cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Monday, September 21, 2020

Frozen food SAMOSA di Desa Pandan




Entry lalu i ada bagi tau yang we all makan di Restoren Kampung Pandan. 
cerita di S I N I
sebenarnya bukan lah datang dari Shah Alam semata2 nak makan di sini. 
semuanya gara2 Hubby yang mengidam SAMOSA DESA PANDAN tu. 
biasanya kalau dulu2 kami beli di Seksyen 20 esp bulan puasa. 
kebetulan bulan puasa lepas kan kita MCO. 
so tak merasa lah nak makan Samosa Desa Pandan. 

puas lah dia mengoogle browse sana sini akhirnya mendapat address kilang for the samosa. 
maka dengan itu kami ke sana. 
ke kilangnya terus. 


dah lama tak masuk KL kami umpama Rusa Masuk Bandar. 
hehehee.
toleh kiri toleh kanan. 
bangunan baru2 semua. 


kami hari biasa sure jem pekat kat sini. 
ni kami pegi hari cuti. 
September 16 kami jalan2 KL. 


Jalan makin lebar2 gitu. 


so lepas ambik Samosa kami terus pegi makan. 
then lepas makan kami singgah rumah Nekcik. 
nak ambik currypuffs lah pulak. 


ini SAMOSA DESA PANDAN. 
u all boleh tengok di FACEBOOK
di INSTAGRAM ada. 
kalau teringin nak berniaga pun boleh beli dari diarang ni. 


dalam satu pack ni ada 10 keping. 
sepack ni dalam RM6
ayam atau daging sama je harga ni. 
kalau banyak dalam 50 keping = RM25

Samosa Ikan pun depa ni ada. 
tapi i tak beli lah. 
kalau nak delivery pun boleh mana2 yang tinggal sekitar Desa Pandan RM5. 
minimun quantity dalam 3 packs yang 10 biji tu. 
kalau shah alam lagi mahal lah deliverynya kan. 


yang ni pulak adalah currypuffs kesukaan kami sefamily. 
hubby suka yang ni. 
ini beli dekat Setapak Jaya. 
bekas Chef Tun Rahah ni. 
inti dalam penuh daging. 
ingat nak beli. 
tup2 Nekcik sedekah kat kami lah pulak. 
terima kasih je lah.
moga bertambah2 rezeki nanti. 


balik rumah tiba waktu teatime tu i goreng lah. 
tapi nampak yang dalam daun pisang tu. 
itu LEMPER SABAK BERNAM. 
Chef Koya bagi 2 packs frozen punya lah. 
then tinggal kukus je. 


so our teatime on Hari Malaysia. 


cantik je kelim currypuffs ni.
bukan acuan ye. 



ALHAMDULILAH.. 
sesekali kita ngopi sambil makan frozen food. 
syukur. 

weekend rasa2nya nak ke Sekinchan lah. 
nak cari ikan fresh murah. 
katanya Ikan Cencaru sekilo RM1.50 je. 
emmmm..
ada chance kita kembang kepak. 

16 comments:

  1. Nampak menarik la kak Yan...ok nanti SA terjah IG samosa tu....sedap plak tengok currypuff nekcik tu ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap SA.. cuma agak pedas sikit lah inti dia tu. berempah gitu.

      Delete
  2. ini lah karipap yang comel tu kak ye... geram nengok bulatnya tu, dana pun rasa tak boleh nak kelim sekemas dan secomel itu...

    kira murah sangatlah samosa tu kak, besar jugak... biasa kalau orang jual dia punya kulit je tebal inti sikit tapi seringgit lebih 1...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya dana. inti mmg banyak daging. cuma dia tak pedas lah. cantik mmg kelim dia.

      Delete
  3. Replies
    1. alamak itu hanya yg family2 dekat je. dah tak ada stock banyak dibuatnya.

      Delete
  4. Yang dalam daun pisang tu akak tak ambil gambar, nak tengok isinya macam mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. lemper ye.. nnt kalau akak teringin nak mencuba i tunjukkan nnt ye.

      Delete
  5. samosa tu murah..haritu ammi beli 1 brand ni (agak famous) 1 pack with 12 pieces of samosa RM12.50

    ReplyDelete
    Replies
    1. i rasa dia bagi utk org meniaga semula.. mmg dr kilang direct ni.

      Delete

cliks..cliks