cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Tuesday, August 17, 2010

First Week of Ramadan, Iftar with family..

First Day Iftar (Aug 11, 2010)
Excitement hari pertama puasa terbantut bila CELCOM signal buat hal.. As i mentioned earlier in my last N3, bayar punya lah mahal, tak babis - habis upgrading service.. Sampaikan 4 hari.. Bila dan ada signal, PC lak buat hal, and lastly modem hancus.. memang menggeramkan.. Tapi sebagai membayar hutang rindu yang membara nak blogging ni, maka hari ini, aku akan loadkan segala gambar yang telah disimpan dari hari pertama puasa.. Saja nak puas kan hati ni.. And i wanna show off to my sister yang sekarang berkelana di Holland.. Ok lah ye Rah.. tengok gambo2 ni...
Kurang tiga family dalam gathering kami ni.Rah, Yati, and Nek Cik.Kalau tak mau kena tambah meja lipat for kids..Hubby pun tak leh joined sal stucked in traffic.. Poor him..
Abang Ifan recited the doa. He was so happy and me too pasal dia dapat berpuasa penuh on the first day. ALHAMDULLILAH at the age of 5 and half years dia mampu melakukannya..
Baked pasta dari Chef Koya.. Abang 'Imran makan punya lah banyak. He is a big fan of western food. Gara - gara mengandung dulu TERLALU suka makan western food. Now turun kat Abang 'Imran.
Apa menu kami for first Ifftar? Well meriah sehh, nasi impit, kuah kacang, sayur lodeh, rendang ayam kampung, serunding kelapa, baked pasta, BERASAK, (sure ramai tertanya-tanya, eh ada ke yang baca?) - traditional dish bagi masyarakat Bugis.. (tapi kami bukan family Bugis). Air pulak, pineapple juice. Bukan cordial tau. Buat sendiri, after Chef Zura buat pineapple jam (this jam for pineapple tart). Just tambah gula je..Sedappp
Ni lah BERASAK..Selalunya this food hanya dihidangkan waktu hari raya..But, during our first Iftar, my parents baru je datang dari kampung. So, segala bahan untuk buat BERASAK ni dibawa bersam-sama. Maka, buat lah kami BERASAK ni..Menu paling leceh and yet paling sedap (bagi kami lah). Tapi sedara-mara yang datang pagi raya sure tanya benda ni..Tak boleh tidak..

Second Day Iftar (Aug 12, 2010)
Tak nak cite banyak2..Cuma nak tayang makanan je.. Main dish i boleh terlupa lak..Tapi banyak makanan tambahan yang diambik gambar lak..Ooo baru teringat, Mee Goreng je for the main dish..
Fruit cocktail jelly
Gourmet pie
Pulut panggang dan lebihan serunding semalam..
Tiga suku ni Abang 'Imran habis kan..Huuuhh..memang dasat anak-anak bujang I kalau bab makan ni..

Third Day Iftar (Aug 13, 2010)
Tak tau lah kenapa this day boleh tak terambik gambar. Kalau tak pantang ada makanan, sure, my loyal Canon IXUS akan berbunyi. Yang ni memang aku benar - benar lupa, apa main dish nya.

Fourth Day Iftar (Aug 14, 2010)
Hari ni, hari menu tunjuk.. hee.. Beli aja lah. Chef Ciju sebenarnya decided to cook Soto..Well ari ni Chef Ciju cuti je lah..Kami planned nak makan Murtabak Singapore..Called ke resto yang biasa kami langgan. Tanya Abang Ifan nak makan apa..Terus jawab Satay.. So, kami ke Sect 18.. Rasa-rasanya the best satay in Selangor..
Murtabak Singapore yang ni berharga RM12..Puas makan sekeping. Boleh share ramai..Tak suka makan murtabak yang biasa dijual di pasar malam. Tu bukan murtabak daging atau murtabak ayam. Itu murtabak telur bagi aku. Kalau Murtabak Singapore ni, huuuh... daging tu je beb.. berlayer - layer.
Menu tunjuk.Murtabak Singapore, Chicken and Beef Satay, Rojak Karim, (tak nampak kat situ - Cendol Karim). Ada terselit kat situ, menu orang sebelah.. Mee Hailam kot..

