cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Wednesday, February 10, 2021

Shopping di AEON, Shah Alam.





lama sungguh tak ke AEON since PKPB. 
i memang malas betul lah nak berjalan. 
antara sebab is fulus la..
pocket kering. 
better duduk rumah je. 
lagipun suasana shopping musim covid ni adalah sesuatu yang kurang membahagiakan. 

but then since i kena buat hantaran maka i ke sini lah. 
nak cari bunga2 plastic. 
nak buat bunga tangan, bunga rampai, bunga dulang dan sirih junjung. 
so ke sini lah yang paling mudah. 
nak ke KL memang idok ler. 


sampai je i ajak Abang Irfan breakfast dulu. 
walhal dah agak lewat for breakfast. 
tapi sebab nak ngopi maka i ajak ke sini. 
duduk kat luar je. 
tak nak duduk dalam. 


our late breakkie.


bagel is my favorite. 
n coffee.


this is a must kalau ke sini. 
the Cranberry Salad. 


selamat dah. 


alhamdulilah ada orang tolong angkatkan. 
kalau i sorang i just kemaskan meja je. 


then kami singgah kejap ke Daiso. 
actually bukan nak beli apa2 pun. 
tapi takat melepaskan gian nak bershopping. 
dapat beli satu barang je pun rasa dah bahagia. 


suka kalau ke Daiso ni. 
kalau boleh semuanya nak dirembat. 
tapi bersabarlah hati. 
zaman meleset. 
kena tahan nafsu serakah lah jawabnya. 


antara benda favorite wajib i sambar kalau ke Daiso. 
kain lap. 
mesti warna putih. 
tapi mengenangkan dah banyak di dapur tu kita tenggelam kan angan tu. 


 kami terus ke sinun. 
i nak beli something kat Kaison. 
then abang irfan tolong belikan hot glue gun kat Mr D.I.Y.
project hantaran nak bermula. 

then i masuk lah ke Kaison. 
seronoknyaaaa.


tengok lah ni. 
eeee..cute2 semua. 


I pun sambar lah satu. 
kenang2an. 
hehehehe


time nak mencari bunga2. 


yeayy..
dapat dah apa yang dicari. 


antara sebab kenapa perlu bawak hero kalau bershopping. 
tukang angkat barang. 
tukang bayarkan. 

dah.
jangan lelama kat sini. 
i sebenarnya hampir nak pass out masa bershopping. 
sebabnya AC dia tak kuat. 
i felt so warm. 
berpeluh jantan keluar. 
better cepat2 lah. 


sebelum balik i nak makan dulu. 
ajak Abang Irfan ke sini. 
dah lama sungguh lah i tak ke sini. 


this is my favorite kalau ke sini. 
nasi sikit je i ambik. 
ini Nasi Kukus di Rumah Padang. 


mesti kena ada Seketul Ayam Goreng Garing dia. 


satu Sayur. 


dua sayur. 


dan Sambal Belacan dia. 


kuah kena BANJIR. 
perghhhhh.


licin licau. 


ok lahh.. 
time to go back. 
Abang Luqman datang pick us up. 
lama gak kami di sini. 
melepas gian betul. 
now dah tak boleh lagi nak ke sana. 
malas nak ikut all the SOP. 
tak dapat nak makan2.
so better duduk rumah lah. 

 

Monday, February 8, 2021

Asam Pedas Ayam Kampung


Dah lunch ke?
masak apa?
PKP masih bersisa dan tak tau bila tamatnya. 
Dah mula pening memikirkan nak masak apa tiap hari kan. 
Last2 tanya my abduls nak makan apa. 
so bila dah tau maka kita tau nak nak masakkan apa buat diarang. 
then last time Abang Irfan cakap dia nak makan Asam Pedas Ayam.
so i pun masak lah. 


maka ini yang terhidang. 


of coz bila dah masak asam pedas tu pening gak nak padankan lauknya. 
tanya lagi. 
nak makan dengan apa?


jawapannya ini. 
i tersilap bila letakkan taugeh tu masa daun kangkung tengah panas. 
so taugeh jadi lecuh. 
tapi habis gak lah. 


semua suka i masak Asam Pedas Ayam. 
i guna ayam kampung. 
masak memang kena lama. 
baru empuk. 


i tambahkan dengan Telur Asin. 
bikinan moslem. 
pertama kali guna dan makan. 
telur kuning nya tak besar. 


