cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Sunday, July 12, 2020

Nasi Ayam My Style My Version


Hari ni jom kita cuba recipe ni. 
berbagai cara nak buat nasi ayam. 
here i wanna share my recipe nak buat Nasi Ayam. 
ikut cara i lah. 
lain orang lain caranya. 
How to cook Nasi Ayam My style My version
(sebenarnya cilok sana sini sikit lah the recipe.
termasuk kita punya style lah jugak. not 100% orang punya).
jom kita cuba....



Ingredient.
1 ekor ayam medium size.
15 biji bawang putih
6 inci halia.

- Dua2 bahan ini diblend atau ditumbuk halus dan jadikan macam paste.
- dibahagikan kepada 4 bahagian mengikut portion bahagian yang hendak digunakan.


Bahagian 1 - untuk perapan ayam mentah
Bahagian 2 - untuk perapan ayam yang telah direbus
Bahagian 3 - untuk nasi
Bahagian 4 - untuk sambal cili


* Bahagian 1 - untuk perapan ayam mentah
- 4 sudu besar garlic ginger paste dilumurkan untuk ayam yang sudah dibersihkan.
- perap dalam 30 minutes ke 1 hour.
- panaskan air dah masukkan ayam yang diperap tadi.
- masukkan 1 cube chicken stock dan masak ayam selama 20 minutes.
- masak jangan terlalu lama nanti ayam akan hancur bila digoreng.
- angkat ayam rebusan tadi dan toskan.


i kisar je. 
malas nak tumbuk. 



* Bahagian 2 - perapan ayam yang telah direbus.
2 sudu besar garlic ginger paste.
6 sudu besar oyster sauce
4 sudu besar kicap masin.
3 sudu madu - optional nak glazekan je kat ayam yang telah digoreng pun ok.

- gaul semua bahan di atas then lumurkan pada ayam yang telah direbus tadi.
- biarkan selama 1 jam atau lebih untuk resapan yang baik.
- kemudian digoreng dengan api sederhana panas.




anggaran pun boleh je. 


i balik2 kan perapan ayam ni.




nak glazekan dengan madu lagi pun ok. 


* Bahagian 3 - nasi ( 1 caw = 1.5 caw air )
2 sudu besar garlic and ginger paste
5 biji cardamons
2 stick cinnamon
1 ts black pepper
2 pandan leaves
1 lemongrass diketuk sikit.
2 tbs salt to taste
3 cawan beras wangi basuh dan rendam sekejap dalam 30 mins. ( kalau nak rasa nasi ala2 ahyammas tu lah nasinya, guna beras wangi).
4.5 cawan air rebusan ayam
3 sudu besar butter yang keras lagi tu.


kalau nak letakkan serbuk kunyit atau pewarna kuning pun boleh. 
tapi i tak suka. 



- panaskan butter dan cairkan.
- masukkan 2 sekawan dan tumiskan sampai naik bau.
- masukkan ginger garlic paste dan tumis lagi.
- masukkan lemongrass dan daun pandan.
- masukkan beras yang sudah dibersihkan dan goreng sebentar.
- masukkan air rebusan ayam ke dalam rice cooker dan masukkan beras yang sudah digoreng tadi.
- salt to taste.




* Bahagian 4 - sambal cili
2 sudu besar paste ginger dan garlic
10 batang cili merah.
4 batang cili api - optional
2 sudu besar cili boh - optional. i tak letak.
1 sudu besar apple cider - nak pakai cuka biasa pun boleh.
2 sudu besar gula pasir - ikut citarasa memasing.
3 cawan air rebusan ayam
2 sudu besar garam. - ikut citarasa memasing.



Cara:

- kalau guna cili blend tumiskan dulu cili sampai naik bau.
- then masukkan bahan2 cili yang dikisar halus bersama paste garlic ginger.
- kisarkan cili menggunakan air rebusan ayam ye.
- then masukkan apple cider
- masukkan gula
- masukkan garam.
- masak agak pekat dan angkat.



Bahan kuah kicap.
4 sudu besar oyster sauce.
2 sudu besar kicap manis.
2 cawan air rebusan ayam
3 sudu minyak lebihan goreng ayam - optional

Cara:
- kesemua bahan di atas campurkan ke dalam lebihan bahan perapan ayam tadi.
- panaskan pan dan masakkan bahan yang sudah dicampur semua.
- buat agak pekat sikit.
- rasakan gula jugak.
- salt to taste.



Soup ayam

- lebihan bahan rebusan ayam tadi (i masukkan jugak kaki dan leher ayam) dimasukkan sikit hirisan bawang besar.
- kalau nak guna sup bunjut pun boleh. tapi i tak masukkan.
- setelah mendidih masukkan sikit daun bawang dan daun sup.
- dah siap.


Gigih i menyiapkan recipe ni di FB dan here.
FB tu sekedar my own referral in future.
those yang nak cuba silakan yee..
all the best.

12 comments:

  1. sedapnya!
    tengok pulak masa perut lapar, rasa nak makan nasi ayam jugak ni..hihi

    ReplyDelete
  2. sedapnya kak... dana pernah masak nasi ayam cara gini, sebijik kak tapi tengok kat you tube che nom, memang bahan utama dia bawang putih dan halia, memang sedap aiyan sampai dok puji2 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. I refer banyak tpt Dana. Che Nom pun ada. Tp adjust2 sikit dgn yg biasa buatlah. Kena pakai beras wangi baru dpt rasa nasi mcm Ayamas.

      Delete
    2. akak tu kalau masak memang nampak sedap je... pastu akak pandai reka resepi sendiri... itu lg best

      Delete
    3. alaaa... adjust2 ikut tekak kita kan Dana.

      Delete
  3. Lama dah kakcik tak buat nasi ayam. Ada permintaan dari anaik, tapi huruf M besar sangat atas kepala... ("_")

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi ayam senang je kan kak. Buat soup ayam then flavor utk nasi just guna soup dia. Senang.

      Delete
  4. anak2 suka nasi ayam.. bolehlah tiru resepi k.yan bawang putih & ginger buat paste.. nmpak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat rumah ni bila guna beras wangi buat nasi ayam semua lagi suka. lag sedap dan wangi.

      Delete

cliks..cliks