cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Search here too

Thursday, May 8, 2014

Kashmir Paradise on Earth (9) - last day in Kashmir and a day in Delhi.

Story on Sunday April 13, 2014
Last day in Kashmir and day tour in Delhi

Aaaaaaaaaaaaaaa..... nak balik dah.. this was the last day in Kashmir.. tak relaa... tak sanggup..sedih sungguh.. tapi nak buat cam ne kan.. dah lumrahnya begitu.. ada awal, ada akhir.. jumpa pasti berpisah.. kena berpisah buat tahun ni lah. heee..i will come again.. INSYALLAH.. 

Ok lahh.. last day ni we had our breakfast very early coz our flight at 9.30am.. so sud be at the airport at 7.30am lah gamaknya.. and for the last day the group had our breakfast dengan Fahad. 



saying good bye to the staffs of Ibni Kabeer Hotel.. they are so friendly, so helpful. Missed them a lot. especially chacha.. heee.. chacha tu pakcik yang berdiri sebelah KakCik Ella tu.. kemain lagi KakCik Ella. dapat ayah kat Kashmir. After saying goodbye to the staffs, we went separately to the airport. KakCik Ella, Ayang, and Kak Zue naik Mustaq..while  me, Chef CiJu and CiLi naik kereta Fahad sebab dia nak singgah rumah dia kejap nak amik honey yang Baba dapat dari orang kampung. Baru lah i teringat kenapa lah si Fahad ni tak bawak siap - siap dari rumah.. kan dia stayed kat rumah in laws dia sekarang.. 




semalam tu hujan.. so pagi ni lalu jalan ni sangat lah best. so calm and fresh...rumah Fahad dekat dengan airport. I cakap dengan Fahad, i takut lambat.. Fahad kata jangan takut.. depa tak akan tinggalkan tourist seramai 6 orang. heee.. ok lahh. ikut je lahh.


Ini rumah Fahad, meaning rumah Baba, ayah Fahad.. first time in 2012 i w e n t  t o   t h i s   h o u s e dan had a chance meeting his late mother. kitarang hanya di luar rumah. malas nak masuk. takut lambat nanti. bila dah bersembang dengan Baba nanti sure lagi lama.. so, diam - diam je we all dalam kereta. heeee.


tak sampai 10 minutes kami pun tiba di airport. first check point. kena turun segala luggage. tapi kami tak lah.. sebab luggage semua dengan kereta Mustaq. so kami just check our handbags and back pack saja. dari sini naik kereta balik. 


alaaaa... dah sampai dahhh..di sini lah kami jumpa the rest.. kecohlah depa sebab kami lambat.. tak lambat lah.. cuma terhegeh - hegeh je sikit. heee..then tak lama kami di luar, terus 2 orang porters ambik all the luggage and asked us just to go in without queuing .. and the army just allowed us in.. best betul.. that's the special kat sini. u ada tour guide, u ada porter, mudah bagi u.. sebenarnya cuak gak sebab once dah masuk, our luggage still tak sampai.. (Fahad bagi tau tak kan lah dia nak lepas tangan je.. dia lah yang tunggu luggage tu lepas bersama - sama porter tu.). Dan kami di dalam tunggu je depa ni.. satu lagi porters ni kan nak tips.. memang dah itu lah kerjanya.. 


Meanwhile the rest filled up form. macam bagi tau kami dah keluar Kashmir lah.. Kan ari tu masa sampai delclare sampai.. now nak balik, sama lahh.. declare gak. kang ada dia kata kita menetap haram kat Kashmir. Masa di sini lah ada sorang staff airport ni datang membantu.. dan depa ni lah yang sambut kami hari tu.. depa ni memang lah sangat baik. 


then tiba kat area nak check in pun this porters yang uruskan.. dan kelebihannya our excess luggage depa buat 'pejam mata' je. heeee


ini lah orang airport yang tolong kitarang.. dari hangkut luggage sampai lah ke bahagian kira luggage..Mehraj namanya.. Syukriya Bhai.. ALLAH je lah yang balas. I dah bagi tahu hal kira luggage ni kat CERITA PERTAMA DI KASHMIR.. tapi tu lah kann.. adat berjalan ke tempat orang.. terima lah  hakikatnya.. lain orang, lain ragam nya.kira cam tu lah.. tapi apa - apa pun dengan bantuan mamat - mamat Kashmir ni, mudah urusan kami semua.  tak sampai 10 minutes, settled.. masa i dulu almost 45 minutes kat belakang tu dalam hujan lebat.. Then urusan semuanya selesai dan kami pun flew back to Delhi. huu...huuu. sodih den...


sempat lagi tu i sambar Mamat Askar ni.. segak bebeno.. tu yang tangkap gambo tu. kalau kat Mesia, sure hubby kata buang tebiat. heeee


our flight at 9.30am.. just one hour and an a half. 


gelak sakan dia.. orang suruh sneyum.. apa2 thanks to her. baik. 


