cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Thursday, May 26, 2022

Kunafe My Style My Version





Hari ni i nak share this kinda dessert which i served to the guests during eid. 
macam2 dessert yang boleh kita serve lah kan. 
tapi kali ni i berminat nak bagi tamu i merasa my kunafe. 
kenapa KUNAFE ek?
sebab yang utama i dah beli KUNAFE DOUGH ni dah lama sangat. 
letak dalam peti beku tu tak berbuat2. 
daripada tersimpan kat situ lagi lama dan tak fresh nanti nya. 
better i buat. 
yang kedua dessert2 lain dah dah common sangat kan. 
so kita try something new lah kan. 

I terlupa nak snapped kunafe dough yang masih beku tu lah. 
yang ada ni i dah lerai2kan. 
dah nampak macam mee hoon. 
warna putih sebijik warna mee hoon yang sudah kita rendam tu. 
u all boleh google tgk cam ne rupa yang masih padat tu. 


ni yang sudah i lerai2kan. 
kena siat2 sikit. 
then i melt kan 1 buka butter atau u all boleh letakkan 4 sudu besar ghee plus butter. 
sejukkan dulu kejap melted butter tu.
lepas tu curahkan kat dough. 
tapi jangan curah habis semua ye. 
sikit2. 
supaya dapat melted butter ni coat the dough. 
lepas dah coat tu the dough akan berwarna kekuningan. 


benda2 lain yang kena prepare. 
ada acuan pie tu. 
ada minyak jagung utk sapu pada acuan. 
i guna minyak jagung instead of butter. 
ada MOZZARELLA CHEESE yang sudah i parut. 
actually dia ada special cheese utk kunafe ni. 
tapi nak cari macam susah lah pulak. 
tu yang i guna je mozzarella.
yang penting menjadi.


then once the acuan sudah disapu minyak letakkan sikit dough dalam acuan. 
agak2 setengah lah. 
rata2kan. 


then i tekankan dgn botol cam atas ni. 
bagi padat. 
kemudian bakar dgn api bawah. 
agak2 dalam 5 mins je. 
yang penting kat tepi nya tu kelihatan agak perang. 
jangan sampai habis ye. 


kemudian i layerkan dengan cheese. 
actually nak letak banyak mana cheese terpulang pada u all. 
tapi agak2 je lah kan. 


nampak tak tepi2 dough tu warna dia cam ne kan. 
then ada cheese. 


then cover cheese dan dough lagi. 
rata2kan tapi tak perlu dipadatkan macam memula tadi. 


bakar lagi sampai jadi macam ni. 
kurang lebih another 5 hingga 7 minutes lah. 
once dah angkat dari oven tu kita siramkan air gula yang kita patut buat awal2 lagi. 

nak buat air gula tu sama cam kita nak buat air gula biasa. 
then bagi pekat sikit dan perahkan sikit air lemon dalam 2 or 3 sudu besar. 
biar pekatkan kejap lagi then sejukkan. 
so masa panas2 tu lah tuangkan air gula atas kunafe yang sudah dikeluarkan dari oven. 

lepas dicurahkan air gula biar kejap then kita keluarkan kunafe dari acuan. 
jangan kita keluarkan satu2 sebab kan masih panas dan agak lembut sebab cheese kan mencair. 
telangkup kan atas big tray. 


bila dah teelangkup rupa akan jadi cam ni lah. 
telangkup gitu. 


bila nak serve kita taburkan dengan kacang pistachio yang dah kita kisar. 
jangan terlalu halus. 
then taburkan jugak dengan dried rose buds ni. 
so cantik  kan jadinya. 

kalau nak buat banyak2 boleh. 
tapi jangan letakkan kacang dgn rose buds tu dulu. 
simpan tempat beku pun ok. 
bila nak makan keluarkan dari peti beku tu biarkan kejap di luar. 
then masukkan dalam microwave. 
agak2 lah berapa lama nak dipanaskan. 
once dah dipanaskan kunafe akan jadi lembut semula dan cheese akan mencari semula. 
then taburkan segala hiasan yang dah i bagi tau tadi. 
dah siapppp. 




saksikan di sini. 


SELAMAT MENCUBA. 




 

Monday, May 23, 2022

Syawal pertama kami



Suasana pagi raya yang sangat lain. 
raya yang mengejut2kan. 
i mmg tak masak beriya2 sebab i mmg tak ready sangat. 
jadi buat apa patut je lah. 

so ingat first raya kami akan beraya je lah ke rumah in laws. 
so kita makan luar je lah kan. 
hehehe


pepagi bujang2 dah get ready nak ke masjid. 
besar2 dah anak bujang i kan. 


pagi raya i masak ni je. 
so nanti abang2 balik boleh lah makan sayur tumis ni dgn nasi impit yang i ada rebus sikit. 


i buat berasak. 
tapi bukan untuk first raya. 
ni i buat utk second raya. 
kelakar. 


jadi kita pun beraya lah ke rumah my SIL. 
makan lebih kurang je sebab perut i agak terkejut sikit. 
tapi abang2 makan bersungguh. 
depa suka masakan my SIL. 
pedas2. 


ada pulak DODOL. 
abang2 memang semuanya suka dodol. 
i pulak tak lah pandai buat dodol ni. 
nak beli tak pernah terfikir lah pulak. 
nanti i cuba buat dgn tunjuk ajar mymommi. 


ALHAMDULILAH. 
satu rumah je kami pegi. 
then terus balik rumah. 
nak kena rebus BERASAK. 
nak masak KARAHI. 
nak masak untuk besok. 


