Punya lah teringin nak makan KUIH TEPUNG BUNGKUS ni.
terasa2 kat tekak je.
Badannya yang lemak2 bersantan.
then badannya tu tak lah terlalu cair n tak terlalu keras..
kira sedang elokkk je.
Lagi tak menahan tu ada inti kelapa.
perghhhh.
Orang dah suka kan.
Kalau kenduri kendara sekarang ni pun dah jarang rasanya org buat kuih ni kan.
Kuih ni quite similar to KUIH KOCI.
lagi2 bila i ada buat inti kelapa manis tu.
Terbuat inti kelapa ni gara2 nak kemas peti ice.
dalam pegi i tu penuh dgn frozen kelapa parut warna putih tu.
memang i spare banyak.
sebab nya kengkadang kita tu buat SERUNDING KELAPA NEKMINAH lah.
buat SERUNDING KELAPA NASI KERABU lah.
so bila i dah buat serunding masin tu makan i fikir baik i buat INTI KELAPA MANIS tu.
anytime nak buat kuih2 pakai inti kelapa ni dah sedia ada dah.
tu yang i siap2 bulat2kan.
nak buat koci boleh.
nak buat apa je lah kuih berintikan kelapa ni dah ada je.
then adunkan tepung pulut.
i masakkan jugak tepung berasnya.
Kacau atas api tu sampai mengental.
Badan tepung beras.
tinggal nak kena kukus je.
ALHAMDULILAH.
kuih ni lah i buat kan untuk Pamanmie punya kenduri.
gini kejadiannya.
tapi i tak de lah pulak gambar isi dalam nya yg sudah masak.
actually not satisfied 100%.
badannya tu agak mencari.
too soft.
sud be pekat lagi.
so kena adjust air utk tepung lemak tu.
before puasa i kena cuba lagi sekali.
insyallah
RECIPE TEPUNG BUNGKUS.
A. Bahan untuk BADAN KUIH.
2 cawan tepung beras
2 cawan air
1 cawan santan pekat KARA
2 lembar daun pandan
2 TB salt
1 TB gula pasir. (optional)
Cara;
1. Bancuhkan dulu air bersama2 dgn tepung.
2. Kacau rata supaya tidak bergentel2.
3. Jerang atas api dan sentiasa mengacau.
4. Masukkan jugak daun pandan.
5. Serasakan dgn garam dan gula.
6. Bila dah melepuh2 dan berkilat matikan api dan biarkan sejuk.
B. Bahan untuk tepung pulut
2 cawan tepung pulut.
1 1/2 cawan air.
Cara.
1. campurkan kesemua bahan.
2. Gaulkan merata dan jadi kan dough.
3. sekiranya agak keras boleh tambahkan sikit2 air.
4. bentukkan bulat.
5. Balutkan inti kelapa dgn badan pulut ini dan bentukkan membulat.
C. Cara membungkus.
1. Letakkan adunan tepung beras di atas daun.
2. Letakkan inti kelapa yg berbalut tepung pulut ni atas tepung beras.
3. adjust2 kan sikit then bungkus dan rapikan lipatan daun pisang.
4. Balut dgn style membungkus nasi lemak.
5. Sediakan kukusan.
6. Kukus selama 15 min.
7. Angkat dah toskan access air dr kuih tadi
8. Siap untuk dihidangkan.
favorite saya ni
ReplyDeletesedap kan.. ingat nak buat lagi. kasi baik lagi. hehehe
Deletesedapnya kak, suka makan tapi tak pernah masak sendiri
ReplyDeletesedap kan dana. favorite akak. tp nak beli pun susah kuih ni.
Delete