cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

Wednesday, January 10, 2024

Kisah BILAL bin RABAH.

 




i copy paste dr blog A M M I.

i baca her N3 terus sayu hati. 

mintak izin dgn beliau. 

i share kat FB first. 



Selepas wafatnya Rasulullah, Bilal bin Rabah telah meminta izin dari Khalifah Abu Bakar untuk meninggalkan Madinah. Abu bakar telah memberi izin kepada Bilal untuk meninggalkan Madinah. Sebelum meninggalkan Madinah ditatapinya buat kali terakhir Kota Madinah di mana satu masa dulu dia dan Rasulullah berkongsi suka dan duka.

Bilal menetap bersama keluarganya di Syria. Sungguh sukar bagi Bilal untuk melupakan kenangan bersama Rasulullah. Sekian lamanya Bilal menetap di Syria. Satu hari Rasulullah muncul di dalam mimpinya "wahai Bilal keras sungguh hatimu, kenapa engkau tidak menziarahi aku". Lantas Bilal terjaga dari tidurnya dengan deraian air mata, sehingga seluruh keluarganya terbangun.

Bilal menceritakan kepada ahli keluarganya apa yang terjadi, lalu ahli keluarganya menyuruh Bilal menziarahi makam Rasulullah. Semasa Bilal dalam perjalanan menuju ke Madinah, airmatanya tidak henti-henti mengalir. Dia tidak berhenti di mana-mana agar cepat sampai di Madinah.

Setelah beberapa hari Bilal sampai di makam Rasulullah lantas memberi salam "Assalamualaika Ya Rasulullah". Airmatanya terus mengalir.

Tiba-tiba datang Amirul Mukminin Saiyidina Abu Bakar memeluk Bilal dari belakang untuk menenangkan Bilal, sehingga reda tangisan Bilal. "Bilal, alang-alang kamu sudah berada di sini laungkanlah Azan untuk kami", rayu Amirul Mukminin . "Tidak wahai Amirul Mukminin", jawab Bilal.

"Laungkanlah azan, kami rindu akan suara kamu", pinta Saiyidina Umar. Namun Bilal tetap menggelengkan kepalanya.

Tiba-tiba datanglah dua orang cucu kesayangan Rasulullah iaitu Hassan dan Husin. "Pakcik Bilal, laungkanlah azan sebagaimana pakcik laungkannya di masa datuk kami masih ada".

Di peluknya kedua-dua cucu kesayangan Rasulullah itu lantas diciumnya. "Sebentar tadi aku baru menolak permintaan Khalifah dan permintaan Saiyidina Umar, aku takut untuk menolak permintaan kamu berdua, aku takut nanti Rasulullah akan menolak permintaan aku", kata Bilal.

Bilal naik ke atas menara, ditatapinya satu persatu tempat kenangan bersama Rasulullah sambil airmatanya mengalir laju.

Allahu Akbar , Allahuakbar..

Terdiam seluruh penduduk Kota Madinah mendengar alunan suara azan tersebut. Suasana penduduk Kota Madinah masa itu sangat terkejut.

Asyhadu ala ila haa illallah

Abu I'sa Rasulullah. Apakah Rasulullah dibangkitkan semula bisik mereka.

Asyhadu ala ila haa illallah.

Tangisan penduduk Kota Madinah kian pilu, mereka terkenangkan saat mereka bersama Rasulullah. Saiyidina Abu Bakar, Saiyidina Umar dan penduduk Madinah menitiskan airmata. Kerinduan pada suara agung itu kembali lalu mencetuskan satu situasi yg tercatat sebagai sejarah buat umat akhir zaman.

Asyhadu anna Muhammad Rasulullah.

Terus Bilal tersungkur tidak dapat meneruskan azannya lagi, lantas disambut oleh Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Umar. "Mengapa Bilal?", soalnya.

"Waktu aku sedang azan tadi sehingga aku menyebut nama kekasihku, aku seakan-akan terlihat kelibat Rasulullah keluar dari rumah untuk solat berjemaah bersama kita", kata Bilal.

Aku rindu Rasulullah.

Aku rindu Rasulullah.

Aku rindu Rasulullah.

Berlinangan airmata para sahabat dan penduduk Kota mMdinah apabila tukang azan Rasulullah pulang ke Kota Madinah untuk mengubati kerinduannya kepada Junjungan Besar Muhammad S.A.W.

