cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Friday, November 30, 2018

Late lunch at Pak Asep Stroberi Bandung - Day 2



October  28, 2018 Sunday.
Restaurant Review




Ok.. kita sambung balik ye.. 
Tadi tu kan kita di   S I N I. 
now dah on the way back to Bandung. 


kami tadi tu belum makan tengahari lagi kan. 
memang lapar perut dah ni. 
so Randi bagi tau nanti on the way kita boleh singgah makan. 
dah dia bagi tau satu resto yang agak menarik perhatian i.


suasana memang dah agak kelam masa ni. 
tapi suasana keliling masih menambat mata kami. 
hijau sungguh sekeliling. 


tetiba mata i terus tertangkap di sini. 
sebab masjid ni betul2 berada di corner.
terus singgah di sini.
few minutes later  kami sambung perjalanan lagi.
Now almost at 5.30pm.
kejap lagi dah nak maghrib. 



tak lama, sampai kami di sini. 
Randi kata tempat ni popular. 
Laaaaa..
memang dah ada dalam list i pun untuk singgah makan di sini, tapi i tak ingat namanya. 
agak berangin waktu ni. 
matahari pun macam  nak terbenam sudah. 



tiba di sini ruang yang boleh jamu mata dengan pemandangan rice terrace dah penuh. 
sayang sungguh. 
Kalau tak boleh makan sambil tengok matahari terbenam.


interior di bahagian reception. 
penuh strawberry concept. 



i tanya memang banyak strawberry di sini ke. 
rupa2 nya tidak.
maybe tuan punya resto ni suka strawberry kot. 
sebab tak ada ladang pun di sini. 


kami dibawa ke bahagian sini. 
Ada tasik gitu. 
Kira ok lah kan. 
Sebenarnya yang penting nak makan. 
Tapi ye lah. 
terlanjur kita boleh buat pilihan nak makan di mana, kan lagi best.
Ye tak?
So kami makan di area sini. 


Memang cantik kawasan resto ni. 
Dan sangat besar..
Sungguh luas kawasannya. 


Indonesia memang hebat kalau tang benda2 ni. 
Memang tak mengecewakan. 
I just hope our tourism boleh do something like this. 
Kalau di Bandung ni lah, bermacam2 wisata yang sudah ditambah.
Kalau dulu orang hanya tau Tangkuban Parahu. 
Now semakin bertambah2. 
That's why setiap kali ke Bandung, i must try satu tempat baru. 
Dah terlanjur kerap ke Bandung kan. 
Sambil boleh bawak abdul2 ni jenjalan sekali sekala. 


Kami makan dengan Abam Supir ni. 
Mas Randi. 
Muda lagi orang nya. 
Macam anak to Auntie je. 
Baru 28 je umurnya. 


lepas ordered food, muncul teko air nya berserta gelas2. 
Kata Randi, benda2 macam ni normal. 
Ini air teh tanpa gula. 
Panas2 gitu. 
Yang minumnya hanya si Randi. 
Hehehehehe. 



Kita ada air pilihan kita. 
I love this.
Susu Soda. 


Air yang dipesan Abang Luqman. 
Bandrek dan apa tak satu lagi ni. 
Kuat sungguh Halia nya. 
sure lepas ni lawan buang angin. 
I minum sikit je. 
tak tertelan tekak i dengan halia yang kuat tu. 



Auntie Aini dengan Es Campur ni. 
Sedap sungguh dia layan Es Campur ni. 


Starter we took Bala - Bala. 
Alaaaa.. kalau kat Malaysia macam cekodok masin lah. 
But bahan dia sikit lain lah. 
I love this. 


then our food yang lain pun sampai. 
tak lah terlalu lama kami tunggu. 
Sebelum food sampai, azan maghrib pun kedengaran. 
Mas Randi pegi solat dulu. 


we took this set. 
ada 2 set macam ni. 
i pun tak ingat apa nama set nya. 
tapi yang pasti ada satu bekas nasi untuk set2 ini. 


Nasi Liwet. 
Memang best. 
Nasi yang berperasa. 


Ini Pepes Jamur. 
Pais Cendawan lah tu. 


Best ikan ni. 
Dibakar. 
Fresh sangat. 



Another satu set. 


Macam2 kan ada. 
Tapi memang puas lah kami makan bersama2. 
Seronok makan reramai ni dalam keadaan perut kami kelaparan. 
So semua habis kami ngap kan. 


tadi sementara menunggu food, this boy dok bergambar di kawasan keliling. 
I and Auntie Aini just stayed kat pondok kami je. 


So gambar2 ni dari camera depa lah. 
Ibu cilok lah ye. 


depan tu rice terrace. 
memang best pemandangan di sini. 


layan kan lah depa ni. 


bestkan. 


