cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Monday, July 8, 2024

Pakistan May - June, '24 - Perjalanan berbelas jam ISLAMABAD ke CHILAS (Day 2)



once naik coaster the guests terus check in Hotel Red Line. 
simple je hotel ni sebab mmg plan hanya for transit. 
nak kena refresh. 
tak breakfast kat sini pun. 

depa checked in dalam pukul 6am. 
then the agent bagi tau gerak dlm kul 11am. 
eeee.. tak de makna nya depa nak relax2 duduk dalam bilik kan. 
so the guests insisted to move at 8.30am. 

the actual itinerary utk malam ni adalah bermalam di BESHAM.
dan akan stay di  BESHAM RAMADA HOTEL. 
then perjalanan dr ISLAMABAD ke BESHM sekedar 4 - 5 jam saja. 
that's why the agent planned nak gerak lewat sikit dan pd pemikiran beliau guests might be penat. 
dan perlu rest sebelum memulakan musafir ke utara pakistan. 

tp since dah agak awal keluar nya macam tu Mr Saad pun plan better terus maju ke CHILAS. 
kira2 almost 3/4 journey ke HUNZA dah cover. 
the group actually pada awalnya lalu NARAN. 
tp since laluan masih belum dibukak maka TERPAKSA menggunakan laluan BESHAM. 

sebenarnya kalau boleh agent2 tak nak menggunakan laluan BESHAM ni. 
kenapa?

1. journey mengambil masa yg lebih panjang sebab jaraknya bertambah another 100km extra. 
2. road thru BESHAM ni kurang bagus la. 
3. tak ada apa2 yg menarik di sepanjang perjalanan ke BESHAM - CHILAS. 
4. Hotel2 yg ada di BESHAM tidak begitu bagus facilities nya like limited services kinda. 
5. activity di BESHAM ni semata2 TRANSIT je. 

kalau nak kata tak de benda apa yg menarik kalau menggunakan laluan BESHAM ni i rasa laluan ke PANGGONG LAKE (India) lagi tak menarik sebab u tak nampak rumah or pokok2 pun. 
Gunung ganang batu je. 
tp i percaya scenery toward to the north ni lebih menarik. 
kalau i tgk dr gambar dan video yg dishare ke group. 


check in time. 


simple room. 
still ok to me. 
supposedly diarang stay kat GRAND ISLAMABAD HOTEL. 
dah namanya tak de rezeki la kan. 


tuk tuk pakistan. 
atau pun cam angkut di Indonesia. 


memulakan perjalanan ke utara. 
toll ada. 


enjoy la ye, 


after plus minus 1 hour diarang tiba di EMERALD CUISINE RESTAURANT.
i copy paste caption yg ditulis oleh ATUK BAIK ye. 

PAKISTAN 30 Mei - 10 Jun 2024
Hari ke 2 - Islamabad ke Chillas
Singgah di Emerald Cuisine Restaurant untuk sarapan pagi yang terletak di Jhang Bahtar Road, Jhang Bahtar.
Akan menjadi pilihan utama untuk makan makanan Pakistan. Dengan menu yang banyak, makanan yang berkualiti dan harga yang berpatutan.
Yang terbaik yang saya cadangkan adalah teh Masala Chai. Setelah 4 hari di Pakistan, tak boleh bandingkan restoran ini yang sangat sedap. Semua rombongan kami pun kata begitu.


depan resto. 


besar gak kan resto dia. 


para pekerja busy menyiapkan hidangan. 
style diarang once guests tiba baru la depa busy memasak. 

*benda cam ni lah yg kurang setuju dgn style org Malaysia. 
cara ni banyak waktu akan terbuang sebab food hanya akan disediakan bila guests sampai di resto. 
kunun2nya nak serve food panas2. 
kita lak tak sabar la kan. 
nak gerak ke utara tu lama lagi. 
kalau boleh tiba resto terus hidang kan food then makan, then sambung journey. 
kan. 
tang ni i think i pun setuju. 
they need to improvise this kinda service. 


masala omelete memang jadi pilihan. 
sama je kalau travel ke Kashmir India. 
omelete la yg paling i suka. 


PARATHA panas2. 


once ada masa, memasing focus dgn phone. 
menunggu breakfast memang lewat lah. 
cam tu la depa. 


after a few moment laterrrr.


breakfast pun dihidangkan. 
time to eat. 


