cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Saturday, September 29, 2018

Orang sakit belanja makan.


cerita makan2 lagi. 
Well, dah memang blog pasal family, makan, jalan2..
so memang tu je lah ceritanya kan..

Anyway, hari ni nak cerita pasal hal makan dan makan.
Nak jadi cerita, lepas balik dari Kelantan esoknya me and Hubby terus balik ke Kuala Selangor. 
One of the relative meninggal.
Dalam masa yang sama, dapat tau yang hubby to Mem Lina not so well gak.
So plan2 dengan Nekcik nak melawat di rumahnya isnin. 
Kan cuti lagi kan.

So minggunya ni kami datang lagi ke Kuala Selangor.
Ada wedding lah konon2nya.
Sampai je terus cari alamatnya.
Tapi rupa2nya Hubby salah tarikh.
minggu depannya sepatutnya majlis.

Aduhaiiiii..
So kami pun nak ubah plan.
Nak cancel lah konon nak melawat orang sakit pada isnin, tapi nak datangnya sekarang. 
Hari ahad lah maksudnya.
Call my second cousin, laaaaaaa 
ada di Kuala Selangor lah jugak.
Orang sakit dah sampai Kuala Selangor??
Biar benar.

So i pun terfikir nak jumpa lah.
Kami nak belanja orang sakit .
Jumpa lah kami di Cendol Sebelah Masjid Sasaran, Jeram. 


Kami pekena Rojak Mamak.
Sedap weiii.


Tak lupa pelengkapnya..
Cendol.


orang sakit yang ambik gambar.
ingatkan dah jumpa di sini, tak perlu lah ke rumah depa ni besok.
laaaaa..
ditagihnya jugak.



tengok tu..
ada rupa orang sakit tak?
tak kan.
Hyper person, sebab tu lah.


So hari Isnin tu gagah gak lah ke rumah depa ni. 
Kalau tak sure kena kutuk sampai sudah.
Tak sayang dia lah. 
Tak suka dia lah..
adohaiii..
sensitive sedara i ni. 


hujan renyai2 dah masa ni. 


silap masuk lah pulak. 
kena ronda Putrajaya kejap then baru terus menuju ke rumah diarang. 


Sampai je, food dah terhidang di atas meja dah..
Sementara menunggu Nekcik, Mem Lina belanja air coffee lah pulak. 
I cakap terang2 dengan Mem Lina i memang lapar. 
hehehehehe..
muka tak malu.
So, kami makan dulu. 
Nak tunggu Nekcik takut lambat lagi kan. 


Mem Lina jamu kami dengan Kurma Daging.


Ada Sambal Tumis Petai Udang. 
Dap ehhh..


Ada gak Sambal Tumis Ikan Parang. 
Pun sedap je. 


Sayur pun sedap. 


Hubby pulak sebelum ke rumah Mem Lina mintak dibelikan lauk dari KJP Selangor tu.
Ini yang i beli.
Kuah Kuning Ikan Keli.
Kuah favorite hubby.


Pun ada Kurma tapi Kurma Ayam. 
Our favorite kalau makan di KPJ Selangor. 


Tumisan 


Nasi tak boleh ambik bebanyak.
Lauk banyak. 
nanti kan boleh ratah lauk2. 


Nekcik mai bawak pulak Roti Naik ni. 
I makan 2 bijik you. 
Cicah dengan Kuah Kurma..
Orang Johor memang suka mencicah. 


Then Mem Lina keluarkan ini pulak. 
Makan lagi. 
Adohaiiii..
Donuts.
Sedapppp..
Lembut jee.


Tengok tuuuu..
Tambah air lagi tu. 
Makan 2 lak tuuuu.


Sedappppp.


Tu dia..
Cap jempol dari Tokpucu.


Kemudian kami dihidangkan Char Kuew Tiaw pulak. 
Ya ampunnnnn.
Hari makan sedunia lah.


Ni CKT.
I kureng sikit.


I mintak yang kering.
Kuew Tiaw Goreng lebih taugeh.
Sedapppp.
Tak de yang tak sedap lah.


