cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Search here too

Saturday, August 31, 2013

Open House Eid Ramadan 2013.



Story on August 18, 2013 (Sunday afternoon)


Baru lah nak story about OPEN HOUSE.. tapi i ni bukan lah buat open house besar - besaran. usually i buat yang simple je.. guests nya kurang lebih dalam 70 ke 80 orang je. kalau nak diikut - ikutkan relatives and frens tu mau gak dalam 200 ke 300 orang. but of coz i tak boleh buat sekali harung. kena buat separately. kalau family pun kena asing - asing kan.. family hubby dengan family i pun terpaksa asing - asing kan... kalau frens pun kena categorized kan... frens cam ne.. bloggers ke, EGSK ke, ex TI ke. neighbors ke... have to. 

sebab?? banyak sebab.. first, chef tak sanggup masak terlalu banyak.. takat 80 to 100 orang, ok lagi lah.. but if more, memang tak mampu.. like us pulak bila buat majlis cam ni, we prefer masak sendiri.. biar guests yang mai enjoy the food.. satu lagi, rumah tu tak lah besar mana.. kang rerami serbu mana nak duduk pulak kann.. another reason adalah, biar guests yang datang tu, benar - benar dilayan.. bukan hanya mai dan makan, then balik.. tak boleh nak ramah mesra.. tak seronok cam tu.. well, itu my point of views lahh. of coz tak sama..  bukan nya ada double standard ke apa ke.. tapi takut tak terlayan..  

Ok lahh.. i nak share our simple open house. this is for some relatives and frens.. ( even dicampur, but i tak jemput semua sedara). 2 saudara pun dah besar jumlah yang mai sebab depa family besar.. tambah dengan family i sendiri.. cukup lah tu.. nak jemput lagi semuanya sure i kena pasang canopy. heee..for this majlis we served some Johorean dish.. nanti kita tengok yeee..


tengok lah yang menyediakannya.. Chef CiJu dibantu ramai tenaga kerja. Warga Emas pun dipaksa kerja.. hee...ALHAMDULLILAH even My Kitchen ni belum fully siap, still boleh digunakan.. cabinet belum terbuat.. alun - alun lah.. cost buat rumah dah over budget. so cabinet kita KIV dulu. 


semuanya dikerah tenaga untuk menyiapkan juadah buat tamu.. Princess Aurora and Little Ali hanya sebagai penghibur.. CiRah pun terpaksa mengelatlah.. Little Ali nak berkepit je.. 


masa ni gak lah Chef CiJu nak buat Bread Butter Pudding.. So dia hanya pakai pembantu je. Arahkan je lah.. 


Hubby pun tak kalah. nak buat gak.. prepared Cheezy Spring Rolls. Unfortunately tak settled benda nya sebab asyik terhenti - henti masa buatnya.. 


tapi Big Boss, tak leh dikerah tenaga nya. heee.. rehat je lahh..


sebelum majlis sempat lagi kami tanam rumput di kawasan in between ni..rumah lama dengan our cabin. ok lahhh.. nak tengok apa yang we all prepared to the guests...


i served air Lai Chee Kang.. My specialty. 


then ada gak Ice Lemon Tea.. 


ini lah main dishes yang we all prepared kan.. Ada Laksa Johor, ada Nasi Minyak, Daging Masak Kosmot, dan Sambal Goreng Mak Minah, dan ada sikit Nasi Impit. 


first group yang makan adalah my cousin's family dengan we all sekali..


then another cousin and family datang. depa ni lagi ramai.. kurang lebih dalam 12 orang gitu..then another group of family datang dari Rawang...


the only staff Hubby yang dijemput. hee.. takut nak jemput semua.. kena buat lain session..yang ni memang close dengan i. 


yang ni pulak Hubby's frens. cum our contractor.. saje we all invited them. sebab dia nak tengok rumah lah gamaknya.. 


siap bawak buah tangan lagi dia. Famous Amos..

jomm tengok dessert pulak ye...ada yang dibuat ada yang dibawak oleh family..


ini dibawak oleh my cousin.. Kak Nor.. Boleh jengah page dia kat sini... N O R   d e s s e r t. sedap Kuih Kole ni..kuih antique..hee.. kuih dulu - dulu..


ini pulak yang dibawak oleh NekCik..Getok Ubi Pedas. selalu makan yang manis je kan.. sesekali ubah selera.. Thanks NekCik..


Ini yang diarahkan oleh Chef CiJu dan dibuat oleh CiLi.. SODAPPPP... yawww... Paula Dean's recipe..


Ini pulak yang dihasilkan oleh CiRah.. Tiramisu.. orang dapur punya... buat sikit je..


I love this.. ini yang dibuat Chef CiJu.. Chewy Brownies.. sangat i suka..


