cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Tuesday, August 29, 2017

Wedding anak Kak Kasihredha.



Nak ke mana tu?
Nak gi makan kenduri. 
Kat mana?
Kat Mines Resort City. 
Siapa jemput?
Haaaahhh.. Special person in my life. 


penampakan sebelum ke majlis kenduri. 
I got invitation from this lady. 
Kak Kasihredha. 
I m sure most of you kenal this blogger.
I kenal since anak2 kecik2 lagi. 
She has 3 boys, so m i. 
selalu tegur2 kat blog masa beliau masih lagi active blogging. 
But now beliau lenyap dari blog dan active in Instagram. 

Recently Malaysia dikejutkan dengan berita dua orang pendaki malaysia yang kecundang sewaktu mendaki di gunung di Iran. 
Terkejut rupa2nya salah seorangnya adalah suami kak Kasihredha. 
Memang sayu je hati bila tahu beritanya. 
sometimes i kept in touch with her dengan comment di IG beliau bila she updated the status. 
ALHAMDULILAH, mayat arwah ditemui dan selamat dibawak balik dan disemadikan. 
Malangnya i tak dapat nak menjengah kak kasihredha atas sebab2 kebizian lah kununnya. 
Hanya melihat all her posts kat IG.
Bila tengok posts Kak Kasihredha, hati i turut meruntun..
rasa sedih turut terlarut. 
gitu lah kan.
tiba2 ditinggalkan. 
semoga akak tetap tabah menempuh hari2 mendatang.
Sehinggalah minggu lepas, sewaktu tinggalkan message di post beliau, 
terus dijemput ke majlis persandingan anak lelaki beliau. 


di WA card jemputan. 
terus pasang niat i mmg akan pegi nanti. 
Kena ajak Chef CiJu.


Ini lah pertemuan pertama kami. 
i benar2 bersyukur dan happy sangat bila dapat menghadirkan diri. 
Siap dah bagi tau awal2 kat Hubby i nak attend this wedding. 
Kalau Hubby tak boleh pegi, i will ask UBER to send me here. 
heeeeee
But ALHAMDULILAH ada yang sudi mendrivekan i ke sini. 

Masa bertentangan mata, kami terus berpelukan. 
Rasa sayu tiba2 menangkap di jantung hati i. 
Macam  kami dah pernah bertatap mata in real sebelum ini. 
Walhal hanya blog, hanya FB, and hanya IG. 
Tapi ALLAH is the great. 
dipanjangkan lagi silaturahmi dengan pertemuan ini. 
ALHAMDULILAH BARAKALLAH.
Lepas peluk2 dan cium2 sakan tu, 
I pun masuk lah ke dalam dewan.
Bagi chance orang lain lak peluk2. 
heeeee


The setting was so nice. 
simple and yet so nice. 
i love it. 


Meja santapan. 


Tak lama kami sampai, perantin pun sampai you. 
apa lagi, i pun tangkap lah gambar sikit. 


Dua2 doctors 
Umi nya pun doctor. 
Hebat this family. 
Kitarang jadi rapat pun sebab suka comment hal anak2 waktu berblog dulu. 
I keep mentioning my 3 abduls. 
and kak Kasihredha pun has 3 abduls. 
heeeeeee


Okkk. kita cerita pasal food lak kannn.
Mana hebat cerita Mak Bedah kalau tak ada cerita food. 
heeeee
Nasi minyak yang dihidangkan. 
ada nasi putih gak. 
tapi i tak layan nasi putih hari ni. 


Ayam ni sangat sedap. 
sukaaaa. 
i ambik 2 ketui. 


i tak ambik daging ni. 


dan Dalca. 
ada Acar Buah. 
Pun best sebab besar2 buah2nya. 


Ada jugak kuih2 ni. 
Kalau tak silap ada gak yang lain like Rojak Karim, Ice Cream. 
tapi i rasa malas nak keluar balik dari area tempat duduk tu. 
Lagi pun ini pun dah banyak sangat dah. 
ALHAMDULILAH..


Ehh.. i ambik nasi sikit je tau. 
Ayam memang dua ketui i ambik. 
Sedap makan sambil tengok perantin kat pelaminan. 


