"ibu, boleh ke Im pegi free swab test tu besok?"
tanya Abang 'Imran.
I tanya balik, "kenapa adik nak pegi test?".
"Saje je lah", jawabnya pendek.
sebenarnya dah beberapa hari dia mengadu sakit tekak.
kemudian Abang Luqman pulak mengadu sakit kepala dan sakit tekak.
Chef Ciju pulak demam yang agak teruk dan sakit tekak.
since semua dah mengadu sakit masing2 ambik initiative utk berkurung dalam bilik.
semua agak risau tambah2 lagi dgn hal wabah covid19 ni kan.
since then tak de lah makan reramai.
tak de sembang2 bertepuk bertampar di dapur.
terus malam tu gak Abang 'Imran dan Abang Luqman ke MSU Hospital utk buat swab test.
katanya result 24 hours.
within the time memasing dah bawak haluan memasing lah kan.
berkurung je.
then after about 2 hours Abang Luqman called dr bilik dia.
"Ibu, results dah dapat".
"i positive and 'Imran too", kata Abang Luqman.
adoooooii.
macam nak luruh jantung i.
malam tu gak kami terus berpecah sebab dalam rumah ada high risk people.
Mymommi, Mydaddi and hubby.
I takut kot2 i terjangkit dgn hubby.
risiko kalau i menggunakan toilet yg sama dgn hubby.
so i pun dgn Abang Irfan stayed kat living hall bawah.
Abang Luqman dalam bilik sendiri.
Abang 'Imran pun.
Chef Ciju dah berkurung lama dah dalam bilik dia.
Mymommi n Mydaddi di bilik diarang.
since takut apa2 hal pada my parent itu yang Abang Irfan stayed dgn i.
lagipun mudah utk dia tolong i kalau diperlukan.
2 org tadi tu dah positive memang very2 sure yang Chef CiJu pun positive.
sebab nya Abang 'Imran yang bilik sebelah bilik Chef Ciju selalu ulang alik ke bilik Chef Ciju.
dan Chef Ciju pun dah demam.
teruk sungguh dia batuk.
Abang 'Imran setakat sakit2 tekak.
after few days hilang deria rasa dan bau.
then kami terus set untuk panggil doctor ke rumah dan buat test.
semua tak berani nak keluar rumah sebab takut akan menjangkiti orang lain kalau2 kami pun positive.
sebab tu panggil clinic utk ke rumah.
pagi2 lagi Hubby dah ke hospital and did the swab test and result cepat dah keluar.
dia NEGATIVE.
lega sangat lah.
so merasa lah hidung tekak semua dijolok.
hari sabtu buat swab tests.
but the result tak dapat terus.
kena tunggu hari isnin.
ya rabbb.
penantian mmg seksa.
then tengahari isnin baru dapat result.
resultnya memang menggetarkan jiwa kami semua.
Chef Ciju, Mymommi POSITIVE.
Mydaddi, me, abang irfan NEGATIVE.
but since Mymommi dgn Mydaddi duduk sebilik we all very sure Mydaddi dah infected.
just maybe masa swab tu dia belum dpt lagi.
petang tu jugak pegawai KKM datang ambik Abang Luqman, Abang 'Imran, Chef Ciju, and Mymommi.
supposedly bujang2 ni tak ke center pun.
tp bila update bagi tahu nafas macam tak sedap tu yang bergegas org KKM take note mmg kena bawak ke center.
berangkat 4 sekali masuk dalam ambulance.
yang pergi tu macam2 rasa.
sama je dengan yang ditinggalkan di rumah.
berbagai rasa.
kesian tengok mydaddi.
macam terkonting2 sorang dalam bilik.
sayu je dia tgk mymommi diambik ambulance.
kalau boleh dia pun nak ikut sekali.
sebab both tak pernah berpisah.
merasa lah depa ni naik ambulan.
langsung dibawak ke MAEPS.
tak boleh dibayangkan.
adakah akan kembali dan jumpa balik?
atau sebaliknya?
airmata i tak usah dikata.
i ni jenis hati kering.
tapi yang ni memang merembeslah.