Belah malam, my frens dari EGSK pun sampai.. actually depa ni my neighbors gak.. kira close frens lahh...


my neighbor and the family pun datang.. neighbor belakang rumah datang almost maghrib tadinya..


and this adalah our last guests. neighbor we all.. ALHAMDULLILAH BARAKALLAH, majlis tamat dalam pukul 10.00PM gitu.. happy memasing makan dengan puas.. itu yang nampak di mata kami sebagai tuan rumah.. Kalau nak cerita penat tu, biasalah kan.. tak leh nak kira sangat.. yang penting capek kita tu terbayar dengar kepuasan mereka yang berjamu selera tu.. I even masa ni diserang sakit, but i was so happy.. after relax kejap tu baru agak lega.. Those yang tak dijemput tu harap - harap faham.. Kalau dua tahun lepas i jemput more to ex - school mates.. kena lain - lain tiap tahun gamaknya..Semoga ikatan persaudaraan dan persahabatan semakin kukuh.. INSYALLAH ada rezeki jumpa lagi.. 

***********************
Volume 2, Book 15, Number 86 :
Narrated by Ibn Abbas
The Prophet said, "No good deeds done on other days are superior to those done on these (first ten days of Dhul Hijja)." Then some companions of the Prophet said, "Not even Jihad?" He replied, "Not even Jihad, except that of a man who does it by putting himself and his property in danger (for Allah's sake) and does not return with any of those things.

30 comments:

  1. Puding roti memang sedap.

    Nanti lain kali kakcik nak minta laksa johor boleh? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALHAMDULLILAH.. so far itu je yg berkenan di tekak saya kak..

      INSYALLAH nanti kalau kenduri Laksa Johor saya panggil akak. hee

      Delete
  2. seronok kan kak... aritu dana pun ada bt mini open house gk masa raya ke 11,tp jemput kwn rpt n membe opis je kak... maklum umah kecik nk jmpa ramai2 tak berani, nk msk mcm2 pun tak pandai sgt...

    tingin rasa laksa johor akak ngn segala dessert yg ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang penting yg datang tu happy dgn hasil hidangan kita.. rezeki bagi kita kan..

      tu lahh ari tu tak sempat nak ajak awak.. awak lambat bg phone number..tak pe.. nnt one day sure boleh mai..

      Delete
  3. Kak Yan, saya dah update cerita beraya kat rumah you di sini:
    http://goncar.blogspot.com/2013/08/riang-ria-raya.html

    menu sedap, tetamu pun puas hati, tuan rumah senang hati!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ye ke.. nanti boleh jengah.. tak sempat2 nak bw kat sume blogs lahh..tgh busy sikit..


      menu sedap ye.. thanks to the chef lah. hee..

      Delete
  4. saya suka sangat bread pudding. bakar garing2 sket nyum !

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp.... i pun cam tu.. but yg ni banyak nuts kat dalam tu.. i suka..

      Delete
  5. meriahnye... masa kat jepun selalu buat makan2 untuk malaysian chibarian... kat malaysia ni rasa tak mampu...bizi ngan baby lagi... seronok layan tetamu kan... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa lah tu.. bila kat luar dapat erat kan silaturahim sama yang ada di sana je kan..bila dah balik, dah macam2 routine harus dibuat. tambah2 ada baby...

      Delete
  6. salam akak

    meriah nyee majlis
    sedap2 .. rajin akak masak ..
    cukup semua membantu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam dear..


      alhamdullilah.. kumpul sedara mara dan kengkawan.. biasalah tu.. sellaunya akan drag masa lah kann.

      Delete
  7. seronok & meriahnyer kak... KA Buat dari tengahari suppose habis B4 maghrib end up tetamu masiah rami hingga ke tengah malam... penat masih terasa sampai hari ini tp puas hati sgt ! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya cam tu lah kan.. drag time.. selagi ada yg nak dtg. takan kita kita jangan datang kann..

      Delete
  8. salam sis..
    meriahnya..
    hehehe.. sakarang kalo tgk pic makanan yg cheff ciju masak I da boleh bayang kelazatannya..
    hurmmmmm~ *hugs n kisses to cheff pandai masak*

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam dear..

      alhamdullilah semua suka food yang dihidangkan.. tapi yg huggs tu simpan dulu lah ye..chef kita tengah berjimba di Korea.

      Delete
  9. Meriahnye raya Azian, sonok tengok...:)

    ReplyDelete
  10. meriahnye....semua pown looks yummy to me....eeehh kueh yg nekcik kasi tu bru firttime rietta dgr...tpi nmpak sedap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. rietta, sebenarnya kuih tu kuih getuk ubi. kalau u biasa makan yang beli dan rasa manis tu. yang ini di campur yang pedas.

      Delete
  11. all your dishes looks super yummylicious....
    and sis nak tanya...
    bread pudding guna roti butterscotch ke?
    nampak plastik kat situ...

    betul ckp you...
    bila tgk tetamu hepi...
    hilang rasa letih kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yess.. letak butterscotch roti...

      yess hilang penat dan sakit.. rasanya nanti bila orang dah balik semua.

      Delete
  12. kak yan, yg neighbor almost magrib datang tu saya kenal, anak dia ada 2 orang di tassie, sorunk lagi di newcastle, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Zul.. 3 actually anak dia di Australia. kalau tak silap sorang dah grad..

      Delete
  13. Meriah! Banyak sungguh juadah, terliur org di sini. Hehe..

    ReplyDelete

cliks..cliks