Time to go back. 
sebab i nak buat treatment kaki i .
must be there at 2.30PM. 
Then kami bergambar. 
Masa ni Kak Kasihredha busy layan guests. 
I sambar Tok Mie dulu. 
Seronok dapat gambar dengan Tok Mie. 
Selalu tengok Tok Mie kat IG je. 
Kali ni siap peluk, siap cium pipi, siap cium tangan lagi. 
heeeee.
Sporting Tok Mie. 


then baru dengan Kak Kasihredha. 
Bagi menghormati permintaan beliau, terpaksa i blanko muka akak ni. 
Cumel2 cam ni rasa sayang kena putihkan tu. 
tapi tak apa.
Ini pun dah besar syukur tau..


i dipeluk erat oleh Kak Kasihredha. 
"Akak malu dengan Yan",
"Akak gemuk"
Eeeeee.. "kakkkk, saya lagi giant tau"
bila dah bertentang mata, baru Kak Kasihredha tau kebenaran nya betapa i sangatlah besarnya. 
heeeeeee..
tak apa lah kan kak..
biar bagaimana physical kita, janji kita dah dapat bersua muka bertentang mata. 
Dah balik rumah pun masih cerita2 pasal akak tau..
Hope Kak Kasihredha sudi baca lah. 
heeee


The door gift. 
I like gak. 
so sweet with the fresh flower tu. 



tak tau apa motive letak gambar ni. 
nak bagi tau betapa bosarnya eden ni haaah. 
mata tu macam bengkak je. 
sebab semalam tu i sikit touch2 lah bila tengok gambar2 my 2 abduls kat Bandung. 
rindu sangat. 
jadi sayu masa tu sebab at the same time gak jiwa macam ada kacau sikit. 
itu lah kan hati. 
lebih2 kalau kita sakit. 
i lak jenis yang susah easily meluahkan. 
hhhhhh
bila tersentuh dan disentuh hati kita, sure akan tergores sikit. 
Anyway, ALLAH is the great. 
jangan bersyak wasangka dalam hati. 
ALLAH bless all of us. 
ALLAH bless all my friends. 
ALLAH bless all my silent readers. 
Luv.

Saturday, August 26, 2017

Bila rindu bertandang..


tak lama lagi dah nak raya kurban kan.
u all balik kampung?
i maybe tidak lah.
maybe just raya kat Shah Alam je.

My boys pun tak balik Malaysia.
Alaaaaa.. I is rindu lah.
First time berjauh waktu raya haji ni. 
Memang pesantren tak benarkan depa ni keluar waktu raya kurban ni. 
ada lah activities yang sudah diatur maybe. 

Jadi windu i ni sangat lah menggunung..
nak ke sana pun terpaksa kensel lahkan sebab depa tak boleh keluar asrama pun. 
nak lepaskan windu ni nak kena plan lah nak pegi bila. 
maybe i will go end of September ke.
ada sesiapa nak ikutttt??



saje nak lepas windu ni i share gambar Abang Luqman waktu dia masih stayed kat asrama Cijanggel. 
Kawasan ni agak dekat dengan Kampung Daun. 
Kawasan nya betul2 kat atas gunung. 
Abang Luqman memang suka this place. 


Kat sini lah dulu asrama dan tempat belajar Abang Luqman masa memula belajar di Darrut Tauhid. 
Tapi now dia dah berpindah ke new area. 
Masih di kawasan sejuk di Bandung lah. 
Ada hamba allah yang wakafkan bungalow pada anak2 santri ni. 
Hebat kan. 
Gambar ni pulak diambil sewaktu asrama Abang Irfan dan asrama Abang Luqman bergabung sempena activity kemerdekaan baru2 ini. 


meriah seminggu depa kat gunung ni. 



Ini pulak asrama yang kedua Abang Irfan stayed.
Another bungalow yang diwakafkan. 
hebat2 orang diarang ni kan.



gambar ni diambik Abang Luqman melawat Abang Irfan. 
Masa ni memang dah mula kurus dia. 


Abang Irfan sama2 dengan santri anak (bawah umur).
ini nak lawan lah ni. 


Abang Irfan bagi gambar ni minggu lepas. 
guna handphone mushrifnya. 
Hp Abang Irfan dipegang mushrifnya. 
tak boleh suka2 hati guna hp kan. 
Dia tanya i, "Ibu, i dah kurus kan".
memang berat badan depa dua2 susut sejak belajar di sini. 
Makan kan tak sama macam makan di rumah kan. 


Ini gambar masa Abano Irfan memula belajar di sana. 
masih montel kan. 
pipi Abang Irfan memang gebu gebas.


ini gambar terlatest diarang. 
belakang Abang Luqman tu sorang lagi santri dari Malaysia. 
Orang Kuala Kangsar katanya. 
Jadi so far hanya ada 3 santri dari Malaysia yang belajar di sini. 


activity yang dijalankan di sini. 


Abang Luqman dah macam ustaz bila dipandang dari belakang. 


Nampak tak Abang Irfan tu?


Ini pulak activity yang masuk dalam program TV di Indonesia..
bulan puasa lalu.
dapat lah i menengoknya.
seronok bila dapat tengok my darling kat sini. 



