cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Search here too

Monday, March 28, 2016

RA Korea Trip 4 - Nami Island and lunch at Drama Cafe


Okkkk.. sambung balik cerita Korea kami.. tetiba macam terlarut  emosi.. malas tetiba nak buat new N3.. eeeee... kena semangat kann.. okkk.. jengah kejap kat S I N I.. cerita Korea kami yang lalu. Planned pepagi nak ke Nami.. tapi almaklumlah kan.. badan dah penat.. bangun dah pagi, tapi bila bersiap, sambil malas2.. planned nak keluar at 7am, but then sampai pukul 8.45am pun masih kat hotel lagi. habis breakfast terus kami ke Myeongdong Station. 


how to go to Nami Island by using the metro subway?

I bagi tip ye.. some yang dah pegi sure dah tau sangat.. so i share with those yang baru nak pegi ni.. pengalaman sendiri lah gitu kan even dah blog walking tiap blog orang still ada yang tak jelas. bila dah kat sana baru kita faham betul2..  i referred to this   L I N K .

First. at Myeongdong Station, we used our T-Money and took  LINE 4 for 3 stops and  this train was heading to Danggogoe..(kenapa mesti nak tau ke mana train ni pegi? sebab di station tu nanti kita kena tau arah tujuan train tu baru lah betul arah train yang perlu kita amik. So for Nami kita kena ambik train yang heading to Danggogoe dan bukan arah ke Oido.) tengok map train tu ye.. 

Ok.. after 3 stops, we arrived at Dangdaemun Station. and here we needed to change our train and took LINE 1 which this train akan menuju ke Soyosan but not to Incheon. We stopped at Heogi. (5 stations that we passed by  were Dongmyo, Sinseoul-dong, Jegi-dong, Cheongnyangni, and last one was Heogi. 

At Heogi Station we took Gyeongui-Jungang Line which towards to Youngmun for 3 stops and stopped at Mangu Station... but  we can stop at Sangbong which stops for 2 stations also then take Gyeongchun Line which towards to Chuncheon.   


kekunun  nak masuk train lah tu.. tapi pengalaman kami. heeeeeee... masa nak turun kat station mana tah, lupa i.. 3 of us tercicir dalam train.. jadi kami tunggu lah depa patah balik ke station yang kami perlu stopped tu.. suspen lah gak.. cuma ALHAMDULLILAH Mem Sue sama dengan yang lain. kalau our staffs je, mau depa menangis kat dalam train tu.  memang kelakar lah. 


tak lama kami yang lain menunggu, they made it,  then kami terus kan perjalanan.... kena jalan jauh sikit untuk tukar train. 


needed to change our train at Mangu Station. 


we took lift sebab at Mangu Station ni memang agak sunyi. tak ramai orang dah.. so we took lift and no need to share with elderly or any handicapped people.. 


at Mangu Station ni kami agak blur. sebab train belah kanan dan kiri rupa2nya sama je nak ke Chuncheon. So you all boleh amik mana2  train yang stop kat station Mangu ni.. sama arah. dan hanya perlu tau kat mana nak turun. 


bertanya lah dengan Ajumma and  Ajeossi ni. depa sepatah haram tak tau bahasa Inggeris you.. i pun blasah cakap Melayu. yang ada dan faham kat situ satu je.. Nami Island or just say, Nami San. sama arah lah kita dengan depa.. percaya lah..


once the train arrived, all of us pun menuju ke Gapyeong Station.. semua nak ke Nami Island.. So from Mangu Station we needed to passed by about 11 stations and reached at Gapyeong. 


sepanjang perjalanan..


pemandangan biasa kalau kita naik train menuju ke Gapyeong.. ada yang berjualan dalan train. 


disebabkan the journey from Mangu Station to Gapyeong agak lama and the train tak ada tempat duduk, so Kanak - kanak Ribena pun duduk je atas lantai train ni. biar lah.. at least kaki depa tak terlalu penat nanti.



duk lantai je lah yeee.... kat Malaysia tak buat kan. and bukan hari - hari ke Korea. ..


agak lama gak lah baru nak sampai Gapyeong.. and Mem Sue steady je berdiri.. 


dan akhirnya kami sampai di Gapyeong Station. dalam train menuju ke sini ramai gak kami berjumpa dengan Malaysian.. ada yang sangat ramah. dan tak kurang gak yang sombong bila dah sampai Korea ni.. pandang muka pun depa tak larat, apa tah lagi nak menegur kita.. selalunya kan too obvious kalau kita dengar sesama kita berbahasa Melayu di negara asing kan. sure nak terpaling malah nak menegur.. tapi biasalah.. ada je makhluk yang sombong ni.. apa ingat naik private jet ke apa ke Seoul ni.. (hhh...sudah2lah belalang, jangan membebel. heeeee). 

