cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Wednesday, September 29, 2021

My Chapati for the first time


I tak pernah buat chapati. 
selalu main order je kat Uncle K tu. 
makan dengan Aloo Masala. 
sedap nya kat tekak. 
then chapati dia lembut je. 

pernah dulu beli frozen Chapati. 
bila dibakar tu Chapatinya agak nipis dan tak fluffy pun. 
teringin gak nak mencuba buat. 
then pernah hubby dok suggest yang i buat kan Chapati. 


then bila buat groceries last month i pun grabbed lah 1 packet tepung Atta ni. 
lama tu perap tak terbuat2 pun. 


maka semalam i mencuba. 
dapat gak buat tapi tak berapa menjadi. 
maka pagi tadi i cuba lagi. 
tepung setelah diuli kena lah direstkan dalam 30 mins. 


tekan tengah tu dah bulatkan cam ni. 


lalu dibahagi2kan. 


bulatkan dan sapukan tepung. 


restkan lagi dalam 10 mins. 
kena cover ye. 
supaya tak kering dough tu. 


mula lah mencanai. 



canai membulat. 
ni kena practice. 
tapi kalau tak bulat sangat pun tak pe. 
makin lama makin ok nanti. 


then bakarkan. 
tanpa minyak. 
bila dah ada bubble cam ni terbalikkan. 
dah tunggu sampai ada warna2 kat situ. 


once angkat kena lah sapu sikit butter or ghee on top of it. 
letakkan dalam bekas tertutup sebelum dihidangkan. 


Ok. i share the recipe here. 

Homemade Chapati #mystylemyversion

Bahan :
2 cups of atta flour. 
2 tbs minyak masak/olive oil.
1 ts garam
1 tbs gula pasir
2 cup + 2 tbs luke warm water. 

Cara:
1. Combine kan tepung dengan garam dan gula. 
2. gaulkan serata. 
3. buatkan kolam dr tepung dan masukkan 2 cups air dulu. 
4. uli sehingga lembut. 
5. kemudian masukkan lagi sikit2 air yg lebih 2tbs tadi.
6. uli lagi hingga benar2 dough bersatu dan lembut. 
7. Roundingkan dough dan restkan dgn tuala selamat 30 mins. 
8. Keluarkan dough dan uli lagi dan bentukkan memanjang sebelum dibahagikan kepada 8 atau 10 dough kecik. 
9. roundingkan dough dan ketepikan lagi dan ditutup tuala. 
10. restkan 10 mins dan mula mencanai. 
11. salutkan dulu dough kecik lalu dicanai tipis. 
12. sediahkan pan utk membakar chapati. 
13. tunggu hingga bubble2 kecik dan besar timbul lalu balikkan. 
14. masakkan sekata dan angkat. 
15. sapukan butter atas chapati yang telah siap dibakar. 
Dahhh siapppp. 



Maka ini lah my breakie utk pagi tadi. 
Makan dengan kari ayam dan osmot kambing. 
not bad lah. 
memang kena cuba lagi. 

Monday, September 27, 2021

Habis PKPD kita balik kampung Kuala Selangor.




Dah lama sangat terperap dalam rumah memang membuak2 hati nak keluar rumah kan. 
Lepas dapat kebenaran rentas daerah tu terus lah kami ber4 beranak balik ke Kuala Selangor. 
weekend lah. 
memang dah jadi routine kami. 
suka breakfast di Kuala Selangor. 
tak menginap mana2 pun. 
pegi pepagi balik nnt almost petang. 
or at least dah lepas waktu lunch. 

dah tentu2 susah nak balik Johor maka ke Kuala Selangor je lah. 
itu pun dah puas hati sangat lah. 
boleh charge positive energy sikit lah kan. 
so sekali lagi kami balik ke Kuala Selangor. 
Hubby nak singgah rumah cousin dia. 


suka ke sini. 
suasana kampung masih jelas. 
masih boleh menghirup udara segar. 


