Pages

Thursday, August 24, 2023

Recipe : Special Bombay Biryani My style my version.


Ok hari ni nak share recipe a new menu yang i buat for the family. 
SPECIAL BOMBAY BIRYANI. 
biryani2 orang Pakistan or India ni sikit lain la taste dia dr biryani kita kat Malaysia ni. 
Pada i dari segi bau je dah tau. 

So far biryani orang Johor ni memang i suka. 
lagi2 kalau biryani my family. 


Bahan2 yg diperlukan. 

500gm ayam (nak lebih pun boleh).
2 labu bawang medium size
6 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
2 bijik kentang medium size
1 sachet REMPAH SPECIAL BOMBAY BIRYANI.
2 biji tomato medium size
3 tangkai daun pudina
3 tangkat daun ketumbar
3 sudu besar yougurt
2 batang cili besar hijau 
1/2 cawan minyak

500gm beras basmathi
sebatang kayu manis
1/2 sudu besar jintan putih
setangkai daun pudina,



Cam ne nak buat tu. 
1. Bersihkan beras dan rendam selama 30 mins. 
2. saringkan beras. 
3. Jerang air yg dalam nya dimasukkan kayu manis, jintan putih, daun pudina yg telah diptong2 sikit 
4. Masukkan sikit garam 
5. rebus selama 20 mins atau sehingga beras 3/4 masak. 
6. kemudian diangkat dan saringkan lagi. 


nampak cara rebusan beras tu kan. 




Cam ne nak masak lauk nya. 

1. Panaskan minyak then tumiskan bawang besar yg telah dihiris nipis. 
2. Goreng hingga sedikit kekuningan. nak coklat sikit pun ok tp jgn sampai hangus. 
3. Ketepikan sikit bawang goreng utk lapisan beras nnt. 
4. Masukkan ayam dan kentang lalu gaul rata. 
5. Masukkan garlic ginger dan gaul rata lagi. 


6. Biarkan seketika ayam n kentang bagi air ayam mengering sikit. 
7. Masukkan tomato yg telah dipotong. 
8. Gaul rata dan biarkan seketika. 
9. Then masukkan rempah SPECIAL BOMBAY BIRYANI. 
10. Gaul lagi then masak la seketika. 
11. Masukkan garam dan chicken stock atau any serbuk perasa. 
12. Last masukkan yogurt. 
13. Masak lah hingga ayam dan kentang empuk. 


14. Sediakan periuk utk memasak nasi dan lauk. 
15. Letakkan sikit rempah dr masakan ayam tadi sama2 dgn minyak dia. 
16. Kemudian letakkan nasi yg sudah 3/4 masak tadi. 
17. Beras ni kita bahagiakan kepada 3 bahagian n ayam kepada 2 bahagian. 
18. Setelah portion beras yg pertama diletakkan langsung letakkan lauk ayam then taburkan daun pudina dan daun ketumbar bersama2 dgn bawang goreng. 
19. Then letakkan lagi bahagian kedua beras n bahagian kedua lauk. 
20. Last letakkan bahagian ketiga beras dan letakkan sikit pewarna merah/kuning. 
21. Tutup periuk dan tindihkan dgn benda beras. Proses dipanggil DUM/GAM.
22. Masak dgn api yang kecil anggaran 15 mins. 
23. Dah siappppp. 



SELAMAT MENCUBA. 



 

Sunday, August 20, 2023

Special Bombay Biryani by Shan

 

 

Last year i dapat 1 sachet of Special Bombay Biryani dari Pakistan dari my fren, Tariq.
He went back to Pakistan then datang lagi ke Malaysia. 
tu yg dibeli kat Pakistan. 
bukan kat Haniffa Store kat KL tu. 
kiranya direct rempah la dari sana. 
i dok simpan je kat dlm my lemari barang2 kering. 
last week dok kemas2 lemari baru prasan benda ni tak dipakai2.
takut nnt expired sayang kan. 

tu yg i berusaha nak masak within this week. 
anjak2 hari maka hari ni baru berkesempatan nak masak. 
I nak masak SPECIAL BOMBAY BIRYANI. 
cara masak pun i ikut style depa. 
memula i tanya mak dia how to cook it. 
then i browsing tgk kat youtube banyak ditunjukkan. 
so kita ikut je la kan. 