Mak, adik, 2 anak dibawak pergi which u cant be sure.
jumpa lagi ke nanti?
ya allahhhh.
Abang Luqman dan Abang 'Imran ke sini.
tapi Chef Ciju dan mymommi dibawak ke Sg Buloh.
sebab my mom considered as warga emas.
then condition chef ciju pun agak severe lah.
malam ni kami yang tinggal di rumah kept on eyes pada mydaddi.
memang sedih lah.
Abang Irfan lah yang menjenguk setiap setengah jam sampai kul 2 pagi.
kebetulan Pamanmie pun ada sama menjaga dan memantau keadaan mydaddi.
so bila abang irfan mula nak tidur at 2am.
pamanmie pulak sambung.
lepas subuh dia balik rumah nya kejap.
then breakfast dia datang lagi ke rumah i.
Pamanmie lah yang datang jenguk on Monday.
beli food then makan dia kat luar i kat dalam rumah.
terpisah oleh pintu kaca je.
kitarang menunggu result swab test mydaddi.
dah buat swab pg nya so result ptg sikit baru tau.
masa ni mydaddi nak hulur tangan bersalaman dgn kitarang.
kitarang terpaksa menolak.
punya lah takut dgn virus ni.
padahal semua kehendak ALLAH kan.
iman senipis kulit bawang sungguh.
ya allah sayunya.
bersedia dah untuk dibawak ke Sg Buloh.
kenangan yang tak mungkin dilupakan.
kesian tgk Mydaddi sendiri je.
ntah apa yang ada dalam fikiran dia agaknya kan.
apa yg mampu kita buat?
doa je lah.
mohon ALLAH perkenankan.
bila dah dapat dibawak ke Sg Buloh memang rezeki ALLAH mymommi, mydaddi dan chef ciju dapat ditempatkan di satu bilik yang sama.
so chef ciju dapat lah bantu menengok2kan both of them.
happy lah mydaddi dapat jumpa kekasih hati dia.
baru semalaman tak jumpa tu.
bila mydaddi dah dibawak ke hospital kira kepala sikit lega lah.
cuma tetap terus berdoa supaya yang sakit ni cepat lah sembuh dan keluar dari Maeps dan Sg Buloh.
tapi petang tu Abang Irfan request utk buat swab test.
dia kata badan dia macam nak demam.
tekak dia rasa kering dan macam nak sakit.
adooooi.
so esoknya terus lah buat test lagi.
panggil lagi doctor mai rumah.
i pun ambik jugak lah.
ye lah dah asyik peluk2 dia je.
malam sebelum tu pun dia mengurut kaki i.
nak tak nak i buat gak lah.
result keluar petang harinya.
dekat2 maghrib.
Doc Azimah,"Puan Azian, result dah dapat.
Muhammad Irfan POSITIVE. Tapi puan NEGATIVE.
Sabar ye puan".
Tak tau nak response apa dah masa tu.
kepala i blank.
terus Abang Irfan siap2 pindah bilik sebelah.
terpisah dgn i.
so i sorang2 di living hall bawah.
hubby atas dan Abang Irfan di cabin sebelah.
tapi i memang pantau dia sentiasa.
risau kalau2 dia demam.
tapi ALHAMDULILAH he was ok je.
after 10 days Abang 'Imran pun balik dari Maeps.
