cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Saturday, November 6, 2010

While in Bali - Bedugul...

Naik jenuh tangan mencari - cari time yang cantik untuk ke Bali taun depan. Tapi malangnya, tambang yang ditawarkan masih lagi bukan dalam budget. Masih lagi mengharap agar tambangnya sama atau kurang lebih seperti tahun lepas iaitu RM132 pergi balik. Kira okey banget dech...Unfortunately, dari dua bulan lepas sampai hari ni, paling rendah pun takat RM273. Tak pe lah.. Tetap pegi juga nanti INSYALLAH... Nak lepas tension, tengok - tengok lah gambar ke Bali waktu i pergi sama kengkawan.. Tahun tu sampai dua kali ke sana.. So, ari ni i masukkan gambar masa kitarang berada di Bedugul. Bedugul ni terletak di kawasan tanah tinggi daerah Tabanan. Tempat ni sejuk dan selalunya diselimuti kabus. Jauhnya Bedugul ni dari Bandara (Airport) Ngurah Rai almost 70km. Majoriti penduduk di kawasan ni adalah Bali Muslim. Jadi kalau bab makanan, INSYALLAH banyak yang HALALAN TOYYIBAN.

Part of the Ulun Danu Temple at Lake Bratan, Bedugul
As i said, kawasan Bedugul ni kebanyakan penduduknya Muslim. While searching this place in 2009, terbaca satu article masjid ini. Dan aku pun menyimpan cita - cita untuk menjejakkan kaki ke sini. The first time we reached here, it was raining. Before we went to the pura, we had our lunch first. Dah tengahari pun. Lagipun sejuk...After searching almost 10 minutes, we had our lunch at As-Siddiq Ayam Bakar Taliwang. Sebelum tu kami singgah di warung Nasi Padang. Tapi nak tukar selera.
Udara di luar really nyaman. Tengok je bunga yang direnung dan ditenung tu..Segarrr je..
Ikan goreng nya sedappp...Portionnya tak banyak. Kami makan siap bertambah - tambah.. Anak kecik i tu makan pun macam portion orang tua.. Really berselera dia.
Ikan goreng ni rasa - rasanya ikan darat. Tapi i tak kesah.. Balun.. Ni kami ordered 2 kali gak.. Sedap sambal belacannya.. I love the presentation. Walaupun pergi ke rumah makan kecik - kecik pun, presentation nya memang superb.
Gado - gado nya pun best. Sayurnya fresh.. Maklum lah kawasan tanah tinggi
Ayam Bakar Taliwang - memang sedap.. Ayamnya kecik - kecik.. Sorang satu makan. So, kami ordered 2 times..
Pulun beb, pulun..
Lepas melantak (rasa guilty nak guna perkataan ni. Tapi itu lah rasa - rasanya word yang paling sesuai buat kami, heee) sesakannya, baru lah kami bergerak ke Pura Ulun Danu Bratan - merupakan candi air utama di Bali yang terletak di Lake Beratan. Hujan masih lagi renyai - renyai. Tambah sejuk kami dibuatnya. Cantik sangat tempat ni.

Pura yang dikelilingi air.
Tengok si kecik tu, hujan - hujan pun boleh makan ice cream.
Hujan - hujan pun kami redah je. Payung tu kami sewa dengan harga Rph10,000. Oklah..buat rezeki orang sini.. Kalau tak, demam lak nanti. Especially si kecik tu.
Mengabadikan keindahan Pura Ulun Danu
Bila puas kami bergambar di sini, our supir, Made Ariana - staff of Tegal Sari Accommodation , reminded me about my sholat. "Ibu mau sholat?". Terpegun sekejap. Dia beragama Hindu kok bertanyakan tentang my sholat. hee.. Sebenarnya i had asked him about the mosque earlier. And he knew it. Then we decided to go there. Nak jadi cerita, my cousin punya rental car, kehabisan minyak dan ada sedikit masalah tak boleh start. So, while the men do their jobs, we went to the mosque. Sejuk sangat di sini. The lake view from here, was so great. Menggunakan air di toiletnya.. YA ALLAH.. sejuk sangat.
Pantang ada peluang, dalam masjid pun kami posing. Me and Kak Aji Lina. Kereta diarang ni lah yang buat hal.
Cantikkan the view from the mosque. Lake Bratan
Tetiba lak ada kelucahan melampau di kawasan masjid..
Tengah berlakon tu