Rindukah kita kepada Rasulullah?


 ulang2 baca i still mengalir air mata. 

rasa sayu sangat, 

then i dpt satu response di FB. 

tanya i sahih ke cerita ni. 

gelabah mak.

sebab tak fikir panjang terus share kan. 

sebab i rasa ceritanya mencuit hati kecik i. 

so i carik2 dlm youtube. 

so i dapat few links about this kisah. 

1. Dari this BUYA YAHYA. 

2. Dari Dr MAZA

3. Dari Ustaz ABDULLAH KHAIRI.


He shared also the link pasal fatwa yg dikeluarkan. 

tengok SINI ye. 

so nilai2kan sendiri. 

maybe i salah. 

tapi i salah sebab ustaz2 yg atas ni sampaikan suatu  ilmu yang salah. 

kalau selepas fatwa dikeluarkan sudah pasti ustaz2 dan org2 yg bijakpandai ni ada bagi statement kan. 

betul ke?

but for me, ada benda yg menyentap jiwa kecik i ni. 

maka i letakkan kat my OWN FB.

tu je. 

satu lagi i tak share to any FB wall org. 

i tak taq sesiapa.

i tak share kat mana2 whatapps group. 

mana2 yg baik dr ALLAH. 

yg buruk dr diri kita sendiri. 

apa2 pun thanks to sis AMMI. 

love it so much. 




Wednesday, June 10, 2020

Buah Kabung @ Buah Enau @ Kolang Kaling




arenga pinnata.
apa tu?
BUAH KABUNG atau KOLANG KALING.
Buah Kabung @ buah Kantau @ buah Kanto @Buah Enau biasanya orang Malaysia panggil. 
Kolang kaling usually being called by Indonesian. 
In fact orang Jawa panggil Kolang Kaling. 
biasa tengok buah ni?
biasanya ada dijual di pasar2 basah. 
kalau nak puasa atau raya buah ni banyak dijual. 
dan biasanya masih belum dimasak. 
means masih raw lah. 
balik kena bersih kan kejap. 
then masak air gula dan masak bersama. 


ini yang i dah masakkan bersama2 dengan air gula. 
yang putih i tak letakkan apa2 warna. 
satu lagi i letakkan dengan warna merah.
masakkanlah dengan air gula dan pandan. 
harum baunya.


begini rupa nya yang belum dikenakan warna. 


dimasakkan lah. 

sedap dimakan bersama ABC, Es Teler. 
atau makan gitu je. 
i baru tau kalau orang Jawa belah2 Tanjung Karang, Sabak Bernam dan sedaerahnya lah buah ni mmg biasa dihidangkan di meja bersama2 kuih2 raya. 
sama macam HALWA lah gamaknya. 

this year i baru tau lepas i dok posted di IG. 
in fact kat SHOPEE pun ada jual you. 
1 kg = RM15.
hebat buah "BERACUN" ni. 

nak tau KEISTIMEWAAN buah kabung ni boleh baca pada link i share ye. 
kalau betul boleh buat ubat sakit lutut memang i consume habis2an ni. 
hehehee..
apa2 pun i nak share how i deal with this buah kabung. 
esp for our iftar. 


ini i makan gabung kan 2 colors. 
then i masukkan santan pekat yang dah bubuh garam sikit. 


Buah Kabung Bunga Telang. 



ini rupa setelah i masukkan santan dan ice. 
sedap lah weiiii. 


ini i makan sama2 BUBUR JAGUNG.
pun sedap lah. 


ini i letakkan BUAH KABUNG di dasar then RED RUBY then SANTAN. 
perghhh. 


i ada NANAS KIUB yang i buat sendiri then letakkan BIJI SELASIH then hiaskan dengan BUAH KABUNG. 


ada merah ada kuning ada hitam. 
menarik tak?


Ini pulak AIR KELAPA MUDA SELASIH then i top up dengan BUAH KABUNG. 


sebenarnya nak letak banyak mana pun ok je. 


paling i suka ES TELER. 
memula dulu tau lah BUAH KABUNG ni memang seeloknya makan bersama2 ES TELER.
but this year i mereka2 lah  air2 ni. 
seronok. 


warna warni kan dalam dessert kita. 
lagi tambah tertarik nak minum. 
i sud make PANDAN one. 
warna hijau pulak. 
eemmm.. 
kena carik ni kan.. 
tunggu yeee..



cliks..cliks