sedih hati bila membaca kisah AMMAR Mungkin masih ada yang tak mengetahui siapakah anak muda ini.. i pun actually tak kenal beliau.. tapi bila je terbaca kisahnya di facebook kira - kira 3 or 4 hari lalu, MASYALLAH... beruntung nya anak muda ini.. No need for me to explain more about him.. i just wanna share with you guys.. Memang i tiada kaitan apa sekali pun.. but i still wanna put his story in my blog.. membaca kisah beliau pasti, pasti sangat i akan terasa sendu dan pasti i akan mengalir air mata.. those yang nak tau lebih pasal AHMAR AMMAR ni boleh je type nama beliau.. sure banyak link tentang beliau.. here some i share with you guys... TAFADDAL....

****************************************

Sungguh, aku amat merindui Istanbul. Bumi yang disebut oleh Rasulullah di dalam hadis baginda, bumi yang bersemadinya jasad Sultan-Sultan Soleh, dan salah satunya Sultan yang disebut oleh Rasulullah sebagai Panglima terbaik yang akan menawan bumi Konstantinopel, dan di bumi itu jugalah bersemadinya ratusan ribu jasad para Syuhada.

Innalillahi Wa Inna ilaihi Raji'un.


Mulai hari ini, kerinduan terhadap bumi ini akan bertambah. Menerima khabar duka dari bumi Uthmaniah, apabila adindaku Ahmad Ammar dijemput menemui Ilahi dalam kemalangan dengan ambulan malam tadi waktu Malaysia. Mati ketika sedang menuntut ilmu, seorang lagi mujahid akan disemadikan di bumi bertuah ini. Adindaku Ahmad Ammar Ahmad Azam, Allah lebih menyanyangimu.


Anak yang taat kepada pasangan Ahmad Azam Ab Rahman dan Puan Nur Azlina. satu-satunya anak lelaki dan anak harapan terbaik kepada kedua2nya.

Pelajar tahun dua Universiti Marmara. Seorang pakar sejarah Uthmaniah dalam pembikinan. Mahir berbahasa Turki moden dan Turki Uthmaniah. Anak yang sengaja dihantar ke Turki sebagai persiapan untuk membentuknya menjadi pemimpin masa depan. Dijaga rapi di bawah penjagaan Hayrat Vakfi dan diberi didikan spiritual sepenuhnya oleh Hayrat Vakfi. Lembut budibicara dan tuturkata, menghormati orang tua. Kebaikan2nya disaksikan oleh banyak orang.

Anak yang cuba dipersiapkan ini dengan segala persiapan akhirnya pergi terlebih dahulu.

Hanya Allah yang mengetahui hikmah segala sesuatu.

Semoga Allah menempatkannya di kalangan orang2 Soleh dan syuhada.

Semoga Allah turut memberi ketabahan kepada keluarganya, dan buat seluruh adik2 pelajar2 Malaysia di Turkiye semoga kalian juga tabah menghadapi berita ini.

Allahummaghfirlahu Warhamhu 

Al-Fatihah untuk al-marhum!!


***************************************************************************
some of the pics yang i copy paste dari Facebook.


********************************************************************************

Nampaknya saya masih lagi gagal menahan perasaan drpd berhenti menulis mengenai Ammar.

Ramai sekali yang masih hairan dengan fenomena Ammar. Saat selepas kematiannya sangat luar biasa sehinggalah saat akhir pemakaman jenazahnya. Luar biasa bagi seorang yang berumur 20 tahun, yang belum habis mengenali dunia dan di saat dunia juga tidak mengenalinya.


Kali ini saya menulis mengenai pembentukan Ammar di Madrasah Hayrat Vakfı, kerana kami di Turki sama2 di bawah penjagaan Hayrat. Pelajar Madrasah Hayrat ada trademark tersendiri. Kalian boleh lihat di dalam video, mereka memakai kopiah hijau, dan berserban putih.


Ada dua kunci yang boleh di ambil iktibar untuk kita semua, agar turut disayangi penduduk langit dan bumi, iaitu:

1) Menjaga hubungan dengan Allah
2) Menjaga hubungan dengan manusia.

