cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Monday, June 15, 2020

My drinks during iftar 2020




bulan puasa biasanya kita tengok orang berniaga air ada bermacam2 jenis kan. 
semua nya menarik lagi2 bila kita tengok sebelum berbuka.
tergugat iman. 
rasa nak minum kat situ gak. 

and last ramadan i was so happy i also can make some drinks which i rasa lah menarik tumpuan ahli keluarga. 
macam2 air i cuba buat and usually bukan yang viral lah. 
air i sendiri. 
jom tengok apa dia air2 yang i sediakan for my family. 


ini actually not in Ramadan. 
just last week kot i buat. 
dlm fridge masih ada Lychee fresh yang dibeli dari kawan hubby. 
kering sampaikan kulit nya tak dimakan. 
sebabnya Lychee fresh ni agak masam lah menurut my lidah. 
jadi mmg tak makan lah i. 


so i kupas then i mix kan dengan Fresh Mint and Fresh Lemon. 
letakkan gula pasir sikit and ice. 
sedapppp..
lagi sedap drp guna Lychee tin. 
all fresh. 


so ingat next time buat cam ni lagi bagus. 
tak lah minum benda2 dlm tin lagi kan. 


semua gak suka air ni. 
Honey Dew with jelly. 


kerja mudah je. 
ada Honey Dew dalam kotak then i masukkan jelly n ice. 
sedap dan kenyang sebab ada jelly yang dalam nya ada nata de coco. 


color pun cantik kan. 


ini air  NANAS yang i buat sendiri. 
masih banyak dalam peti masa tu. 
i campurkan dengan BIJIK SELASIH dan BUAH KABUNG. 
saje je nak bagi air tu warna warni. 


memang segar. 
esp bila semua tu u buat sendiri. 


Ini dibuatkan TEH TARIK dan TEH ICE.
masa berbuka dgn NAAN CHEEZE.
saje nak regu kan. 


since ada balance air BARLEY yang i buat sendiri makan i buatkan air ni. 
ada balance Buah limau gadang ni. 
ada mint. 
maka jadi air ni. 


so fresh sangat. 


stock FRESH LEMON sentiasa ada di fridge i. 
mint pun sentiasa ada. 
sebab dah tau tips nak keep all this sayur kan. 
maka kita buat air ni. 
LEMON SUNQUICK MINT. 


lagi fresh..


this drink looks so sexy right. 
heheehehe


i masukkan strawberry yang masih bersisa. 


i guna carbonated drink kali ni. 
sesekali tak pe kan. 


i buatkan ice cube. 
guna carbonated drink then masukkan edible flowers dalam tu. 
bila nak minum campakkan kan 2 3 ketul ice cube yang dah dibuat ni. 


interesting kan. 


sebenarnya air atas tu adalah balance dari bahan2 yang i buatkan air ni. 
i made this air dari perahan 3 jenis LIMAU. 
then i gunakan STRAWBERRY dan EDIBLE FLOWERS. 


cantik kan?


i guna air perahan je dengan air masak dan gula. 


strawberry pun menyumbang rasa pada air ni. 


lagi2 LIMAU NIPIS ni kan. 
kuat rasa dia. 


air yang kerap i beli adalah AIR KELAPA MUDA.
gara2 percaya dengan tips AIR KELAPA MUDA elok mengelakkan jangkitan virus. 
so kita amalkan lah minum air ni. 
tak salah kan. 
even fact tu tak tepat. 
yang penting sedap di tekak. 


since ada stock sentiasa maka i buat kan air ni. 
letakkan AIR KELAPA dengan SELASIH then campurkan dengan BUAH KABUNG. 
sedap weiii..


ni pulak LEMON MINT je.
kan lemon banyak tu. 

 
but i use LEMAONGRASS as the straw nak minum. 


straw dari LEMONGRASS tau. 


i ada buak TEMBIKAI MERAH dan TEMBIKAI KUNING. 
i tambahkan dengan condense milk. 
letakkan ice. 
segarrr


color pun jadi lain kan. 


Ok lah.. 
ini some of the drink yang i buat. 
maybe for u guys ini boleh bagi idea nak hidangkan apa2 air to the guests sempena raya yang masih bersisa ni. 
maybe not for OPEN HOUSE. 
tapi gather2 with the family dan kawan2 terdekat kan. 

Okk.. all the bestt..