tgk cam2 ni pun seronok kan. 
esp bila berkait dgn alam. 


ni bunga Ulam Raja. 
cantik pulak warnanya. 


ada gak reban for lembu. 


tgk lembu2 sihat kat sini. 
besar sungguh. 


ada kolam ikan gak. 
ikan dalam ni ikan TALAPIA. 
sedap dibakar tu ek. 


tak lama tu hujan tetiba lah pulak. 
terus ingat nak cabut balik lah. 
tapi tuan rumah boleh2 ajak singgah. 
singgah lah kejap sementara tunggu hujan sikit reda. 
lebat sungguh hujan. 


then kami terus ke Kg Bukit Kucing. 
Pekena Soto.
tak lama terus balik.
hari mendung dan hujan sesekali. 
nak jalan2 lagi pun cam tak best je. 
so balik lah kami. 
ALHAMDULILAH.. 
dapat gak relaxkan minda.

Thursday, September 23, 2021

Tapai Pulut Daun Pisang air tangan sendiri



gara2 suka sangat makan tapai maka di musim covid ni i terpanggil untuk mencuba. 
selalu beli je kan. 
tak pernah terfikir pun nak buat. 
i memang suka sangat2. 
pernah beli online. 
kat SINI ada cerita. 
dua bekas terus. 
i yang tukang makan sorang. 
chef ciju sikit2 je pun. 


i buat tak banyak pun,
dalam 3 pot je pun. 
ye lah. 
first time mencuba. 

ragi ada, daun pisang ada, lidi kecik ada, pulut dah tentu2 ada lah kan. 
maka kita pun membungkus lah. 


pulut kena masak 2 kali. 


cantik sudah dibungkus. 
dapat lah dalam 30 bungkus. 
isinya cumel2 je pun. 


so kita tunggu lah kan. 


after 3 days. 
berair banyak. 


bahagianya tak terkata. 
siap bagi2 orang sikit. 
show off sebab dah tau nak buat cam ne. 


nanti nak cuba buat lagi. 
tapi kalau boleh pulut tu tak nak terlalu masak. 
i nak dia sebutir2 sikit. 

then kalau nak buat lagi i nak cuba guna daun getah. 
sekarang tak perlu lah i nak meredah kebun getah orang. 
kat shah alam ni pun mana nak cari kebun getah. 
kita oda je lah kan. 
Shopee kan ada. 


tak sempat pun nak dibuat air ke apa ke. 
makan gitu je dah sedap sangat. 


sesiapa nak cuba, boleh je google. 
boleh je refer kat youtube. 
sekarang ni mudah sangat. 
nak atau tidak je. 
selamat mencuba. 



 

Monday, September 20, 2021

CARAMELIZED HONEY GOLDEN PEARL - BUBBLEBEE pilihan hatiku.




BUBBLEBEE..
satu jenama ice cream yang begitu trendy di kalangan kita. 
memang hebat  penangan ice cream ni.
lebih hebat bila yang tokey nya orang terkenal. 
celebrity ni kalau jual apa je kot memang semua peminat suka. 
even mahal tetap org suka. 
apa tah lagi kalau ada quality. 

i ni bukan lah peminat ice cream sgt pun. 
tapi sesekali tu nak lah makan. 
dan selama hari ni pun i hanya dengar2 je pasal ice cream ni. 
tak tergerak pun nak beratur panjang semata2 nak beli ice cream ni lah. 
tapi lately teringin nak mencuba. 
lagi2 bila dah meninggalnya Sarah Raisuddin baru2 ni lagi lah i teringin nak makan. 

we all beli online. 
kebetulan ada yang nak belanja i hari tu. 
apa lagi i pun mengoderlah. 
i teringin nak makan yang ada honey comb tu. 


depa panggai ni GOLDEN SERIES ICE CREAM. 
CARAMELIZED HONEY GOLDEN PEARL harga RM15.10.
i panggil honey comb sebab memang makan honey comb dia pun. 


