cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Tuesday, March 31, 2020

Chicken Curry Mee/Noodle




Ya rabbb..
bertambah lagi 2 minggu ye. 
some of us maybe ada yang bit depress dengan our condition right now kan. 
tapi apakan daya kita. 
Semua kuasa ALLAH..
kita hanya mampu berdoa lah ye. 
jangan putus2. 

for the time being we just enjoy and appreciate our times with the family. 
macam2 benda kita boleh buat bila bersama2 family. 
like us benda yang memang membahagiakan kami semua adalah menjamu selera dengan ahli keluarga. 
bukan pesta makan ye. 
sebabnya bukan waktu lockdown pun kami memang suka gather ramai2 di rumah i then makan2. 
even bukan lah hari2 kan. 
mesti once a month kami adik beradik dan family yang lain akan berkumpul. 

sebabnya my parents now staying with me. 
jadi memang dah pasti rumah i akan penuh dengan adik beradik. 
bila dah kumpul2 tu makan2 lah tajuk utamanya. 
kalau tak masak pun kami akan beli food dari luar dan makan sama2. 

waktu lockdown ni even adik2 tak datang tapi rumah i dah ramai semula  bila anak2 semua ada. 
plus ada sorang lagi ahli keluarga kumpul sama2. 
Pakngah, my uncle. 
so sekali makan tu almost 9 persons. 
ramai kan. 
bukan berlebihan makan. 
tapi sekali makan tu memang bersungguh lah makannya kan. 

dan anak2 pulak seleranya memang lah tinggi. 
lagipun almost 2 months lah tak makan air tangan Chef Ciju dan ibu dia. 
macam2 yang dimintak. 
Qadarullah our stock memang banyak di rumah. 
i didnt do panic buying. 

selalunya memang kami beli extra. 
then bila dua orang bertambah belanja rumah for this month memang dah dibeli lebih awal dari tarikh diumumkan MRO ni lah. 
plus i memang stock up for bulan puasa plannya. 
sebab macam malas dah nak keluar berbelanja waktu bulan puasa. 
jadi bila pengumuman dibuat bersyukur sangatlah i. 
just beli sikit2 barang basah. 

pun macam tu since MRO ada pulak orang pasar yang baik hati nak tolong belikan.
pesan je lah sehari sebelum. 
listkan lah apa barang yang hendak dibeli. 
dari barangan kering hinggakan ke lauk pauk. 
jadi memang bersyukur sangat. 

since few days before lockdown i memang dah ada reserve cash in hand. 
so tak perlu nak keluar ke ATM. 
some barang pasar yang dipesan pun diarang mintak bayar ONLINE je. 
ALHAMDULILAHHHH..
cuma memang rasa kasihan to those yang tak mampu nak mengadakan stock yang banyak. 
kalau lah diizinkan mau je i share some of our ration kat rumah ni. 
tapi ye lah.
keadaan terbataskan. 
apa2 pun kita doalah semoga ujian dari ALLAH ni segera diangkat. 
Ya rabbi. 


Ok lah..
panjang lebarlah pulak i berleter. 
hehehee..
sesekali tak pe kan. 

i nak share hari ni recipe i buat Chicken Curry Noodle. 
memang favorite anak2 dan Hubby. 
dalam freezer pun banyak bekalan ayam. 
yang memang dah ada almost 3 4 bulan lepas lagi. 
so apa lagi. 
kita mengkari mee lah ye. 


bahan2 yang i sediakan for my Mee Kari. 
some barang yang sedia ada di lemari i. 
cuma kat sini yang baru i beli adalah Tofu Puffs tu dan Fishballs. 
the rest memang dah sedia ada. 


santan 2 kotak.
i guna Adabi.
sahut kempen BMF.
lupa kat sini daun kari. 
letak dalam 3 tangkai. 
then i suka letakkan sikit kerisik. 
dalam sepacket saje. 


i gunakan not a whole part of chicken lah. 
ada kaki ayam.
ada vontot dia. 
ada leher dia. 
ada isi sikit. 
ayam agak2lah.
potong kecik2 sikit.  
nak sedap letakkan lebih. 
kalau tak cukup boh je lah mana ada. 

sebab kat rumah i ni semua suka makan benda2 extra ni. 
dan selalunya dapat free je dari Shah si penjual ayam di Pasar Mak Datin tu. 
ALHAMDULILAH..
lebihan ni berguna sangat. 
semoga ALLAH pelihara abang shah ni sekeluarga dan sahabat handai dia. 