Pelajar2 Malaysia di Turki di bawah penjagaan Hayrat tidak tinggal di asrama2 kerajaan, walaupun pelajar tersebut mendapat biasiswa kerajaan Turki. Namun ramai juga memilih tinggal di asrama kerajaan atas alasan kebebasan. Kami di Hayrat tinggal di madrasah-madrasah mereka. Oleh itu penjagaan di bawah Hayrat lebih rapi dan sempurna daripada aspek pengisian ruhani, jasmani dan aqli, di samping persediaan akademik di Universiti.

Di Madrasah, kami pelajar Malaysia dan İndonesia lebih disayangi dan dihormati berbanding pelajar dari negara lain, mungkin faktor kelembutan watak ketimuran, dan kami tidak banyak melawan atau memberontak. Ammar lebih disayangi kerana dia yang paling tidak melawan. Seburuk2 perangai orang Arab tetap menghormati Ammar. Pernah ada seorang Arab yang kasar dan kurang disukai, kaki gaduh yang keperibadiannya baru hendak dibentuk oleh Hayrat, satu-satunya orang yg dia senang ialah Ammar. Menakjubkan. Vakif2 drpd Hayrat kalau nak cari pelajar Malaysia pun mereka tetap cari Ammar, dan jarang sekali mencari pelajar2 lain terlebih dahulu.

Di Madrasah, ada rutin-rutin yang tidak didapati di asrama2 kerajaan. Waktu siang semua sibuk di Universiti masing2 dan aktiviti2 lain. Waktu malam akan ada pengajian risalah an-Nur, solat berjamaah, dan rutin2 lain ialah menulis Risalah an-Nur di dalam tulisan Uthmaniah. Antara rutin2 yang baik lagi ialah solat sunat qobliah dan ba'diah sudah seperti menjadi rutin tetap seperti solat fardhu. Begitu juga solat2 tahajjud seperti sudah menjadi seperti solat fardu. Di madrasah ini hubungan dengan Allah dititikberatkan lebih daripada segalanya. Alangkah bahagia saat akhir kematian di dalam suasana ini.

Semua ciri2 pembentukan al-Fateh ada di sini, dan Ammar adalah batch pertama yang melalui proses pembentukan ini. Ammar dihantar di sini bukan secara kebetulan tetapi penuh perancangan rapi bagi mempersiapkan dirinya untuk ummat. Namun Allah lebih mengetahui hikmah di sebaliknya.

Terdapat dua watak pada dirinya, iaitu watak al-Fateh dan watak Abu Ayyub. Barangkali Ammarlah Al-Fateh (pembuka) yang akan membuka dan menghidupkan jiwa2 yang lain, dan watak Abu Ayyub sebagai perintis kepada laluan tersebut.

Adindaku Ahmad Ammar .. berbahagialah engkau di sana bersama bidadari Syurga.
 — with AzHar AdHalman 

********************************************************************************

sebak..Cerita tentang Asy-Syahid Ahmad Ammar..dari

MUHAMMAD BiN AHMAD ZAHiD
20/11/2013
İSTANBUL,TÜRKİYE..
Bismillah...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Oleh krn rmai yg brtanya dan ingin mngenali lebih dekat siapa Al-Marhum Ahmad Ammar Bin Azam yg baru2 ini mnggemparkn ummah dgn pemergian beliau mnghadap Ilahi. Maka sy sbg sahabat spengajian beliau di Turki brasa brtanggungjwab utk mmperkenalkn serta mem 'promote' kn sgl kebaikan yg beliau prnah lakukn smasa hayatnya mudah2an ia dikira ilmu brmanfaat yg dtinggalkan beliau (yg mana pahalanya brterusan shingga kiamat). Harap kpd siapa yg baca, baca lah smp tamat. Maaf ia agak pnjang dan akan mngambil masa paling kurang 20 minit dgn bnyak ayat yg x trsusun.

Beliau ntara student Msia trawal ( beliau batch ke 2, sy ke-4 walaupun smp skrg student msia d Turki x smp 35 org pun) yg mlawan arus perdana apabila mmilih Turki sbg destinasi pngajian setelah SPM. Sbb tu kami pggil beliau Abg Long. Agak aneh, seorang yg pernah dinobat sbg pelajar kedua trbaik SPM 2010 di RMC dgn pencapaian 9A1 1A2 mmilih utk smbung d Turki, Negara yg sering dlabel sbg Negara eropah yg 'sakit'. patutnya beliau ke tempat yg lebih brprestij. dah la amb Turki, ingatkn amb medic ke, atau engineering, tgk2 amb sejarah, bidang yg sering diamb oleh student gred C dan D, sjarah Uthmaniyyah plak tu. MashaAllah. Bila prtama kali sy tnya beliau knapa pilih Turki dan amb sejarah. Jawapan beliau "Turki ni dulu prnah jd pusat Dunia Islam 600 tahun, xde kuasa dunia yg lg lama drpd tu, Negara lain pun respect n tunduk dgn Turki, knapa kita x bngga, tu sjarah kita. kita boleh kmbalikn balik sjarah tu. lpstu kita ni da blaja tinggi2 last2 org yg blaja lebih2 kurang plak control kita. sbb tu ana amb sejarah". Cukup trsentak dgn jawpan tajam beliau.