Ini pulak activity bulanan mereka..
bersihkan jalan di daerah mereka. 


Abang Luqman sedang buat presentation. 



I miss both of them so much. 
INSYALLAH ada rezeki i will go there soon. 
Depa maybe lambat lagi balik nya ke Malaysia. 
Maybe cuti akhir tahun nanti 
Biar depa concentrate dengan pengajian di sana. 
Mintak dua'a kan dari kawan2 semua. 
biar depa ni terang hatinya dan lancar pelajarannya. 
Semoga cita2 depa tercapai. 
YA RABBB...
Kalau ibu ada kepak, sekarang juga ibu terbang ke sana.
Jumpa u both. 
ibu cium2. 
ibu gomol2 pipi bambam baby ibu tu. 
sure semua melese2 manja2 kan..
aduhaiii.. 
tenangkan hati ibu ni. 

Wednesday, August 23, 2017

Kenduri kawin di kampung.


Pa khabar semua. 
lama i tak update kan. 
malas bebeno. 
walhal ada cerita yang nak dihebahkan. 
kurang bersemangat nak menulis sebab sakit kaki yang memang tahap gaban sekarang ni. 
severe pain due to my lumber problem and coccyx.
Coccyx? alaaa tailbone..
senang cakap, tulang tonkeng lah gitu. 

sakit di bahagian ini daripada sikit2 tu didiamkan, maka melarat dan pain nya jadi severe kalau kena attack. 
so backbone yang melengkung ke dalam  pun menyebabkan nerves i dihimpit. 
tu yang sakit. 
Sharp pain, means nerves problem. 

Even my "bumper" ni kira gred A, tapi kalau duduk lelama tu, si tunkin tu merana lah. 
Now m under treatment still. 
dua'akan kesakitan ni segera menghilang ye. 
Nak lawat my boys kat Bandung nanti takut tak mampu. 
kesian depa kan. 
dan kesian Mak Bedah tak leh jenjalan. 
heeeeeeee..

Ok lah i nak cerita sikit hal i about last 2 weeks. 
we all balik kampung hubby.
Ada wedding anak sedara Hubby. 
due to my problem ni lah i memang tak dapat nak rewang. 
hanya menghadirkan diri macam tetamu je..
terpaksa lah. 
nak buat macamana kan. 


gambar pengantin yang i gagahkan diri menangkapnya. 
yang lain2 gambar pengantin memang i tak tertangkap. 
mintak Abang 'Imran tangkap, ada je alasan dia.
so ini je lah. 


ini that case, better i cerita makanan kan. 
heeeeee.. 
biar semangat sikit. 
Orang Jawa kawasan Kuala Selangor ni kalau majlis kawin memang meriah dengan food. 
Ini main dishes yang dihidangkan kepada tetamu. 
depa masak gotong royong dengan orang kampung. 
idok ler pakai catering gitu. 


lauknya, mak aiiii.
memacam.



semua masakan orang kampung. 


siap ada small stall tau. 
ini adalah stall putu bambu. 


cam ni rupanya. 


air pun meriah sungguh. 
nak minum air apa?
pilih lah. 


ada dessert gak cam ni. 
Bubur Kacang Hijau dan Jagung. 


Ini i punya. 
Yang bestnya ada Sayur Pucuk Manis. 
sedap. 


disebabkan Mak Bedah tak larat nak jalan2 tu, Mak Bedah makan je lah. 


Sekarang kalau ke mana2 kenduri kawin, bujang sorang ni je lah yang i bawak. 
peneman.


Cake for pengantin di sponsor oleh Hubby. 
Hasil tangan Chef CiJu. 
Tapi kesian  cake terpenyek dalam kereta. 
Sedihnya Chef CiJu masih berbekas sampai sekarang. 
heeeeeee..


Nasib baik diadjust2 sikit tu, ok lah nampak. 
tapi yang penting, cake nya best. 
ALHAMDULILAH semua suka i guess. 
fresh baked lah kan. 

Since keadaan kaki yang mula terasa sakit, i mintak diri dulu sebelum majlis berakhir. 
tungkin dah mengeluh sangat dah. 
We all tak terus balik ke Shah Alam..
ke mana lah pulak merayap ek?
tungguuuu.. ada cerita nanti. 
sabaq nooooo.

***: thanks to my silent readers yang sudi singgah dan membaca my blog ni. 
some now dah jadi follower i kat IG. 
happy to know that depa still baca my blog yang suam2 kuku ni. 
In fact semangat menulis akan datang bila depa comment di IG. 
thanks a lots dearies. 

cliks..cliks