Friday, June 12, 2020

Nasi Dagang diberi jiran







Rezeki pagi ni. 
Hari Rabu June 10, 2020. 
jiran bagi Nasi Dagang buat breakfast. 
kunun2 balas kunjungan lah. 
i kebetulan hari raya ritu tak sempat nak ngunjung ke rumah2 jiran. 
jadi lepas raya baru berkesempatan. 


ini gambar waktu petang raya tempohari. 
kunun nak pass sikit2 buat jiran tak menjadi gak. 


so i buat lah kali ke dua. 
then bagi lah sesiapa yang ada dalam my senarai. 
suka hati bila boleh buat dan dapat bagi orang merasa. 
bukan semua orang tau buat berasak dan ketupat loi kan. 
so bila i pernah bagi jiran2 dan kawan2 makan berasak ni semuanya ALHAMDULILAH suka. 
jadi ada lah yang menagih bila nak diberi untuk merasa lagi. 


jadi bila i buat kali ni i buat agak besar2 sikit. 
biar puas depa makan. 


chef ciju buat kan Rib Osmot then ada buat gak Sambal Goreng Nekminah. 
then pass2 kan lah.
ALHAMDULILAH semua happy. 


pagi besoknya dapat lah pulak balasan. 
merasa lah i makan Nasi Dagang.
sedapppp.. 


Gulai Ikan Aye ni mabeles lah. 
pekat sungguh lah. 
ikan tak hanyir. 
acar timun dia pun i suka. 


Nasi dia lembut. 
i suka yang lembut. 
some people jual nasi agak keras. 
mmg i kurang suka. 
suka yang macam ni. 
serasa lah nasi dia. 


sedap sangat. 
terima kasih pada yang memberi. 
semoga ALLAH membalas kebaikan kepada beliau seisi keluarga. 
nanti kalau teringin i roger je dia. 

ALHAMDULILAH..

Wednesday, June 10, 2020

Buah Kabung @ Buah Enau @ Kolang Kaling




arenga pinnata.
apa tu?
BUAH KABUNG atau KOLANG KALING.
Buah Kabung @ buah Kantau @ buah Kanto @Buah Enau biasanya orang Malaysia panggil. 
Kolang kaling usually being called by Indonesian. 
In fact orang Jawa panggil Kolang Kaling. 
biasa tengok buah ni?
biasanya ada dijual di pasar2 basah. 
kalau nak puasa atau raya buah ni banyak dijual. 
dan biasanya masih belum dimasak. 
means masih raw lah. 
balik kena bersih kan kejap. 
then masak air gula dan masak bersama. 


ini yang i dah masakkan bersama2 dengan air gula. 
yang putih i tak letakkan apa2 warna. 
satu lagi i letakkan dengan warna merah.
masakkanlah dengan air gula dan pandan. 
harum baunya.


begini rupa nya yang belum dikenakan warna. 


dimasakkan lah. 

sedap dimakan bersama ABC, Es Teler. 
atau makan gitu je. 
i baru tau kalau orang Jawa belah2 Tanjung Karang, Sabak Bernam dan sedaerahnya lah buah ni mmg biasa dihidangkan di meja bersama2 kuih2 raya. 
sama macam HALWA lah gamaknya. 

this year i baru tau lepas i dok posted di IG. 
in fact kat SHOPEE pun ada jual you. 
1 kg = RM15.
hebat buah "BERACUN" ni. 

nak tau KEISTIMEWAAN buah kabung ni boleh baca pada link i share ye. 
kalau betul boleh buat ubat sakit lutut memang i consume habis2an ni. 
hehehee..
apa2 pun i nak share how i deal with this buah kabung. 
esp for our iftar. 


ini i makan gabung kan 2 colors. 
then i masukkan santan pekat yang dah bubuh garam sikit. 


Buah Kabung Bunga Telang. 



ini rupa setelah i masukkan santan dan ice. 
sedap lah weiiii. 


ini i makan sama2 BUBUR JAGUNG.
pun sedap lah. 


ini i letakkan BUAH KABUNG di dasar then RED RUBY then SANTAN. 
perghhh. 


i ada NANAS KIUB yang i buat sendiri then letakkan BIJI SELASIH then hiaskan dengan BUAH KABUNG. 


ada merah ada kuning ada hitam. 
menarik tak?


Ini pulak AIR KELAPA MUDA SELASIH then i top up dengan BUAH KABUNG. 


sebenarnya nak letak banyak mana pun ok je. 


paling i suka ES TELER. 
memula dulu tau lah BUAH KABUNG ni memang seeloknya makan bersama2 ES TELER.
but this year i mereka2 lah  air2 ni. 
seronok. 


warna warni kan dalam dessert kita. 
lagi tambah tertarik nak minum. 
i sud make PANDAN one. 
warna hijau pulak. 
eemmm.. 
kena carik ni kan.. 
tunggu yeee..



