cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Search here too

Monday, December 25, 2017

Ho Chi Min Pertama Kali - Mekong River (3).


Kita sambung cerita HCMC i ye.. 
Anak2 dah ada di rumah now. 
dah lepas rindu dah..
So hari ni  kita sambung sembang pasal travel i ni.. 

Hari kedua we all kat HCM.
Pulas tidur malam tadi. 
Before joining this group i dah habaq mai to my cousin that i tak nak join semua activities the group. 
I just nak lepak2 je.

since i dah bagi tau cam tu, my cousin Rahina pun arranged balik the itinerary.
At least i join sikit the activities. 
So pagi ni dia nak bawak the group ke Mekong River. 
I pun join lah.
Memula memang  siap plan tak kuasa nak naik2 sampan cam tu. 

but then rasa rugi gak kalau tak join kan. 
dah bayar kan harga package dalam RM1100 sorang. 
lagi pun this group ada warga emas..
kira i ni pun macam warna emas gak kederatnya, maka i rasa ok kot for me.


Pepagi at 7.30am, i took the breakfast. 
alahai. makan benda2 ni je lah.
nak pekena Nasi Goreng ke apa2 ke kat situ, memang tak lah kan.
Bukan dia serve halal food pun. 
Jadi coffee tea n bread je lah.
ALHAMDULILAH.


kami memulakan perjalanan menuju ke Sungai Mekong. 
at 8,30am local time we all dah gerak dah. 
satu mini bus kami semua. 


smooth je traffic. 
but i noticed a lot of tourist punya transports. 
hebat sungguh HCM ni. 


hajat hati nak lelap kejap.. 
but m not that kinda person. 
sure mata nak terbukak je melihat keliling. 
i memang kurang pandai. 
mungkin kalau terlalu penat kot i boleh tidur. 
otherwise i just tidur2 ayam. 
so i layan lah suasana sekitar ni. 
hijau gitu. 


lebh kurang dalam 45 minutes perjalanan kot, kami singgah kat sini. 
sesiapa nak 'throw small water' ke, 'throw big water' ke, boleh lah. 
ALHAMDULILAH the toilets sangat bersih. 
yang penting ada sit toilets. 
kalau tak sure menangis tepi bus i sebab tak boleh nak throw2 gitu. 

the rest ada gak yang shopping kat sini. 
pandai depa ni. 
nak buang air boleh, then sesiapa nak shopping pun boleh. 


this is my cousin yang arranged this group. 
mother we al adik beradik. 
mother sis Rahina ni passed away masa diarang adik bergdik kecik2 lagi. 
so she and the siblings memang rapat to MyMommi. 


then sambung lagi perjalanan dan tak lama, sampai kami di sini. 


kami tunggu ferry utk kami. 
Mr Kong dah arranged semua. 
tinggal naik je lah kami. 
jangan tanya pada i berapa harga tickets ye..
memang i tak tau hapa. 
all in the package. 
tak kuasa pulak i nak refer itu ini pada Sis Rahina. 
tak elok lah kan.


while waiting. 
cuaca, WOWWWW.. 
panas lit2. 
muka sure terbakar. 
segala SPF dah i sapu dah. 
hopefully idok ler tebako banyak. 
sikit2 tu kira adat lah kan. 
nak cantik selalu baik duk diam2 dalam bilik. 
heeeeeee.


suasana keliling. 


tu dia ferry kami. 


bahagia muka semua. 
ada safety vests tau. 
tapi tak bagi pakai, 
habis tu cam no ek. 
kalau dah karam ferry ni, masa bila nak pakai safety vest tu ye. 
ALHAMDULILAH dah selamat balik dah. 


itu satu pulau yang berpenduduk. 
tapi katanya pulau ni not opened to the tourists lah. 
ada 4 islands kot di Sungai Mekong ni. 
mostly penduduknya menangkap ikan di sini. 


Our tour guide. 
Vietnamese guy.
Boleh cakap bahasa melayu.
tapi telor2 lah gitu. 
kira ok lah.


Such a new experience lah kan..
Bukan hari2 kita explore sungai kan. 


one pit stop. 
kat tempat jual gula2 kelapa. 
bahan dari kelapa dan macam2 boleh jadi. 
ini mesin nya.
bersih depa ni. 


nak tak nak je i membelinya at first tau. 
sebab apa tau?
sebab i tengok ada cik anjing tau. 
macam seriau je i. 
but then anjing tu dendiam je kat situ dan akhirnya lari dah.


ada gallery gak kat sini. 
tapi tak kuasa lah pulak nak menjengah ke sinun. 


memang cantik kawasannya. 
tepi sungai je tau. 
sungai air teh gitu. 
keruh je airnya. 


kalau ikut2kan memang agak mahal barang2 yang dijual di sini.
Malah no discount tau. 
Fixed price semuanya..
tapi bila dah disebut tak akan dapat di tempat lain, so main item tu kita belilah di sini. 