pagi hari we all alas perut dengan hot dog and mineral water je. 


then we arrived at the Terminal 3, Domestic Terminal 



ini lah luggage kami bertiga.. 


selepas episode cemas, the driver pun muncul.. kalut mak bila tengok dia tak tunggu depan main entrance of the airport.. rupa - rupanya silap info.. dia ingat kira lewat sampat. 


terus lah menuju ke kereta kami. panas weiii.. boiling gamaknya.


sementara susun - susun luggage tu i terus masuk ke kereta.. adduiiii.. panas weii..masa di dalam kereta we arranged our quick itinerary di Delhi. 


first we all nak tengok India Gate. mesti.. dan akhirnya. masanya kauuuu.. aduiii.. kami tak ambik masa lama lah.. gilo - gilo amik gambo kat sini bawah terik mentari..amboii.. 





ingatkan nak ke mana - mana lagi lah. tapi bila dah dibudget  - budget kan time tu.. macam tak cukup pulak.. langsung we decided nak amik lunch je. terus suruh the driver cari resto.. Raju kata pergi ke Karim's je.. aduiii.. memula sampai ari tu dah makan kat Karim's.. tapi dia bertegas Karim's ni lain sikit. lagi sedap.. soooo.. we all pegi lah. 


di letakkan di sini saja, terus lah kami menapak mencari di mana lah Karim's ni.. Kami berada di Hazrat Nazimuddin.. kira ini moslem area lah. woww.. masuk je area ni, panic wei.. ye lah kami ke sini without any tour guide. ye lah Raju kena jaga our luggage.. otherwise ada kami balik sehelai sepinggang je nanti.. 


so pandai - pandai lah kami ke mencari nya. tanya je lah orang yang lalu lalang tu.. 


tak lama terus jumpa.. manusia kat area ni macam ulat.. macam ulat nangka you.. beggars punn.. ya ampunnnnn. ramai nya.. rimas sangat - sangat.. bila nampak je resto ni, terus kami masuk.. sampai depan sini dikejarnya tau..


tapi resto ni kan.. kena tunggu..siap ada ruang menunggu.. haruuu.. perut tu tak usah cakap lah.. melalak perut. tak tahan tunggu lama, kami terus naik. tapi tetap tak dapat ruang lagi..heee 


thennn. baru lah kami dapat masuk. cepat  - cepat lah order. 


muka orang lapau. so tengok je lah ye apa kami makan... 










time to go. we need to rush.. 



lepas makan terus kami berjalan balik ke kereta.. tapi keluar je dari situ,  beggars dah bersedia dah nak menyerang.. teman stress betul.. bukan sebab apa. i stress sebab susah nak pencit i punya cameralah.. dia siap pegang - pegang tangan u.. then montot anak dia tu ditayang - tayang kat kita.. bolen - bolen youuu. aduiiii.. 


nampak?? sooo pack... congested. kat situ juai food, kat situ resto, kat situ masjid, kat situ beggars. 


memang agak sibuk kawasan ni. boleh lah dianggapkan seperti Jalan Masjid India lah.. cam tu.. 


kurta kat sini murahnya.. at Kashmir i beli INR1000.. kat sini just INR350. Patterns sama je. rezeki orang Kashmir.. 


teringin nak beli - beli yang kat sini ni hahh.. tapi....



nak gak tengok - tengok benda - benda ni.. macam best.  tapii. tu lah kannn.. beggars.. buat kita terlalu berjaga - jaga.. 


teringin gak nak rasa. tapi was - was..hee


macam sedap je.. tapi bila memandang pada minyak tu, memang i tak sanggup sebab even kat Malaysia pun i jarang makan.. 


tapi dalam pada tu, i macam rasa nak cuba food kat sini.. entah apa tah nama dia. plus kat situ i noticed yang berkopiah - kopiah yang menjualnya.. sembang - sembang kejap dan terus i mintak bungkuskan. tak ingat dah berapa rupee.. tapi memang sangat murah lah..kat sini lagi ramai yang tadah tangan sambil berselawat tepi i.. aduiiii... sampaikkan tak berapa nak concentrate nak sembang. 


bhai ni lah yang jual.. then i noticed that we were facing one tall building. then i asked, is it a mosque.. i kurang faham sikit apa yang dikatakan.. so i assumed that was a mosque. ada terselit keinginan nak jengah muka di situ.. tapiiii... hhhhhh yang pegang - pegang i ni yang i tak tahan... (ALLAH nak uji hati kita kan.. dibagi pengemis yang tak pernah kita tengok tak senonoh ini di Malaysia, dah hati kita protest...ALLAH bless them.). but i asked him to do something to the mosque.. and he accepted it.. i tawakkal je lah.. harap - harap amanah yang diberikan disalurkan sebaik - baiknya.. 


