cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Monday, January 17, 2022

TEPUNG PELITA - 3 kali mencuba baru puas hati.



Gigih i nak buat kuih TEPUNG PELITA ni. 
first time i buat rasa2nya 2 tahun lepas dalam bulan puasa. 
menjadi gak lah. 
cuma i rasa macam tak puas sikit sebab i tak berapa pandai nak buat kelongsongnya. 

sebelum nak buat of coz i cuba nak buat kelongsong dia. 
ni i cuba last year. 
tapi kelongsong tu agak kebesaran. 
cuba dgn recipe yang dishare di YouTube. 
eeeee.. tak baik. 
recipe tu tak menjadi pun. 
pelik sungguh lah. 
beriya2 dia kata kuih tu lembut je. 
i buat ikut exactly recipe dia tup2 keras mengantul je. 
eeeeee.. tak baik sungguh lah. 

then this year i nak cuba lagi. 
2 ikat daun pisang i dah beli  3 4 hari lepas. 
then i try buat kelongsong nya. 
i suka. 
cuma again agak besar. 
but still  masih ok ok sangat. 
then i carilah recipe di YouTube lagi. 
i refer youtube Che Nom.
but still i kena adjust2 sikit which suits to my cara lah. 

dan hasilnya i sungguh happy. 
i love the texture. 
gediks2 gitu. 


our teatime dengan TEPUNG PELITA. 


nanti i nak buat agak kecik sikit. 
so dapat lah banyak boleh dibuat. 
dapat gak bagi kat jiran2. 


ni jenis yang tak perlu dikukus. 
lebih menarik. 


puas lah dapat makan. 
i rasa sekali makan boleh lah dua. 


lembut je tau. 


cantik kan bekas dia. 
kena buat 2 lapis. 
nnt bila i senang2 i akan share how to make the kelongsong. 


dah siap cantik bekas tu i letakkan BROWN SUGAR. 


dah disaring cam ni terus campurkan bahan utk buat lapisan hijau. 


nampak kan agak cair. 
tapi kalau suka sedikit keras lamakan sikit waktu mengacau badan hijau ni. 


tuangkan perlahan2. 


bila dah dituangkan cam atas ni i letakkan sikit lagi brown sugar atas lapisan hijau ni. 
tak cantik benar rupa dia kan. 


bahagian putih dimasak sampai melepuh.
tengok lah texture dia. 
i memang suka kuih ni agak lembut. 
jadi memang agak cair. 
tapi bila sejuk nanti sure dia mengeras. 


bahagian putih dah dimasak langsung boleh dituang  atas  lapisan hijau ni. 


dah siap. 
nak cantik2 kat bahagian tepi tu kena lah dihimpit2kan sikit. 
supaya nanti adunan kuih ni agak mengikut bentuk kelongsong. 

Ok lah i share the recipe here. 
boleh lah mencuba nnt kalau teringin . 
boleh makan for teatime. 

#yaniscooking TEPUNG PELITA #yanrecipe
Bahan hijau/bawah.
4 helai daun pandan yang besar2 - dipotong2 kecik.
5 cawan air
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula pasir.
1/2 sudu teh garam.
Pewarna hijau. - sikittt je.
3/4 tbs brown sugar.
bekas sampan/kelongsong.
Cara:
1. blend pandan bersama2 air sehingga halus.
2. pindahkan air pandan yang telah disaring ke dlm periuk.
3. campurkan tepung beras dan gula lalu dikacau sehingga terlarut semua.
4. masukkan garam dan jerangkan atas api.
5. masakkan sehingga sedikit meletup2 bahan hijau ni.
6. titiskan pewarna sekiranya nak warna agak terang - i gunakan sikit sangat.
7. pindahkan ke bekas yang senang digunakan untuk menuang.
8. tuangkan ke sampan/kelongsong tepung pelita yang telah diletakkan 3/4 sudu besar brown sugar.
9. Tuangkan anggaran separuh kelongsong then taburkan sikit lagi brown sugar atas bahan hijau ni.

Bahan putih/atas
1 kotak santan pekat.(200gm)
4 cawan air.
3/4 cawan tpg beras
1 1/2 tbs garam. (Biar sedikit masin) dan lemak.
1 tbs gula.
2 helai pandan disimpul.
Cara:
1. campurkan kesemua bahan ke dalam periuk termasuk simpulan daun pandan.
2. kacau sehingga kesemuanya melarut.
3. Masakkan sehingga melepuh.
4. tuang ke dlm bekas then tuang atas lapisan hijau.
5. Biarkan sedikit sejuk lalu masukkan ke dlm peti.
6. Hidangkan sejuk.
Ahhh.. dap ehhh.

16 comments:

  1. mcm menariks je. save resepi dulu, nanti leh try. tq for sharing!

    ReplyDelete
  2. dah alang2 nk buat untuk jiran tu..pos sikit ke sini ye..

    nurul

    ReplyDelete
  3. suka makan kuih lama ni...nak pula yg brrgedik2 . sedap...
    tapi saya fail nak buat kelongsongnya.

    ReplyDelete
  4. Time PKP1.0 dulu rajin buat ni. Guna lego anak utk ukuran bekas tepung pelita.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. mencuba beriya2 wak. alhamdulilah menjadi buat sekian kali nya.

      Delete
  6. fav ni..pernh juga buat masa bln ramadhan pkp masa tu xde pasar ramadhan...gigih juga la try tp guna bekas kecik2 je..tk brp gigih nk lipat daun tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak ni mmg jenis suka na buat benda2 cam ni. gigih tu you. heheheh

      Delete
  7. wow terbayang lezatnya kak
    aku sangat suka dengan kue tradisional
    daun pisang bikin aroma jadi harum sangat ^^

    ReplyDelete
  8. Fav sangat nih Kak Yan..nak buat tangan keras, tapi kalau ada yang menjual memang lajuk je beli hihi....
    KakYan buat nampak sedap sangat..mesti wangi satu dapur tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya lagi senang beli je. renyah buatnya. tapi seronok lah kalau kak yan. hehehe

      Delete

cliks..cliks