Beliau seorg yg sgt pndiam, tp skali beliau cakap, smua org nk dgr dan akan ingat ap yg beliau cakap. Beliau jg sgt susah nk gelak ketawa, tp skali beliau ketawa smua org ingat bila dan apa yg buat beliau ketawa. Beliau jgn haraplah nk brckp dgn perempuan, sgt kekok klu beliau dlm situasi trsebut. prnah skali beliau bwk student msia overseas yg dtg cuti d Turki dn kebetulannya perempuan, oleh krn beliau malu nk bg tahu kt perempuan trsebut, beliau call seorang sahabat kami yg amb master d Turki utk tlg bg tau perempuan tu apa yg dia nk bg tau. Padahal beliau ad dpan prempuan trsebut. MashaAllah begitu skali beliau mnjaga dirinya.

Beliau seorang yg sgt rajin menolong, klu ad prgrm ap2 d rumah, beliau org yg pertama smp utk bantu bentang tikar, sapu2, kadang2 masak dan hidangkan makanan. beliau jgla yg last skali balik sbb nk bantu gulung tikar, sapu2 balik, basuh pinggan dn bungkuskn makanan. Sungguh luar biasa akhlak serta tingkah laku beliau. Beliau sgt sopan santun, sgt brjaga2 ketika brtanya dn sgt brdisiplin. sbb beliau prnah ckp "dulu mse kecik2 mmng kuat ah main2 tp lpas masuk RMC mmng kna train habis". Sy cukup rapat dgn beliau dan keluarga beliau malah sy mngenali bapa beliau Hj. Azam sudah 10 tahun. mana tidaknya msa first time sy ngaji dpan org umur 8 tahun, atas prmintaan bapa beliau lah yg ketika itu masih Presiden ABIM, sejak itu lg sy aktif dlm prgrm ABIM dan WADAH sehingga kini. Sejak sy smp d Turki, klu sabtu ahad, sy akan prgi ke rumah beliau dkt Fetih Mahallesi (hari2 lain sy d asrama Turki) ,mkan sma2, beliau masak, brsukan, brdiskusi smp tulis kt whiteboard dan akan tidur d biliknya. ntara cara beliau ialah sbelum tidur dan bangkit dr tidur, beliau akan tepuk tilam dan baca 3 surah Qul, pd masa tu sy ingat mungkin dr sek. menengah lg kot dia mcm ni. Beliau sering tidur lewat krn mmbaca buku (buku2 nya bnyak yg dah ghabak dan bnyak tulisan menunjukkan yg mmng beliau mmbacanya). Bulan lpas, sy dminta utk bentang mngenai sejarah Uthmaniyyah di laman Univ. Terbuka Anak Muda (UTAM), beliaulah yg sy jdkn rujukn utama. beliau pun bg la buku2 dan article2 sbg prsediaan utk sy. Beliau jg cadangkn supaya setiap minggu mesti ad student yg akan present mngenai apa2 ikut bidang masing2. 

Ketika Eid Adha yg lalu, kami (student Msia) brkump. brsama2 selama sminggu. dlm seminggu tu ad 1 hari full prgrm dr pg smp mlm. kami dibahagi2 ikut kump. Dtakdirkn Allah, kump sy dketuai oleh beliau. tp yg lawaknya nama kump sy yg beliau bg.oleh sbb beliau sgt suka Sultan Muhammed Al-Fatih, maka nama kump kami yg beliau bg ialah 'Fatih Var Mı?' yg brmaksud Fatih ade ke? sgt kelakar sbb nama kump kami soalan. Jd setiap kali nama kump kami dpanggil, smua akan ketawa trbahak2 trmasuk kami dn beliau sendiri. Tugasan kami adalah pg ke muzium Atatürk dn buat skit research. Dlm muzium itu, beliau seolah2 jd penceramah apabila sgl gambar2 yg ad dlm muzium trsebut beliau trangkn dgn detail lebih drpd petugas2 muzium trangkn pd kami.