Fifth Day Iftar (Aug 15, 2010)
Semalam punya menu yang tertunda tu, kami realisasikan hari ini.. Soto.. Soto yang biasa Chef Ciju masak, Johor style..Kena pakai santan.. Sedappp...Plus lak dengan dessert Sago Gula Melaka.. pergghh..
Soto Johor yang selalu nya kena lengkap. Mesti ada, daging ayam yang dicarik-carik, bergedil daging, kacang tanah, taugeh mentah, and of course nasi impit. Plus sambal cili kicap.
Ni portion untuk neighbor sebelah. Dah lama tak bagi depa. Since neighbor belakang balik Terengganu, kita bagi orang kiri lak..Rezeki kena share sama-sama.
Nilah menu kami..meriah atas meja beb..
La la goreng berlada ni memang favorite Chef Ciju. Pantang dia nampak kat pasar, sure dibelinya.
Bergedil daging..Tak ada sure soto tak enak..
Dessert dari Chef Koya - Biji Delima (guna sengkuang Cina, dan kuah santan) makan sejuk..perghhh...
Satu lagi dessert - sago
Fruit Salad requested by hubby..

Sixth Day Iftar (Aug 16, 2010)
Lagi teruk, ari ni Chef Ciju tak de..So, apa lagi, another time for menu tunjuk. Malas nak masak. So, we went to Sect 8. Pergi je kedai Mak Nyonya, macam - macam ada... Tokey nya Cina Mualaf di Section 8. Kalau tak silap Restoren Soto. Seribu satu macam pilihan lauk dan menu ada..Tunjuk dan bayar je. I bought gulai kawah for hubby, Roti John for Abang Luqman, Nasi Ayam for Abang 'Imran, and Ikan Bakar Terubuk. Cukuplah lah tu... bersederhana.
Ni lah Gulai Kawah tu..Pekat, dan memang sedap..Boleh makan sampai waktu Imsyak tadi...
Nilah barisan menu tunjuk kami.. Mengikut favorite memasing.
Teringin lak nak makan ikan bakar, so i bought Terubuk and Ikan jacket. Terubuk tu kecik je tapi, RM9.. Mahal betul...

So, ini lah rangkuman bagi membalas gian aku nak update N3..Tak kesahlah..janji bahagia. So, Rah.. apa menu ari ni? Tunggu je lah taun depan ye.Awak boleh balas dendam...


Sunday, August 15, 2010

Sago Gula Melaka





Ingredients
200gm pearl sago ( you can use pink and green color)
1 cup water
2 cups thick coconut milk
100gm palm sugar
pandan leaves
pinch of salt
3 tbs sugar

How to do?
1. Soak pearl sago in water for 5 minutes.
2. Bring 5 cups of water to boil.
3. Add pearl sago and keep stirring until sago turns transparent
4. Add sugar and keep stirring
5. Then scoop the sago into mould to set. Chill in fridge.
6. Mix coconut milk and water and bring to boil. Put a pinch of salt and pandan leaves.
7. Cook the brown sugar with 1 cup of water.Put pandan leaves. Then chill it.
8. You could also use evaporated milk instead of coconut milk.

Kuih Jongkong

  • 500gm tepung beras
  • 5 cawan santan (2 cawan pekat, 3 cawan cair)
  • Gula dan garam secukup rasa
  • 5 helai daun pandan
  • Daun pisang
Macam mana nak buat ek??
1. Satukan tepung dan santan sambil dikacau, setelah mesra, letakkan di atas api. Kacau dan jangan ditinggalkan.
2. Masukkan garam secukup rasa juga air daun pandan .
Gula Melaka ni pure dari Indonesia yang tidak dicampur sebarang gula pasir
3. Gula melaka diracik halus.
4. Ambil dua sudu adunan tepung beras tadi dan letakkan di atas daun pisang. Kemudian diletakkan gula melaka.
5. Bentukkan daun pisang seperti kon, dan sematkan dengan lidi..
6. Kukuskan. Angkat lebih kurang setelah 10 - 15 minit.. Sejukkan.

