cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Sunday, February 23, 2014

PP Island Hotel, Penang

We had our experience staying 2 nights here.. Simple hotel.. located less than 5 minutes from the city centre. Cuma gak tersorok sedikit lah.. but still easy to find. 

how to find?
this is the address

33A, Abu Siti Lane, 
10400 Penang.

Tel: 06 2299071
Website : PP Island Hotel


ini area depan hotel. the parking area bit limited. first come first serve basis. so, jena rebut - rebut... itu lah masalahnya.. 


the front view of the hotel. come let us go inside. 


simple lobby.. ini waktu kami nak check out. 


front desk - reception


This is standard or double room which cost you around RM90.


twin beds just costs you around RM100.



no kettle also. but provided water dispenser out of the room. 



simple utilities are provided.. just this hotel dont have any mini bar. 



view from the hotel window.


besides ac, also fan is provided. 


reasonable price.. for me ok lah.. cant demand more coz it is so cheap.. yang penting boleh mandi air panas, ada towel, and tilam empuk.. no big deal.. 

Thursday, February 20, 2014

Mai Penang lagi - jenjalan sekitar Penang.. makan dan makan.

Story on 15 February, 2014 - Saturday
Penang 

Hari ni kami keluar agak lewat gak lah. dalam pukul 8.30am gitu.. cari dan cari tempat makan... ronda - ronda sekitar memang agak lengang. hari sabtu macam hari minggu. seronok gak bila tak de traffic macam ni. bahagia sungguh. Kami terus ke Merlin. ingat nak pekena roti canai.. tiba je tengok sekitar tak ramai di situ..sampai je, terus kami mintak roti canai. one of the staff kata, kami tak pernah ada roti canai. heeeee... ingat nak terus angkat kaki lah. nak pekena kat tempat lain. kami kata kami nak mai lagi nanti waktu makan tengahari. terus dia kasi warning.. kalau nak, kena awai lah ye.. sebab pukul 3.00pm selalunya dah habis.. kami kata, tak pe..kalau gitu kami datang hari esok, hari ahad. diia kata lagi, HARI AHAD MERLIN TUTUP..heeeee


jadii.. akhirnya kami makan je di sini. Breakfast Cum Lunch.. amik...these are the best dishes we had.. suka sangat. this resto bit different. macam taste melayu sikit. 


Pada mulanya kami kata nasi jangan bebanyak ye. tup - tup lepas makan sikit, terus mintak tambah. heeee. terjegil bijik mata mamat Mail ni. kan dah kata, sure mintak tambah. heeeee


Ini lah killer dish dia.. Kurma Kambing. sedappppppp....


ada gak kepala ikan. tapi we all tak makan lahh. 


tengok lah atas meja kami tu. 


sebenarnya tak ada plan tertentu masa kami jenjalan ke Penang ni.. so lepas makan, ajak je Hubby susur jalan di Pulau ni.. 


maka kami ke sini lahhh.. saje je..sibuk bonar dengan Street Art kann. maka ke sini lah kami...


suka pulak tengok tempat buruk - buruk ni.. 



seronok gak. walaupun kepanasan. heee..


then terus cari Jeruk Pak Ali. walaupun kedai ini kedai milik Cha Ya Nun Alif, i beli gak kat sini sebab bukan jeruk biasa. heee.


ini adalah satu product yang disuggest kan pada i oleh my silent reader, Hafizah..


cuci mata ye tengok pasangan sejoli ni..


i ajak My Mommi and My Daddi ke Masjid Kapitan Kling. tengok - tengok keliling kawasan masjid..


dalam pada sibuk i petik - petik gambar tu, tup - tup ada sekumpulan bebudak ni mintak i tolong i amik kan gambar depa.. so i tangkap kan lahh..ghopa - ghopanya tourists dari Korea.. sibuk lah kami sembang - sembang. walaupun batasan bahasa yang melanda.. jom jengah kejap ke dalam masjid yukk..



cantik kann. amik sikit je.. 


lepas keluar dari masjid tu, kami singgah kat Resto Nasi Kandar Beratur ni haahh.. nak basahkan tekak yang dah terlalu kering ni.. memang sangat kering.. tak larat lah nak pekena nasi kat sini ni haah.. 




sambung jenjalan. scrolling the beauty of Penang.. Tak nampak cam kat Mesia pulak. macam kat obersea.. bangunan yang memang sudah dibaik pulih. Penang ni was formally inscribed as a UNESCO World Heritage Site. 


sempat gak lah tengok salah satu mural ni.. dapat satu pun cukup lah. heee..


kami meneruskan our sempoi journey kat sini. saje - saje je ke area Batu Feringgi. Matahari cemerlang sungguh lahh.. singgah satu gerai ni. nak minum air.. dah kering balik tekak ni. hee..


gerai ni located depan Hard Rock Hotel..