Monday, June 8, 2020

jumpa silent reader.


Tajuk simple ye.. 
nak share gak kat sini my new silent reader. 
bukan new jadi silent reader i. 
tapi baru bertemu muka secara tak terduga. 
tapi N3 ni supposedly dah lama i post kan. 
tertangguh2 sangat. 
cerita dari awal tahun kot. 

i dok ada meeting kat Uncle K. 
once dah duduk tu terus lah sembang2. 
then after sometimes my partner Mem Sabar dok panggil i.
once menoleh ke arah Mem Sabar terus customers meja sebelah senyum2 pada i. 
specs atas kepala tak pulak diletakkan ke mata. 
perasan one of the lady senyum2 mengatakan dia suka baca blog i. 

adoii..
malu kita wak. 
bersembang jauh2. 
dia kata dia suka baca blog i esp pasal my solo trip ke India. 
ke Kashmir in 2012.
mengimbau kembali lah you. 

tak puas nak sembang with her. 
tapi nak buat cam ne kan. 
kami ada hal memasing. 
dan tak lama she came to me sebab dah nak balik dah. 
kita mengabadikan pertemuan di sini. 


kak roslina. 
ramah orang nya. 
buat i terkejut sangat.
bercerita pasal my blog. 
rasa seronok ye bila orang seronok baca our blog. 

ada satu lagi kira silent reader yang dah lama kenal di alam maya ni. 
Miza baru beberapa hari lalu DM me mintak izin nak refer my blog as her reading material during MCO ni. 
malu gak, terharu pun ada.
moga2 apa yang i share kan kat sini sedikit sebanyak memberi "SESUATU" sangat kepada sesiapa pun. 
INSYALLAHHH..
sekurang2nya dapatlah dicategorykan sebagai AMAL JARIAH..


Friday, June 5, 2020

Second time with Nasi Lemak Pandan




Buat apa tu?
i baru lepas berkarya di dapur.
Karya cetak rompak. 
i buat Nasi Lemak Pandan. 
and this was the second time. 
kita selalu dah makan dan masak nasi lemak biasa kan.
rata2 mak2 kakak2 di Malaysia ni pandai lah buat nasi lemak ni. 
and last Ramadan i made Nasi Lemak Pandan. 
i didnt follow any recipe lah. 
i just tgk gambar2 di IG or FB. 
so no one can claim that recipe belongs to anyone. 
just maybe i boleh cakap Nasi Lemak Pandan ni ada yang cetus this idea. 
so besar pahala orang yang share the first recipe kat mana2 di social media ni. 
so i pun teringin lah nak mencuba. 
at first buat dulu color hijau tu tak menyerlah sangat. 



i gunakan beras wangi. 
suka sebab ia jadi lembut sikit berbanding brasmathi. 


biarkan dia beraksi. 


color hijau pandan tu lebih menyerlah sikit lah dari yang memula dulu. 


ini yang first time i guna daun pandan . 
warna agak blur sikit. 
but still ok je. 


Our table with Nasi Lemak Pandan. 


zucchini tu memang banyak. 
semua suka buat ulam. 



sedapnya telur rebus ye..


i kurang suka guna timun. 
suka zucchini lagi. 
kurang berair. 


ada Rendang Kerang lebihan dibeli waktu raya lalu. 
ada 2 bekas besar lagi. 
jadi kita regukan lah. 


Sambal Tumis Ikan Bilis agak kebanjiran minyak gitu. 
agak pedas gak. 
baru terangkat ye. 

ALHAMDULILAH..
seronok semua makan. 
even dah agak lewat petang. 

So how i made my NASI LEMAK PANDAN ni?

ok i masak dalam quantity sikit je. 

I guna beras wangi. 
i masak 6 cawan beras. 
and i need 6 cawan air termasuk air pandan dan santan. 
pandan dalam 3 helai i blend kan dengan santan kotak tu. 
i dilutekan lah santan dalam 1 cawan dan 5 cawan lagi agak cair. 
letakkan bawang besar hiris dalam 1/2 buku je. 
 bawang putih hiris dalam 3 bijik je. 
halia dalam seinci. 
nak wangkikan i letakkan sikit kayu manis dan 4 biji pelaga. 
then masaklah macam masak nasi biasa guna rice cooker. 
selamat mencuba. 


Syukur sangat masih diberi peluang untuk makan sedap2. 
moga ALLAH sentiasa pelihara kesihatan me untuk lebih kerap memasak. 
hehehehe..

cliks..cliks