cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Friday, January 10, 2020

Sawasdee Hatyai - dinner di Salma Restaurant and street food



Hatyai Trip.
Saturday January 4, 2020
Salma Restaurant. 




lepas lepak kejap dalam bilik dan buat lah apa yang patut kami keluar mencari makan. 
dah planned kat bilik nak pekena resto mana. 
dah tengok Hamid Restaurant. 
tapi Chef Ciju kata kita cuba Salma Restaurant dulu. 
moh kita jalan. 
210m je dari hotel.
dalam 2 minutes  walking distance. 


dekat kan. 
jalan pelan2 sambil menikmati suasana sekeliling. 
in fact nak menuju ke resto pun kita akan jumpa banyak street food. 
tapi kami nak makan di tempat yang proper sikit. 
tu yang teringin nak cuba Salma Restaurant. 


 di sini kami. 
sebelah tu kedai massage. 
lepas makan siapa nak bermassage boleh je ke sebelah tu. 


ini lah hidangan kami pada malam tu. 
berselera semuanya makan even dah agak lewat ikut waktu Malaysia. 


love the TOMYAM. 
we requested not too sour and not too spicy.
kalau terlalu masam sure i tak tertelan. 
makan sikit je lah nampaknya. 



my portion. 
sedap.
m not a good fan of tomyam lah. 
but this i boleh pi. 



Ini yang Abang Irfan pesan. 
SQUID WITH SALTED EGG. 
sedapppp.


Ini KERABU SUUN. 
pedas weiiii.
tapi habis gakkk.


KAILAN TUMIS memang kami ambik 2 portions. 
selalunya tak cukup. 
satu lagi ini kalau ikut menu Kailan Ikan Masin. 
but i omit Ikan Masin nya. 
itu pun i suruh jangan terlalu masin. 



air yang kami pesan. 
semua orang puas hati dengan air masing2. 
i memang cakap nak minum air kelapa kan. 
tapi sepatutnya i mintak ynag buah tu. 
lagi fresh. 






kawasan sekeliling resto. 
suka tempat ni. 
bersih. 
semua disediakan.


depan main road betul. 


this resto tak lah terlalu besar. 
tetiba teringat kat Korea. 
Kedai kecik2 cam ni lah. 
tapi boleh naik ke tingkat atas. 
tapi this resto  m not sure ada level atas ke tidak. 


this resto opened daily. 
from 7am till 9am.



orang dah mula sikit ni. 


staffs depa semuanya perempuan. 
dan bertudung waktu bekerja. 
sebab we all noticed bila dah nak tutup tu ada sorang tu dah tanggal tudung dah. 
bagus gak kan. 
depa nampak kemas.
cuma tu lah. 
memang mahal dengan senyuman. 
then that middle gurl masa dia ke meja i ambik order i mintak dia senyum. 
hahahahaha..
baru lah dia senyum malu2. 



macam kami ni memang tersenyum selalu lah. 
nak makan besar ni. 



so memang tersenyum sampai telinga lah.




tak susah pun senyum kan. 


lagi tersenyum lebar bila tengok atas ni. 
tengok tu pinggan2 kami. 
licin.
tomyam tu tinggal serai2nya dan daun2 gitu. 
ALHAMDULILAH.
we spent just TB800.
and i bagi TB200 pada gurl yang senyum tu. 
hehehe.


selepas makan kami berjalan balik ke hotel. 
tapi dalam pada berjalan tu kami singgah untuk mencuba some dessert. 
walhal dah malam dan kenyang you. 
tapi tak nak lah lepas peluang untuk mencuba. 

ini kami cuba. 
COCONUT ICE CREAM.
sedappp..
dalam TB50 je. 


i mencuba ni. 
BIRD NEST DRINK. 
ini pun dalam TB100 kot kalau tak silap. 


and Chef Ciju beli ni. 
NUTELLA PANCAKE. 
ALHAMDULILAH..
satu malam dah dilalui dengan menikmati makanan di Hatyai. 
Memang seronok. 
syukur dah mencuba pelbagai food di sini. 
ALHAMDULILAH.
naik bilik rehat2 kejap dan tidur. 
kita bina lemak ye. 
hehehehehe..

Psssssstt...
nak cakap gak ni.
masa makan di resto ni kesemua pelanggan yang makan adalah orang Malaysia. 
boleh ditebak dari cara pemakaian tudung,
TAPIIIIIII..
semuanya tak panggung muka. 
mana yang terpandang muka tu pulak LANGSUNGGG tak senyum.
memang pelik kalau travel dan jumpa orang Malaysia. 
WEIRD.
action semacam. 
kita ni beriya2 lah nak senyum. 
malah bila kita senyum tak balas pun. 
buat muka semacam lagi ada lah.
hhhhh..
tak pe lah..
janji kita ikut style kita tegur je mana2 yang nak kita tegur then senyum. 
tak payah bayar mahal2. 
Semoga ALLAH bukak pintu hati depa2 yang sumbong2 ni. 