Friday, August 13, 2010

minggu yang stress...

sedih sangat... nak jadi cerita, since Jumaat lepas. CELCOM buat hal..No signal at all... upgrading tak abis - abis.. lepas 4 ari baru ada.. tup - tup, PC lak diserang virus.. Nasib baik, my BIL offer nak reformat.. hikss..hiksss.. Lepas reformatted, modem broadband lak rosak...YA ALLAH besar betul dugaan ke... So, no more, blogging, no more FB, no more Tweet.. And no more You Tube... Ok be patience, jab lagi boleh enjoy balik.. Minggu yang memang menyebel kan.. Minggu yang STRESS

Tapi khusus buat semua. SELAMAT BERPUASA, DAN SELAMAT BERBUKA PUASA to dear bloggers.......

Thursday, August 5, 2010

Jimbaran Beach, Bali

Sebenarnya pagi ini rasa rindu sangat dengan Bali.. nak tunggu taun depan, macam lama sangat. So, dalam pada roll down some of the photos which taken masa ke Bali in 2009 with cousin and friends, rasa nak load some as my N3 today..Sambil - sambil tu boleh share some tips with others..

Almost sunset..Tapi kan kalau kat Malaysia, makan di tepi pantai waktu maghrib, tu kira buang tebiat. Tapi bukan di Jimbaran. So, tourism kita should do something pasal benda ni..Kan banyak pantai - pantai di Malaysia..Kalau buat cam ni kan ke boleh menjana economy negara...

Pantainya memang bersih, pasir putih, laut terbentang luas. perrgghhh...


Tengok tu Abang Ifan, macam nak tidur..Sebenarnya dia penat. Bayangkan flight kami agak pagi, so dia dah bangun awal, then satu hari tak tidur..Abang Ifan dapat peluang ikut Ibu ke Bali pasal tak ada sesiapa yang boleh jaga Abang Ifan..Bibik tak ada..So, Abang Ifan dapat ikut Ibu...
Nak cerita pasal our dinner by the sunset at Jimbaran..Selalunya kalau ke Bali, dont miss this place. Sebenarnya makanan di sini agak mahal.Tapi pandai - pandai lah pilih..Rasa- rasa nya lebih sedap lagi seafood di Malaysia.Tapi yelah, viewnya tu yang menjadikan tempat ini mahal.. During our trip, we did our dinner at The Blue Ocean Rest. It was suggested by my friend, Iwan. No worries pasal halalan toyyibban. Yelah seafood kan.. So, tak payah lah nak was - was.. INSYALLAH...
We were waiting for our food. Lapar tu beb..
Best life band ni nyanyi..Indonesian ni memang diakui lah memang pandai nyanyi. Vocal sedap betul.Tambah selera kami makan. Tak sedar nasi bertambah...Siap lah balik nanti, weighing scale melompat - lompat.
Tadikan dia ngantuk, tapi bila tiba je makanan, Abang Ifan pulun abis..Berselera betul. Abang Ifan memang suka makan. Portion Abang Ifan macam orang dewasa.
View was so great.
As i said, makanan di sini agak mahal, tapi berbaloi lah dengan suasana, ada persembahan kebudayaan, dan ada life band yang boleh anda request a song. From the place yang kitarang duduk boleh dilihat Ngurah Rai Airport, maksudnya traffic for the air plane..
Degan..uennakk bangettt..
Grilled fish, butter prawn, dan sayur kangkung (mesti ada - FOC)
Sweet sour prawn
Butter prawn nya tak sama macam Malaysia..Tapi kami pulun je...Sedappppp
Ooo..tadi tu, satu lagi dish, sotong goreng tepung..
Malam itu kami makan butter prawn, sweet sour prawn, grilled fish, dan satu lagi dish..Lupa lah pulak. Sambil enjoy minum degan alahhh air kelapa muda lah.. Kalau anda suka makan jagung bakar, boleh dapat kan dari stall di tepi pantai...
Perut kenyang, hati senang.Jamu telinga pulak kami..
Culture show
Tangkap gambar sebangai kenang - kenangan..

Seingat - ingat aku lah, we spent almost Rp 1,800,00 bagi lima setengah orang.. Mahal lah tu kan..Tapi tak pe, asal hati bahagia..Rasa- rasanya taun depan nak ke sini balikm tapi cuba tempat makan lain pulak..Kali ini pergi dengan family... INSYALLAH

Wednesday, August 4, 2010

Black Pepper Spaghetti

Just wanna share with frens... Last nite punya dinner.Chef Ciju dah siapkan dinner - Black Pepper Spaghetti and Anlene Chocolate Cino..(create sendiri namanya)..Sebenarnya recipe ni dicipta oleh Chef Ciju...
Bahan - bahannya:
Spaghetti - satu bungkuslah
1 botol Black pepper sauce - Puteri
200 gm ayam cincang - potong dadu
3 labu bawang besar - potong dadu
1 capsicum (tak kesah nak merah ke, hijau ke, atau kuning, janji capsicum) - hiris nipis - nipis
1 sudu besar black pepper ditumbuk halus.

