Hari ni dah hari kedua di tahun 2020.
sekejap sangat masa berlalu.
waktu cuti my abduls pun dah nak habis dah.
next week dah balik semula.
so hari ni ingat nak masak sikit.
last time i ada masakkan Lamb Karahi.
semuanya macam suka.
so hari ni ingat nak buat lagi lah.
nak makan dengan Porri Roti.
Chef Ciju cakap nak buat minum petang.
tak sempat nak ambik gambar lamb i ni beraksi bersungguh.
ala kadar je.
nanti dah siap yang baru i nak dia betul2 beraksi.
Memang i dah pernah shared the recipe di sini.
tapi hari ni saje je nak share tapi guna gambar je lah ye.
yang penting masak Lamb Karahi ni adalah BAWANG BESAR ni.
untuk 1.5kg lamb ni i guna 3 labu bawang besar.
hiris nipis2.
kena ada Chili Hijau dah terpulang nak dipotong panjang2 or bulat2.
bawang besar 3 labu dan dihiris nipis tu disautekan sampai agak lembut.
cam ni.
lamb yang telah diperapkan dengan garlic and ginger paste.
dan letakkan sikit yogurt.
kalau nak rasa badan lamb tu agak masam letakkan lebih sikit lah yogurt dalam perapan ni.
bawang yang digoreng tu sikit2 agak kuning dah.
kemudian masukkan perapan daging tu.
kacau merata.
then akan kelihatan banyak air yang keluar.
i tak masukkan air pun tau.
TOMATO dalam 4/5 biji i potong macam ni.
setelah air agak mengering sikit masukkan tomato.
biarkan tomato tu sampai lembut dan hilang dari radar lah kaedahnya.
then kulit2 tomato tu dikeluarkan.
kalau tak nak pun ok je.
then masukkan this kinda spices.
i letakkan 1 sudu cumin powder.
1 sudu kunyit powder.
2 sudu teh coriander powder.
2 sudu chili powder then 2 sudu GARAM MASALA.
ini yang penting.
Jangan lupa YOGURT.
i letakkan dalam 200gm cam tu.
nak masam lagi letakkan lebih.
kena ada DAUN KETUMBAR.
i potong seinci2.
tapi nak potong pendek2 lagi pun ok je.
i guna dalam 2 jambak.
nak lebih pun ok.
bukan setakat garnishing tau.
tapi penambah rasa dan bau.
halia muda yang i potong2 panjang2.
kacau2 lagi.
biarkan daging betul2 empuk.
lama gak lah.
bubuh air kalau nak kan berkuah.
i buat memang berkuah sebab nak cicah Porri Roti.
kalau rasa nak gantikan dengan ayam pun boleh.
tapi kurang kick lah berbanding lamb.
i dah pernah buat guna ayam.
the kids said sedap lagi lamb.
tak kesah lah.
janji habis dimakan.
so inilah yang dimakan last week.
so selamat mencuba.
INSYALLAH sedap...
good luck.
Ya Allah. Sangat lah tempting. Nyummm 😍
ReplyDeletenanti boleh cuba buat. senang je kan.
DeleteTengok pun dah nmpk sedap Yan..😋
ReplyDeleteNak buat Tu kena Ada bahan2 Tu yg kena Cari.. nmpknya Cari Di restoran je akak ni Yan.. 🤭 jika dekat rumah Yan dah hulur pinggan ni😁
bahan2 tu sebenarnya just buat sendiri pun boleh. jintan ditumbuk, ketumbar ditumbuk. boleh je kot. cuma agak leceh lah..
Deletetak hal takat sepinggan dua tu.
Rajin tunjuk satu persatu cara buat. Terliur.
ReplyDeleteso sesiapa yang teringin nak buat dapat lah panduannya kan. yg senang dibuat lah gitu.
DeleteNak buat jugakkkkkk....nampak sedap tu ha....makan ngan ngan nasi pun sedap kan...
ReplyDeletesenang je SA.. yg penting bawang besar kena banyak. manis.
DeleteThanks share resepi kak!
ReplyDeleteDari aritu tengok mmg teringin, kena la buat sendiri kan..hehe
Garam masala tu saya tak tau, tapi takpe nanti boleh cari.
Garam masala u boleh buat sendiri. Tp x pe. Beli je rempah dia. Senang. Kalau sedap nnt boleh buat lg kan.
Deletesedapnyaaaa
ReplyDeletemmg best
Delete