Okkk..
ni i punya. 
ALHAMDULILAH..
sedap rasanya. 
tukang masak puji diri tak pe kan. 
heheheee
selamat menjamu selera semua. 

 

Friday, February 5, 2021

Nasi Kerabu Bunga Telang My style my version

 


Bersungguh i mencuba buat nasi kerabu. 
google segala. 
pernah buat dulu. 
but it was about 2 years ago. 
lupa dah. 
plus i tak guna budu langsung. 
kali ni kira lengkap lah. 


our lunch


our dinner.


nampak tu budu dah tersedia di situ.


5 cups nasi brasmathi cukup 2 kali makan seramai 6/7 org. 
bersisa sikit sgt. 

Nasi Bunga Telang.
Bahan.
5 cups brasmathi.
10 kuntum bunga telang direndam. Nak kaler pekat tambah lagi. kebetulan i dah tak de stock.
3 kuntum bunga telang yg tidak direndam bunganya.
sehelai daun pandan.
3 helai daun limau purut.
garam serasa.

Cara.
1. Brasmati direndam 45 mins.
2. guna rice cooker masukkan beras bersama bunga telang, daun limau purut, daun pandan dan garam.
3. ukuran utk beras brasmathi 1 cup - 1.5 air. Ukur style masak nasi biasa pun ok je.
4. air ni termasuk lah air rendaman bunga telang tadi tu.
5. letakkan garam serasa. jangan terlalu masin.
6. selepas nasi masak lerai2 dan keluarkan bunga telang tu. tapi dimakan pun ok je.


daun2 ni semua yang dah i frozenkan. 
masih utuh elok je. 


Lengkap dgn air minum lagi tu. 

*************************************************************************************


Kena lah ada tumisan.
baru dap ehhhh.


i tumbuk serai dan halia.
bawang2 semua i blend sedia ada dah.


chili blend je pun.


Tumisan.
Bahan.
250gm santan pekat/200gm santan kotak.
1 buku bawang besar
4 ulas bawang putih.
seinci halia
2 btg serai
4 sudu cili blend. - tergantung kepedasan yg diinginkan.
2 sudu besar budu.
gula melaka/ gula pasir - ikut kesesuaian rasa.
1 asam keping.
1 kiub chicken stock.

Cara.
1. Bawang, garlic, serai, halia semua diblend.
2. tumiskan bahan blend sampai agak kering.
3. masukkan chili blend dan tumis lagi sampai naik minyak.
4. then masukkan santan beserta air sikit.
5. kacau rata sampai naik kepala minyak tu.
6. ikut kesesuaian rasa nak pekat letakkan air sikit je dan renih sampai agak pekat.
7. masukkan garam, gula, budu, asam keping dan serbuk perasa./chicken stock.

*******************************************************************************************


next time i nak buat agak basak sikit.
tak terlalu kering.
dah agak halus buatnya.


Ikan i goreng tak terlalu garing.

Serunding Ikan.
Bahan
2 ekor ikan kembung yang sederhana besar.
setengah biji kelapa parut putih.
2 btg serai.
4 biji garlic
6 biji bawang kecik
1 sudu teh lada hitam.
1 inci halia
sikit gula atau gula melaka.
garam utk dirasa.

Cara.
1. I garam kunyitkan ikan kembung dan goreng. (mystyle)
2. Kelapa disangai jangan terlalu lama. nnt hangit.
3. Then kelapa tu ditumbuk sikit2. sesiapa yang suka halus tumbuk lah lama. sesiapa suka kasar2 kejap je lah tumbuknya.
4. Ikan yang telah digoreng tadi dilerai2kan isinya dan ditumbuk halus. some suka kasar2. tergantung.
5. bahan2 serai, halia, garlic, bwg merah, lada hitam ditumbuk halus.
6. then semua bahan2 ni i masukkan dalam kuali dan sangai sekali lagi. tak nak sangai pun tak pe. gaul je bersama dan rata kan.
7. rasakan garam, gula nya ye.
8. dah siap.