 

Friday, May 20, 2022

Kuew Tiau Ladna My Style My Version


Ni rupa juadah atas meja i bila dah akhir2 ramadan. 
masa ni mymommi and chef ciju masih ada lagi. 
we prepared the table ala kadar je. 
but still i wanna prepare something lah kan for iftar ramai2. 
i made MEE LADNA. 


antara2 kuih yang selalu dibeli. 
memang agak jarang ramadan kali ni kami membeli makanan luar. 
kuih pun kalau beli setakat sepack dua je. 


Hubby memang suka sangat LEMANG. 
dia belinya utk berbuka. 


Balance2 karipap frozen. 


Ini lah dia KUEW TIAU LADNA i. 
belum letakkan kuah lagi. 


dah siappp. 


Kena makan panas2. 


My first time ni. 
seronok gak bila menjadi. 


Kita pakai udang fresh2. 
baru sedap manis. 


MASYALLAHHH. 


yang ni version chef ciju. 
dia tak nak ladna. 
so dia buat KUNG FU. 

ALHAMDULILAH. 
semua suka. 
so nnt i  kena buat lagi lah nampak nya. 

Sebelum tu i share the recipe ye. 


KUEW TIAU LADNA.

BAHAN
3 pack kuew tiau.
2 pokok Bak Choi - potong ikut selera
5 biji garlic - I ketuk2 je.
6 halia - I potong nipis dlm 5 hiris.
Hirisan daun sup - garnishing
1 carot - medium size dipotong ikut suka.
8 ekor udang yg size medium
1 ekor sotong yg size besar - potong ikut selera
4/5 TBS kicap manis (anggaran)
2 keping fish cakes. - potong ikut selera.
2 biji telur.
2 btg cili merah - hiris serong.
4 TBS tpg jagung (option. Nak pekat nak cair).
2 TBS Maggie cukup rasa.
Garam dan sikit gula.

Cara:
1. Panaskan sikit minyak dan tumiskan garlic n ginger sampai agak perang.
2. Masukkan fish cakes dan gorengkan sikit.
3. Then masukkan air - I masukkan dlm 5 mangkuk lauk.
4. Biarkan mendidih lalu masukkan Maggie cukup rasa, garam n gula. (ikut selera sendiri).
5. Masukkan carrot dulu.
6. Masukkan bancuhan tepung jagung utk pekatkan kuah.
7. Bila dah mendidih baru masukkan segala sayur.
8. Masukkan udang n sotong. (I masukkan lewat sebab x nak seafood jd keras).
10. Pecahkan telur tp jgn dikacau merata
11. Biarkan mendidih sekejap langsung tutup api.
12. Kuew tiau digaulkan dgn kicap manis rata2.
13. Kemudian digorengkan sekejap.
14. Hidangan nya, masukkan kuew tiau yg sudah digaul kicap lalu tuangkan kuah yg telah dimasak td.
15. Nak pedas, taburkan sikit hirisan cili api.
16. Dah siapppp.
 


SELAMAT MENCUBA

Thursday, May 19, 2022

Gathering puasa sebelum raya.


lama nya tak menulis. 
lama tak jenguh blog ni. 
macam dah dimakan anai2 lah pulak. 
tup2 hari ni teringin nak update blog. 
tengok2 tak de benda yg nak disembangkan. 

tapi bila tengok gambar2 yang ada ternampak gambar2 waktu we all berbuka ramai2. 
selama puasa memang belum pernah lagi makan ramai2 dgn family.
so petang ni mymommi dgn chef ciju datang. 
nak buat biscuits. 
ada Cik Ti gak. 
and family my brother. 
ramai lah tu. 
meriah meja makan i.


since dah tau awal diarang nak mai rumah tu i pun pasang angan2. 
i nak buat NASI KERABU. 
nampak susah ye. 
tapi for me mudah je. 
sebab banyak benda i mmg dah ada sedia. 
like ikan i pakai ikan tenggiri. 
ikan ni pulak dah sedia frozen.
tinggal rebus dan boleh dibuat SERUNDING IKAN. 


Nampak air i ni. 
i made AIR BUNGA TELANG dgn LONGAN. 
bolehkan jadi hitam lah pulak. 
campurkan sikit dgn selasih. 


Sebab banyak telang lah makan i seronok nak buat NASI KERABU. 


BUDU semua orang tak nak makan. 
tapi bila i usha2 youtube ada je yang buat budu ni dimasak. 
ketukkan serai dan perah kan air limau. 
letakkan cili dan bawang sikit. 
then i tambahkan sikit dgn gula melaka. 
ehhhh.. 
depa makan you. 


yang ni pulak i tambahkan dengan KEPAK AYAM GORENG. 
ayam ni ayam organic dari Dr Zainol. 
sedap. 
goreng vodo2 je. 
gaul garam kunyit perap kan kejap. 
bila nak goreng i salutkan sikit dgn serbuk kari. 


SAYUR2AN. 
dah lama i tahan hati utk makan kobis dan tauge. 
so hari ni kita langgar pantang. 
tapi sikit je lah. 


meriah kan. 
ada lauk IKAN GORENG gak.
i malas lah pulak nak coated dgn tepung. 
goreng gitu je. 
pun dah umpss sangat dah. 


tetamu2 i. 
ada si kecik tu gak. 


ALHAMDULILAH. 
dapat bekumpul sebelum raya. 


seronok tengok diarang. 
seronok dapat makan sesama. 
seronok dengan kemeriahan ni. 


and this's mine. 
ALHAMDULILAH. 

 

cliks..cliks