Mee Goreng Mamat yang i mintak. makan sikit je.. bukannya apa tau. maybe panas sangat. air batu je yang sedap di tekak. 


singgah ke FOC pulak.. ada satu kat area Batu Feringgi ni.. 


ini lah budak yang bershopping di sini.. dapat lah dia selai dua t. shirt. 


otw balik, tengok pantai masih ada yang bermandi - manda.. kalau tak silap dah diberitahu that pantai di Pulau Pinang tak selamat untuk bermandi - manda sebab ada bakteria apa tah. i pun tak sure. 


sempat gak singgah di sini.. i tak tau dan tak perasan apa nama masjid ni.. ada sesiapa tau. 


cantik.. 



sebelum balik ke hotel, kami jejaki kawasan ni.. Gurney Road ye. depan pantai tu.. sebab malam semalam tu tak dapat nak enjoy this area. pack.. kami singgah sebab nak pekena Pasemboq.


ada Mee Rehus. tapi kureng..


tapi Pasemboq dia memang sangat sedap.. recommended lah this place. then lepas makan terus we all balik hotel.. memang sangat panas dan sangat penat. maka kami terus balik dan berehat. nanti malam nak keluar lagi .. makan time lagi. heeee. ingat nak menyusur jalan Penang ni. tapi kannn. bila dah panas - panas ni memang tak terbuat gamaknya. sedap lagi duduk dalam bilik.. 


ok lahh.. sambung sikit lah nanti. yang penat kena rehat. daaaa..


Wednesday, February 19, 2014

Mai Penang Lagi.... ceirta baru sampai

Story on February 14, 2014 - Friday
Penang

Sebenarnya kami  ke Penang ni bukan bercuti lah sangat.. Hubby ada kerja dengan pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai.. tu yang mai hari Jumaat..terpaksa pergi hari kerja lah kann sebab nak jumpa orang pejabat. pepagi kami dah keluar..  nak kata pagi tak lah pagi sangat pun kami bertolak dari Shah Alam lepas breakfast di Seksyen 13..


i makan Soto.


mula kan perjalanan dalam pukul 10.30am..Ya ALLAH.. panas agak membahang.. berharap kot - kot lah dalam perjalanan ada hujan. tapi tidak lah berrjumpa nya.. rasa macam ikan kering ..cuaca memang cemerlang gemilang terbilang. heee...


we reached at this R&R Sungai Perak.. betul - betul matahari tengah terpacak. macam nak mendidih otak.. memang rasa bit humid.. need to drink more n more water.. tapi bukan lah pulak ayaq masak kann. belasah je ayaq batu tu hahh.. apa tak tekak makin sakit. 


Hanya si kecik je yang ikut. (still si kecik even dah besaq panjang dah.. u tetap kecik di mata ibu baby.. and i still call him baby..hhhhh.. cam ne nak hantar dia ke Indonesia ni taun depan. huu..huu.)..


we all makan Nasi Ayam Hainan.. eemmm boleh lah. tapi i kureng suka.. 


continued our journey and almost reached Seberang Prai, bit jam.. ooo tepi highway terbakar.. naik serem pulak tau. sana sini terbakar tepi highway. yang ni memang tengah berapi - api dan masih ada bomba lagi kat situ.. then almost at 400PM we arrived MPSP.. settled everything with pihak majlis, we all stopped for drink pulak..


panas kann. Air Lychee satuuu.. air batu tuu.


ini Chef CiJu yang ordered. 




Ini yang I ordered.. kureng gak. ke tekak i yang tak berselera. or maybe coz of the weather. 


then terus ke Pulau.. naik bridge. tengok lah matahari tu.. sangat panas lahh.. membahang.. tiba di Pulau mula merepek meraban . tak mahir jalan. mula kalut tambah lagi masa yang semakin suntuk.. melengahkan masa, makanya.. tapi dalam pada tu seorang hamba ALLAH menjelma.. sebelah Kak Timah je dia.. i rolled down screen dan tanya arah.. terus dia jawab.. Never mind.. just follow me.. YA ALLAH. even bukan seagama, hati dia ALLAH je yang tau..


kami pun followed je lah, sampai ke area Hotel kami. MASYALLAH.. dan dia terus menghilang. tapi sempat lah kami buat apa yang patut sebelum terlambat..


naik hotel. just a simple one. hotel agak tersorok dari main road but still ok.. kami berehat sekejap.. sampaikan tertidur - tidur. tunggu sampai maghrib dan kami keluar balik. nak makannnn..



suka pulak  malam ni berada di Pulau Pinang. Meriah.. Malam Chap Goh Mei.. sapa nak cari jodoh baling lah limau dalam laut. bagus gak kita ke pantai ni. kot - kot makan limau free.. heee. we all nak cari food for dinner. ALHAMDULILAH....one of my silent reader. bagi tips memacam.. maka lalulah kami di area Gurney Plaza.. nak cuba Nasi Lemak Chilibilis seperti yang dicadangkan. 


tapi kannn. bila dah tiba area sini dan dah nampak pun signboard Nasi Lemak Chilibilis tu. excited gak lah. tapiii.. traffic teruk sangat. dua kali ulang, nak cari parking agak big problem. so we all gave up. cari tempat lain. tapi terarah kee.......


sini.. hhhhhhh..Mamak juga..


nak makan ni???? oohhh nooo.. 


ini Chef CiJu punya. hambik youuuu.. habis diet seminggu. turun dua kilo, naik 5 kilo. heeee..


i took this. tu pun tka habis. sebab dah agak malam. dah dalam pukul 10.00pm ni kami makan. 


see the banner. the ONE and ONLY.. bila nampak LINE CLEAR kat memana tu, itu TIPU..



biasalah Line Clear ni synonym dengan ALLEYCAT. Arrumugam tu neighbor depa rupa - rupanya dan selalu depa main music di area Line Clear ni dulu - dulu. dan di area ni banyak kucing. tu yang dapat nama ALLEYCATS. kata salah sorang pekerja di sini lah. sedara mara owner ni lah... kalau salah dia, salah lah i.. 

ok lahh. lepas makan, balik bilik. kepala berat mata berat. perut pun berat.. apa - apa nanti kita sambung balik.. daaaaaaa..

cliks..cliks