dalam ada honey pearl. 
ada vanilla ice cream. 
ada honey comb.
ada cornflakes. 


the vanilla ice cream dia tu sooo smooth texture dia. 
pearl dia pun lembut je. 
mmg best. 


and the honey comb. 
depa guna yang ori kot ek. 
sebab tak mengeras pun. 
i just love it. 


the rest ada yang beli BLACK SERIES ICE CREAM.
RM10. 80.
tapi bila beli guna food panda, 
rege kasi up sikit lagi lah kan. 

this is the second time i merasa this ice cream. 
but last time tu setakat merasa lah. 
i was not really enjoy the ice cream.
so yang ni i makan almost half lah. 
memang sedap. 
teringin nak beli lagi nanti. 
INSYALLAH.. 
you all punya favorite apa agaknya. 

Friday, September 17, 2021

Sambal Daun Ubi Kayu my style my version


Pernah makan Sambal Daun Ubi Kayu?
i tak pernah makan sebelum2 ni. 
tgk rupa pun i tak pernah. 

then one day Hubby dok suggest utk i cuba buat Sambal Daun Ubi Kayu. 
tgk Youtube lah kan. 
then Hubby suruh tgk Rizalman punya youtube. 
dok lah i tgk sambal i dengar dia menceceh2 sambil masak. 

So i pun mencuba lah. 
ALHAMDULILAH menjadi dan semuanya suka. 
makan ulam dgn nasi je.

then last weekend once kita semua dpt lesen rentas daerah maka we all balik ke Kuala Selangor. 
kat sana i pun dapat rembat DAUN UBI yg ada di tepi Warung Wak Salim. 
Warung Wak Salim ni mmg favorite kitarang lah kalau nak berbreakfast. 
Wak Salim petikan sebeban Daun Ubi. 

memang lembut lah daun ubi ni. 
yang pucuk i rebuskan dan makan dgn kuah kacang pecal. 
sedapnya lembut je. 


then ini lah daun2 ubi yang selebihnya. 
terus i berangan nak buat lagi SAMBAL DAUN UBI. 
dah kemas2 kan daun.
banyak gak lah dapatnya. 
i basuhkan dulu. 


then kena tos dan lapkan. 


then digoreng. 
still ada bunyi nak melotup2 tu lah. 
sebab i tak terlap lah bila dah agak banyak dan nak cepat. 


IKAN BILIS. 
mesti basuh ye..
jangan lah main terus kita goreng. 


CILI KERING dipotong2 dan rendam dgn air panas seketika. 
kalau nak rebus pun ok. 
i malas lah. 
then kena bersihkan, toskan, then blend kering. 


so get ready untuk langkah seterusnya. 


begini lah. 
kalau nak pedas maybe boleh tambahkan cili blend. 


Sambal Daun Ubi Kayu

Bahan:
600 gm pucuk ubi yang telah disiang bersih.
40gm cili kering
3 labu bawang besar - hiris nipis
1 asam keping
150gm ikan bilis
garam, gula dan chicken stock.

Cara.
1. daun ubi dibasuh, tos, dan dikeringkan kemudian digoreng garing.
2. Ikan bilis dibasuh dan digaulkan dgn sedikit tpg beras anggaran 1 TBS dan digoreng garing.
3. Cili kering direndam air panas dan dikisar kering.
4. Tumiskan bawang besar hingga agak kekuningan dan sedikit layu.
5. masukkan asam keping.
6. Kmdn masukkan cili kisar dan goreng hingga agak kering.
7. masukkan garam, gula, dan chicken stock serasanya.
8. kemdn masukkan ikan bilis dan gaul rata.
9. akhir sekali masukkan daun ubi yg telah digoreng garing dan gaul rata.


TADAAAAA..
dah siappp..
memang best. 
makan dia ni je dgn nasi panas pun ok sgt. 

second time buat i kurangkan penggunaan minyak. 
dr Youtube tu mmg agak banyak minyak. 
i ikut style i lah. 
kurangkan minyak. 
so pandai2 lah kita adjust ye.. 