I gunakan bawang besar dalam 3 labu. 
memang pakai banyak. 
then bawang putih dalam 12 biji
serai dalam 3 batang. 
ketuk2 je. 
halia dalam seinci. 
lengkuas 2 inci.
3 benda ni ketuk2 je. 

then i guankan buah pelaga dalam 6 biji. 
kayu manis dalam 4 inci.
2 sudu kunyit serbuk. 
semuanya i guna yang organic.
pun yang dah lama beli pun.


i guna Olive Oil. 
anggaran lah ye. 
sebab apa. 
masa tumis2 tu kengkadang macam tak cukup minyak kan.
then kita tambah. 
dah style masak tak pakai ukuran. 
main ikut suka hati. 
but since kata nak share recipe maka bersungguh lah i mengingatkan ni. 

cili blend i letak dalam 6 sudu. 
yang ni agak pedas. 
so tak boleh lah letak bebanyak. 
serbuk kari anggaran 6 packets kecik tau. 


penambah rencah. 
i letakkan 2 packets fishballs. 
setengah bungkus Tofu puffs. 
i belah2 dua. 
kalau nak letak satu2 pun ok. 




cara memasaknya. 

1. tumis segala bahan2 yang i hiris halus tadi tu. memula bawang putih then bawang besar.
2. masukkan serai, lengkuas, halia bersama2 bahan rempah like pelaga dan kayu manis. 
3. bila dan naik segala bau masukkan cili blend dan tumis sampai 3 4 kali garing. 
4. kemudian masukkan serbuk kari dan tumis sampai 3 or 4 kali garing. 
5. then masukkan ayam dan gaul rata. biarkan seketika.
6. then masukkan air dah biarkan mendidih.
7. tambahkan air ikut banyak mana yang u all mau. 
8. kemudian masukkan kerisik.
9. then masukkan santan dan garam serta penyedap rasa. 
10. last sekali masukkan tofu puffs dan fishballs. 
11. tunggu sampai didih dan dihidangkan. 




Kuah digarnishkan dengan Daun sup ye. 
dan bawang goreng. 


Mee direbuskan tau. 
i guna Mee Kuning Gardenia. 
for us i gunakan 2 packets.
ALHAMDULILAH berlambak je ada jual di kedai2 even masa MRO ni. 


bahan2 yang perlu ada di dalam semangkuk my  Chicken Curry Mee .
Ada sawi yang dicelur. 
ada taugeh mentah. 
tak suka dicelur. 
ada telur rebus.
ada Tauhu yang digoreng. 
ada sikit cili merah besar dan sikit daun sup. 


ada sikit bawang putih goreng dan bawang merah goreng. 
goreng sendiri sebab tak de yang boleh nak pegi beli. 
so homemade je lah. 


gini cara disediakan..
we all dapat ulang makan mee ni pada dinner. 
agak banyak i masakkan. 
kuah pun habis. 
ada balance sikit buat cicah roti canai segera keesokan hari nya. 

i servekan buat the whole family dengan table setting sekali. 
bukan apa. 
saje nak lepas gian decor atas meja. 
sambil makan reramai. 
just nak release tension bila kerap dengar update Covid19 tu kan. 
bagi semangat untuk semua.
bagi keceriaan buat semua. 
penting tu sebab kita tak nak lah rasa stress with the masalah yang melanda kita sekarang.  
tak dapat makan kat luar kita makan di rumah saje. 
again, jangan pulak ada yang kata berpesta makan. 
ALHAMDULILAH.

okkkkk.
selamat mencubaaaaa..

14 comments:

  1. sedap tu..last week MIL buat ..saya suka ada kerang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hubby pun suka ada kerang. Tp x de stock dlm freezer.. heheh

      Delete
  2. sedapnye...dh lama xmakan mee kari sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena buat tu rietta. zaman duduk kat dapur ni. hehehe

      Delete
  3. Thankss recipe..blh dicuba nanti..

    *pjg intro..baru jumpa kesah mee curry..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab boring lah tu maka intro panjang. Bebel2 sikit.

      Delete
  4. Ya allah sedapnya...
    Tengah berpantang ni, terliur tengok makanan macam-macam. Tapi mampu tengok je lah. Hihi..

    (insan yg memang kena stay at home 44 hari despite PKP ;) )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahaii.. sian dia. Sabar ye. Bahagia lah ye sama2 ada org berpantang x boleh keluar rumah. Semangat terus.

      Delete
  5. Suka tgk table setting sis Yan...mi kari yg lengkap..sedap..saya suka kaki ayam..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama tak gather2 sis.. so macam gian nak makan siap set2 meja tu. hehehee.. tu yg buat tu.
      we all semua suka kaki ayam
      sedap bebeno kan.

      Delete
  6. ya Allah ya Allah inilaaa ujian time2 MCO ni.. hahaha menu2 orang masak semua sedap2 belaka. cuci amta telan ailioooo dulula nanti da ok semua baru buat. hehe..

    ReplyDelete
  7. Sedapppnyaaa..terliur tengok tau..selamat berpuasa sis

    ReplyDelete

cliks..cliks