Kalau yang macam2 ni, tak payah. 
Kat Ben Thant Market benda ni banyak sangat. 
Bargain lah kita bagai nak rak. 
sure berbaloi - baloi.
Cantik kan.
Teringin gak tengok. 
Tapi belum lalu nak beli.


Benda yang macam ni memang rare. 
So beli lah kami berpack2 cam tu. 
Worth it lah kan.
Ringan lagi pun. 


then lepas tu kami meninggalkan factory tadi tu. 
Tapi bukan balik ke ferry kami.
Kami naik kuda pulak. 
Ada kereta kuda yang tunggu kami. 
then kami dibawak jenjalan naik kuda di kawasan pekan kecik ni. 

pening kuda kami ni kot.
bawak makcik2 yang 'sedap2' badannya.
demam kuda ni lepas ni i rasa. 
heeeeee


then kami tiba di area ni. 
Kira pekan lah cam tu. 
Since hari ni hari Ahad, tu yang agak lengang kot. 
dah tak naik kuda dah.
kena jalan sikit. 


Then kami dibawak masuk ke area Wet Market dia.
Tu dia. 
Kat Malaysia, nak ke pasar mak datin pun i berkira.
Ni kat HCM pulak i beriya2 masuk. 
heeeee..
dah terpaksa u. 
kalau tak cam ne nak balik. 


Tapi best gak. 
banyak benda yang lain dari lain yang terjual di sini. 


yang tak best nya tu.
banyak pulak jumpa warung jual 'Oink, oink'..
lembu ekor pendek tu le. 
Then kat jetty dah tunggu ferry kami tadi tu. 


then dibawak pulak ke bee farm ni. 


tengoklah demonstration depa ni kat sini. 


then ada lah benda2 ni. 
maka beli lah apa yang ditawarkan. 
biasa lah kan. 


cantik je disusunnya. 


tu ferry kami. 


then naik balik ferry tadi, jalan lagi. 



then kami ke sini. 


dijamu dengan local fruit you. 
makan bersungguh kami. 
ingat kan ada lah jual buah2 nya. 
rupa2 nya tidak. 
in fact tak bayar pun kami benda ni.
ehhh.. ke memang dah termasuk dalam package. 
nanti i kena tanya balik lah.
what we did, paid the tips to the singers yang ada kat situ. 
masukkan dalam tong duit lah.


then Mr Kong bagi tau.
kita akan naik sampai. 
nak tinjau Mekong River.
Dok fikir di kepala i.
perlu ke i naik ek?
tapi katanya just about 15 minutes je. 
ok lah kan. 
moh kita cuba. 


maka berjalan lah kami ke muara sungai. 


macam2 ada. 
tau ni buah apa tak?
buah koko. 
kecik2 pernah makan buah ni.


then tiba le kami kat sini. 


tu diaaaa.
serem gak i you. 
panjat2 might be susah to me but still i ok. 
naik sampan yang cumel macam tu, tu yang i serem tu. 
boleh ke i naik ek. 
tapi diajar how to melompat masuk ke sampan tu. 


tengok semua orang ok je. 
i pun rasa, i ok kot. 


wellll..
cam ok je tu kan. 
no worries. 
kira dalam group ni ramai yang size2 cumel like me. 
so kira ok lahhhh..
cuma yang tukang bawak je yang slim2. 


then berdayung le depa ni. 


ni tukang bawak sampan kami. 
senyum je dia mandang i. 
boleh tahan laju kayuh dia. 
Dik nama dia. 


Pokok nipah. 


sempoi je kan. 


then Dik suruh i pakai topi tu you. 
then dia bagi pendayung tu. 
Then dia mintak phone i. 
nak tangkap gambar i rupa nya. 
heeeeee..
sebelum tu asyik cakap je. 
dia muji2 i. 
Mem, u  beautiful.
iyooo lah..
den tau apa makna pujian tu. 
heeeeeee..
tip kan..
sebenarnya dia nak bagi tau tu..
Bijik mata i sama macam makcik2 dia lah tu. 


ni pun bijik mata cam Viet Kong. 


sakan kan..
then sampai lah kami ke tempat untuk diturunkan..
tempat lain pulak. 
i pun bagi lah tip pada budak si Dik ni. 
Kesian dia bawak Mak Bedah. 
Berat kot sampan dia. 
senyum2 je si Dik ni. 
suka lah tu kannn.


macam2 ada. 


then tunggu ferry kutip kami balik. 



cuaca memang terik masa ni. 
tapi berangin lah. 


then dibawak kami ke sini. 
nak lunch. 
cantik suasana di sini. 


rupa2 nya kawasan ni ada surau. 


