cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Friday, June 28, 2024

Eid ul Adha 2024 kami



June 17, 2024
Monday. 
Eid ul Adha. 


Merayakan raya haji ni dah tak semeriah zaman i kecik2 dulu. 
kalau zaman dulu tu siap bermaaf2 sambil ada drama industan sikit. 
sure drama berjujuran air mata. 
then some how bila my parents pindah ke kg mymommi, raya haji ni makin tak la berapa meriah. 
i mean tak de la bersengkang mata nak masak segala macam. 
trying to simple2 je. 

then bila i sendiri dah mula tak balik merayakan di kg lagi lah simple. 
but still masak2 gak la. 
ada pulak sedara mara yg bertandang. 
kira meriah lagi la kan. 
tapi setakat 1 2 family je lah. 

then bil covid, lagi la. 
other siblings pun dah tak beriya nak balik kg sebab tak nak tempuh jam.
cuti pun tak panjang. 
jadi makin lama makin sesimple la raya haji we all ni. 

so tahun ni lagi lah. 
i n family dah terbiasa tak beriya menyambut. 
chef ciju n mymommi pun dah beraya je di Subang Bestari. 
datang ke rumah i pun tak bermalam.
sesimple itu la sekarang. 
jadi first raya tu semua dtg berkumpul di rumah i. 
meriah cara kami la. 

Anyways, i nak share la sikit gambar2 we all. 
Lama dah raya habis. 
baru la ada chance nak up gambar then cite2 la sikit kan. 


My bigtable. 
as usual ada tukang prepare meja. 
Ibu just adjust2 sikit. 
Even all boys yg i ada, tang atur meja makan kalau ada gathering the boys dah tau dah. 
tinggal tanya, Ibu nak pakai pinggan mana. 
nak pakai sudu garfu mana, 
nak pakai alas meja mana. 
semua depa yg atur kan. 
sinang dah kije kita kan. 


ni yg sempat i sediakan. 
ingat mcm dah tak nak masak dah. 
sebab lutut i dan back bone mmg really in pain. 
tapi ALHAMDULILAH. 
pelan2 la kan. 


terjadi lah NASI AYAM. 
Ayamnya i buat AYAM PERCIK


I buatkan SAYUR LODEH jugak. 
hubby requested nak makan LONTONG. 


He cooked SAMBAL KACANG. 
then i keluarkan DENDENG DAGING.


ehhh. 
bila chef ciju datang, bertambah lagi hidangan kami. 


Ada AYAM RENDANG dari Chef Koya. 
Ada AYAM UNGKEP dan SAMBAL GORENG MAKMINAH. 
ada gak KETUPAT PALAS. 


atas sekali tu chef ciju nk buat LEPAT. 
tp daun yg diorder tak sampai2. 
Bawah tu PUNTEN. 
gitu lah. 
semuanya nak dibuat ye. 
PUNTEN jadi pilihan. 



ni FRUIT COCKTAIL which Cikti buatkan PUDING JAGUNG makan sama dgn cocktail ni. 


sebenarnya at first i mintak Abang Luqman buatkan air jelly ni. 
then bila Cikti sampai ditambah kan pulak dgn DRAGON FRUIT. 


so jadi la SUMI JELLY DRAGON FRUIT. 
ok la kan. 
actually ada satu lagi air. 
SODA MINT.


kecoh la kan bila nak mula makan tu. 
tangan berselirat gamaknya. 


ALHAMDULILAH. 
pilih la mana yg kenan dek hati. 



sebahagian kami. 


dua ni la penghibur. 
layankan je lah. 





ALHAMDULILAH. 
begini la sambutan eidul adha kami pada tahun ini. 
i masih larat lagi nk masak2. 
tapi tempahan makanan raya i tak ambik dah. 
tak daya dah. 
Moga terus diberi kekuatan badan ni. 
INSYALLAH. 

7 comments:

  1. Yang ni yang SA tunggu2 nak tengok hidangan meja besar akak....dah agak..memang meriah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. tp akak sakit ni SA. buat sikit2 je. mula dah rasa tak mampu dah. meriah tetap meriah. alhamdulilah.

      Delete
  2. Seronok meriah dengan juadah penuh meja. Best best.

    ReplyDelete
  3. Cantik la Yan bekas letak makanan warna biru putih tu. Berkenan.....makanan pun berkenan gak. Hehe

    ReplyDelete
  4. Tempat kakak masih ramai dan meriah,banyak jugak makanan yang di sajikan,nampak sedap semua,lebaran haji tempat saya sepi ,semenjak orang tua sudah gak ada lagi makin sepi.

    ReplyDelete
  5. meriah betul juadah raya aji kat umah kak yan! my family tradisi kat kg memang tak de masak apa2 special utk raya haji..my mom just buat tempah bihun goreng jer utk mkn beramai2 dan ada ketupat palas jugak..sbb fokus masak2 dan mkn beramai2 lps setel sembelih korban tu..

    ReplyDelete

cliks..cliks