cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Monday, February 28, 2022

LEGASI KAMPUNG BARU GUESTHOUSE, Kampung Baru, Kuala Lumpur.



nak share our staycation di Kuala Lumpur baru2 ni. 
we stayed at LEGASI KAMPUNG BARU, Kuala Lumpur. 
area Kampung Baru je. 
tapi best sangat area ni. 
meriah sebab dekat dengan tempat makan. 

Mem Lina yang tempah our condo di sini. 
we all decide then ambik lah 1 unit for 5 of us pada mulanya. 
bolehlah sembang2 sakan reramai. 
kalau kat bilik hotel kena lah pulak kita ambik connecting room baru best. 
but then bila reramai agreed utk stay kat sini then proceeded. 

but then daripada ber 5 salah sorang dah boleh agak tak akan turut serta disebabkan masalah kesihatan. 
then boleh lah enjoy2 ber 4. 
tapi tulah. 
saat2 akhir tak dapat gak join. 
bertiga lah kami. 

kalau kat bilik hotel kira dah cantik kalau ber3 ni kan. 
rapat2 je. 
sure lebih kepada berborak atas katil.
then bilik sure lagi best. 

tapi tu lah. 
allah punya kerja. 
kita rancang cantik dah. 
allah kata lain pulak. 
redha je lah. 

anyway i wanna share lah sikit info pasal condo kami ni. 
so sesiapa yang teringin nak stay sikit boleh sangat lah. 
memang menarik. 


punya lah dah lama tak ke Kampung Baru sampai kan tak tau yang kata gerbang nya dah berdiri megah seperti ini. 
almost 10 years kot tak ke sini. 


Banyak lah kedai2 makan di sini. 
ni kira main lorong lah. 
ada KEDAI KAK SOM. 
ada KEDAI SURAYA SEAFOOD. 
macam2 boleh dicuba di sini. 


penghujung selepas deretan kedai2 ni kat simpang 3 akan kita jumpa this building. 



rumah kami di level 35. 
tu diaaa..
punya lah tinggi. 


bukak pintu je belah kanan jumpa kitchen. 
cantik tersusun. 


suasana dalam rumah. 
ruang makan dan ruang tv bersama. 


decor2


penghuni bersama mlm nanti


simple


bilik satu.
ada extra mattress gak.


second bedroom. 
spacious.


master bedroom.
also spacious. 
cuma tilam tak berapa selesa lah. 
agak usang. 
i think depa sud improvise tang sarung bantal dan alasnya. 
banyak kat IKEA cantik2 kan. 
but still ok lah. 


toilet attached in master bedroom. 
spacious. 
clean. 
toiletries semua lengkap. 


second toilet. 
pun so clean.


simple lah. 
agak menarik jugak. 
towel pun ada disediakan. 


seronok mak mak bedah. 


suasana malam dari condo kami. 
nampak tak PINTASAN SALOMA tu. 
nampak KLCC tu. 
tapi nampak sebelah je lah. 


view petang di Kampung Baru. 


view waktu malam di KAMPUNG BARU. 


View waktu pagi di sini. 

Info i share sikit kat   S I N I
boleh lah jadi staycation nanti. 
not bad lah kalau datang ramai. 
at least dalam 6/7 orang dgn family pun dah best sangat. 










 

Friday, February 25, 2022

Lunch Nasi Kerabu on 6th day of Eid.



Punya lah lama draft ni i simpan. 
dari hari raya tahun lepas then ni dah nak dekat puasa balik dah. 
makan tahun punya draft. 
semua ni sebab i tak de mood nak menulis. 
tapi sayangkan gambar daripada didelete so i transferkan ke sini. 
konon dgn harapan akan menulis masa tu. 
tapi sebabkan mood tu hambar je tu yang diperap dalam draft. 
hari ni i usha balik draft banyak sangat. 
ingat nak bersihkan but tsayang lah pulak. 
so kita N3 kan kat sini. 


sebenarnya rasa2 i food ni i tak plan pun nak masak. 
all the sudden CikTi cakap masaklah kak nasi kerabu. 
i dok fikir ya ampun all the sudden. 
ok ke nak masak. 
pukul berapa nak makan?
i ni jenis slow sikit part dapur. 
nak makan berat2 cam ni mau berjam2 baru siap. 
tapi since ada pembantu di dapur i pun terus lah memulakan activity. 


nampak tu apa i masak. 
macam2.


kebetulan ada bunga kantan yang masih cantik.
so ulaman i ada bunga kantan dan tauge pun masih cantik lagi dlm fridge tu. 


it is a must. 
kena ada KUAH TUMISAN.
penting ni.
baru umph makan nasi kerabu. 


and SERUNDING IKAN ni. 
memang best. 


