cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Thursday, September 9, 2021

Tauhu Begedil My Style My Version



dah ada idea nak buat apa for teatime?
i just nak share with you guys what i did yesterday. 
so hari ni i nak share satu recipe. 
i rasa ramai yang dah tau kuih ni. 
banyak dah orang jual. 

TAUHU BEGEDIL. 
i suka makan. 
selalunya beli lah. 
but then one day kawan di IG share the recipe. 
siap WHATAPPS lagi share the recipe. 
semoga ALLAH membalas budi baik beliau. 
sedekah jariah tu. 


minum dgn Kopi Ratu. 
alahaii. 
sedapnya. 


ALHAMDULILAH..
menjadi i buat. 
jom kita prati cara2nya ye. 


kentang yang digoreng sama2 dgn bawang putih kena lecekkan panas2. 
mudah kerja.


gigih i mencubanya bila ada stock tauhu ni. 
alhamdulilah.. 
semua suka. 


ni pun dah terlewat lecek. 
but still ok je. 


daging ni i buat extra last time. 
so defrost kan cuma mix kan je dgn kentang yg dah dilecek nnt. 


tauhu ni dibelah tengah. 
nak potong tgh cam atas boleh. 
nak belah 4 terus pun boleh. 
asalkan boleh dimasukkan intinya.


masukkan inti cam ni.
nak sumbat2 banyak2 pun ok. 
boleh adjust kat dalam tu. 


ni kita frozenkan. 
this time i buat agak tak berapa padat isinya. 
tapi kira banyak lah tu. 
sikit sgt tak sedap lah pulak kan. 

frozenkan then nnt bila nak goreng kita biarkan kejap di luar or defrostkan. 
then pecahkan telur, kocokkan, celupkan then goreng. 


saje je ikut style anak2 Bandung. 
Kena makan dgn cili api bu katanya.
i ikut kan je lah. 
krup krap depa makan dgn Tauhu bergedil i tu.


kebetulan ada stock Sambal Kicap Cili tu. 
baru kick meletup. 


ehhh.. jom tgk apa recipe nya ye..
bagi lagi details lah kan.
nanti you all boleh cuba. 

Bahan2:

1 kg kentang
Satu labu bawang putih
300 gm Minch meat
4 bijik bawang putih - hiris nipis
1 bijik bawang holland - hiris nipis
1 cup bawang goreng - readymade punya
3 tangkai daun sadri - hiris halus
garam
coarse black paper.
2 bungkus tauhu kering - belah tengah.
1 biji telur.

Cara

1. kentang dibelah 6 dan digoreng dengan satu labu bawang putih (dah dikupas lah).
2. lecek kentang masa panas panas bersama dengan bawang putih.
3. Panaskan sedikit minyak zaitun dan tumis satu labu bawang holland dan bawang putih hingga naik bau.
4. Masukkan isi ayam / minch meat.
5. Masukkan sedikit garam dan serasakan dan masak sampai agak kering.
6. Satukan kentang dan isi ayam/minch meat dalam satu bekas dan masukkan bawang goreng, hirisan daun sup, coarse black paper, sedikit gula, garam dan chicken stock.
7. Gaulkan kesemua sekali rata2.
8. Tauhu kering gunting di bhgn tengah dan masukkan isi bergedel di dlmnya.
9. Adjust isi kentang tu biar besar tauhu agak serupa untuk semua.
10. Pecahkan telur dan kocokkan.
11. Celup tauhu bergedil ke dlm bancuhan telur dan gorengkan.
Dah siappp.



puas hati makan. 
boleh ulang2. 
modal sikit je pun. 
SELAMAT MENCUBAAA.
 

22 comments:

  1. Pandainya buat. Suka tauhu bergedil ayam, yang pertama kena beli tauhu kering tu kan. Yours cantik dan menjadi,lazat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lah dear.. setakat makan anak beranak. seronok makan panas2.

      Delete
  2. suka tauhu begedil...yg buat sdiri husband la...wifenya beli je hehe

    ReplyDelete
  3. bila lah nak rajinkan diri buat nih... teringin la nanti nak buat kak...
    apa tak kepedasan makan dengan cili api tu kak... kalau dana memang tak boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa.. kalau dana buat begedil biasa tu, extrakan je intinya. then masukkan je dlm tauhu tu. senang je kan.

      Delete
  4. tauhu begedil ni kesukaan ramai orang xD kicap dia tu yang memainkan peranan

    ReplyDelete
  5. Pernah juga buat tauhi bergedil ni. Saya biasanya akan rebus dulu kentang tu. Tak pernah cuba goreng lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau rebus kira healthy sikit kot. hehee.. tp we all kalau buat begedil usually digoreng. so tak mudah lembik lah kot. tapi mana2 ok je kan.

      Delete
  6. waktu pkp beberapa kali juga saya buat begedil ni, memang sedap sangat makan panas-panas

    ReplyDelete
  7. Orang johor takde sambal kicap emmm tak kick hehehehe

    ReplyDelete
  8. Ada cili padi hijau tu... sekali gigit berasap telinga saya. Sedapkan tauhu begedil. Pernah buat sekali. Selebihnya beli saja yang dah siap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cili api tu Amie. mmg berasap.
      i selalunya kalau buat tu bebanyak. so kalau nak makan nnt boleh ulang2.

      Delete
  9. ini lah yang SA tengah nak belajar buat...tengah duk tenung- tenung resepi cari mana yang lebih mudah...nanti dah buat SA share kat blog ye....SA kalau nak mencuba kena ada rasa seriau2 skit..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. all the best SA.. tak susah. cuma leceh sikit lah. few steps. tp berbaloi lah. sedap.

      Delete
  10. Menarik jugak resepi akak. Boleh try nanti. Favourite ni

    ReplyDelete
  11. saya tak berapa suka makan tauhu, tapi suami suka pulak...tumpang ambik reseki kak ye, nak cuba buat jugak nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp ni jenis tauhu agak kering ann. tak rasa sgt macam tauhu biasa tu.

      Delete

cliks..cliks