One of the guest ambik gambar dgn local coz she quite wondered with the way local ni breakfast.
tp mmg style org Malaysia la kan. 
sesuatu yg unik tu sure nak diabadikan dgn bergambar. 
it's me sangat. 

lepas breakfast terus kan perjalanan lagi. 
almost 3 1/2 - 4 hours travel singgah di BESHAM HOLIDAY INN HOTEL & RESTAURANT.
kalau tgk pada nama Holiday Inn tu jgn lah ingat cam HILTON di Malaysia.
ni hanya sekedar nama.

(pernah bertekak dgn org depa ni gak pasal nama ni. dia ketegaq mengatakan standard Holiday Inn or Continental Hotel  or Hilton ni di negara dia la, sama cam world classs. helloooo.. ni bukan world chain okkkk. ni just nama. Tak mungkin service dia world service. tp dia mati2 kata ni world class. i really harap dia membaca my blog ni so dia at least bukak mata sikit pasal tourism ni. hhhhh. geram kita wak. morale of the story , BE HUMBLE jgn dok sombong diri. auww..)                                                                                                                                                                                             

kurang lebih tiba di BESHAM HOLIDAY INN HOTEL & RESTAURANT Bazaar.
Tiba dlm pukul 3.30pm.


pemandangan di town kecik ni. 


tetamu kita menuju ke resto ni. 



pemandangan biasa di Pakistan. 
suka pulak tgk.
santai2 je kan. 


busy org dapur kan. 




lunch di HOLIDAY INN BESHAM. 
Lunch tak masuk dlm package. 
tp diarang order sekali then terus bayar la. 
then sambung lagi perjalanan. 


semua ni adalah KARAKORAM HIGHWAY. 
all the way menuju ke utara Pakistan. 


another check point. 
kat sini lah all the documents ditunjukkan. 
mana copy visa nya. 
mana copy passport nya. 
semuanya la. 


tiba la di DASU. 
after almost 3 hours selepas makan tengahari di BESHAM. 
banyak intensive pembangunan yg sedang  dibuat di kawasan ini. 
stopped at DASU HYDROPOWER.
The DASU DAM is a large hydroelectric gravity dam yg sekarang under construction on the INDUS RIVER. 
DASU in dlm derah KOHISTAN.


PAKISTAN 30 Mei - 10 Jun 2024
Hari ke 2 - Islamabad ke Chillas
Tenaga Hidro Dasu, Kohistan.
Projek Tenaga Hidro Dasu ialah projek larian sungai di Sungai Indus yang terletak 7km di hulu Pekan Dasu, Daerah Kohistan (Atas), Khyber Pakhtunkhwa.
Tapak ini terletak 74km di hilir tapak cadangan Diamer Basha Dam dan 345km dari Islamabad. Projek akan menjana kuasa hidroelektrik 4320MW, dengan tenaga tahunan 21445GWj dan akan dibangunkan dalam dua peringkat.
Peringkat-I akan menjana 2160MW.
Peringkat-II akan siap dalam tempoh 5 tahun.
Projek ini dibiayai oleh Bank Dunia.
Projek Tenaga Hidro Dasu adalah salah satu projek keutamaan di bawah Dasar Kuasa 2013 dan Wawasan 2025 Kerajaan Pakistan.
@ Perjalanan telah melalui 370 km dan selama 11 jam


massive kelihatannya. 








gambar ni agak kehijauan disebabkan tingkap coaster. 
dr DASU perjalanan dteruskan. 


ni lah video sebelum depa tiba di CHILAS. 
depa tiba dah tengah malam. 
cuba tgk video ni rasa dlm hati tu lain macam je. 
i masukkan sedikit caption atuk baik dr post beliau di FB based on the video yg atas ni. 


PAKISTAN 30 Mei - 10 Jun 2024
Hari ke 2 - Islamabad ke Chillas
LEBUHRAYA KARAKORAM (KKH) - 3
(Keajaiban ke 8 dunia)
Oleh kerana mementingkan diri sendiri, potong Q dan tidak sabar serta tidak mahu mengalah, terpaksa pihak berkuasa menyelesaikan permasalahan trafik.
Ini kerana ada sesetengah tempat hanya boleh dilalui satu kenderaan sahaja. Antara banyak sebab adalah kesan batu bukit runtuh, jalan jadi rosak dan sisa batu batu besar.
@ pukul 10:00 malam
44 minit juga baru boleh lepas.


ye lah kan. 
suasana jalan tu kan. 
memasing agaknya mendiamkan diri je la. 
yang penting nak kena sampai cepat. 
nak rehat dah.

yang penting mereka semua dah selamat sampai di Chilas. 
perjalanan yg sangat panjang utk jarak 487km selamat 16 jam. 
fuhhh!!.

tapi i memang salute la kan our guests ni. 
even dah berumur tp meemang nampak steady sangat. 
kalau i memang dah mengerang kesakitan kaki. 
dah rindu sangat tilam. 