Selesai makan ingat nak ambik gambar keliling. 
tapi keadaan camera yang bukan cantik sangat untuk shoot waktu malam, 
so forget it lah kan. 


buat pembayaran di sini. 
ALHAMDULILAH..
food sedap. 
dan harga yang sangat berpatutan. 


ada juga disediakan surau di area ni. 
malahan berdepan Pak Asep Stroberi ni ada masjid yang besar.
Ruang parking memang besar. 


Dari jauh dah kelihatan papan tanda rumah makan ni. 
Highly recommended this place. 
Tempat pun memang best. 
I rasa dia ni ada banyak cawangan. 
Ini adalah resto makanan Sunda. 
Alamat nya tak dapat i share kan kat sini. 
sebab i lupa area apa resto ni. 
But u can google this place. 
Cuba nanti ye kalau ke Bandung. 

Wednesday, November 28, 2018

Ke Kampung Naga, Tasik Malaya, Garut 2 - Bandung Day 2




October 28, 2018 - Sunday




Kita sambung balik ke cerita i di Kampung Naga ye.. 
Tapi baca yang ada di   S I N I   dulu ye. 
imbas kembali ye.

Memang panjang cerita di Kampung Naga ni. 
Al maklumkan cerita bergambar. 
kalau tak de gambar, mau susah gak i nak bercerita. 


Si Ijad ni bawak kami keliling kampung sambil berkongsi info.
Menuruni tangga yang berbatu  - batu ( batu dari sungai ) membuatkan i terlalu berhati2. 
seram lah kalau terjatuh. 
Memang cuba mengelakkan daripada musibah seperti tu. 

Auntie Aini pulak steady je. 
Tak payah nak pegang2. 
I pulak alhamdulillah ada Abang Luqman. 
Memang bergantung harap pada dia. 
kami melalui jalan di tepi2 rumah penduduk kampung ni. 
Ada banyak padi2 yang dijemur di sini. 


ada yang menjaga daripada jadi habuan si ayam.


cantik susunan rumah2 yang ada di Kampung Naga ni. 
Batu2 tu disusun rapi since long back. 
Dah bertahun2 dah tu. 
Seperti tak terusik gamaknya. 


kami melewati kawasan ini. 
Abang Irfan dimintak menulis nama2 kami di buku tetamu.
Ye lah.
sebagai tanda yang kami dari Malaysia ini berkunjung ke Kampung Naga. 
Hebat gak diarang ni. 
Ada buku tetamu tau.
Tapi memang dah banyak jugak cerita Kampung Naga ni di Youtube. 
I also took some infos from Youtube about this village. 


ada surau di sini.
kiranya muat lah untuk seisi kampung kot. 
Tapi ada gak info yang i dapat dari some links lah mengatakan penduduk kampung ini berugama Islam. 

Tapi Islam turun temurun yang masih mengamalkan atau menitik beratkan adat lah. 
Ada yang mengatakan mereka tidak bersolat 5 waktu tapi hanya bersolat pada hari Jumaat. 
Fakta ni i tak berani nak mengatakan benar tapi ada 2 3 sites yang memaklumkan akan hal ini. 
Kalau menurut mata kasar i lah, rata2 wanita di sini tidak bertudung langsung. 
Anyway, i can make any judgement about this. 
Orang2 alim di sana pasti lebih maklum akan hal ni. 
Tapi ni memandang dan buat lah perbandingan dengan akal fikiran dan pengetahuan kita. 
Semoga ALLAH memberkahi mereka dan kita semua. 


bersih dan cantik di dalam ni. 
rasa macam best sangat dapat rehat2 di sini. 


katanya masjid ini pernah dibuat renovation selepas kejadian kebakaran. 


Mimbar. 


Gong dan kentung. 


Sekedar kenangan di sini. 


Ini gong ye..
i pun dah tak ingat dah. 


sebelum masuk, ruang untuk ambik air sembahyang. 
memang orang perempuan pelik lah kalau nak amik kat sini. 
Memang susah kaum wanita nak bersolat di sini. 
Too open. 
tapi mereka ni sudah terbiasa dengan situasi ini. 


penduduk kampung menjemur padi mereka di hadapan kawasan masjid ni. 


tak lama kami meninggalkan kawasan rumah2 ni. 
waktu ni hari macam dah nak hujan.
cepat2 diarang ni menarik tampi2 padi ni. 


pemandangan rumah2 mereka. 


dalam kolam ni penuh ikan2. 
so diarang boleh ambik ikan2 di sini bagi kegunaan sekampung. 


sungai yang pada ketika ini airnya agak cetek. 


sekali lagi memandang ke sini. 


ingat tak ibu yang ke kebun tadi. 
Masa ni dia pun dah balik dan terserempak dengan kami. 
dan melihatlah kami apa yang dibawak balik dari kebun tadi. 
ada cili api, ada ubi, ada lengkuas.
ini katanya buat kegunaan di rumah. 


saying good bye to this place. 
what a wonderful and peaceful kampung. 
i suka sangat. 



