cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Wednesday, August 21, 2019

Our Raya Qurban 2019



August 11, 2019
Sunday
Home Sweet Home.


Alahaii.
ini cerita dah lama. 
tapi gambar ni banyak dah disimpan. 
so i buat je lah kan. 
sementelah tak de apa nak share kat sini. 

cerita raya lah.
even bukan celebrated beriya2. 
last year kami beraya di Pontian. 
tapi tahun ni nampaknya kat Shah Alam je lah. 
Actually setiap kali raya haji memang dah tak raya di kampung. 
kebetulan raya tahun lepas tu banyak waktu cutinya. 

then tahun ni as usual My Abdul dua orang tu tak balik. 
kat Bandung lagi meriah bagi mereka. 
Berbagai activities kalau di sana. 

Jadi kita anggaplah raya qurban ni biasa2 je. 
kalau dulu2 sambutannya memang sangat2 meriah. 
Malah kalau waktu i kecik2 dulu sambutannya kira macam sama dengan sambutan raya puasa. 
now beza sangat dah. 

i pun dah pernah sambut raya qurban ni just anak beranak je. 
waktu my 3 abduls masih lagi kumpul sama2. 
memang ala kadar je. 
masak memang khas untuk kami berlima. 
then lepas solat petang sikit kami beraya di Kuala Selangor. 
then habis satu hari.
esoknya pun like back to normal life. 


so kali ni pun simple lagi. 
I tak masak apa. 
Chef Ciju masak Ribs Osmot as usual. 
request dari family. 


I bought Engkong.
Ada nasi.
ada ayam
ada sayur2. 
then Paman Mie bawak food gak datang. 
Ada rendang ayam
ada ketupat palas. 


Nasi  and Ayam Engkong.
Ketupat Palas. 
Ribs Osmot. 



Ini i masakkan Rendang Daging Pucuk Ubi. 
Request dari Hubby. 


Dessert pulak ada Roti Jala cicah Sekaya Durian. 
I bought Punten. 
then ada gak Lontong Nasi dan Ketupat Nasi yang i ordered dari Pasar Mak Datin. 


Roti Jala dengang Sekaya. 
Punten dengan Sambal Hijau. 
and Lontong dengan Serunding Ikan buatan Cikti. 


Kami makan dan makan. 


Ada tamu. 
Our cousins. 


and my staffs yang bekerja di hari raya. 
so lepas diarang habis kerja i ajak ke rumah. 
beraya. 


bila ada yang berkunjung ada gak lah buah tangan yang dibawak. 
Ini dari my cousin. 
Kurma.
sedap. 


ada badam dalam nya. 


dapat gak manggis fresh dari kebun. 
my fren yang bawak. 


dah puas sediakan my big table. 
layan tetamu. 
moh kita makan. 
my portion. 


Ini Punten. 
I rasa nanti2 kalau raya i nak order ni je lah. 
sedap sangat. 
macam menggantikan Berasak lah pulak. 


tetamu i datang sampai ke malam. 
as usual lah. 


dah malam baru kita buat acara potong cake. 


Anniversary depa. 
yang ke 52 tahun. 


i took one slice. 
tapi makan sesudu je. 
tak larat nak makan memanis waktu malam ni. 


ehhh.. dia pun tumpang semangkok. 
Besok birthday this gurl. 
Tasya. 
yang penting dapat potong cake ye. 
didoakan mereka semua panjang umur murah rezeki dan berbahagia selalu. 


ALHAMDULILAH..
selamat lah satu hari buat kami. 
Dapat kumpul.
dapat makan.
dapat beramah mesra. 
Semoga kesempatan berjumpa waktu yang terhad ini mengeratkan hubungan kami sekeluarga dan saudara yang lain. 
YA RABBBB. 







8 comments:

  1. punten tu mcm mn rasanya? dan mmg kena mkn dengan sambal tu ke..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm nasi impit tapi berasa lemak masin. mmg padanan nya sambal hijau tu lah.
      memang best sangat.

      Delete
  2. Meriah juga sambutan raya Puan tahun ni. Ada juga makanan yg puan hidang saya tak pernah dengar dan tak pernah makan. Kek tu nampak sangat sedap. Buat saya terliur je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdhllilah masih dpt sambut dgn family even kurang 2 anak kat rumah. Food mmg sentiasa meriah. Cake tu my sister lah yg buat. Baker gitu kan..

      Delete
  3. engkong & punten tu pertama kali dengar & tengok rupanya...pasar Mak Datin..hehe..dekat mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan orang Jawa. rare memang.
      Pasar Seksyen 6. i yang gelarkan tu. sebab yang datang tu siap pakai drebar. n pasar yang agak mahal sikit lah.

      Delete
  4. uiiii meja makan kak yan kalau ada ramai tetamu tak sah kalau tak penuh yaa ;-)

    ReplyDelete

cliks..cliks