Actually at first we planned nak stop kat Cheongpyeong Station coz we decided to go to Petite France first  then baru ke Namisan.. means after the park, cantik sangat waktu nya for lunch and maybe some of us boleh ke musallah.. then lewat2 boleh lah balik ke Seoul semula. but then bila dah dicongak2, me as the tour leader pun decided we went to Nami Island first then baru ke Petite France.  setidak2nya depa kira memang sampai lah ke Korea kan.. Nami Island is so synonym to Korea..nanti orang kata betul ke pegi Korea kan.


ini dia salah satu kelompok manusia dari Malaysia yang langsung tak nak pandang we all. even selisih sebelah bahu. nasib baik depa ni tak pandang camera.. kalau tak, sure viral.. tak baik i kan.. ini my staff yang amik gambar kat sini. 

Ok lahhh.. biarkan depa. so, here we needed to buy the tickets dalam KRW8000 per pax.. masih seperti tahun lalu. 


dah tu terus kami masuk ke sini. 


here we go..


ferry dah sampai.. manusia yang menunggu pun,  mak aii. ramai sungguh. 


kalau rasa2 berani, tak payah amik ferry.. boleh terus terbang di atas tu.. heeee...


tak lama, dah nampak pun pulau buatan ni. 



depa lak menyakan bergambo yeee..


semua berebut nak cepat keluar dari ferry ni sama dengan berebut2nya masa nak masuk tadi.. 


akhirnya depa menjejakkan kami di pulau Winter Sonata ni. 


tengok manusia ni.. kalau pulau ni boleh runtuh agaknya, mau dah lama runtuh.. manusia tak putus2. tak berkurang malah makin bertambah bila hari beranjak petang.





ini lah akibat nya kalau camera i yang punya. heeee. sikit je ada gambo i kat sini. menciii..mencii tauuu..


masing2 menyakan bergambar... nak ke mana tu Husna. 


rasa2nya tahun lepas belum ada lagi benda ni.. 




layan lah gambar2 kami di sini yeee... a must spot kalau ke Nami... nanti orang kata tak ke sana pulak lah kan. 


Lorong ni memang synonym dengan Nami Island or we cud say Winter Sonata lane. 


Last year dah bergambar di sini.. kali ni nak gambar lagi kat sini..


i love the weather but not to most of our members.. semua gigil sejuk. nampak unggunm terus terjah depa. 




kira bangga lah tu kot.. 


gambo lah sellati boleh yeee..


Kami jalan pelan - pelan dan sampai kami di area, Moslem area lah senang kata. sebab this area memang mesra islam lah gitu.  ada mussalah, ada halal cafe or resto... memang bahagia lah bagi kita yang beragama islam kalau berkunjung ke pulau buatan ni. 


once some of us ke toilet and musallah, the rest amik gambar sana sini. dah siap buat budget nak naik basikal.. but at the end depa surrendered lak. tak merasa i tauuuu.. 




then we decided  to have our lunch at Drama Cafe.. sebenarnya kat area Library tu banyak sangat halal cafe.. but since i nak the rest enjoyed the view outside, so i ajak depa makan di Drama Cafe.  



this cafe ada cert halal. tapi bukan bermaksud pemiliknya moslem.. that's why kita boleh nampak ada sake di situ.. sama je lah kalau kat Indonesia. even pemiliknya moslem still ada air bintang tu kan.. ni tak pe lah.. orang bukan islam punya.. tak de concept rezeki tak halal bagi depa. heeeeee.. anyway, kita dua'a pada ALLAH semoga diberi hidayah dan menjadi saudara baru kita satu hari nanti.. 


anyway, kami pun ordered lah. muka budak yang tak sabar tunggu food... hele


the interior. 


nak makan kat dalam pun ok.. tapi i suka lagi di luar. nyaman sangat. 


nak menyapa tapi bahasa jadi kekangan..so senyum je lah berbalas. 


orang mengoder, depa berpicca. 