SELAMAT MENCUBA.

Thursday, September 16, 2021

Kuih Lopes style orang lama my style my version.




siapa suka kuih melayu?
siapa suka yang traditional punya?
means style lama2 kalau memasaknya. 
bukan yang sudah diimprovisekan tu. 

i suka kuih traditional. 
tapi certain2 lah. 
bukan semua. 
antaranya KUIH LOPES
tapi i suka yang berbungkus daun pisang dan diikat ketat dan direbus.  
yang tradisi way punya. 


yang macam ni.
biasanya susah kan nak dapat di mana2.
jarang orang jual yang jenis macam ni kan. 
i diajar arwah atok dulu. 
tu yang tau.

tapi tidak lah tau details cam ne nak buat. 
tapi ingatan tu masih kuat lah. 
then kita pun refer2 kat mana2 youtube. 
so i pun mencuba lah. 
anyway, ini dah kali ke2 lah. 
first time buat rasa2nya puasa tahun lepas. 


pulut i kena rendam dulu semalaman dgn meletakkan sikit air kapur.
then saringkan keesokkan hari ni. 
then baru dibalut dgn daun pisang. 
how to wrap it?
i memang tau sebab dah belajar zaman dolu2 lah kan. 
ingat2 lupa. 
but then kita refresh dgn youtube. 
so boleh tgk youtube ye.
tgk KUIH LOPES JOHOR. 
ada yg ikat satu2. 
ada yang ikat 3 sekali. 
terpulang lah kan. 


bila wrap dgn daun pisang tu jgn terlalu padat. 
macam bagi ruang sikit pada pulut. 
then lepas diikat bersama kita rebus kan dia. 
kurang lebih dalam 45 mins.


then kita salut kan dgn kelapa yang digaul garam sikit. 
nak tahan lama kelapa tu kita kukus kejap. 


saje je mendecor dgn hiasan bunga telang. 
suka the color. 


tengok gambar ni teringin lah pulak nak melopes..
adoiii. 
berat laaa.


makan dengan air gula melaka. 
i masak gula melaka tapi i tambah kan sikit dgn gula timbang. 
gula merah india ada yang orang panggil. 
masakkan dan biarkan likat sikit. 
alahaii.
sedapnyaaaa..
boleh cuba utk teatime you all ni. 

SELAMAT MENCUBA. 

Tuesday, September 14, 2021

Wafer Apollo Chocolate dan Milk flavor kesukaan kami





Satu lagi snack family i yang sentiasa jadi pilihan utama. 
Wafer Apollo ni. 
siapa suka?
siapa biasa makan ni?
memang seronok makan wafer ni. 


dijual dalam sepeket cam ni. 
then ada 2 flavors. 


satu MILK FLAVOR.
suka. 
i rasa yang ni mcm flavor baru je. 
sebabbbb


dulu2 ni lah flavor nya. 
i pun tak sure memang dari dulu dah ada ke tidak. 
Harga sepeket besar tu dalam RM2.50 kot. 
then dalam ada 12 keping. 
dua2 manis,

Kalau makan tu memang tak sedar mengunyah. 
tapi dah tuek2 ni tak boleh lah bebanyak kan. 
mau melompat paras gula. 
makan berpada2 lah kan. 
ikut rasa binasa kita. 
 

Saturday, September 11, 2021

My Table Decor during Eid Qurban 2021


mulanya  di sini. 


Dah tak tau nak tulis apa dah kat blog ni. 
tak ada idea dah. 
kematu sama macam kematu duduk rumah je. 
selalu tu kan keluar ke mana2. 
then  share macam2 kalau kita keluar dari rumah. 
makan sana makan sini. 
travel sana travel sini. 

so dok lah selongkar all the drafts. 
terjumpa gambar2 waktu raya korban baru lalu tu. 
then better i tulis kat sini ye. 
at least ada benda yang i boleh merepek. 
gatai dah jari jemari ni nak menulis2 kat keyboard i ni. 