Ok la. 
kita sambung next N3 ye. 
panjang dah. 

plan nak explore Pakistan hujung tahun ni?
DM me ye. 0192129958. 



Saturday, July 6, 2024

Pakistan May - June '24 - KUALA LUMPUR to ISLAMABAD (Day 1)


ok lah. 
hari ni i nak share pasal trip ke Pakistan yang i arranged.
kali ni seramai 16 orang dlm satu group. 
otai2 ni semuanya. 
range umur dr 65 thn hingga lah 71 thn. 
memang hebat2 semuanya. 
ada 6 pasang couples. 
then the rest tu single2 semua.
6 couples meaning 12 org. 
then single2 tu 4 org. 
most of them kawan2 la. 
kawan2 travel. 

cam ne i dpt this group?
aaaa..
dr kwn blogger la. 
sewaktu masa dahulu active berblog. 
but now no more. 

Hebat mmg sahabat i ni. 
he is very kind person. 
MASYALLAH. 
tujuan dia ambik i utk arranged the trip sebab nak tolong promote. 
nak bantu kawan2 katanya. 
bersyukur sgt. 
then beliau menolong tu mmg dgn 100% sokongan pada i. 
Hanya ALLAH yg membalasnya. 

sekarang beliau meletakkan gambar2 travel ke Pakistan ni di FB beliau. 
then attached gak my FB page di situ. 
setiap post beliau di FB mmg dia tag i plus letak the link kat situ. 
so i kena semangat buat blog ni. 
tq atuk and kak zan. 
i share gak kat sini. 
penuh information.
seronok membaca. 
beliau dah tak active blog. 
so  TIKTOK  and Facebook active. 

ok la i cite sikit lah perjalanan depa ni ye. 
even i tak pegi tp sentiasa diupdate dr sana. 


sebenarnya memula yg nak pegi tu takat ber6 ber10 cam tu la. 
then bertambah ber12
akhir nya jadi ber16. 
tu pun ada yg called tanya boleh tambah lagi tak. 
since mmg tak de tour leader dr pihak i, wakil group tak nak dah. 
cukup 16 org je. 
i kena akur la kan. 

so urusan dr pembelian ticket PIA i yg belikan. 
i uruskan semua. 
dulu2 i mmg ada sijil ticketing. 
tp ye lah sijil zaman 80an dulu. 
tp ticketing yg dipelajari tak sama dgn cara nak beli tickets kan. 
hehehe
bersusah payah sendiri beli tickets i ambik charges sikitttt sgt. 
tp bersyukur depa nak bayar i. 
as the upah la kan. 
jenuh gak you details nak beli tickets ni. 
dlm pada tu ada gak silap. 
tp all clear. 

urusan E visa pun i uruskan sendirian. 
dapatkan details dr ke 16 peserta ni. 
dptkan copy passport.
gambar passport utk urusan e visa. 
ALHAMDULILAH a month before departure i siapkan then after 10 working days baru dpt approval. 
menunggu VISA GRANTED ni mmg suspen. 
group2 yg lepas i buat tak sampai 1 hari ada yg dah approved. 
ni 10 hari. 
sesak perut i. 
luckily ada contact di Embassy Pakistan di KL. 
takat tanya la kan. 
tp i mmg confident INSYALLH granted punya. 
E visa INDIA for the Kashmir trip  pun i buat sendiri. 
senang je. 
kira dah ada pengalaman. 
tapi now e visa ke India FOC ye. 
sampai tahun depan ni. 
for a year. 
cuma i tak sure no charges but still kena buat ke tidak tu i belum tau lagi. 


so hari yg ditunggu pun tiba. 
kesemua mereka ni i pernah jumpa sekali sewaktu nak explain pasal the trip. 
second time bertemu di Google Meet. 
and bertemu sekali lagi pada malam ni. 

