Ok la.
i terus pada cerita i je la ye.
nak cerita nape lama tak buh N3 kat sini, alasan sama je.
hehehee..
ni cerita hari Jumaat lepas.
September 26, 2025.
I dah set appointment dgn officer di embassy.
Kami ke AFGHANISTAN EMBASSY.
di Jalan Mengkuang, Ampang nun sana.
timing dalam pukul 9.30am - 10.00am.
i booked hari Jumaat sebab ada 2 guests i dari Terengganu.
diarang kan cuti hari Jumaat, so tak perlu nak apply cuti utk ke Embassy.
but still ada sorang yang tak dpt datang pada waktu pagi.
i dah set kan for him mai in the afternoon at 3pm.
dari Shah Alam kami gerak kul 7.30am.
mmg awal.
takut la kan stuck in traffic.
nak kata teruk sgt traffic hari jumaat tu, tidak la jugak.
sampai la embassy kul 8.45am.
awai kan.
nampak tu bendera putih.
Dikenali sebagai The Islamic Emirate of Afghanistan.
negara yang tidak diiktirafkan sebahagian dunia.
Rusia menjadi negara pertama yang secara rasmi mengiktiraf kerajaan Taliban, langkah yang disifatkan oleh pentadbiran Afghanistan sebagai satu ‘keputusan berani’ dalam membuka lembaran baharu hubungan antarabangsa negara itu.
Malaysia pun tak de embassy kat Afghanistan ni.
semoga ALLAH izinkan i ke sana dan kita tgk sendiri dgn mata kepala kita, cam ne negara ini.
kami nak bunuh masa, so kita ronda2 area situ.
memang area bungalows ni banyak embassy2 lain.
Ada embassy Senegal, Timor Leste.
paling gah dan nampak mewah i rasa Embassy Bahrain.
embassy kaya ni.
memang jauh beza dgn Embassy Pakistan yg i penah pegi.
Just my idea about cam ne ghoper embassy2 ni.
kami menunggu dan rest dulu dlm kereta.
another 30 mins nak masuk la.
tapi pintu besar masih tak bukak2.
i suruh Abang Luqman check dgn security.
dah boleh masuk ke office lalu pintu kecik je.
mencarik2 info di counter ni.
kami masuk ke kawasan reception area ni.
depan tingkap ni la i menyerahkan visa request kami semua.
semua nya dlm tulisan jawi tau.
mmg tak faham la.
kemudian i disuruh masuk ke dalam pejabat.
berjumpa dengan officer.
i masuk dengan Abang Luqman.
lama gak i diinterview oleh officer tu.
Mr Farhad.
dah stay Malaysian almost 6 years.
happy dia bila tau kira nak terbang ke negara dia.
almost 45 mins kami bersembang.
interview yang tak formal.
happy diinterview.
beliau ckp next time bawak ramai lagi ke Afghanistan.
payment done.
per head USD80 - RM344.
lebih kurang 3 - 5 working days insyallah dapat la kami visa Afghanistan.
tengok ni orang2 Afghanistan.
i rasa maybe diarang ni dari suku HAZARA kot atau pun TAJIK/UZBEK.
putih2.
dimomok2 kan yg wanita afghanistan ni tak boleh diambik gambar, sebenarnya kat sini dah blh agak dah.
depa ok je.
yg i blanko muka tu dia at first cam malu2.
tak nak digambarkan.
tpi somehow, she was ok je.
but still i blanko kan sikit la kan.
but the rest sangat peramah even the language is the main barrier.
the guy yg berdiri tu sangat fluent englishnya bersembang dgn kami.
semua diarang ni cantik2 dan handsome2.
memula tu agak serious.
tapi bila i dah bukak cerita, semua cam dah kenal lama.
make friends la kan.
dont make enemies.
sebahagian dari kami.
ambik vibes afghanistan ni.
gambar depan embassy.
gambar depan white flag tu.
tak nampak pulak kat sini.
Gojes mommies ready to explore Afghanistan even bertongkat.
Dengan keadaan dunia sekarang ni mohon pada ALLAH semoga dilancarkan segalanya.
mula dari sini sampai kami ke sana dan balik dengan selamat.
Nanti kita cerita pasal Afghanistan ye.