Ini lah bangunan tu.. (Lepas balik ke Malaysia i ada sembang dengan FB fren i, baru lah tau..ini adalah markaz tahfiz.. MASYALLAH..) patut lah ramai yang berserban dan berjanggut di sini.. Banyak benda yang boleh dan rasa nak buat. tapi kekangan keadaan. tak pe lah... 





balik sambil berfikir.. ini lah kehidupan.. then kami terus ke hotel.. nak kena packing. kejap lagi nak lari ke airport. i terlupa samada sebelum makan or selepas makan we went to Sarojini Market. Last minutes shopping. Given 2 hours for shopping. i just duduk dalam kereta je.. tak larat lah i.. i ni jenis yang bukan kaki shopping macam tu.. mau i fengsan dalam tu kang.. so relax je sambil sembang dengan Raju.. heee.. lagi best. 



We arrived at the hotel kurang lebih pukul 5 dan mesti berangkat ke airport at 7.00pm.. siap macam nak apa dan tiba at the airport at 7.30pm. We split here. sebab the other 3 naik MAS.. and we took Malindo.. terus je lah ke counter.. 


tengok - tengok kami je ada di sini.. and ALHAMDULILAH this Malindo staff ni weighted our luggage. heeee.. excess you... then terus je dia cakap, just leave it.. haiiii.. baik nya lah kau umat. tanya nama, ooo moslem.. MASYALLAH.. rahmat ALLAH... kalau tak mau beratus gak tu nak kena bayar. 


slowly we went to the immigration n custom before went to the boarding hall.. punya lah ketat.. macam nak tanggal lutut menunggu barang n bags dicheck.. once settle terus kami cari tempat makan.


we just went to Gloria's Jane di sini. senang.. tangkap je Tuna Sandwich.. kat kapal nanti dah terlalu malam.


ada masa sikit dan ada lagi rupee tu, i singgah Ishana. suka kat sini. beli lah apa - apa yang kurang.. tapi just bear in mind lah kan. agak mahal lah.. tak leh compare at luar.. lagi pun nak compare wat pe kan. bukan boleh keluar lagi..beli je lah apa - apa yang bekenan.. 


kat area boarding ni pun depa masih sempat shopping.. i sibuk dengan camera je.. kalau i pegi sorang kot, mau tak de apa i beli for ole - ole orang kat rumah. heeee.. THAT'S ME... the reality i memang tak tahan menyopping bila travel. i love looking around rather than shopping.. BELIEVE ME. so bila depa ni ada, bagi je duit, buat lah apa yang korang nak.. wa nak tangkap gambar. heeee


last pic before entering the plane. good bye India.. good bye Kashmir.. huuu..huuu.. the end of the journey in India. sodihnya..


once took off terus kami diberi dinner.. dinner ke.. dah nak dekat puul 12 mlm. but once tengok je that dish,  i hilang selera sebab 1 dah makan tadi. 2 dah lewat sangat dan ke 3, dah 9 hari makan curry you.. tekak dah tolak dah.. so i simpan je lah.. tup - tup telinga i ada terdengar one passenger ni requested another portion. so the stewardess tu bagi tau, second one u have to pay.. once i dengar tu terus i bagi kat abang serban tu.. tourist dari India.. suka dia you. 


after 5 hours of journey.. sampai lah kami.. kurang lebih masa ni dalam pukul 5.45am.. kelat gak biji mata. almalum tidur - tidur ayam je. 


luggage yang dah beranak pinak. heeee...


then we did anything with what we supposed to do here. then before saying good bye to CiLi we had breakfast together. lepas gian beb.. tapi kann.. nasi tu tak tanak sangat.. gian punya pasal, habis gak kami ngap...tak lama lepas tu kami balik. dalam taxi, kami TIDURRRR sakan. heeeee..ok lahh. cerita Kashmir dah habis.. lepas ni i nak up cerita Jaipur dan Agra.. and at the same time i will make the N3 about roughly cost i spent this time. totally different.. masa sorang - sorang i memang banyak spent.. esp for hotel n transportation.. sebab sorang kan.. ok lahhh.. tunggu yeee... till then..daaaaa. 

6 comments:

  1. tengangan nganga baca sebab membayangkan keseronokan nyer..

    ReplyDelete
  2. Betul yan..Tangkap gambo byk3...jgn nnt br nak menyesal xamek gambo..nak repeat pon xkan same experience tu annn...hehehe best2..india wait for meee...;)

    ReplyDelete
  3. ok...next tunggu taj mahal punya story plak...

    ReplyDelete
  4. Nasi beriani dan roti tu membuatkan saya terliur...Menarik sungguh trip ni. Kalau backpack/pergi sendiri ke tempat ni, ok ke?

    ReplyDelete
  5. Hai Kak Yan...hati ni dup dap dup dap sambil dok baca ni, syokkkk...

    ReplyDelete
  6. salam kak yan.. maaf lame tak singgah cni... :)

    best nye coti2... jeleshhh i.. hihi

    ReplyDelete

cliks..cliks