satu dugaan dtg. 
departure yg supposedly terbang on May 30, 2024 at 12.45pm Thursday, RETIME. 
anjak ke pukul 19.30pm on the same day. 
kira ok la kan. 
since dah diberitahu awal thru email so tak de la blh claim insurance kan. 

then sekali lagi which was 2 weeks before departing retime lagi. 
sesak nafas i. 
flight retime ke pukul 12.30am on 31 May, 2024 FRIDAY. 
hambik youuu. 
tgh malam pulak. 

then bila i dapat je email i noticed seat numbers utk pegi tu tak de. 
seat semuanya dibeli ye. 
NOT RANDOMLY mcm yg biasa kita buat. 
sebab gang yg pegi ni warga berumur. 
nak selesa la kan. 
nak yg front seat. 
nak yg aisle seat. 
nak yg window seat. 
semua berbayar tau. 
kalau tak dpt seat yg dibeli sure marah la kan. 

dpt email suruh call office di Pakistan tu. 
mak aii. 
cam ne. 
mintak la agent tolong call, emmm frustrated. 
not really helped me. 
kena sembur lagi ada. 
being blamed sebab kenapa ambik PIA. 
well, berdoa pd ALLAH tolong bukak jalan.
dok fikir kenapa tak call PIA office di KL. 
kenapa laaaa i tak terfikir ek. 
itu la. ALLAH punya rencana. 
once dpt confirmation on the same day waktu nak fly tu. 
ALHAMDULILAH. 


tiba airport pukul 8.15pm. 
all my sons tak dpt nak teman kan di airport. 
satu lagi dugaan. 
syukur bila tanya my nephew dia sanggup tolong. 
well, tolong di sini kita bagi upah tau. 
sebab ni kan dah ambik waktu org kan. 
keluar kan duit sendiri. 
semoga ALLAH gandakan rezeki buat i lagi. 
sangat bersyukur Abang ayip sanggup menunggu dan membantu di airport. 


lane PIA full. 
berbaris2 panjang. 
tup2 staff yg ada kat sini bagi ruang pd group kami. 


dilarikan ke sini. 
ingatkan dia bukak counter depan ni. 
laaa. 
dia divertkan kami ke sini sebab di counter M tu dah sesak dan menghalang lalu lintas di situ. 
menunggu lah di sini. 
tup2 dipanggil 10 org dulu patah balik ke counter M. 
yg separuh tinggal di sini. 

ehhh. 
masa yg 10 tu Q depa suka2 potong kita wak. 
mak bedah pun hingaq la kan. 
terus ajak the rest joined 10 org tadi. 

then the staff bukak satu counter baru utk group 16 org ni. 
actually 2 counters utk ber16 org ni. 
ramai nya yg nak balik Pakistan u. 
i tanya kat situ flight ada kurang lebih 295 passsengers. 
once Atuk Baik dpt tickets i noticed seat dia 35C. 
aikkk. 
awat nya. 

maka urusan ticket sedikit heboh la
tp cekap la staffs depa ni. 
i ckp seats semua dah beli. 
bukan random seats. 
maka peluh tiak la staffs dia you. 
but ALHAMDULILAH. 
agak lama di sini, akhirnya settled. 


very helpful. 
nama lak i lupa. 
sentiasa senyum. 
satu counter lagi agak stress mukanya. 
hehehe. 
tak pe.
semua clear dah. 
hanya ALLAH membalas kebaikan mereka utk melancarkan urusan kita. 


time ni sebahagian dah masuk ke ruang boarding. 
i sempat lah bergambar bersama2 group. 
cuma dpt kirim kan salam buat org Pakistan. 
mintak depa doakan semoga i dapat jejakkan kaki ke sana suatu hari nnt. 


after 6 hours 05mins flight maka sampai la semuanya. 
PST 3.45am. 
ni kita dah 6.45am. 
selesai urusan visa - smooth semuanya. 
depa solat subuh dulu then baru keluar. 
di depan pintu keluar agent pakistan dah tunggu. 