Ad skali tu time mkan mlm d rumahnya, beliau crita pngalaman beliau smasa mngikuti misi kmanusiaan d Syria. Beliau kt,"Ana ni bukannya reti Arab". smua org yg mnyertai misi ini tahu bhs arab dn bila tentera Syria tnya dr mna dtg, mrk jwb Syria (walaupun bukan sbnrnya). bla smp turn beliau dtnya, beliau jwb Maliziya, trus x dpt masuk. Alhamdulillah beliau brjaya jg cari jln belakang dn masuk pd waktu mlm scara smbunyi. Sbelum bliau pg, beliau prnh kt "ana klu tgk prempuan2 Turki ni msti rsa mcm nk kena kwen da ni, x tau sbb apa". ketika beliau brmalam d wad hospital Syria , beliau trdgr bunyi bom yg sgt kuat, trus beliau mengucap dn brsedia utk syahid (krn salah satu tujuan beliau ke Syria jg adlah utk syahid). kemudian x de apa2 brlaku beliau trus tidur. Dlm tidurnya beliau brmimpi brtemu bidadari. Ketika hari terakhir beliau d Syria, beliau ad brtanya dgn sorang pemandu di Syria (kbetulan driver tu boleh ckp inggeris skit2) "knapa pemuda2 kt sini brani betul dn nk syahid" driver tu jwb "pemuda kt sini da x pandang da harta bnda dan wanita2, diorg sume hnya tggu syurga dn bidadari syurga, sbb tu diorg nk syahid". Beliau pun ceritakan apa yg beliau mimpi, driver tu kt "awak ni boleh mati syahid ni". Sekembalinya beliau ke Istanbul dgn slamat, kami pun (psl baru habis baca buku 'Kemenangan yg Tertangguh oleh sdr Hasbie Muda) gelarkn beliau 'Syahid yg Trtangguh'. Bila beliau cerita pd kami yg beliau mimpi. kami smua gelak dan kata, "nta ni kuat sgt brgurau". Namun hari2 berikutnya beliau mmng brubah, setiap kali beliau pndang prempuan, tiada apa2 yg drasainya. 'Ajeeb!!!

Prnah jg beliau minta pd sy, "nta tlg ngaji time ana kawen nnti ye" sy pun jwb smbil trsengheh "dah dkat ke? dgn org mna?" Beliau jwb "ana mintak ayah ana carikn, ayah nk cari org bosnia" ktanya smbil brseloroh. Beliau jg ckp "nnti klu kt ana meninggal kt sini pun nta tlg ngaji jg skit paling2 pun Qul huAllah pun ok la" sy pun jwb "x yah la ckp2 mcm tu".

Bbrp hari sblum beliau pergi mngahadap Yang Maha Esa, kami brtemu dlm satu majlis makan malam di Çamlıca. turut dhadiri oleh menteri pelancongan, Dato' Seri Nazri Aziz. Kbetulan bbrp hari sbelum itu pula, sy brkesempatan brtemu dgn Menteri Luar Turki, Dr. Ahmet Davutoğlu (nnti sy terangkn knapa sy selitkan nama Dr. Davut). Beliau tanya sy mcmna bleh jmp Dr. Davut sbb beliau nk sgt jmp dgnnya. Sy jwb Dato' Seri Anwar Ibrahim yg bwk jmp msa dia dtg Beşiktaş hari tu. Beliau kt Dr. Davut seorang yg sgt bijak. Gandingan EGD (Erdoğan, Gül, Davutoğlu) shj dah boleh gerunkn musuh2 Turki. Pd mlm itu beliau brcakap bnyak lebih dr biasa.