Sambal Cili.
Bahan
6 batang cili merah
4 btg cili api
1 sudu besar gula
1 st garam.
air asam limau dalam 3 sudu besar.
Cara.
Semua i blend kering tapi letakkan sikit je air bersama air asam limau. i tak pakai cuka.

Budu.
1. setengah botol budu i masakkan bersama halia, serai, dan lengkuas yang diketuk2 je.
2. perahkan asam limau dalam 4 biji.
3. i letakkan suku buku gula melaka.
4. masakkan sekejap.


ada kesum.
tauge,
bunga kantan bangkit bau.
serai pun sama.


hehehe..
berkaler2 gituu.

Ulaman.
setengah buku kobis.
4 batang serai
rm1 taugeh
1 batang besar bunga kantan
Daun kesum.
semua ni diracik halus.
dah boleh hidangkan.
* Lauk2 tergantung memasing.
i hanya guna ikan kembung goreng dan telur masin.
pun dah sedap kekenyangan dah.
nnt i cuba SOLOK LADA.
tapi tak ramai suka makan kat rumah i.
kita buat sikit je lah nnt.
Bahan kita ambik sikit dari bahan buat serunding ikan tu.


SELAMAT MENCUBA..
terutama bg first timer dan bukan orang Kelantan.
adjust lah to your my citarasa.
dan make sense.


Wednesday, February 3, 2021

Lemon Butter Sauce Salmon my style my version




Dah agak lama i teringin nak makan dan buat sendiri salmon. 
kebetulan asyik buatkan hubby grilled salmon tekak i jd teringin. 
Hubby ada beli salmon dari neighbor. 
but salmon tu jenis yang common cut tu je. 
i nak fillet yang agak tebal. 
without any bone.

then i dapat lah stock dari Platinum Frozen.
i bought 2 packs of the salmon. 
cut yang memang i prefer sangat. 
the price not bad. 
satu pack tu ada 4 big fillet plu 2 small fillets. 
berkenan sungguh lah. 

terus lah merancang nak masak.
tp kena waktu yang sesuai lahkan. 
bersungguh2 lah i tengok Youtube. 
cam ne cara nak masak salmon tu. 
cara yang biasa i buat utk hubby tu macam senang sgt. 
tapi kalau jenis fillet cam ni maybe a bit lain. 

then dah plan hari apa nak masak i ajak Abang Luqman ke Village Grocer. 
nak cari barang2 utk buat masak cam ni kena lah ke VG.
kalau i pegi supermarket yang ada di SACC tu pakai tak jumpa lah apa yang di hajati. 


then menjadi lah ni. 
ikan tu memula i basuh. 
then i dry kan guna tissue. 
jgn basah2. 
itu yang i tgk kat youtube. 
kena lap kering2. 


then i marinated dengan Salt and Pepper. 
then biarkan lah. 
i buat dalam 30 minutes kot cam tu lah. 


then i panaskan pan. 
i letakkan sikit Olive Oil. 
then i masukkan salmon. 
memula i masak dulu bahagian kulit dia. 
since isi agak tebal timing nya dalam 6 minutes. 
kalau agak nipis sikit tu dalam 4 minutes. 

then i terbalikkan dan masaklah lagi dalam 4 minutes. 
kalau terlalu lama isi ikan akan kering. 
bila tak juice so kurang sedaplah kan. 
minyak kalau sikit i tambahkan sikit2 lagi. 
then angkat dan i terus letakkan dalam pinggan. 


then waktu buat sauce dia. 
i squeeze kan sebijik Lemon. 
tapi better guna hanya 1/2 biji je. 
i buat agak termasam. 
ikut recipe dia suruh 2 biji. 
kemasaman.