ALHAMDULILAH at 3.30am (PST) landed at ISLAMABAD INTERNATIONAL AIRPORT. 
kiranya pukul 6.30am (MST).


besar airport ni. 
cuaca di Islamabad agak panas. 
summer season bermula dah ni.  


depa keluar dr airport ni dah dekat pukul 5am. 
tp mak aiii. 
terang benderang. 


since the group ni category big group maka diberi coaster 22 seaters.
ni la standard coaster utk tourist di Pakistan. 
group dibawak ke hotel.
nak refresh la kan. 
tak jadi ke hotel yg dijadualkan.
at least kena la mandi2 then tukar baju lah gitu kan. 
then dlm kul 9.30am terus gerak menuju ke utara Pakistan. 
bermula la musafir yg sebenar di Pakistan. 

so tunggu ye cerita selanjutnya 
doakan i tetap rajin mengN3 ye. 
tak malas2.
biar semangat. 
sebab atuk baik ni punya la semangat post kat FB then without missed dia tag i then always put my FB page kat situ. 
so i tak nak la lepaskan peluang yg di depan mata ni,.
okk Semangatttt.

plan nak explore Pakistan hujung tahun ni?
DM me ye. 0192129958. 

Friday, July 5, 2024

Sembang2 sambil ngopi di KUEH, Seksyen 13, Shah Alam



Dah lama kami bertiga nak meet up then ngopi.
baru terjadi few weeks ago. 
few things nak kena decide n discuss. 
so kami plan jumpa di KUEH, Seksyen 13.
I mintak kalau boleh pagi2. 
sebab kalau hari selasa n khamis i mmg free dr pagi hingga ke tghari. 

so kami ke sini. 
sambil discuss sambil kita ngap2 kan. 


waktu pagi mmg ramai makan di sini. 


saje je ambik gambar cam ni. 


kita gambar2 dulu ye. 


bahagia bila bersama dan makan bersama. 
lupa nak ambik gambar food. 
Nasi lemak kuning kot. 
i pun tak ingat. 


Mem Sabar dgn SOTO. 


simple je SOTO dia. 


i pilih NASI DAGANG. 
tp i prefer nasi dagang yg sticky2 tu. 
ni mcm guna beras basmathi. 
so tak la melekit. 


kasir. 


banyak pilihan kuih muih di sini. 
kita pilih yg suka dan kenan dek tekak la kan. 
makan share2.


ni nampak lagi jelas kuih kami. 


tak lama kami kat sini sebab i dah kena balik rumah. 
few things we discussed. 
i brought back some kuih utk org rumah. 

i just love to share my picture with my partners again n again since long back. 
sebab salah satu suka bila tgk balik N3 lama2 teringat susah senang kami dlm business. 
alaaa.. business jual baju sekolah je. 
tp even baju sekolah kami sudah merasai zaman kegemilangan dlm perniagaan. 
memang hebat rasa. 
sales setiap hari mmg boom habis.
untuk setiap kedai semua mmg boom.  
esp weekend. 

tapi sejak covid melanda, ALLAH tak izinkan lagi. 
phase jatuh merudum ALLAH je yg tau. 
daripada 5 kedai bermula dr 2001 sekarang tinggal 4. 
soon akan ditutup satu lagi. 
di Klang akan ditutup another a week. 

so now tinggal 3. 
semoga ada sinar baru la utk kami. 
we all nak jual dah pun. 
tp menjual waktu economy yang tak berapa cantik ni memang susah sikit lah. 
semoga ada miracle utk business kami. 
INSYALLH. 







 

Thursday, July 4, 2024

Sup Lidah di ANI SUP UTARA, Plaza Alam Sentral



U all makan tak lidah lembu?
or pernah makan?
i pernah makan pertama kali waktu berbuka puasa di Shah Alam Convection Center. 
i rasa about almost 15 thn dulu kot. 
hehehe.. zaman suka sangat beriftar di luar rumah ni. 
zaman i lagi mode remaje. 

anak2 masa tu masih kecik2 lagi. 
zaman berbuka di luar mmg jadi habit la gitu. 
so berbuka la di situ. SACC. 

tgk ada NASI KABULI. 
sekoq kambin kat situ. 
then nampak gak org tgh dok saute sesuatu. 
tgk LIDAH LEMBU. 

i curious la gitu kan. 
cam ne l rasanya. 
so ambik sikit. 
alamakkk.. alamakkkk. 
sedap la pulak. 
then ulang lagi ambik. 

then lepas tu tak makan2 dah. 
sebab mcm susah nak dapat. 
susah nak jumpa kat mana2. 
plus kita dah makan berjemaah di rumah je. 