Hehehehehe..
Kami ni berkawan dari zaman sekolah lagi. 
Mem Lina 2 pupu i. 
Me, Hubby, and Sham (Hubby Mem Lina) satu sekolah.
Me n Sham satu class lagi.
Kami memang rapat. 
Masa ni siap bercerita kisah2 lama kami. 
Hehehehe..


Zaman anak dara duduk rumah Nekcik di Setapak Jaya..
Maka kami memang bertambah rapat lah..
ALHAMDULILAH..


ALHAMDULILAH..
begini lah kami sefamily.
Kalau kumpul, kami suka makan2.
Semoga ALLAH sentiasa merahmati hubungan saudara kami ni. 
Semoga ALLAH penuhi perasaaan kami dengan kasih sayang. 
Pantang antara kami tau sakit ke apa ke, cepat2 lah kami ambik tau..
Rahmati kami ya rabb..
Thanks to Sham and Lina for the awesome food..
INSYALLAH nanti kalau nak makan banyak lagi, i bagi tau je.
Ok laaaaa..
ini dulu. 

Wednesday, September 26, 2018

Ke Pasar Siti Khadijah dan Pasar Siti Aishah, Kota Bahru.




Sambung balik ye cerita Kelantan i ni..
Terpaksa lah kita celam celum kan dengan cerita lain2 kan..
anyway, hari ni kita sambung lagi. 

Lepas majlis pagi nya, kami balik ke hotel dan buat check out dulu..
Since dapat satu bilik free, kami boh all our luggage kat situ. 
Kami dapat stay sampai pukul 6 petang. 
Thanks to Sis Na, kawan Mem Sabar.

Once dah settled few things, kami terus ke town.
Nak jengah Pasar Siti Khadijah.
Nak cari makan.



Kami parked our car kat tempat lain.
Dan menapak sikit ke Pasar Siti Khadijah.


Cari dan cari makan.



Pasar basah, pasar kering semua ada. 


sakan suara.


kat bawah ni macam2 ada. 


di area ni i sempat sambar serenading daging sikit. 



seronok tengok benda2 yang ada di sini. 
kalau boleh nak dibawak balik semuanya.


kami pergi ke area stall makanan.




then lunch here.


pertama kali makan Sup Usus Muda. 
Sedap. 


Tepung Boko.
Manis. 
but i tak berapa suka. 
tapi boleh makan lah. 



Akok yang dimasak bersama baulu.
not as good as normal Akok lah.


then i took this drink. 


Ikan Keli Goreng and Kerabu Perut jadi santapan tengahari ni. 



then kami ke sini. 
tempat agak selesa untuk nak cari baju.
we were looking for batik. 


mencuba yang ni. 
tapi ini bukan pilihan hati. 
nak cari Batik Silk or Crepe Silk. 
Mem dua tu cakap cantik color ni on me.
tapi i don't like the material.
so kensel lah.


But i bought this for MyMommi. 


Akhirnya setelah puas mencari, maka kami dapat yang berkenan di hati di kedai ni. 
Kalau kat Shah Alam, sehelai dalam RM550 or RM480 cam tu. 
Tapi di sini, sehelai kami dapat dalam RM260. 
itu dah habis bargain dah tu. 
Harga asal dalam RM320 kalau tak silap. 
tapi dia bukak dalam RM280. 
ALHAMDULILAH..


i dapat rembat 2 helai. 
Mem Sabar 2 helai. 
and Mem Sue dapat sehelai.
Banyak tu kami melabur di sini. 


very nice design. 
Kira tak sia2 ke sini. 
then kami nak balik ke kereta.
Nak letak barang dulu.
then nak makan sebelum balik ke hotel.
makan lagi bebbbb.







Jumpa macam2 jenis mangga.
We bought Mas Hitam untuk dibawak balik.
tak banyak pun.
2 bijik je sebab tak nak berat2. 


Muka happy kami bila dah dapat yang dihajati. 
ALHAMDULILAH..
hajat dah terlaksana..
Kejap lagi nak balik hotel. 
nak siap2 ke airport.
tapi, acara belum selesai. 
Masa ada masa lagi..
kejap lagi kita pegi minum dulu yeeeee...
nanti ye kita share..
daaaaaa..

cliks..cliks