cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Tuesday, November 30, 2010

Ayam Panggang Serai

Merayau - rayau ke rumah bloggers this morning. Singgah umah Hana. Terpikat dengan RESEPI AYAM PANGGANG SERAI. Sementelah ari ni tak berapa sihat and just stayed at home. Rumah sunyi sepi pasal no chef, no parents, and one of my boy also not around. Yang tinggal dua Abdul kat atas dan asyik bercekau je. Ingat nak diamkan mulut depa yang asik terpekik - pekik tu, i think i nak coba resepi Hana ni.. Sorry ye Hana, tiru masak ayam ni. Cuma akak ubah sikit - sikit pasal bahan tak cukup..

Bahan-bahan
1 mangkok bekas ice krim ayam - agak2 lah, Hana punya 1/2 je.
*1 labu bawang putih - Hana punya 1/2 je
*1 inci halia
*1 inci lengkuas - saja i tambah.
*4 batang serai - Hana pakai 2 je
1 sudu makan lada hitam - tumbuk kasar (Rumah i tak de kicap so, i pakai black paper sauce je
2 sudu besar kicap manis - ganti dengan Black Pepper Sauce
1-2 sudu makan madu - i lebihkan madu
garam sedikit - i letak 3 sudu
lemon - Lemon tak ada stock i pakai limau nipis je.
butter - potong kecil @ minyak zaitun
kentang, carrot, bawang besar - potong empat - carot pun tak ada stock. just pakai kentang je.
bawang besar i potong 4 tanpa buang kulit.
Cara-cara
1. Blend bahan bertanda * dengan sedikit sahaja air .
2. Campurkan bahan blend dengan kicap, lada hitam, madu, sedikit garam dan juga perahan lemon sedikit. Gaul.3. Lumurkan pada ayam dan baki rempah lumur pada carrot, kentang dan juga bawang.
4. Masukkan dalam mangkuk tahan panas.
5. Perap sekurang2nya 2-3 jam atau semalaman - kalau ayam sikit, 3 -4 jam dah ok.
6. Panaskan oven dengan suhu 180 selama 1 jam atau sehingga ayam masak. i lebihkan sikit masanya pasal nak keringkan sikit air ayam tu.
7. Selitkan potongan butter di celah2 ayam.
8. Setiap 15-20min jirus2kan air ayam ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering.
I dah masak malam ni. Best. Makan dengan french toast. Cuma kata Abang Luqman, rasa sangat serai lah bu.. Laaa.. dah namanya Ayam Panggang Serai.. K lah.. nanti i kurangkan, dan lebihkan bawang je.. Sorry Hana pasal ubah recipe awak.

10 comments:

  1. Wahh kak yan, nampak macam sangat lazat. Boleh cuba nanti;)...

    ReplyDelete
  2. hihi... tak sangka resepi campak2 kita akak pon sudi try... haah kak, kita nih main `pakai2` jerk.. kdg time tulih resepi igt2 lupa baper banyak letak.. hahaha... teruk kan! sib baik semua kengkawan pandai masak then pandai agak2 sendri.. hihi.. thanx kak..

    ReplyDelete
  3. Salam Fida,

    memang sedap. Pagi ni akak buat sarapan makan dgn french toast. Hubby kata sedap.

    ReplyDelete
  4. Salam Hana,

    sebab tu akak suka masak benda yang tak terlalu ikut portion. Main campak2 je. So, nanti2 leh adjust.

    best sangat sebab darling i kata sedap... hee...

    ReplyDelete
  5. Makan dengan nasi panas2 tu mesti berasap, kan Yan? :)

    ReplyDelete
  6. Salam Intan,

    tak pandai mana pun. takat makan anak beranak je..

    ReplyDelete
  7. Salam Kakcik,

    saya rasa memang best kak. Cuma ayam ni tak pedas. Kalau nak lebihkan lada hitam kot.

    ReplyDelete
  8. hehhehe smlm tgk gak kat blog hana, kaknor pun ade wat gak..ni kakyan lak..muahhaha kena buat gak ni

    ReplyDelete
  9. Salam Lelord,

    mmg dasat blog Hana tu.. Tak pe benda baik share sama2

    ReplyDelete

cliks..cliks