cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Search here too

Thursday, March 2, 2017

Bandung 3 - Ke Parongpong dan Asrama Darrut Tauhid.


Pagi ni acaranya sebenarnya mengunjungi asrama my boys. 
Satu di Geger Kalong, dalam kawasan Kompleks Darrut Tauhid. 
Satu lagi di kawasan pergunungan which is for Abang Luqman di Parongpong nama daerahnya. 
Alaaaa.. kalau sesiapa yang biasa dengan Bandung sure biasa dengan Kampung Daun. 
Dekat daerah tu lah. 


so pagi ni kami semua kena makan di luar. 
i pun tak breakfast di hotel even ada coupons for 2 of us. 


kedai baru bukak, kami dah masuk. 


pilih meja yang paling panjang gitu. 


cantik interior nya.


berbaris segala meatballs or fishballs.


makan Bakso kita. 


pepagi pekena Bakso. 
layan je lah kan. 
Ini lah our driver. 
kiranya dia ni dah macam adik i je. 
Iyan nama nya. 
we all terputus hubungan akibat  masalah dalaman. 
hee..hee.. ada lah kann.
tak pe lah yang lalu kita lupakan. 
i memang suka dengan dia pun. 
tak pernah membantah apa pun kemahuan kami sekeluarga. 
malah sewaktu kami bercuti ke Jogjakarta, beliau lah menjadi supir kami selama 5 hari kami di sana. 
import tu dari Bandung. 

Jadi pagi ni kami bertemu beliau setelah 3 tahun lebih tak berjumpa malah berhubung. 
Kami sewa Innova selama 2 hari atas urusan anak2 ni nanti. 
harga untuk our transportation? 
harga yang diberi pada kami adalah harga adik beradik. 
i tak boleh nak share kat sini. 


rencananya sebelum ke pesantren, ibu2 ngajak ke Pasar Baru.. 
Waduhhh. 
mau liat ajah katanya.
 ye lerrrrr.
tak leh percaya. 
tanya nak guna berapa jam?
cepat je kata, sejam cukup. 
pergghhhh.
tup2 sampai dekat 3 jam kami di sini. 
lebih malah. 


sewaktu di sini ada lak yang candid kami. 
tokngah yang tangkap ni. 
ini lah my omel ontel ni. 
kat mana pun memang cam ni lah. 
tak kira orang pun dia akan peluk2 dan cium2. 
sebenarnya kita yang rasa nak cium2 dia je. 
dia pakai sua muka dia je. 


jangan kata i tak shopping. 
i shopping gak. 
tapi ni je lah. 
satu for me, satu for Hubby. 
then i bought one telekung. 
yang biasa2 je pun. 


selain Iyan, kami jugak kenal dengan Acong. 
even the family pun kami dah kenal.
sesiapa yang dah biasa dengan Hayuka Bandung transportation, i m sure kenal depa dua ni. 
cuma Iyan dah tak kerja sama Hayuka .
jadi Iyan lah akan jadi pemandu kami dari hari ini hingga esok. 
dah syok menyopping, kami pun dah rasa lapar balik. 


kami dibawa ke sini. 
lagipun i ke Bandung ni sama My Daddi and My Mommi. 
Waktu makan nak kena jaga. 
orang tua kan lain dari kita ni yang kalau boleh pulun, kita pulun je. 
lapar ke penat ke. 
belasah je kan. 
so kami lunch kat sini. 


tahun 2012 kami sefamily telah makan di sini. 
and now sekali lagi.


tapi harga dah tak superti dulu. 
tambahan dengan keadaan kewangan kita yang semakin memburuk. 
sedih. 


selesai makan kami terus ke asrama Abang Irfan di Kompleks Darrut Tauhid di daerah Geger Kalong. 
Sebenarnya semalam i planned nak terus hantar je my kids ni ke asrama so that keesokan hari kami terus balik ke Malaysia. 
tapi entahlah ye. 
bila difikir2kan, macam belum sanggup berpisah. 
nak tidur lagi semalam dengan diarang. 
maka hari ni sekedar tengok2 je dulu keadaan asrama buat mereka. 


sampai je di sini, kami disambut oleh penjaga para pelajar. 
pelajar di sini dipanggil santri. 
Kang Akmal Muhammad Irfan. 
mendengar penerangan dari beliau hati terus rasa sayu dan tersentuh. 
sangat berlemah - lembut dalam bicara. 
Mudah2an anak2 ibu pun nanti boleh jadi macam Kang Akmal ni. 