Abang Luq tak lepas lagi sebab dia dapat batuk.
doc tak lepaskan balik.
abang irfan masa tu masih kat rumah lagi lah.
belum diangkut ke Maeps.
sebab dia tak register kat Mysejahtera.
so lewat lah.
bila abang dia balik baru call doc then diangkut lah ke Maeps jugak.
tapi dia sihat je lah.
tak sakit. tak demam, tak hilang deria rasa dan bau.
dia memang kelihatan sihat tapi virus tu ada dalam badan dia.
so jumpa lah dia dgn Abang Luqman di Maeps.
setiap hari we all akan bervideo call dgn semuanya.
syukur Mydaddi sihat je masa ni.
selera makan dia tak payah cakap lah.
memang baik2 saja.
after few days mydaddi terpaksa dipindahkan dan dipisahkan dgn Chef ciju dan mymommi.
mula agak serious infection dia.
then keadaannya lagi lebih critical bila mymommi n chef ciju discharged.
sampailah doc mintak we all bersedia dgn sebarang kemungkinan.
keadaan mydaddi doc kata 50 50 je.
one nite doc mintak kami video call dgn mydaddi.
sedihnya tak usah cakap lah.
tapi tetap kami bersemangat buat mydaddi.
yang dah keluar dari spital ni nak ngopi pulak.
keluar sekedar untuk meringankan beban perasaan mengingatkan keadaan mydaddi.
tetap berdoa semoga mydaddi terus kuat untuk melawan virus dah bersarang diparu2nya.
akhirnya setelah 28 hari dia discharged.
syukur sangat.
tapi keadaannya agak lemah lah.
ye lah kan.
orang tua with high risk.
macam2 penyakit ada.
begini lah keadaan beliau pada hari sampai di rumah.
semakin lemah.
tapi tetap berselera.
request dia nak makan POPIA GORENG yang i buat.
siap claimed the best in the world.
alaaaaa..
sweet sangat kan.
kenangan Mydaddi dgn i.
i letakkan 7 popia kat sini so that he can share with my uncle.
sekali lagi mai kat dia tengok2 licin 7 popia tu you.
hahahahaha..
tak pe lah.
tapi lepas tu kitarang cakap tak boleh lebih dari 4 batang.
n he agreed.
keadaan mydaddi actually not getting better.
after 2 weeks kat rumah admitted ke Hospital Shah Alam.
excess air pulak.
masuk setakat semalam je.
tapi doc mensyaratkan kalau nak bawak balik kami kena sediakan oxygen machine utk dia.
so once ready dia pun dischargedlah.
tapi keadaan mydaddi makin merosot.
ALLAH telah menjemput hero kami ni pada April 26, 2021.
lebih kurang 2 minggu setelah kita berpuasa Ramadan.
He died at the Hospital Shah Alam.
dan kami berkesempatan menziarah beliau sebelum saat2 akhir beliau menghembuskan nafasnya.
(gambar atas adalah gambar hari raya terakhir kami bersama).
syukur sangat.
urusan pengkebumian berjalan lancar.
dari proses pengecaman,
then dibawak ke surau untuk dimandikan.
then disolatkan.
terus dibawak ke tanah perkuburan.
selamat dikebumikan.
hanya mengambil masa 3 jam setengah saje.
sangat cepat dan sangat mudah.
syukur pada ALLAH.
pergi yang tiada galang ganti.
tiada dua nya.
itu lah orang tua kita.
baru terasa bagaimana kehilangan orang tua.
awal2 kematian i memang tak menangis.
tapi sekarang ni bila2 masa teringat pasti keluar air mata ni.
sayu sangat.
nak jumpa dan sembang nak bercerita dah tak ada lagi.
allah pinjamkan dan allah ambik semula.
tapi ALLAH gantikan dengan sikecil mungil ni.
Baby Naurah Medina.
cukup lahir sebulan mydaddi pun dijemput ALLAH.
my doa.
semoga ALLAH tempatkan abah di kalangan orang2 yang beriman.
meninggal dalam keadaan pasca covid.
meninggal dalam bulan ramadan.
meninggal dengan keadaan yang sangat menyenangkan.
syukur.
semoga ALLAH kumpulkan kami semua nanti di sana.
YA RABBB.
Itu lah serba sedikit coretan i.
agak panjang.
tapi di sini lah i simpan kenangan yang tercatat.
sampai sekarang i masih belum mampu nak buat Popia goreng lah.
belum ada mood nak buat.
sure teringat2 beliau.
insyallah i akan buat nanti.