I suka ni.. Fish cake soup kalau tak silap.. we took 2 soups.. sedap makan panas. satu kalau tak silap dalam KRW1000. 


kena amik pancake ni. yang ni normal pancake lah gitu. ini due serves. KRW10,000


yang ni Kimci Pancake and we took 1serve which cost us KRW10,000 also. 


Jangan lupa Shake shake bento ni ye.. we took 2 Tuna Bento and 2 Cheese Bento each cost us around KRW6500.. so the total spending was around KRW54,000.. meaning  kalau convert ada lah dalam RM189 and per pax around KRW7714 - (RM27)


saksikanlah kenikmatan mereka menggoncang bento tu yeee.


makan2 weiii...


pulun 


habis makan, we decided to stroll around..


my gurls were so happy riding this train.. depa tak nak naik beskal.. 


me, Mem Sue, and Mem Sabar just walked around sambil i berharap dapat tengok patung si Joon-sang and Yoo-jin tu. ye lah you. last year ke sini, i dah missed that spot.. so i memang berharap sangat nak jumpa depa berdua ni even hanya batu. heeeeee..


jalan2 tu sampai lah jumpa this toilet. 




tak ada anak daras as my model here, mak daras lak yang sakan.. we took this way and thot i still cud see the statue. unfortunately bila dah kat sini baru realized that this way was parallel with the alley  that we took before arriving at Drama Cafe. ya ampunnnn.. 



anyway, we just enjoyed our moment here.. enjoyed the weather.. i love this kinda season.. even i took off my winter jacket. 

once kami patah balik, i still hoping that i cud see the statue. nampak je one of the Namisan staff, terus i tanya cam ne nak ke sana.. laaaaa.. actually the place just at the junction yang berdepan dengan Drama Cafe tu je. subhanallahhhh.. 


so apa lagi.. jommm kita gambo. 


thanks to the filipino friends yang tolong kita snapped our pictures. 


memang puas hati i.. 


and this is another alley yang penting.. 


dan akhirnya dapat gak peluw pinggang abang batu ni. 




our memory was here. 


ha..haa..haa. maaflah ye dengan perangai kami yang sadis ni.. 


what a view kan. 


seek and hide??? ohhhh..nooo.. 


we enjoyed so much.. spent almost 2 hours here. 



banyak statue macam ni kat Jeju Island ni. 



after spending our time here, we decided to go back.. tapi sebelum tu kami berbincang whether nak ke Petite France or not. sayang sekali some of us dah tak larat.. adoiiii orang muda ni.. cepat pancit lah.. i and mak daras lak yang terlebih.. tapi since depa tak larat, maka plan nak ke Petite dikensel lah.. 


berkejar lak naik ferry


tu muka sedih sebab tak ke Petite France. tak pe lah. tak de rezeki.. sebenarnya, sepatutnya kita ke Petite France dulu kan. ye lah, cam ne pun sure nak ke Nami kan... tak pe.. tak pe.. nanti mai lagi.. sud i? well, not guarantee lahh. 


i melihat mak daras yang lain syok menangkap gambar.. anak daras, kepancitan.. 


oklahhh.. kami pun terus balik ke Seoul semula.. we wanted to go to Namsan Tower since semalam tak dapat dimakbulkan due to the weather. hope sampai ke Seoul not too late.. but still we needed to go back to our guesthouse for the info. lagipun, Namsan Tower tu belakang our guesthouse.. nak tak nak memang nak kena tempuh our guesthouse..  okk. tunggu cerita Namsan Tower kami dan our dinner nanti. daaaaaa...

26 comments:

  1. Bila dah sampai Nami Island semua jadi kanak-kanak ribena... jadi takpe takde orang kisah pun. Yang penting posing sampai rebeh.... hehehehe. Petite France tu saya pun teringin tapi belum ada rezeki lagi. Tempat dia cantik untuk posing dengan pelbagai bentuk rumah. Kalau naik basikal boleh lah ala-ala gaya Junsang naik dengan Yu jin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Notie. ilang semua kema**an. heeeee.. ada org kesah? tak kan.. penting semua happy.