Abang Luqman menahan bapak ini untuk membeli jualannya. 
i pun tak ingat apa nama makanan nya. 


sambil menuju ke tangga2 tadi yang kita turun tu. 


sebelum tu. 
Abang Irfan nak beli  Air Cincau katanya.


dari Cincau Hijau. 
Sebenarnya dari pokok tau cincau ni. 
Kalau tengok dari bekas ni, rasa2 macam tak nak beli. 
tapi anak2 i kan dah terbiasa dengan keadaan ini. 
Maka i pun ikut je lah. 
I m sure ok je. 
kalau tak sesuai di perut, keluar lah dia nanti. 
hehehehee..
INSYALLAHHH


Air santan yang sudah bercampur dengan ice. 
then ada air gula merah tau. 
ada pewarna merah lah tu. 



bila makan ni, memang best. 
suka sangat i, Auntie Aini, Abang Irfan, dan Abang Luqman. 
Macam nak patah balik, beli lagi.
Tapi dah malas nak turun ke bahagian bawah tu. 
lain kali kita makan lagi ye..

* Seronok punya pasal dengan Air Cincau ni kan akhirnya i mencari tau pasal pokok cincau hijau. 
I google seharian lepas balik ke Malaysia. 
Then i dapat tau ada Nursery di Perak menjual pokok cincau hijau ni. 
Tapi sayang, pokoknya kecik sangat lagi. 
Then i dapat response dari satu lagi nursery yang ada di Air Hitam Johor. 
Pokok ada. 
Then kami berurusan. 
I bought 2 pokok Cincau Hijau. 
She mailed it by using Pos Laju.
Baru dapat dan ada di Kedai Canggih lagi. 
INSYALLAH akan i tanam elok2. 
Nanti i boleh buat Cincau Hijau. 


ini pulak ada satu jenis makanan. 
i tak tau apa nama nya. 
kesian pulak kat Bapak yang menjual ni. 
bila Cincau dibeli di sebelahnya. 
tak kan tak beli kat Bapak ni kan. 
Bila makan, not bad lah. 
sedappp.


Kami sampai ke gerai yang menjual air kelapa tadi tu. 
Auntie Aini beli Gula Aren ni. 
Besar kan. 
dan Green Tea. 
Hasil mereka di Kampung Naga tu lah kot. 

Bila dah tiba di area Kelapa Muda ni, maka lawatan kami ke Kampung Naga hampir berakhir. 
Memang seronok explored this place. 
Even so far away from Bandung but after visiting this place i feel like, hey, worth it sangat. 
I memang suggest pada anyone yang nak lari dari itinerary biasa kalau melawat Bandung. 
Atau those yang dah berkali2 datang, datang lah sekali ke sini. 
INSYALLAH..
sure suka. 


Sebelum kami berangkat balik ke Bandung,
kami sempat bergambar di sini. 
Sempat gak bertukar2 nombor telefon.
Kalau nak guna khidmat Ijad sebagai tour guide ke Kampung Naga ni,
boleh contact dia. 
Mas Ijad, +6285340646404.

Mengikut kata beliau, biasanya hanya 5 kali sebulan je dia akan dapat tetamu yang berkunjung ke sini. 
Sebelum kami ke sini, Mas Iman dah bagi tau, kalau boleh berilah sikit tip pada tour guide di sini nanti. 
Katanya sekedar Rph100,000 pun cukup lah. 
ALHAMDULILAH..
dapat lah kita sama2 kongsi rezeki dengan mereka. 
Semoga rezeki Ijad akan berlimpahan selepas ini. 
INSYALLAH..

Jam 3.30 petang kami meninggalkan daerah Tasik Malaya ini.
Memang terasa penat gak kaki ni.
Perut pun berkeroncong.
Menuju ke Bandung memakan masa 3 jam lagi.
Tapi kami akan singgah untuk late lunch.
Very very late lunch.
Kira dah macam nak dinner nanti ni.
Tapi kami rasa happy sangat.
ada sesuatu yang i nak sangat share pada most of you guys.
cerita Kampung Naga.
ALHAMDULILAH dapat i share kan kat sini.
Apa2 kita tangguhkan dulu yeeee sambungan setelah ke Kampung Naga ni.
See yaaaaa.

cliks..cliks