cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Saturday, March 28, 2020

Simple Nasi Ayam musim Covid19





Salam semua.
Apa khabar hari ni. 
today is our 11th day duduk diam2 kat rumah. 
Wake up.
Masak.
Makan.
Sembang.
Masak.
Makan.
relax.
Whatapps, IG, youtube.
Masak
Makan. 
Tidur. 
ya Allahhh..
masih bersisa 2 weeks to go. 
itu pun entah2 tengok keadaan..

Why tengok keadaan. 
Maybe tsunami ke3 akan berlaku. 
the chain tak dapat kita putuskan bila some of kita infected lebih ramai.
esp yang travelled ke luar waktu musim cuti sekolah tu. 
KKM informend almost 8000 the government servants yang applied kebenaran nak travel. 
MENAKUTKAN lahhhh. 

kita tengok lah apa result to some of us within another 2 weeks more ni. 
sebulan our business being shut down. 
never happened since 19 years ago kami berniaga. 
staffs need to be paid. 
but our income 0 for the past almost 2 weeks. 
but never mind. 
(untuk buat hati tenang).
ALLAH pemilik segala.
He knows better.
Semoga ALLAH permudahkan buat semua. 
YA RABBBB.
angkat segera ujian mu. 

anywayyyy..
back to our menu on the table ye. 
i buat Nasi Ayam yang main tangkap muat je lah. 


ini rupa Nasi Ayam i. 
Dah lama tak buat ni. 
berangan2 nak buat almost 3 4 bulan lepas dah. 
hari ni baru terjadi. 


Ini ayamnya. 
Ayam memang banyak stock kat rumah. 
I gunakan Ayam Organic. 
tukang supply senang sangat nak deal. 
called terus dapat ayam.
i beli 4 ekor hari tu. 
dan bersisa lagi 1. 
ini masak 2 ekor. 
sedap ayamnya. 
lembut. 


kita buat 2 versions. 
satu version digoreng dan satu lagi roasted.


Nasi pun kena 2 versions. 
Hubby suka beras wangi untuk Nasi Ayam.
Tapi we need to cook for Mydaddi and Pakngah.
Depa diabetic patients. 
so buat pakai Brasmati. 

Ok..
i nak share my recipe for my Nasi Ayam.
Orang lain buat maybe lagi best.
tapi i buat as simple as possible.
esp at this MRO time lah kan. 



SOUP UNTUK NASI AYAM.
2 ekor ayam.
6 biji bawang putih bersama2 kulit i ketukkan saje. 
1 bijik bawang besar hiris nipis. 
1 batang kayu manis sederhana panjang.  dalam 1.5 inci je. 
5 bijik buah pelaga.
1 sudu teh lada hitam biji.
6 hiris halia tua. 


CARA
1. Tumis semua bahan2 di atas.
2. Bila dah naik bau masukkan air.
3. Masukkan ayam dan tambahkan dengan kaki ayam ke leher ayam ke or even tungking ayam. 
4. masak sampai agak empuk dan angkat isi ayam. kaki leher dan vontot ayam tu jangan ambiklah.
5. Ketepikan ayam2 tu. 

*********************************************************************

AYAM GORENG FOR NASI AYAM
1. ayam yang diketepikan tadi gaulkan dengan 4 atau 5 bijik BAWANG PUTIH. 
2. Bawang putih diracik2 halus dan lumur ke ayam. 
3. tambahkan dengan 4 atau  5 sudu besar kicap manis. 
4. tambah kan jugak kicap masin. 
5. sedikit OYSTER SAUCE.
6. biarkan dalam setengah jam kemudian digoreng. 

**********************************************************************


KUAH KICAP FOR NASI AYAM
1. bekas ayam pasti ada sisa bawang putih yang diracik tadi kan. 
2. Panaskan sikit minyak dan masukkan bawang putih beserta lebihan air kicap bekas perapan tu. 
3. then masukkan air soup ayam. nak banyak mana kicap tu terpulang lah. 
4. rasalah masin manisnya kuah kicap tu. 

***********************************************************************


KUAH CHILI FOR NASI AYAM.
1. 6 bijik cili merah besar.
2. 6 bijik cili api
3. 2 bijik bawang putih.


CARANYA.
1. kisar semua bahan.
2. panaskan sikit minyak.
3. masukkan kesemua bahan kisar.
4. campurkan sikit air dari SOUP AYAM tadi. 
5. lepas didih boleh disediakan. 

***********************************************************************


NASI AYAM
1. 6 cawan beras wangi. (1 cawan beras = 1.5 cawan air)
2. setengah labu bawang besar.
3. 6 bijik bawang putih. 
4. 1/2 kayu manis.
5. 6 bijik buah pelaga
6. selembar daun pandan. 


CARANYA.
1. Basuh dan rendam sekejap beras. 
2. Bahan2 bawang dihiris halus. 
3. Masukkan bahan hirisan dalam periuk nasi. 
4. Masukkan beras. 
5. Masukkan air rebusan ayam tadi.
6. Nak warna kuning sikit tu masukkan sikit kunyit serbuk. 
7. Ukuran yang i buat untuk 6 cawan beras adalah 9 cawan air rebusan.
8. letakkan garam dan sedikit chicken stock. 
9. Masakkan nasi dan boleh dihidangkan.
10. dicantikkan dan diperisakan dengan hirisan daun bawang dan daun soup ye.


My simple NASI AYAM. 
tak dapat nak hias dengan tomato dan timun or zucchini. 
daun salad tu je ada. 
ok lah tu. 
Anak2 makan berselera saje. 
Bahagia kan kita. 
ALHAMDULILAH..

20 comments:

  1. fav nasi ayam...smlm pn lunch mkn nasi ayam tp tapau je...lama xmasak nasi ayam

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo suka ye.. akak tak suka yg hainan tu.. suka yg cam ni.

      Delete
  2. Sedapnya nasi ayam akak... siap ada 2 jenis masakan ayam dan nasi, yelah kan kak minggu sblm arahan pkp ramai yg travel oversea walaupun dah tahu psl banyak negara ada masalah covid19 ramai yg degil dan pentingkan diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah.. sekali hadap je Dana. anak2 bujang yang makan. kita pun sama jd berselera.

      itulah kesannya kalau kita hanya pentingkan diri dana. we all cancelled our travel ke Bandung dalam february ritu. ALLAH maha kaya kan.

      Delete
  3. bagus jugak idea masak nasi ayam ni, lama tak masak nasi ayam, selalu makan kat restoran Nasi ayam kalau terigin..bila PKP ni memang kena kreatif nak masak apa..tq resepinya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah..mmg jenuhlah nak masak tapi kering ideakan..sib baik gak yg dlm rumah ni jenis makan je apa kita masak. Berbaloi lah kan.

      Delete
  4. samalah kak. pkp ni makan, tido, makan, tido.

    ReplyDelete
  5. Nampak dah ada yg up menu nasi ayam ni...maybe sehari dua lagi kena buat jugak ni 😊

    ReplyDelete
  6. saya sangat suka ayam perap untuk nasi ayam.. hari2 makan pun xpa..
    suka yang manis2 rasa madu masin2 sikit.. aaih.. dap !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ke siti. ayam nya berasa ye.. baru laju makan. ye kan.

      Delete
  7. Tengok pun dah rasa sodap... nak try lah

    ReplyDelete

cliks..cliks