UDANG GORENG KUNYIT. 
Udang fresh2. 
tapi i tak ingat samada i yg buat ni ke atau orang lain yang masak. 


ini yang pertama kali i masak. 
i buat SOLOK LADA.
sebab dalam fridge banyak sungguh stock cili hijau yg bersize sgt besar. 


ada BUDU.
since ramai tak pandai makan budu gitu2 je. 
i gorengkan. 
letakkan sikit gula melaka dalam budu tu. 
letakkan cili api dan serai. 
i tgk recipe ni  di YouTube. 
sedap.


i ada banyak stock bunga telang. 
so nasi i guna pewarna natural,
guna bunga telang je.

then i gorengkan keropok. 
baru umph nak makan kan. 
baru betul gu gu nya. 
bertambah kalau makan kan. 


my first solok lada. 


semuanya gara2 dibelikan lada hijau. 
dan lada hijau nya ada besar2 semuanya. 
itu yg i dok terpikir why not i cuba buat SOLOK LADA. 


Alhamdulilah. 
menjadi you. 
tapi rasa2 nya not goin to be our favorite lah. 
sebab we all suka yg simple je. 
paling penting ada kuah tumisan, ada keropok dan sayur2. 
itu pun sudah kira grand lah. 


ALHAMDULILAH. 
tak lama lagi dah nak puasa. 
then raya. 
puasa dah habis ganti ke?




 

Thursday, February 24, 2022

Sepetang di Kampung Baru (2)



Lepas masuk rumah, kami relax. 
lepak2. 
sambil sembang2.
sembang sakan tu. 
macam2 certia. 

ingat nak keluar petang2. 
nak cari makanan lah kan. 
tup2 hujan lebat kurang lebih lepas asar. 
sambung2 sembang lagi. 
then at 6 baru kami keluar.


hair ahad ramai yang mencari makan di Kampung Baru ni. 


kami singgah di SURAYA SEAFOOD. 
recommended by Mem Lina. 
biasa dia makan di sini. 
i memang lah tak de idea. 
lama sungguh tak makan di sini. 


Kami order favorite food. 
SOMTAM BETIK. 
dengan PULUT MANGGA. 
sedap je ditekak. 


memang sedap. 
lagipun dah agak lama tak makan. 
kami makan bershare ni. 
ALHAMDULILAH bila dah buat saliva test to lebih yakin nak makan share2 ni. 


ni pun sedap. 
cuma mangga tu idok ler manis sangat2. 
biasa2 nya. 
but still ALHAMDULILAH. 


no more NECAFE TARIK. 
kita cuba MILO PANAS pulak. 


sebenarnya tengok kat sini orang beratur beli NASI AYAM lah. 
beli PULUT AYAM lah. 
tapi makan bertiga je. 
takut tak habis nanti. 


ingat nak lama lagi. 
kot2 dekat2 maghrib balik.
ada pulak hal di rumah kami tu. 
kena panggil cleaner. 
nak tak nak gagah kami balik ke rumah. 
tak de chance nak naik ke PINTASAN SALOMA tu. 
maybe another time kot. 


nampak waktu malam nya ni. 
bila dah balik rumah ni dah malas lah nak jalan ke sini.

lepas isyak kami keluar balik. 
nak dinner pulak. 
dah makan area KL lah konon. 
tunggu cerita lain pulak ye. 



 

Wednesday, February 23, 2022

PAKISTANI RESTO di Giant Putra Height.




last few weeks we all buat visit ke outlet Kedai Canggih Putra Height. 
dah lama sangat tak ke sini. 
so saje lah melawat dan tgk apa yg patut dibuat. 
esp utk masa BTS  (back to school) akan datang. 


kami sampai pun dah almost tengahari. 
so terus kami decided nak lunch. 
tengok2 ada satu resto pakistani yang baru bukak. 
so since ada yang teringin nak makan nasi tu yg kami ke sini. 


ini mamat teman i ke sini. 
so kita belanja lah dia makan. 


i makan PLAIN NAAN. 
sedap di tekak i. 


BEEF MASALA i makan dgn NAAN. 


sedap. 
cuma agak keras.
kuah dia mmg sedap sgt di tekak i. 


Abang irfan ambik CHEEZY NAAN.


Mem Sabar makan BIRYANI AYAM KAMPUNG.


Mem Sue ambik BIRYANI DAGING.


dgn MASALA TEA.


siap ada telur rebus sebijik lg. 


best.


dalam pada terkial2 ambik gambar kami semua tetiba this Bhai offered nak tangkapkan gambar kami. 
dia pun nak masuk. 
layannn.


keadaan kedai. 


menu di dinding.


mengikut selera org Malaysia sikit.
i lupa nak tangkap gambar nama kedai.
sekarang ni cuba recall pun i tak ingat.
apa2 pun food dia sedap je di tekak i. 
Syukur pada rezeki yg diberi ALLAH pd hari ni. 

cliks..cliks