Begini lah keadaan tempat tidur Abang Irfan nanti. 
first time in his life. 
being apart from us. 
being independent.
mudah2an beliau sentiasa sabar dan tabah dalam kehidupan di sini. 
always be humble ye baby. 


Ini lah cupboard Abang Irfan nanti. 
sendiri urus ye omel. 
no more ibu yang gantung kan baju. 
no more ibu yang letakkan all your boxers. 
no more ibu yang tentukan which baju yang patut di'lupus'kan. 
semuanya sendiri. 
i believe u can do it. 
INSYALLAH. 


Ini lah pendamping Abang Irfan. 
Nama pun nak dekat sama. 
Kang Akmal Muhammad Irfan.
baru 22 tahun.
Penghafaz 30 juz. 
Masyallah. 

So far i keep in touch with this young man untuk tau perkembangan Abang Irfan. 
ALHAMDULILAH katanya my omel ontel ni baik2 aja. 
sudah mau berteman dengan yang lain nya. 
cuma i m sure sesekali Abang Irfan akan sedih dan sayu. 
ke tidak. heeeee
Don't worry baby, next month Ibu akan datang jenguk u ye.. 
miss you and abang luq so much. 



gambar terbaru yang dikirimkan oleh Kang Akmal thru WA secara diam2. 
Katanya Abang Irfan sudah mula berkawan dengan para santri yang lain. 
Ini Kang Akmal bawak Abang Irfan dengan yang lain membeli barangan di kawasan kedai berdekatan. 

setelah 3 hari ditinggalkan, ini lah pertama kali i dapat tengok Abang Irfan. 
even dapat video call. 
tapi macam cebik2 gitu. 
i m sure dia sedih. 
sebab I yang bersungguh menangis. 
Aduiiii.. 

Kalau nak cakap lagi, kena tunggu minggu depan hari Ahad atau dipanggil hari libur. 
tapi better jangan kacau2 dia lah. 
biar dia stable kan diri dia dulu. 
Ke i yang kena stable kan diri i. heeeeeeee


Ok lah sambung lagi. 
Lepas tengok keadaan asrama Abang Irfan kami gerak ke Parongpong. 
Asrama Abang Luqman pulak. 
berlainan asrama. 
agak jauh di kaki gunung gitu. 
Bagi santri yang sudah berumur (baligh) mesti dipisahkan. 
supaya menghafaz lebih bagus. 
kalau tak, mau maksiat mata katanya. 


suasana agak suram je petang kami tiba di Parongpong.
nak hujan sepertinya. 


sungguhpun begitu keliling agak riuh dengan suara para santri main bola.
riadah waktu petang nampaknya. 
ada yang kecik ada yang besar. 
mereka bermain bersana2.


keliling asrama Abang Luqman penuh dengan kebun sayur2an. 
Memang suka lah Abang Luqman nanti. 
boleh makan sayur.


itu lah asramanya. 
sebuah masjid yang terdapat bahagian asrama di bawahnya. 


atasnya masjid ini lah. 
tempat mereka berqiamulail dan bertahajud nanti. 


Di sini lah nanti Abang Luqman akan mengabdikan diri menuntut ilmu ALLAH. 
Pada Abang Luqman, suasana seperti ini bukan masalah buat dia. 
ALHAMDULILAH. 


gambar sebelum gerak balik kalau tak silap ni. 