Maka di sini lah kami dapat Halal food. 
kata Sis Rahina, dulu2 agak susah nak dapat halal food at this area. 
so kalau nak lunch terpaksa patah balik ke HCMC.
memang kebuluran lah kan. 
Maka jommmmm.
kita makannn.


sedap je tengok ayam goreng dia. 
tapi i tak makan sangat. 
sebab dalam group i tu ada lah sorang anak lelaki baya2 abang luqman berselera makannya..
so mak2 dia esp me, let him habiskan. 
i dah makan seafood yang disediakan.


tak pernah miss.


ikan steam kot.


ooo...
dibakar. 
sedap gak. 
tapi i makan sikit je ikan ni. 



sedap soup sayur dia. 
fresh.


anak muda tadi tu, tak makan lah yang ni kannnn.
so mak2 lah yang beriya2 makan. 
puas rasanya ada sayur. 


ini pulak datang. 
sedap weiiiii.
lagi lah si Haziq tu tak makan. 


then ini. 
walaweiii.
besar2. 


last but not least. 
sebenarnya kat kawasan keliling tu penuh pokok buah ni. 
tak rasa pun buah ni disapu ubat macam yang selalu kita beli di Malaysia. 
sebab masa makan ni tak rasa sakit tekak. 
habis kami ngap2 you. 
group sebelah tak habis, kami sapu yang depa punya. 
heeeeeeee


senyum je. 
then tak lama keluar chef dia. 
kami pulak dok bersembang. 
me, sis rahina and chef ciju. 
sebab kami ABC.
yang lain bersolat lah.
Chef tu adalah orang Kemboja. 
So dia kata tips boleh dibagi so that duit tu akan dibawak balik ke Kemboja utk kebajikan masjid di sana. 
Whatever reason pun kan, the rest pun sedekah lah..
ALHAMDULILLAH.


ready to go. 




bye, bye Mekong River. 
Panas weiiii.


menuju ke jetty. 
new group pulak sampai. 
hebat perlancongan depa ni. 
sungai keroh je pun you. 
sungai Malaysia?
beriya2 kita kempen sayangi sungai. 
then jerentu balik. 


ayuhhhh.. 
kita pulang. 



suasana di jalan. 
kami tiba di HCMC dalam kurang lebih at 2.00PM.
we all balik ke bilik dulu. 
mission adalah untuk jimba ke Ben Thant. 
Tak sabar Ben Thant nak jumpa kitarang. 
heeeeeee
okkk.. sambung nanti. 

14 comments:

  1. Tak Naik sampan kecik tak sah lah kalu pergi Vietnam kan. Dulu x ada naik kuda, kami jalan kaki je sampai ke hujung.kemudian makan nasi pula di bandar.kat situ no halal food

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn... tak sangka pulak. Seronok gak rasanya.

      Tang non halal tu yg tak best sikit kan.. tp seafood je lah makannya.

      Delete
  2. Seronoknya travel macam ni. Dapat lalui macam-macam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian akak x dpt rs semuanya ni. Ada lg activity kak. Cuma sy x pegi.. lalu terowong. Yg ni kira dah ok lah pd saya.

      Dgn cousin sy ni ground je dlm rm750 kot. Tinggal beli tix je kalau x nak beli dgn dia.

      Delete
  3. Sampan kecil tu seram adoii tapi dah naik siap pegang dayung tu yang mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. he..heee... at first mmg cuak anis.. takut akak.. bila dah naik, ok je..

      Delete
  4. seronok baca. terasa macam join sama dalam journey ke mekong river ni, best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks...
      sesekali buat benda2 cam ni mmg seronok lah kan.

      Delete
  5. naik sampan kecik tu rasa ngeri...huhuhu...hadoiiii takut tercebur je dalam air tu...


    Salam Perkenalan;
    Pengedar Vivix Shaklee Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampan kecik memang. tak gerij bila dah ada kat dalam tu.
      sebenarnya cetek je sungai tu. tu yg berani.

      Delete
  6. Salam Bahagia,

    Padat juga program dia, berbaloi.
    Macam-macam dapat rasa naik sehari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok lah kalau sesiapa yang malas nak arrange itinerary sendiri. lagipun groupnya kecik je pun. i lak ambik half je activity nya. ok sgt lah.

      Delete
  7. Kita bg dgn niat sedekah then dia nk wat pe ngan duit Tu biarlah janji kita dpt pahala sedekah rezeki kita juga bertambah

    ReplyDelete

cliks..cliks