HasbunAllahu wani'mal wakeel, Wallahi x sy sangka2 itulah prtemuan perpisahan kami di ardhillah ini krn 2 hari slps itu, insan yg sudah sy anggap sprt abang dn murobbi tlh dpanggil mnghadap Tuhannya. Beliau prgi meninggalkn kami dan ummah buat slama2nya. Saat beliau ingin melintas d jln raya, kaki beliau trgelincir krn jln mmng agak licin, trus dlanggar sebuah ambulan kena bhg bahu bliau (faham2lah ambulan Turki laju mcmna). Kami trus ke hospital utk urusan forensik. Ibu bapa beliau tiba d airport pd besoknya dgn keadaan yg ckup tenang (sy x prnah melihat wajah setenang mrk yg baru shj kehilangan seorang prmata yg lebih awal dpanggil olehNya, malah beliau mrupkn satu2nya anak lelaki dlm kluarga). Sy masih x dpt trima hakikat ketika itu, ia sprt mimpi. Setelah jenazah dmandikn, kelihatan peluh msih ad pd wajah beliau. Sy knal muka beliau time tidur dn begitu lah wajah yg sama pd ketika itu, mmng rasa mcm nk kejutkn je. Namun Allah lebih mnyayangi beliau.

Ketika jenazahnya d solatkn di Masjid Ayyub Al-Ansaari, ribuan yg hadir. Pd ketika itu, saya yakin beliau seorang yg tiada musuh. Rakan2nya sama2 ponteng klas pd hari itu sbb lecture2 pun x dtg univ. smata2 utk brsama solatkn jenazah beliau. Saat dkebumikn di prkuburan Eyyüp Sultan Camii, rmai yg x sangka beliau boleh dtempatkn d situ (krn prkuburan tresbut jg ad maqam sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansaari serta para mukminin yg lain, jd agak luar biasa klu org yg tiada kaitan dgn krajaan tmbahan pula foreigner utk dtempatkn d situ) MasyaAllah. Ketika itu, kwan2 univ. beliau turut mmakai lencana gambar beliau pd pakaian masing2. Dlm video ini, sbnrnya bukan sy djemput utk bc surah Al-Ikhlas (x sprt yg trtera dlm video), tp sayalah yg minta utk baca. Sy ckap dkat Hoca bhw Al-Marhum prnah minta sy bc pd msa ini. Sy pun baca surah Al-Ikhlas sbnyak 3 kali (dlm video tu kali prtama), kali ke2 dan ke 3 sy sebak dan x dpt menahan air mata yg mengalir mengenangkn prmintaan beliau smasa hayatnya yg pd masa itu sy fikir beliau brgurau. setelah selesai urusan pengkebumian, bapa beliau jmp dn kata pd sy smbil senyum "nnti bc lama2 lg", sy trdiam, hati sy kata pkcik ni x rsa sedih ke, sy lebih emosi dr bapa beliau ketika itu. Pd keesokan harinya, bapa beliau mndpt pnggilan telepon dr Dr. Davut yg turut mngucapkan takziah. SubhanAllah, siapa sangka org yg teringin sgt beliau nk jmp smasa hidup tp x brkesempatan. Namun saat beliau pergi turut mndpt pengetahuan org itu. Bbrp hari yg lalu, fakulti beliau d Univ. Marmara tlh menanam sbuah pokok yg dberi nama smpena nama beliau. Papan utama d Marmara Univ tertera "AHMET AMMAR, BİZ ÇOK SEVİYORUZ" yg brmaksud " Kami amat merinduimu Ahmad Ammar". Bapa beliau tatkala melihat suasana trsebut kata pd sy smbil mnggeleng kepala "ini bukan anak yg pkcik didik ni, mesti ad org lain yg didik dia smp ke tahap ini."

Last skali sblum beliau pergi, status terakhir beliau d FB surah Taubah ayat 111 yg mana Allah brfirman "Sesungguhnya Allah mmbeli org2 mukminin, diri mrk serta harta mrk dgn syurga" ckup mmberi kesan kpd sesiapa shj yg mmbcanya. Sy redha beliau tetap telah pergi. hnya ilmu, nasihat dan smangat yg beliau tggalkn pd sy. kalau dulu org sebut Fatih var mı? pasti akan ketawa trbahak2, namun kini kalau dsebut lg, hnya wajah beliau yg akan dkenang dan air mata akan mngalir. Rmai diantara kami ingat apa yg jd pd beliau akan mnjadi kerisauan ibu bapa d luar utk mnghantar anak2 mrk ke Turki. Namun kuasa Allah rupa2nya beliaulah pncetus dan pembuka mata kpd masyarakat utk mula mngenal apa itu Turki dsamping mnjalinkn hubungan yg erat ntara Msia dan Turki.

Sungguh, beliau hebat,hebat, mmng hebat!!!. Moga dgn hnya menonton video ini rmai lg pemuda2 yg akan mengikut jejak wira uthmaniyyah ini. Sy pasti dan akan slama2nya mencemburui beliau. "Abg Long Ammar Ağabey.Seni çok seviyorum". Doakan beliau dtempatkn brsama para mukminin.