Sementara i bersembang dengan pendamping Abang Luqman, rupa2nya My Daddi and My Mommi interview some of the santri di sini. 
Ini Muhammad dari Singapura. 
Ada rahasia tentang beliau yang buat kan i sendiri takkub. 
pengorbanan ibu ayah dan diri sendiri pasti ALLAH balas dengan kebaikan diakhir. 
INSYALLAH.. 
Ya rabbi.


sempatlah My Daddi and My Mommi and the rest bersolat jamak taqdim di situ. 
lepas tu terus kami balik ke Bandung semula. 
nak makan malam pulak. 


kami ke Kartika Sari. 



jom kita makan. 


kolak pisang dan gamdum
manissss.
patut i dah mula nak dapat Kencing Manis ni. 
adoiiii.. 
makan benda2 cam ni lah agaknya. 


Favorite Abang Ifran.


Teh Tarik yang wangi. 


Es Buah. 
enakkk


Teh Botol


Bebek Goreng buat ku.


Nasi Liwet for Chef CiJu.


Fr My Daddi.

Setelah itu kami balik ke hotel. 
penat tak terkata. 
bilik kami sebenarnya dah berpindah. 
tapi bukan kami yang dok packing. 
heeeee...
staffs hotel.
waduhh.
Apa2 pun malam ni adalah malam terakhir boleh gomol2 my omel ontel. 
dan Abang Luqman boleh sembang2 dengan dia. 
Esok akan berpisah..
sedihhhhh.

okk. tunggu last episode ye.
aaaa



18 comments:

  1. apa maksud langgeng tu? subhanAllah, umur 22 tahun dah hafaz 30 juz �� aiwahhh! insyaAllah Abang Irfan & Abang Luqman dah duk jauh ni mesti akan lebih matang & berdikari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak silap itu nama tempat kot Adieb. bahasa sunda.
      thanks for the dua'a ye.. amen ya rabb.

      Delete
    2. ameeen.ohhh, nama tmpt. sebab unik, langgeng ๐Ÿ˜„

      Delete
    3. Langgeng ni pun kalau x silap ada maksud..langgeng macam "rapat kot"..bahasa sunda. Nnt akak tanya kawan or maybe anak2..heeee

      Delete
    4. Langgeng itu artinya "kekal" Kak Yan. Hebat anak-anak Kak Yan pergi merantau mencari ilmu agama. Anak-anak saya juga di masukin ke pesantren Kak Yan. tapi di dekat dekat Bogor saja. Biar bisa tengok kapan saja...hehe.

      Delete
    5. ohhh, kekal. kiranya 'warung ayam kekal'. insyaAllah perniagaan akan kekal, sebab ramai org sebut warung ayam kekal ๐Ÿ˜ doa tu ๐Ÿ˜„

      Delete
    6. Oooo terima kasih Gun.. biasa dengar tp tak biasa di kepala..heee.. oooo gun pun hantar anak ke pondok ye.. apa nak pesantrennya Gun.

      Delete
    7. nampak cam pelik je kan perkataan 'langgeng' tu. tapi maksudnya, subhanAllah...

      Delete
  2. Tentu mummynya sayu anak-anak di perantauan. Semoga mereka menjadi santri yang baik dan dapat memenuhi cita-cita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tentu sangat kak.
      rindu sarat ni.
      terima kasih atas doanya.

      Delete
  3. wak baca entri mkcik ni pon wak jadi penatt., hahar2

    naiss kan gi bandung tuuu ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke wak..
      alahaii..

      jom gi Bandung. tgh sale Malindo katanya.

      Delete
  4. Kak Yaaaannn....belum baca entry latest pun saya dah berjurai2 air mata. Begitu besar pengorbanan untuk menuntut ilmu Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I is sedih u..
      Tp harus kuat kan..demi diarang.

      Delete
  5. sedapnya semua makanan2 ni....

    ohhh tak jauh dr kampung daun.... saya igt kn smpi msk ceruk kampung... mcm pasentren yg sy pegi dulu...


    ada pelajar malaysia yg lain kat situ ke kak selain budak berdua ni?

    ReplyDelete

cliks..cliks