Macamana nak buat???
1. Celur spaghetti sampai lembut.
2. Panaskan minyak, tumis bawang besar yang telah dipotong dadu.
3. Masukkan ayam
4. Setelah naik bau, masukkan sauce, garam, sedikit gula dan chicken stock sebagai penyedap rasa.
5. Kemudian baru masukkan spaghetti, dan gaul rata.
6. Akhir sekali, masukkan capsicum , black pepper dan gaul rata. Lebih kurang 3 minutes padamkan api..Then sajikan, MAKANNNN
eh, airnya pulak lahkan..
Chef Ciju create air ni..Our family minum Anlene..Nak kuat kan tulang. So, ada chocolate Anlene, Chef Ciju bancuh dan tambahkan dengar coffee ( biasa kita cakap nescafe, padahal nescafe ni brand nya).Tambahkan sikit susu pekat atau gula bagi memaniskan sedikit sebelum diletakkan ice..So...i just put its name as Anlene Chocolate Cino..Macam commercial sikit lahh....Emmm cuba lah...

Tuesday, August 3, 2010

Masuk paper tu beb...

Excitement rentetan dari reunion STTJ on last Saturday, July 31, 2010 masih terasa lagi..Bayangkan betapa sibuk nya talian Facebook kami.. Masing - masing nak mengulas setiap keping gambar yang diloadkan..Kelakar bila baca comments dari kengkawan..Terasa macam umur 16/17 tahun dulu lak..Then hari ini lagi excited..pagi - pagi lagi Inu dah sound kat FB, berita pasal kami keluar di Utusan Malaysia muka surat 26..Ingat nak beli lah..Pasal kat rumah cuma subscribe Berita Harian.. Pergi ke office petang ni, terlupa lak nak singgah kat mamak paper tu. So, melepas lah..Tapi ALHAMDULLILAH Rick ke Inu tag kat FB pasal keratan akhbar tu..Terima kasih diucapkan kepada brother Zabry Mohamad Madzlan, orang kuat Utusan Malaysia..Kira - kira kita mengambil kesempatan lah ni..Apa gunanya kawan kan..

Pelajar STTJ, 1984/1985 merakamkan pertemuan pada majlis perjumpaan di Shah Alam baru - baru ini.

Disebabkan tulisan yang terdapat dalam keratan yang dicopy pastekan dari FB ni, (mengecek dari Rick) maka tulisannya terlalu kecill. So, ditulis kembali dengan ehsan Utusan Malaysia..(saja cipta)


Sumber dari Utusan Malaysia, Isnin, Ogos 3, 2010, halaman 26..

"Selepas 25 tahun membawa haluan masing - masing, mereka akhirnya berjaya disatukan dalam satu perjumpaan yang pertama kali diadakan di Shah Alam hujung minggu.

Kehadiran kira - kira 100 bekas pelajar Sekolah Teknik Tuanku Jaafar, STTJ, Seremban, Negeri Sembilan, pengambilan 1984/1985 itu di Hotel Universiti Teknologi Mara, (UiTM) sudah cukup menjadikan majlis tersebut meriah.

Apalagi nama - nama samaran seperti Rawang, Rick, Bamo, West, Chief, Sam, Hana, Yan yang dilekatkan pada baju masing - masing sedikit sebanyak berjaya mengamit nostalgia sewaktu belajar di sekolah tersebut.

Menurut penyelaras majlis, Nur Inu Zakaria, mereka berhasrat untuk menganjurkan program seumpama itu di masa depan berikutan sambutan yang amat menggalakkan.

Katanya, jika tiada halangan, mereka bercadang mengadakannya sempena Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi.

Pada majlis itu juga, mereka berjaya mengutip derma kira - kira RM1,500 untuk disumbangkan ke rumah anak yatim dan fakir miskin, Raudahatul Ikhwan d Subang Permai, Shah Alam".

cliks..cliks