then gunakan minyak yang bekas goreng ikan tadi tu. 
i tambahkan dengan 150gm cold butter. 
cairkan then tumiskan garlic yang telah dicincang halus. 
tumis biar agak keperangan then masukkan air limau. 
then i tambahkan air sikit dan i tambah dgn chicken stock 1/2 kiub. 
then masukkan Wipped Cream dalam 200gm.
biarkan mendidih. 
rasakan masin or not.
biar melikat sikit. 
dah siappp. 


then i tambahkan sayur2 kat tepi tu. 
i beli button mushroom then belah 4. 
i cairkan butter masukkan garlic yang dihancurkan. 
bagi mushroon tu lembut sikit. 
then masukkan kacang pea. 
then capsicum. 
sesuaikan dgn rasa tekak kita. 
dah siapppp. 


then masa ke VG tu Abang Luqman beli cebisan2 salmon. 
dia nak buat Aglio Olio Salmon. 
i kata belikan. 
so dia lah yang buat pasta.


tak lengkap kalau tak ada sayur2 fresh. 
i beli yang ready made one punya. 
beli 2 portions dah siapppp.


and dessert of the day. 
i made Bread Pudding. 
guna susu almond dan banyak nuts. 
i sukaaa..

Syukur dengan rezeki yang ALLAH berikan. 
lepas dah hajat nak makan salmon. 
ingat nanti nak beli kepala dia lah. 
nak buat curry kot. 
macam terasa2 kat tekak gitu.. 
INSYALLAHH..

 

Monday, February 1, 2021

Bantuan banjir Temerloh (3) - penghantaran ke Temerloh



the third phase.
process penghantaran barangan makanan bagi mangsa banjir. 


mendak kak timah i. 
hehehe..
syukur semalamnya Kak timah dah dibelikan kasut baru. 
sebab kasut kak timah dah haus. 
ganti 4 4 kaki. 
so alhamdulilah hari ni bersemangat dia berjalan even berat gak lah. 


time to transfer. 
sebab of coz we cant go there. 
urusan lain perlu dibereskan. 


penuh dalam2 semua. 
bahagian belakang dan tengah penuh dengan barang. 


pindah abang luq. 
pindahkan. 


yeay...
dah penuh. 


so Brother Rocky dari my class.
brother zambri abas dari hubby's class. 
abang luqman wakil abah dia. 
ok lah kan. 
maka esok selepas subuh diarang akan ke Temerloh. 


semoga selamat. 
depa bergerak dari Kota Damansara keesokan hari ni selepas subuh. 


semua bersemangat. 
Brother Yazid pulak bekalkan food buat diarang ni. 
makan kat Temerloh nanti. 


get ready. 


ambik gambar ni penting kan. 


orang kuat ni. 
Brother Rocky dan Brother Sham. 
my classmate. 


bersemangat semua. 


depa berhenti rehat lah kot kat mana2 ni. 


cam best je kan. 


barisan pahlawan kita. 
bersedia menempuh cabaran bagi menghantar bantuan makanan ke Temerloh. 
syabbas. 


once sampai mereka terus ke Dewan Orang Ramai. 


waktu mengagihkan makanan.


selepas mengagihkan makanan ke penduduk kampung the team dijemput makan di rumah Brother Mat Awik. 


unloading barang dari kereta ke rumah brother Mat awik. 


dah macam majlis merisik lah gitu. 
divideokan biar jadi kenangan bersama. 


brother Mat Awik mengagih2kan semua makanan ke orang kampung. 
syukur semua dah selamat diagihkan. 
then kalau tak silap ada pulak group yang ke sana minggu berikutnya  setelah banjir surut. 
group ni pulak membawak barangan2 yang diperlukan setelah banjir memusnahkan isi rumah. 
ALHAMDULILAH. 
semuanya dimudahkan. 
syukur pada kawan2 yang sentiasa membantu. 
semoga ALLAH membalas semua kebaikan semua. 

cliks..cliks