cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Wednesday, July 3, 2019

Abang Irfan pulang Bandung, tetamu pulak datang berkunjung.





June 19, 2019
Wednesday
KLIA 2


Hari ni ke KLIA 2 pepagi lagi dah. 
itu pun at first tersilap time. 
kalau tak sejam lah terlewat. 
sib baik terperasan awal. 

nak hantar Abang Irfan balik dah masa ni. 
Dia balik sorang dulu. 
Abang Luqman tak boleh balik lagi selagi urusan JPJ tak settle. 


orang agak ramai ketika ni.
macam2 jenis manusia ada di sini. 
kami terus je menuju counter U for Indonesia i guess lah. 


nak kena settle pasal nak escorted this boy sebab masih bawah umur lagi. 
Abang Irfan masih bawah umur. 
boleh fly sendiri jika dah 16 tahun. 
jadi kena ambik surat di counter for escort dia lah. 
nowadays dah ketat sebab baru2 ni ada  anak dara lari dari rumah dan menuju ke Bali. 
Haru kan..
risau anak2 sekarang ni. 

then Abang Irfan ni pun jenis yang kalau boleh nak cuba semua. 
dia kalau boleh nak independent. 
kalau boleh tak nak escort. 
but i told him that escort nya bukan lah macam u ni guna bodyguard. 
just ada letter yang nak endorsed yr journey  dan selamat sampai ke destinasi. 
baru dia lega. 


so syaratnya sekarang i have to wait sampailah dia masuk ke ruang boarding. 
so dia fly at 11.55am then i kena tunggu sampai 11.40am baru i boleh balik. 
cam tu syaratnya. 
so tunggu lah.

but then before that kami breakfast dulu. 
ke Dome je lah. 
Nak ajak ke Bibik Heritage tu terus dia cakap dia kurang yakin. 
maka nya kami ke Dome je. 


I ordered Hot Caffe Latte. 


and Pancake. 
Banyak sungguh portion nya to me. 


then Abang Luqman tolong habiskan. 


latte i habiskan. 
sedap sungguh lah. 


Abang Luqman bukan kaki kopi. 
so air teh je lah pilihan dia. 


and he took scones. 


Abang Irfan ambik Lasagna. 
licin. 


tak cukup tu. 
dia beli ni gak. 
licin gak dia sorang. 


sedap sungguh tekak dia makan donuts ni. 


nampak tu tinggal berapa dia makan tu. 


ntah apa fesyen lah bergambar tu. 


kejap je dia ni dah besar. 
sebulan berkumpul macam sehari je. 
masa ni dah berbincang2 dah. 
dia tak nak i ke Bandung tengok2 dia. 
sebab katanya nanti concentration dia terganggu. 
"nanti kalau ibu ke sana then bila pisah nanti i rindu u sangat".
aloo..loo..
ye lah. ingatkan nanti2 dia rindu kita kan. 
dia kata memang lah rindu. 
tapi bila dah jumpa then pisah itu dia tak suka. 
ok lah.
maka ibu kena bersedia menahan rindu selama 6 bulan nanti ni. 
Hua..huaa..
sedihnya...


tak pe lah.. 
demi dia. 
biar dia concentrate. 
dia ada target. 
yang penting sama2 berdoa agar pelajarannya lancar je nanti. 
dan dipermudahkan. 


time to say good bye. 
tengoklah ni. 
dia dah tinggi sangat dari ibu. 
nnt kalau another 6 months sure lagi tinggi kan. 
dia pun masih 14 tahun pun. 


ini anak masih suka je dicium2 pipinya. 
masih suka dipeluk2.
alaaaa..
rinduuuuu..


dah masuk Immigration area. 
dia dah independent dah tu. 
suka lah dia. 

then at 11.40am seemed tak de masalah i pun berangkat balik. 
dapat called dia kejap dan tanya how. 
he said all ok. 
dah boarding dah masa tu. 
ALLAH permudahkan semuanya. 
then at 2.10pm dia pun called dan beritahu yang dia dah sampai Bandung. 
tinggal nak lepas Immigration sana. 
then bila tengok IG story dia dah almost sampai ke asrama. 
tak de siapa pun yang ambik di airport. 
ALHAMDULILAH sampai dah itu anak. 
syukur. 


then once i sampai Shah Alam terus beli food for lunch. 
sebab ada guests yang nak datang ke rumah. 
Kawan2 hubby. 

since i pun tak ada masa nak prepare food for them kitarang main beli je lah. 
We bought Johorean food. 
Nasi Biryani Gam dan Murtabak Singapore. 
beli kat Seksyen 16 restoren sebelah Pos Laju. 


ni lah dia. 


Ini lah meja kami for our guests. 
tak ramai pun. 
setakat 5 orang je. 
ALHAMDULILAH.
noticed that depa berselera menjamu selera yang seadanya. 
masakan Johor kita hidangkan. 
then ada lagi some Sambal Goreng NekMinah. 
ALHAMDULILAH merasa sikit. 


ini lah kawan2 sekolah Hubby. 
zaman sekolah2 rendah dan kawan sekampung pun. 
ALHAMDULILAH..
ni lah jamuan simple2 yang mampu kami lakukan. 
no more makan2 yang besar2. 
kena intimate je lah kan. 
ALHAMDULILAH..
bersedia another one big jamuan for my ex classmates. 
INSYALLAH..

10 comments:

  1. bagus jg ada escort tu...nasib baik x disuruh escort smpi msk dlm perut kapal terbang hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikut2 kan escort mmg cam tu. sebab tiba di sana supposedly escort akan jumpa org yang ambik dia kat Bandung tu. kat airport.

      Delete
  2. Olololo, bukan senang nak jumpa anak bujang yang dah besar and masih nak di cium peluk oleh emaknya. Ini rare. semoga jadi anak soleh selamanya ya Irfan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALHAMDULILAH.. ke 3 3 anak bujang i masih mau dicium2 oleh ibu and nenek nya. malah depa yang suakan pipi kat kita.. cute kan. hehehe.. INSYALLAH semoga pelajaran anak2 kita semua nya lancar ye..

      Delete
  3. Alhamdulillah. Abang Irfan dah pandai berdikari, tapi hati ibu tetap risau juga, kan? 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALHAMDULILAH... memang risau dan rindu tu tak boleh cakap lah.

      Delete
  4. anak manja abg irfan tu yek.... yelah dh dia yg bongsu kan kak...
    lamanya 6 bulan tak boleh jumpa... aduhai mesti mummynya rindu sampai nngis2 kt sini nih... tp demi impian dia, kita sabarkan ye je kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Dana.. memang manja.. suka dipeluk2 lagi.. dicium2.. anak koret lah katakan.
      memang akak menanggung rindu sangat ni.. tapi bersabarlah wahai hati ..

      Delete
  5. baru nampak murtabak singapore.. since puasa hari tu payah nak jumpa kat bazar.. nak dekat raya baru jumpa bazar yg jual murtabak singapore.. huhuhu sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murtabaknya berbeza kan.. lebih daging dari telur. sedap.

      Delete

cliks..cliks