cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Search here too

Wednesday, June 27, 2018

Anak cucu sedara Hubby beraya 2018.



Last 2 weeks beraya ke Kuala Selangor. 
Then my SIL bagi tau depa sefamily akan datang. 
Bukan hanya depa tapi another new group of family yang akan datang ke rumah i. 
Meaning depa ni semua adalah family yang tak pernah sampai langsung ke rumah kami. 
So i pun congak2 dalam kurang lebih 15 orang lah kot paling ramainya.
Then ada gak cousin hubby pun cakap nak datang sefamily.

Jadi apa lagi,  Mak Bedah pun busy lah 3 4 hari sebelum these guests mai. 
Kalut gak lah sebab NO chef Ciju, NO helper, Kak Ros yang selalu bantu i bersih2 kan rumah.
NO other family members except anak2 sidek yang ada kat rumah ni. 

So Mak Bedah dah bagi mandat pada anak2 Sidek. 
Sorang kena kemas luar rumah, sorang kena bersihkan cabin house, sorang kena bantu ibu pegi pasar. 
Kiranya semua ada tasks lah except Big Boss. 


My passion lah ni kan. 
Suka sangat mengatur my big table bila ada makan2 ni lah..
In fact tiap kali makan pun still almost the same kita atur kan meja makan ni. 
My Abduls pun tau sangat lah Ibu tu maunya yang macamana.


Ini actually for the second group yang datang agak lewat petang sikit. 
Kiranya dapat lah i berehat seketika sementara menunggu the second group. 



Ini for the first group yang pada mulanya i thot sekedar up to 15 orang lah kot. 


Ini some of the food yang Hubby beli.
Ayam Percik Ayamas. 
My SIL bawakkan Rendang Ayam. Lemang dan Roti Jala.
But ini lemang yang Abang 'Imran belikan kat Pasar Mak Datin Seksyen 6.


Serunding Daging yang i beli tu dari Giant. 


Prepared this cookies masukkan dalam bekas ni berhari2 yang lalu dah. 
Hehehe.
Semangat. 


Bekas kuih yang dah lama digunakan.




I masak Nasi Minyak je. 


Lauk2 i masak, SAMBAL GORENG NEKMINAH.
and my first attempt, OSMOT RIB.
Yang selalunya hanya Chef Ciju je yang pro masak ni. 
Recipe nya nanti i upload kan ye. 






I ordered Serikaya Durian dari Chef Koya. 
tup2 rezeki, dibagi pulak Kuih Kaswi. 
Sedapppp..


Since makan benda lemak2, i buat Lemon Mint Drink. 
Bagi masam2 sikit. 
Jadi biar sedap di tekak. 


just dessert yang katanya Viral.
I buat dessert, SOP BUAH kata Abang Irfan dan Abang Luqman.
But i made something a bit different.

1. I put AIR KELAPA  sikit taste a bit of ES TELLER lahkan. but lain rasanya.
2. I used FRESH MILK.
3. I used CONDENSED MILK utk rasa MANIS.
4. I used SYRUP ROSE.
5. Buah2 i used,  WHITE DRAGON FRUIT, BLACK GRAPE dan LONGAN.

Semuanya suka. 
ALHAMDULILAH.



nak cerita tamu yang datang ni pulak.
Ingatkan tadi dalam 3 kereta kan.
Tup2 i turun dari my room, terkejut biawak you. 
Penuh ruang rumah i. 
hehehehe..
ramai dah tamu.
kira2 semuanya ada 27 orang. 



jadi bila nak makan, kena take turn lah.
mostly tak nak makan di luar dari my big table tu lah.
so better take turn. 
apa2 pun i was so happy lah even a bit nervous. 




Ini lah kesemua tamu i kecuali sorang yang ambik gambar ni. 
She was a friend of Hubby's niece. 


Macam2 fesen kan.
Yang depan kecik2 tu kira pangkat cucu lah tu.
I is NANNY dah you. 
In fact belah Hubby ni, we all dah ada cicit..
hehehehe..
Oyang Yan..


ALHAMDULILAH..
semua kekenyangan dengan hidangan yang dihidangkan.
Semoga silaturahim kita sesama kita tetap terjalin indah.
Semoga anak2 kita sentiasa mengenali susur galur kita. 
INSYALLAH..
lepas depa balik, i had some space to rearrange the table. 
And the next group lebih kurang dalam 12 orang macam tu.. 
So my guest all together dalam 39 orang.
Next week, ada lagi yang nak datang ke rumah i..
so dari awal mingu dah i akan busy. 
Hehehehe..
But i m HAPPY.

22 comments:

  1. sedap dessert sop buah..bersilaturahim di hari mulia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah..mmg semua suka.

      Sekali sekala kan bersama2.

      Delete
  2. alhamdulillah, tetamu membawa rahmat :D

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Betul tu. Bwk balik dosa2 kita, penyakit2 kita.insyallah

      Delete
  4. Wah meriahnya.. seronok kan sesekali berkumpul...

    ReplyDelete
  5. Saya pun suka kalau tetamu datang.Penat tu memang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa lah tu kan. Tp yg penting semua happy.

      Delete
  6. Seronok bila adik-beradik saudara-mara datang.. ;) happening..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALHAMDULILAH.. even badan yang semakin tua ni terasa agak letih, tapi hati berbunga2 bila depa menambah makannya.

      Delete
  7. makanan sedap2... ramai yg bertandang... mmg meriah dan riuh ya k yan... bkn sng kn nk dpt suasana mcm ni selalu so rayalah masa yg ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..even setahun sekali, kalau tak usahakan pun mmg susah lah kan.

      Delete
  8. terkejut biawak urat urat buuk..he he

    ReplyDelete
  9. Ya Allah meriahnya hidangan kak yan tu, terliuq tengok semuanya, padanlah ramai yg nak datang tu, grand sangat cara tuan rumah menghidang dan menjamu teramu tu. Ishhh.. Kalo dekat mau saya serrrbu juga rumah kak yan nih.
    Salam aidil fitri yg agak twrlewat ye kak yan, maaf zahir batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehhh.. depa tak tau pun i nak hidangkan apa2 kat depa. hehehehe.. tak tau.. just akak mmg suka tang table setting tu.. suka sangat. buat org yang jd tamu tu dihargai. gitu lerrrr.. selamat hari raya dear.

      Delete
  10. Kak Yan, LZ teruja dengan susun atur meja akak..
    Nampak tetamu akak betul puas menikmati juadah yang dihidangkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. LZ, akak mmg suka2 sgt bab menyusun atur ni.
      kunun2 ada seni lah kot. hehehe..
      Bab berselera tu kebetulan tengahari kot. depa x makan lagi. hahahaha

      Delete
  11. Bila sesekali ada sedara mara datang berziarah seronok jugak kan yan. Walaupun sedikit penat tp seronok!

    I kalau yg datang reramai mcm tu mmg nebeslah gamaknya . Fengsan mau hahahhaa...

    ReplyDelete
  12. Cantik dan mewah.Saya suka the big table tu.


    ReplyDelete

cliks..cliks