cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Search here too

Monday, June 4, 2018

Rucuh Kuini, exotic sangat namanya.



Okk.. stop kejap pasal Turkey ye.. 
Kita cerita pasal minuman di bulan puasa..
Saja je nak bagi idea. 

Pernah dengar nama ni?
Rucuh Kuini. 
Sebelum i nak buat post kat sini, puas gak lah mengoogle  nama ni kat youtube. 
X banyak pasal rucuh.

And mostly datang dari tanah seberang. 
I have no idea apa maksud rucuh.
Katanya berasal dari Tanah Jawa.
Minuman dari fresh fruit.

First time i dihidangkan benda ni it was about 23 years ago kot. 
Masa tu baru kawin then berkunjung rumah kawan hubby yang ada di Kuala Selangor..
Dan Hubby orang Jawa kan..
so itu lah pertama kali merasa.

Then last week Chef Ciju diberi buah kuini dari seorang kawannya.
then i planned lah nak buat RUCUH ni. 
Bagi tau kat Hubby, dia pun suka..
Kalau dulu2 or lebih lejen lagi lah, depa guna santa.
But i just used MILK.


tempting tak?


2 bijik kuini yang masak.
bau dia best sangat kan.
wangi semerbak.


isi buah kuini ni dicincang2 macam atas ni.
Kalau rajin maybe boleh di potong nipis2 then racik2 kan kot.
Terpulang lah.
Some maybe ada potong macam nak makan gitu je kot.
ikut suka lah.


so jadi yang macam ni lah.
ini setelah 2 bijik yang dicincang isinya.

google ye..

I malas nak tangkap gambar kat dapur dah..
Ini dalam 2 glasses.
Fresh milk ye. 


then evaporated milk.
Ini dalam 1 glass.


This condensed milk dalam half glass.
But all depend on u..
Suka manis, tambah lagi. 
But i added up 3 tablespoon sugar. 


satu kan.
then gaulkan gula tadi sampai larut lah kan.
Taste ikut suka u.



gaul kan.




Then masukkan isi kuini yang telah dicincang tadi tu lah..
gaul rata. 


then i masukkan ice batu. 
kacau2 lagi tau.


nampak kejadian ini. 
memang best. 





Sebenarnya rucuh ni boleh je ditukar buahnya.
Yang yang sedap kalau buah2 tu yang wangi sikit.
I ada bersembang2 sikit kat IG. 
some said, BUAH DURIAN BELANDA pun sedap.
But she uses SANTAN KELAPA..
that might be sedap lagi kot. 
Lagi lemak sangat. 
authentic flavor lah gamaknya.
Apa2 pun..
Selamat mencuba ye.

11 comments:

  1. Kalau di kampung kakcik, memang kami guna santan. Kami panggil ia sebagai SERAWA KUINI... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu2 tu guna santan mmg kakcik. Tp zam suruh guna susu.. sedap gak.

      Delete
  2. Bertahun rasanya PC tak makan kuini....sedapnya la...

    ReplyDelete
  3. allah kak, kuini tu rupanya mcm buah wani ... kot2 sama kuini = wani ... buah wani ni feveret suami saya, thanks share resepi mudah ni, nak buat la juga nnt minuman rucuh ni ...

    ReplyDelete
  4. tempting nya..telan ailio..terasa sejuk lemak manis...mcm koktail jg..

    ReplyDelete
  5. sangat tempting....kalau sempat nak cr mangga la petang ni...kuini susah nak cr kat sni...

    ReplyDelete
  6. sedapnya kak... rucuh ni dana penah dgr, kalau org jawa kira jd mcm pencuci mulut lah kak

    dia mcm pengat pisang ke pengat apa2 lah tp di panggil rucuh sbb rasa yg lbh lite n selalu dicampur buah2...
    mmg selalu pakai santan... mmg sedap kak,

    ReplyDelete
  7. masyallahhh ! macam pencuci mulut la kan, tapi kalau nk buat jadi air pun ok gak kot. hmmmmmm. kak yan saje tmbh idea mek nk buat dessert. tadi baca air naga float. hihi

    ReplyDelete
  8. enaknya yumi....
    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  9. baru ni dengar rucuh tapi kuinin tau.. blakang rumah tok ade kebun tapi cheq tak minat kuinin. kalo tok bagi or ptong ya allah dilema betul nak tolak. makan jugakla sikit hehehe..

    ReplyDelete

cliks..cliks