20 comments:

  1. Kita senyum tu sedekah kak, tapi tak kat diorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntah lah.. akak pun tak faham.. buat kita malu sendiri senyum2 org tak balas. hehehe

      Delete
  2. sedap nengok tomyam tu kak, nampak pekat gitu... isi pun nampak banyak... kerabu suun tu mesti sedap tuh, semua ulaman ada ...

    untung senyum sebab dapat tips banyak, geram nengok aiskrim kelapa tu kak, cantik betul warnanya... malam-malam sempat lagi layan aiskrim yek...

    mmg jenis gitu kot, org malaysia kalau pi luar negara otomatik jd sombong dgn sesama org malaysia, ada kwn opis yang selalu ke luar negara pun pernah cakap gitu... jumpa org malaysia kt korea, kat jepun kat bali tapi sombong yang amat... kita patutnya lagi lah ramah kan jumpa kwn senegara

    ReplyDelete
    Replies
    1. tomyam jenis bersantan sikit Dana. tapi dia panggil Red Tomyam. bukan yang selalu kita makan kat sini. Red Tomyam gak lah rupanya kan cuma tak de santan. sedap dana.

      hehehe.. tips tu saje je nak bagi dia berfikir. cumel pun kalau senyum.

      biasa sangat Dana.. penyombong ya amat. mmg tak faham kenapa.

      Delete
  3. yes kakak.. kalau travel, mesti nak cari resto yang proper kannn.. baru lah berselera nak makan. the foods look so yummy. Hmm bab terjumpa orang Malaysia tu, tak payah lah bajet mcm tengah bercuti kat Europe.. eksyen pulak dia kennn.. senyum je lah.. bukan kena bayar pun! :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Zaza.. tengok reviews tpt lain. bila jenjalan nampak resto ni. apa lagi kita mencuba lah. satu percubaan yg berjaya. sebab mmg sedap2 food dia. kena tekak kami lah.

      Delete
  4. Wah gendang gendut tali kecapi. Kenyang perut suka hari.
    Mungkin lapar kut sebab tu tak senyum.
    Seronok kalau jalan dapat makanan yang menepati selera.

    ReplyDelete
  5. sedapnya tgk tomyam tu....oh salted egg squid skali tgk mcm masak merah..lapar plak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap tomyam dia. Red Tomyam namanya.
      and squid tu sangat sedap. biar pedas sikit kot lagi sedap. ni tak pedas.

      Delete
  6. tengok gambar makanan tu, terus rasa nak pi ke hatyai sekarang jugak. haha. semangat nau jadinya :P
    heran lah yg orang tak senyum tu. kesian otot muka mereka :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. food dia mmg superb Umi. mmg puas hati berjalan then kita dapat makan. dah mmg tempat tu pusat segala makanan thai. puas hati lah kan.

      rugi org tak suka senyum ni. hehehe

      Delete
  7. Selalu ke hadyai ini la kedai makan kami..kalu resto hamid fu ada juga sekali dua singgah makan.tapi mahal sikit dr salma.

    Tingkat atas dia sediakan utk group yg ramai .pernah juga naik makan kat tingkat atas .

    Penambahbaikan surau dah ada ya ..baguslah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I rasa tingkat atas tu tgh renovation kot. Sebab nampak gelap je.

      I tak dinner kat Hamid so x boleh compare rege dia.

      Delete
  8. kalo tengok title Hatyai memang dah ready daaa siap sedia nak tengok gambar makanan hehe.. agak dah mesti banyak food.

    slama sy p jalan alhamdulillah jumpa malaysians yg baik n mesra. tapi Allah izin dalam previous trip Allah kasi sy rasa perasaan berjumpa n berdepan org malaysia yg sombong. sedihnyaaa rasa. kita punyalah excited nampak dia. xpe kak.. kita baik sangka je fikir diorang tu introvert kot hehe.. maluuuu nak senyum =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pilihan makanan nya banyak sangat siti. kemaruk kita.

      org malaysia mostly cam tu lah siti.. dah selalu jumpa mcm tu. macam2 pengalaman akak rasa bila jumpa org malaysia ni.
      pelik la.

      Delete
  9. mmg ramai orang Malaysia ke sana kan...sedap nampak ice creamnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. org malaysia ni kat mana je lah berlambak2.. esp area shopping. lagi la

      Delete
  10. Selalu gak jumpa orang Malaysia travel kat negara luar tapi mmg betul pun susah nak bertegur sapa..dah macam bukan perangai orang Malaysia gak..selalu jumpa kat Thailand and Indonesia..memang susah nak bertegur sapa..kalau kita tegur or senyum diorang buat tak tau je

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalah dalaman tu SA. biarkan lah.. nnt kita pulak yg stress sebab senyum tak berbalas. hehehe

      Delete

cliks..cliks