ayam dah siap bersiang jauh2 hari lagi. 
sebab tu lah. 
nak masak asyik tak jadi. 
anjak sampai ke hari ni. 


tadaaaaa..
dah siap. 


ni lah kejadiannya. 
nasi i sud masak kan lagi lama sikit kot. 
ni takat 15 mins je. 


then this is my dinner .


ada nasi.


i buat RAITA. 
kesukaan semua di rumah. 


ada CHICKEN DALCA. 
frozen one. 
kita panaskan then jadikan kuah. 
style orang Malaysia kan. 
tak jauh dari kuah. 


ada gak PAPADOM. 
this is my plate. 


banyak i makan weiii. 
sakan. 
yang penting nak habaq mai. 
memang sedap. 
sangat sedap. 
boleh cuba. 
nanti i share the recipe ye. 


My Rose Sweet Lassi. 
ni pun sedap weiiii. 
pun nanti i share the recipe how to make ROSE SWEET LASSI. 
my style my version ye.



Monday, August 14, 2023

our lunch date kat MY VIETS, VISTA ALAM, Shah Alam.







Myviets SA Sdn Bhd B-LG-3, 
Shoplot Vista Alam, Jalan Ikhtisas, 
Seksyen 14,
40000 Shah Alam, 
Selangor

Saturday11:30 am–10 pm



Our lunch date lepas meeting the mall management. 
memula meeting then ke bank settled few office matters. 
terus kami gerak ke VISTA ALAM nak makan. 
tiba kat situ carik2 ended up kami makan di sini. 
ok je. 
sambil mengenang kembalik our trip ke HANOI last time. 
few years back. 
nak ke sana lagi belum tentu la kan. 
so kita mengimbau kenangan dgn makan vietnam's food kat sini. 


kedai katanya dimiliki oleh orang kita. 
alhamdulilah. 
Vietnam halal katanya. 
kalau nak light2 i rasa this is the best choice lah. 
soupy2. 


interior. 


pandangan dr dalam. 


agak lengang. 
kami makan ni almost dah habis office hour la ni. 
tu yg lapang je. 


tempat sangat luas. 
bersih. 
pekerja pun bagus2. 


merenung bersungguh. 
hehehee
lapaq.


Mem Sue pilih SINGLE BEEF TENDERLOIN.



Me and Mem Sabar took SOY SAUCE NOODLE WITH BEEF SOUP. 


SUMMER ROLL with PRAWN N CRABSTICK


VIETNAMESE COFFEE with MILK - cold. 


semua ambik vietnamese coffee. 



saje je tayang muka lebih sikit. 
hehehe. 
tiap kali lepas meeting atau pun meeting kami akan makan2. 
almost 22 years dah kami berniaga. 
dari zaman kami lincah angkat kotak besar2 sampaikan sekarang dah sakit2 lutut. 

jika diizinkan ALLAH business kami akan kami let go. 
then dah susahlah lepas ni kami nak gather2 cam ni lagi. 
kalau ada pun maybe once in a blue moon la kan. 
semoga cepat2 kami dapat buyer for our business. 
sesiapa berminat berniaga pakaian sekolah jenama CANGGIH boleh lah contact i ye. 


pemandangan selepas disantap. 
licin kami kerjakan.
ALHAMDULILAH. 
then kami bersurai. 


masa visit kedai tadi tu Mem Mona bagi tau suruh singgah ke kedai dia. 
ambik hadiah yang dia berikan utk i. 
waduhh. 
terharu lah. 
makin dah tua kok makin banyak hadiah i dapat. 
rezeki kan namanya. 
ALHAMDULILAH. 
ALLAH BLESS ALL OF US. 