then tiba la last week. 
i went to Plaza Alam Sentral. 
tgk ada new kedai makan di ground level. 
then for lunch i mencuba la di sini. 
di Ani Sup Utara. 
dulu2 resto ni ada di Lower Ground. 
then few years back tutup. 
ni bukak balik di PAS. 


dah lain penyediaannya. 
dah makin banyak menu yg dihidangkan based on seekor lembu. 
i pun mintak sup keting, sup lidah dan sup perut. 
ingat nak campur semua. 
rupa2nya kena ambik asing2. 
almost RM50 kalau tak silap i. 
ehhh. 


makan sorang2 sup pun dekat RM50. 
so then i decided just to take SUP LIDAH. 
satu mangkuk besar. 
ada sambal belacan, ada sekeping timun dan ada telur masin. 
ni kira set. 
RM3
Banyak gak portion lidah tu. 
sedap weiii. 
sedap. 
lombut jo. 


dah lama gak tak makan telur masin. 
kunun2 banyak nasi yg diberi. 
cam nak mintak separuh. 
tp cashier diam je. 
so kita proceed je la kan. 


See. 
suka sangat wei..
sekali dah pekena licin nasi semangkuk u. 
sedap. 
boleh ulang lagi. 



just nak bg tau Anies. 
this video pun tak lama mana pun akak tak boleh nak upload terus. 
must be something kot yg akak tak tau. 
so terpaksa la masukkan dlm youtube dulu. 
mcm zaman dulu2 buat blog kalau nak masukkan video mmg nak kena upload di youtube dulu. 
ke i yg tak tau. 
emmmm. 







 

Wednesday, July 3, 2024

Lunch date di KLUANG RAILCOFFEE, Plaza Masalam



Rindu kat mymommi. 
we all kan dah tak duduk sama2.
since mydaddi tak de she was being away dr rumah i gak. 
jd she n chef ciju stay kat apartment yg mydaddi beli before he passed away.
macam tau2 je kan.
persiapan.

we all Johorean. 
i pindah dari Johor seawal umur 16. 
then balik kg kejap takat 2 tahun before nikah. 
then sorang2 adik tak duduk sama my parents. 

jadi bila  meraka dah makin berumur kami offered utk tinggal bersama. 
of coz masa tu rumah i la. 
adik2 ada semua di Selangor. n KL. 
sorang je tinggal di JB.

sesekali je my parents akan balik Johor. 
ni cerita masa mydaddi masih gagah perkasa la. 
bertahun depa duduk dgn i sampai la asbab dijangkiti covid mydaddi meninggal in Ramadan 2021.

selang tak lama i mean after eid 2021 terus mymommi n chef ciju beralih angin tinggal di SB.
daripada kunun2 nak lepas edah akhirnya sampai sekarang mereka tinggal di sana.
i mmg merasa kehilangan.

tapi sesekali i akan ke sana. 
esp bila nk mengopi.
kalau i tak ke SB depa yg mai jumpa kat somewhere.
biasanya kami date date kat AEON.
Lunch kat Resto Nasi Padang then terus ngopi kat Coffee Bean. 
tu la keje nya. 

tu yg last month. 
bila dah agak lama tak jumpa waktu mymommi buat check up kat AVISENA terus kami date. 
kami ke KLUANG RAILCOFFEE.
kami late lunch. 


Mymommi ni banyak sangat pantang nya. 
itu tak makan ini tak makan. 
tapi tetap nak makan kat luar. 
sebab she can velanja2 we all. 
hehehe.


Ni tak de ayam.
tu yg dimakan dgn nasi putih. 
i pun sambar gak 2. 


dah orang velanja kan. 
so kita order ni. 
i mmg lapar masa tu you. 


then i pekena ni. 
adoii. 
keras sikit mee nya. 
order MEE GORENG MAMAK. 
mamak kat sini tak pandai masaknya kot. 
tapi licin i makan. 
sebab ada org tak ada makanan utk dimakan. 
maka bersyukur la. 
kita kasi licin. 


our drinks. 

ALHAMDULILAH.. 
selesai makan ingat nak balik rumah. 
dah dekat kan. 
tapi dipujuk2 ikut depa balik ke SUBANG BESTARI. 
siap nak velanja indrive kalau nak balik Shah Alam nnt. 
boleh ek gitu. 
maka i pun ikut la ke sana. 
gitu la we all. 
emm..
mcm nak ke SB la. 
hehehee.


 

cliks..cliks