*******************************************************************************

here i put one link which we can share some of the story about AHMAD AMMAR..



youtube ni lah yang memula i tengok.. sebak sungguh.. saksikan lah...

28 comments:

  1. salam takziah dan al-fatihah buat beliau...

    ReplyDelete
  2. Salam Sis Azian..

    saya mengimpikan untuk mempunyai seorang 'ahmad ammar' saya sendiri..
    InsyaAllah..
    jika diizinkan Allah, nak sangat mempunyai seorang anak lelaki yg mengikuti jejak arwah..
    moga arwah tenang di sana..
    Al-Fatihah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam dear...

      apa tah lagi hati i ni dear.. membayangkan anak2 lelaki i masa membaca kisahnya.. hinggakan ada sorang kawan ni bg tau kat i, masa dia baca ammar's story, dia terbayangkan my eldest tu... sayu pulak hati i ni.. ni dah bergenang dah ni.. ya rabbb...

      Delete
    2. assalam..kak yan..hebatkn dia?sedara dia ada di mesir ni juga..dia yg bgtau dil melalui email aiman ni dh meninggal sebelum org heboh2 kt fb....sbb dil penah terjumpa dengannya di rumah anakyatim rohingya..masa tu ada kerja amal..pemberian ramadhan.orangnya mmg sangt2 sopan dan penuh ilmu..diam je orangnya..tapi rajin dan murah senyum..dil x cakap pun dengan dia..hanya lihat menyampaikan hagah2....selain tu penah gak dia kuar dalam tv al-hijrah sebelum meninggal.tapi bila dah meninggal..baru tau siapa dia..hebatnya dan bertuahnya dia..dil pun menangis x berenti juga...huhuhu..semoga kita dan anak2 kita menjadi sehebat dia..amin ya rabb..

      Delete
    3. Tak tau nak kata apa. mmg sangat sedih.. semoga dia berbahagia di sana..

      Delete
  3. alfatihah buat ahmad ammar
    semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman

    ReplyDelete
  4. Al Fatihah..
    Banyak yg kita boleh belajar dari beliau, walaupun usianya masih muda ketika dijemput Ilahi

    ReplyDelete
    Replies
    1. INSYALLAH.. tapi sabar kah kita sesabar ibu bapa arwah..

      Delete
  5. Saya pun sebelum ni tak pernah kenal siapa Ahmad Ammar... sampailah berita kematiannya tersebar di FB dan seluruh dunia... Al-Fatihah untuk beliau

    ReplyDelete
  6. Al fatihah...semalam tengok video ni memang tak tertahan terus airmata mengalir...sesingguhnya Allah itu Maha Mengetahui..anak muda yang berjiwa besar..

    ReplyDelete
  7. Salam Takziah..Al-fatihah

    http://norfaezah-zakaria.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Alfatihah utk arwah ammar.. tk pernah kenal sebelum ni hingga lah kisahnya kehebatannya tersebar dengan meluas.. insyaAllah..if baby kt dlm ni boy.. akan dinamakan dia sempena nama Ammar.. moga dia jadi pemuda berjiwa besar seperti ammar (yang kuat iman, yang memakmurkan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. INSYALLAHHH... AMEEN.. akak pun duaa all the best to u.

      Delete
  9. alfatihah... arwah memang anak muda berjiwa besar...

    ReplyDelete
  10. Betul kak,saya everytime baca kisah anak muda bertuah ni pasti laju je nak meleleh air mata.Luhurnya budi pekerti arwah ni.Beruntung ibu bapa dia.Mudah-mudah mereka kembali bertemu di Syurga kelak..al-fatihah buat Al-marhum Ahmad Ammar

    ReplyDelete
  11. Assalam
    'Raja yang baik dan tentera yang baik'

    ReplyDelete
  12. Kak yan...sehingga ke hari iini alin masih terfikir2 arwah..w/pun tak kenal namun ceritanya cukup meyentuh sanubari. Alhamdulillah...baru mendapat anak buah lelaki yang bakal menjejak jejaknya..

    ReplyDelete
  13. Al Fatihah.

    Ada juga baca tentang beliau. Memang anak muda yang hebat dan berfikiran jauh. Moga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

    ReplyDelete

cliks..cliks