      Delete
  2. tunggu2 akhirnya sambung jgk jln2 korea akak nih...

    oooo nami tu pulau buatan je ye kak... ingat pulau mcm jeju tuh....

    mmg cantik... suke ngn pokok2nya yg tinggi melangit tersusun lawo betul...
    ada jgk ek jns yg org malaysia sombong gitu, selalunya kalu kite jmpa org senegara kt negara lain seronok klu dpt menyapa

    tgk makanan2 tuh sedapnya, udahla sejuk msti lapo je kan kak...
    tak sabar nk tgk sambungan nya lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah Dana.. malas tetiba melando.. padahal kalau boleh nak cepat je habiskan.. takut macam cerita Japan tahun lepas tu..

      situ lah org Malaysia yang menyombong tak bertempat Dana.. kengkadang mama meluat kita dibuatnya.

      bento tu mmg agak lain.. dan sedap lah..boleh diterima tekak..

      Delete
  3. mashaallah segala ceruk nampak sangat indah dan bersih je...part train tu memang cam keliru2 sikit...hahaha...kalau anto saya pi sana sorang2 ntah mana merapunye saya bejalan gamaknye...hahaha...best nye bento goncang tu...memang kene goncang ye sebelom makan...pestime dengo ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok Malinda.. yang penting memang kena study habis sebelum ke sana. kena baca sngguh2.. tp once dah ada kat sana, automatically pandai.. dont worry.

      Bento tu highly recommended lah.. best memang.

      Delete
  4. sampai sana terus lupa masalah donia kan kak..ras agembira dgn kawan-kawna semua..ehhh best nyer!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat idzwa.. tahap dewa gitu lega nya.

      Delete
  5. kak yan..melayu sombong di seoul ?..hmm..saya dah lali kak...ada jg yg baik..senyum, beri salam tegor kite sesket jadik le..tp yg buat2 xnmpk, lansung xnak pandang yg tu lagi ramei..kdg tergerak di hati...seoul je kott..bukan london, paris..huhu..munkin saya backpacker je kak..baju sejuk pun bundle jek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah dear..

      tak kira backpacker ke, apa ke, masalahnya kat sini attitude pada akak.. meroyan kot. hee

      Delete
  6. Budak-budak muda sekarang memang cepat pancit kak, Aina kalau jalan dgn anak-anak steady je kadang-kadang tu depa yg lebih2 nak rehat lah, penat lah mula tarik muka....ahahhaaa...

    Bestnya kak kena simpan duit banyak2 sebab nak bawak rombongan Cik Aina...ehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah Aina.. sebenarnya kan bukan selalu boleh nak pegi kan.. so pada akak, pulun je lah.. akak lak kebetulan boleh lagi pegi kali ke dua ni. never thot lah.

      boleh pegi aina. tak mahal mana pun.. nnt akak share all the budget ye.

      Delete
  7. Kenalah cepat cept kasi penuh tabung ayam...nak balik kampong...rindu kat ahjumma pasar ikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tu Nekcik.. ahjumma awak dah tunggu tu.

      Delete
  8. SubhanAllah cantiknya macam nak duk sana hehe.. tu la nampak macam dah buat umah sendiri dalam train tu duduk lepak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg bersih. suka kita jadinya.. cuma Korea ni kurang sikit bersihnya dari Japan.. but still salute lah kat toilet depa.

      Delete
  9. Apa yg buat kakak ralit tengok gambar-gambar tu semuanya nampak menyamankan dan bersih sangat
    Kalaulah tempat kita terpelihara cantik bersih macam ini kan bagus:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah kak.. sayang sekalikan.. pulak tu, negara tu bukan negara islam macam negara kita.. so clean.

      Delete
  10. Asyik banget Kak Yan naik kereta duduk di lantai. Untung lantai keretanya bersih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah Gus..drp kecapekan kan..bagusan duduk ajah.

      Delete
  11. Bestnyaaaaaa! Seronok kat Nami Island. Fefeeling winter sonata walaupun datang bukan masa winter. Hihi. Banyak gambar akak ambil, siap details explanation. Bagusnya. Saya dah lupa segala. Dan masih tak blog lagi pasal korea trip tahun lepas. Hii. Gambar akak pun lawa-lawa :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah..sebenarnya akak pun malas bebeno..tp sayangkan gambar yg diamik bebanyak tu..tu yg paksa diri buat je.

      Delete
  12. penatnye akak nak kene tukar2 train bawak kali... jenuh kalu saya tukar train ni sebab saya bawak baby

    ReplyDelete
  13. kalu sy, nk try naik flying fox tu...adventure sket hehehehe

    btw, kalu tau akk g ke sini sy bleh rekemen kwn sy. dia keje kt pulau nami. officer di situ...maybe bli tix bleh dpt diskaun ;-)

    ReplyDelete

cliks..cliks