Raya korban dah tahun kedua kita hanya duduk di rumah kan.
era covid lah katakan. 
harap2 tahun depan kita dah bebas sepenuhnya. 

i share some of the pic yang ada atas my big table ye. 
since the eid ni kami celebrated anak beranak je so food yang disediakan pun yang simple2 je. 
ada sikit yang dibeli.
then rest i masak sendiri. 
takat makan 5 beranak je kan. 
lagipun pepagi lagi Hubby dah tak de.
so tinggal i dgn abdul2 je lah. 


ni food yang i sediakan for our lunch. 
breakfast kami i buat simple2 je. 
then abdul2 n me buat lah sembanhyang raya 


malam raya lagi i dah prepare my big table dengan all the dinnerware. 
i guna pinggan mangkuk antique i. 
pinggan mangkuk biru muda tu almost 30 years dah. 
some i ambik dr rumah Mymommi. 
some i beli pun dah lama belinya. 
i bought the antique one lah.


tadaaa..


i made LAMB PULAO.
i used this floral blue tureen.
kita makan nasi hari ni. 
no more BERASAK lah. 
 

of coz with some salad. 
simple je.  
LETTUCE, TOMATO CHERRY dan ZUCCINI.


I made CHICKEN KARAHI.
just to match kan dgn the rice lah. 
i suka this pot. 
silver pot which i bought at IKEA.
lama dan pot ni. 
suka pakai on certain menu lah. 


ni BEEF RENDANG yang hubby beli dari kawan dia. 
defrost kan je lah.
pun i letakkan dlm this silver pot. 
matchy2 lah gamaknya. 


sebab nak match kan dgn LEMANG ni. 
also dari hubby's friend. 
beli takat 3 batang je. 
cukup lah tu. 
i used this BIG SERVING PLATE.
i love the color. 


i tambahkan PAPADOM which i put in a NAVY BLUE BOWL. 
this bowl i bought kat IKEA. 
pun dah lama sangat dah umurnya ni. 

then abang ifan made CORIANDER MINT CUTNEY. 
sedap. 
i letakkan dalam SUGAR BOWL. 


my desssert...
HOMEMADE BAKLAVA..
walla..wallaaaa.
i letakkan my baklava ni dalam bekas PAPER MARCIER dari KASHMIR ni. 
mengimbau kenangan. 
ada banyak lagi BAKLAVA i ni. 
tapi saje nak berhias kita letakkan je lah 4 ketui. 


ala - ala MIDDLE EAST taste gitu. 
kita buatkan my HOMEMADE KUNAFE..
sedap lah weeiii.
BAKLAVA and KUNAFE ni semua baru first time saya buat. 
seronok lah pulak bila menjadi.  
i letakkan dalam this big plate. 
plate ni gak i guna kalau nak serve NASI AMBENG for 4 persons dalam rumah.


dessert yang lain. 


i buat gak some strudels. 
i made PEACH STRUDEL n STRAWBERRY STRUDEL. 
then i letakkan kat this 2 TIERS.
atas tu i letakkan BAUHU LAPIS NENAS. 


PEACH n STRAWBERRY STRUDELS ni pun baru first time i buat.
buat pun just cukup2 for all of us. 
then tapau sikit2 for the others lah. 
like kunjung2 gitu. 


drink for the day .
LEMONGRASS LEMON MINT.
air yang biasa kami buat. 
For the special day kita gunalah this glass.


sebelum2 ni memang lagi meriah lah my big table ni. 
ye lah since ramai yang berkumpul kan. 
tapi ye lah since masalah covid ni tetamu tu tak boleh lah ada, kan. 
makan anak beranak je lah kita. 

anyway, syukur alhamdulilah masih lagi kita merayakan eid.
simple je but still manis untuk diingati. 
semoga tahun depan sambutan akan meriah kembali. 
tak de lagi covid kan..
INSYALLAHH.






 

cliks..cliks