Masjid Besar Al-Hidayah
ALHAMDULLILAH, nazar untuk menjejakkan kaki ke sini tercapai. Sewaktu menjejakkan kaki ke dalam masjid ni, terus azan asar berkumandang. Sayu sangat rasa hati. Tak tau kenapa..
Jenuh juga waktu ni untuk naik ke atas. Agak tinggi. Masa ni, kaki i masih okey...
Meninggalkan sedikit kenangan di sini, aku hulurkan sedikit dari 'jutaan wang' yang aku ada untuk kebajikan masjid ini. Walau tidak seberapa, mudah - mudahan membawa sedikit perubahan dari segi fasilitasnya.. AMEEN..
Ni lah Masjid AlHidayah dapat dilihat dari complex Pura Ulun Danu
Rasa rugi lak kalau tak masukkan sekali satu lagi activity yang i lakukan sewaktu berkunjung ke Pura Ulun Danu, last April with my family. ( Kalau rajin nak jenguk, mai lah sini N31, N32, N33.) Tapi, when Hubby tengok je lake ni, terus dia teringin cruise the lake. Seram sejuk jugak lah.. Tapi i beranikan diri. I ni jenis takut sikit water activity. Pada hal waktu memuda dulu, in 90's siap join canoe club. Bercanoe di Titiwangsa dan Pantai Merdeka lagi. Maybe sebab dah makin tua kot. We rented 2 boats. No safety vest lagi you.. tawakal je lah..
This time kami ke sini, cuaca agak panas. So, depa shopping caps..
My mommy at Pura Ulun Danu. She didnt want to join the cruise.. Hee.. takut kot..
Posing and posing..
and posing....
Sebelum memulakan cruise
with Daddy..

Me and my little one.. Muhammad Irfan
Another one activity for yang lebih berani lah. But not me.
Wanna Villas, Bedugul. INSYALLAH next year nak stay overnite kat sini. Sure sejuk gilaaaa...
We really had our happy time here. For me Bedugul is a must place to go while you in Bali. Tak pergi, memang rugi. And jangan lupa untuk singgah sekejap di Masjid Al Hidayah..

6 comments:

  1. kak yan... bila tgk entry nie, tetiba terpanggil mahu ke Bali. before this tkde la kepingin sgt. hehe. tp suka pula tgk white shirt kak yan tu...suka..suka.

    ReplyDelete
  2. YAN, baru tadi my fren sibuk citer dia booking tiket Air Asia (ada season promotion murahhh) dan dia berhajat nak pegi Jakarta.

    I baru pernah sampai Jakarta dan Bandung saja. Uishh kalu la I pun dapat pi Bali, mest best kan?

    ReplyDelete
  3. wow..
    besh baca semua n3 yan
    sentiasa mewah pics and makanan

    saya pun baru smpai Bandung
    insyallah ada budget
    nak gi Bali

    ReplyDelete
  4. Salam Cyana,

    i love white cotton blouses. Spai my mom kata, apa tak de warna lain ke kat dunia ni..hee.. Both blouses tu akak rembat kat British India. Org besau mcm akak ni, size kat situ je yg ngam.. P lah British India SACC. Tgh sale ni...

    ReplyDelete
  5. Salam Azie,

    yelah.. Airasia baru starts promote zero fare kalau tak silap... Tgk murah dr yg selalu i survey..

    I penah ke Jkt, stay semalam. then esoknya ke Bandung naik train. Really great that experience. View cantik sangat. Penat naik kereta. Train punya layanan pun best sgt. Try lah.. Sure u suka.

    Kalau nak ke Bali, just let me know. I hv muslim frens kat sana. Budget pun boleh adjust. My fren ada yg Jawa Muslim tp stay kat sana. Ada Balinese Muslim yg particular pasal makanan HalalanToyyiban..

    ReplyDelete
  6. Salam Linda,

    ye ke..hee.. kitarang mmg cam tu. food is the number one. Coz kitarang suka makannn...

    for me Bali is the best place to go. Kalau ada yg kata tak best ke Bali, sure dia ada pengalaman tak best tang makan.. Tp kalau tau kat mana nak dpt kan... sure dia sentiasa gila nak ke sana. I hv been there almost 7 times since 2000. great..

    ReplyDelete

cliks..cliks