cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Search here too

Thursday, February 3, 2011

Bila cuti ....

Hari ni CNY. Cuti lah kan.. My parents tangguhkan dulu nak balik kampung. Hari ni birthday Chef KoYa dan PamanMie. Pepagi lagi My Mommy dah cakap nak buat Nasi Lemak as our lunch.. Emmm..dah lama tak makan. Hubby ajak keluar untuk beli bahan - bahan yang tak cukup. Rasanya baik kalau belanja barangan dapur sekali. So, ke Giant lah as usual. Dah siap belanja, si kecik yang mengikut nak makan dulu. Dia tak breakfast. Tunggu dia selesai, barulah kami balik.
Satu trolley dah penuh, depan tu ada satu lagi..Bawang besar dah naik harga dah weii.. Dulu beli satu peket besar tu just RM21.90. Tadi beli, RM24.99..Walaupun bukan hari Sabtu, i dah terbiasa bawak recycle bags kalau berbelanja.
Si Kecik punya roti sausage.
Plus Long Sausage dan some crab sticks.
Lapar sangat gamaknya. Punya lah banyak.
Tiba rumah, kerah anak - anak bujang i punggah segala barang. Tetiba lak angin nak mengemas. Tengok peti ice, meruntun hati.. Semak, kotor, tak terusus. Emmm.. bibik i memang selalu buat i sakit jiwa. So, i pun tunjuk rajin, mengemas lah..
Tengoklah tu punya lah bersepah - sepah. Entah apa - apa tah yang ada dalam. Berhempas pulaslah i mengerjakannya..Then.......................

tadaaaa.....
Compartment untuk cake, tak boleh nak usik sangat.
Sayur dan buah - buah dah diselamatkan.
Bahagian lain, bersih.. Yang lain - lain i campakkan dalam peti ais lama. ALHAMDULLILAH..
Lepas clearkan peti ice, i pun menyusun barangan yang dibeli tadi. Kalau tak sure sampai malam nanti baru dapat diselesaikan. Tak pe lah.. I amik tugas tu..Bibik i ni lemah gemalai sikit. Sabar je lah..
Some of the items yang dibeli. Ni baru sebahagian.
Junk food pun ada. Biasalah kalau belanja dengan Hubby sekali. Kalau i sendiri, jarang bebeno i beli.
Telur ni just ration untuk seminggu lebih.
Ni lagi sebahagian. Stock curry powder pun dah habis. Ingat esok nak buat Chicken Curry. Harap - harap berjaya.
My Mommy still sedang masak. Nasi pun almost masak. Emm..bau Nasi Lemak My Mommy dah mengaruk satu rumah.. After prepared the table, kitarang pun pulun. Emmm..kenyang sungguh. Bila dah berkumpul reramai, makan pun bertambah.
Dah nama pun CNY kan. I pun rembat lah limau yang kecik - kecik ni. Manis. 1 pack lebih kurang RM4.50.
Big table dah ready untuk diserbu. Pasal kami nak makan nasi lemak, kitarang beli daun pisang dan letakkan saja atas pinggan. At least ada bau daun pisang.
Sambal tumis tu yang paling sedap dari My Mommy. I makan bertambah.. Huuh.. hancus diet..
Malam nanti ada makan lagi. Kira a big one lah. Pasal nak buat simple celebration untuk PamanMie dan Chef KoYa.. Tungguuuu...

26 comments:

  1. Waduh buk! Kok orang pun bisa dimuatin dalam esbok itu!

    Nasi lemak itu memang nampak menyelerakan - tambah pulak diletak atas daun pisang. :)

    ReplyDelete
  2. msk umah akak mesti terliur tgk mknan....

    ReplyDelete
  3. kalau kat kg ni kak yan, daun pisang ambik kt belakang rumah je, hehe..

    ReplyDelete
  4. Salam Kakcik,

    geli hati..tupun kan kak, ada satu lagi esbok lama. pun penuh.,.

    tulah..walaupun tak bungkus, asal dpt bau cukup lah..

    ReplyDelete
  5. CikYan.....bestnya pegi shopping ginih. kin pun slalu pegi giant sbb senang nak cari barang. almost everything ada kat sana. harga pun ok...teliur tgk nasik lemak daun pisang CNY tuh..hehe

    ReplyDelete
  6. sedap nasi lemak tu...
    lapar la pulak...

    tapi dah mlm ni...tido jer la...

    slmt malam yan....

    ReplyDelete
  7. Salam Alida,

    haiii...akak kan terkenal dgn bab2 jalan2 cari makan..

    ReplyDelete
  8. Betul Afida. Just jalan ke belakang umah sikit, dah dapat. Ni nak kena beli..

    ReplyDelete
  9. Salam Kin,

    dulu i shopping kat Tesco. Tp biasalah bila ada kempen boikot, langsung p Giant. Lagipun i dont hv to bersesak2 di Giant. Mcm2 brg yg mmg dah hafal kat mana nak amik.

    Traditional food ni kan mmg mengancam tekak.

    ReplyDelete
  10. Salam Ainnoraini,

    tidur je lah.. Jgn tambah lemak..hee

    ReplyDelete
  11. Salam Mamashaza,

    memang sedap. Itu pun takat alas je pun dah rasa best..

    ReplyDelete
  12. kak Yang..sedapnya nasi lemak tu..kecur air liur huhuhu

    ReplyDelete
  13. Salam Emy,

    nasi lemak my Mommy yg the best..

    ReplyDelete
  14. ok gamba last tu menyelerakan.

    aaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  15. samaaaa lagi kak!
    mak saya dtg ritu pun sempat memasakkn nasik lemakkkk kat umah ni... ;)

    ReplyDelete
  16. salam kakyan, sedap nyer nasi lemak tueee..kalah nasi lemak antarabangsa.

    ReplyDelete
  17. Salam Miss B,

    akak sampai tambah dua kali tu..

    ReplyDelete
  18. Salam Suzi,

    pp ye ke..hee.. seronok kan bermanja2..

    ReplyDelete
  19. Salam BSB,

    mmg dah bungkus dah pun kan Nasi Lemak ANtarabangsa tu kan. Yg ado cuma kat Kg Baru.. mmg boleh celen..

    ReplyDelete
  20. wah bnyk akak berbelanja...x pe, big family sesuai lah berbelanja bnyk...kl rin 2 3 bulan baru hbs...


    terliuq tgk nasi lemak tu...nasib baik petang tadi baru lps mkn nasi lemak...kepala dah snyonying ni...huhuhu...

    ReplyDelete
  21. Salam erienz,

    awak tu berdua je. Akak ni sekapal.. Anak2 bujang akak tu tgh membesar. n now sorang anak sedara duk umah akak. Badan pun sedap2 n selera pun hebat2.. faham2 je lah ye..hee

    nasi lemak mak mmg lemak tak sama nasi lemak kat luar kan..

    ReplyDelete
  22. wah dap nye nasi lemak tu.

    kolo mak / mentua yg masak mmg diet tolak tepi hehe

    ReplyDelete
  23. Emmm betul tu Fara.. Sebab tu kalau kumpul sekali sure weighing scale melompat2..

    ReplyDelete
  24. nasi lemak tu nampak sedap sangat...adoiiii lapanya

    ReplyDelete
  25. ALHAMDULLILAH..sedap lah kot.. Licin.. he

    ReplyDelete

cliks..cliks