 

Friday, August 11, 2023

Breakfast meeting di Borak Borak Cafe & Lounge


Hari yang sama dgn majlis yg dibuat oleh Chef Ciju. 
all the sudden je got message dr Hj Zainal that ada meeting. 
Syukur tak jauh2. 
just ke Hotel Mardhiyyah. 
Kat shah alam je kan. 
Meeting at 11.30am..
actually bukan meeting cam ne la. 
just for few things nak kena settle then we all sembang2 je. 
i thot selesai ambik my signature tu i boleh cabut la. 
tapi kita kan menghormati majlis. 
maka sama2 lah sembang. 


ni la sebahagian ahli lembaga bersama Dato Sri Erlynna. 
Kami ber6 je. 


pemandangan di lobby. 
dah lama i tak masuk hotel ni.
dulu2 suka ke sini bila hubby teringin dgn makan japan yg ada di sini. 
Restaurant Agehan. 
tp dah tutup lama dah. 


sikit2 je lah perubahan. 
i noticed cafe Borak2 tu lah. 
dah menarik. 


selesa pemandangan.



almost 1 hour kot kami sembang then bersurai. 


ambik gambar cam ni dah kira perkara wajib kan. 


SMOKED PIZZA - RM38
just nak share the food yg kami makan tadi tu. 
i terpaksa lah mengalah. 
kena makan gak. 
actually i jarang ambik pizza. 
lagi2 pagi. 
setahun kot ada lah 2 kali or 3 kali. 
tapi again. 
menghormati. 


ambik la 1 slice. 


My CAFE LATTE - RM16
again coffee in the morning. 
ingat nak Barley panas kot. 
tak de lah pulak ye. 


ALHAMDULILAH. 
penuh gak perut di waktu pagi ni. 
need to go. 
kami bersurai. 
merasa lah orang belanja di sini. 
Semoga apa yg diplan menjadi dgn jayanya. 
INSYALLAH. 

 

Wednesday, August 9, 2023

TEMPE OREK my style my version



TEMPE OREK. 
new name to me 3 years ago. 
 ni adalah salah satu lauk yg digemari oleh Abang Luqman dan Abang Irfan. 
dapat makan tempe orek ni macam heaven la.
Ni lah menu yg selalu ada waktu diarang studied di Bandung dulu. 
3 tahun kan diarang di sana. 
so food yang based on tempe dan tauhu memang menjadi kegemaran diarang. 
One day Abang Irfan mengimpit i then tanya "Ibu boleh masakkan TEMPE OREK tak."
"saya teringin nak makan dgn nasi beras wangi"
waduh duh. duhh. 
ya bisa lah. 
nnt ibu masakkan. 

TEMPE OREK ni actually kalau di Indonesia mereka menggunakan tempe yang hampir2 nak rosak tu. 
kira tak nak membazir lah cam tu. 
tapi bila dah diolah2 menjadi satu menu yang menarik. 
makan dgn nasi panas memang menambah la gamaknya. 
actually kalau di Malaysia ni ada je orang kita buat tempe orek ni. 
tapi panggilannya pasti berbeza la kan.
ok lah. 
i share sikit recipe yg mengikut style i lah ye. 


BAHAN

6 packs tempe 
2 biji bawang besar - dihiris2 atau ditumbuk. 
6 ulas bawang putih - hiris boleh tumbuk boleh. 
2 batang cili hijau/merah - hiris
6 sudu besar cili pekat. i gunakan kicap ABC. 
4 sudu besar tomato sauce
1 sudu besar garam pink
2 sudu besar maggie cukup rasa
2 sudu besar GULA KELAPA ( i stop guna gula putih)
1/4 cawan minyak. (ikut suka)
1 cawan air. 

CARA

1. Tempe dipotong menipis. 
2. Gorengkan tempe tapi jangan terlalu kering. biar sikit lembut dan ketepikan. 
3. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga agak kelayuan. 
4. Masukkan chili yang sudah dihiris. 
5. Masukkan air sedikit2. 
6. Masukkan kicap ABC dan biarkan sedikit mendidih. 
7. Masukkan tomato sauce, serbuk perasa, gula, garam, dan air sikit lagi. 
8. biarkan sedikit mendidih kemudian masukkan tempe yang sudah digoreng tadi. 
9. Kalau suka tempenya sedikit lembab, tambah lagi sikit air. 
10. Gaul merata dan biarkan sekejap lalu tutup api nya. 
DAH SIAPPP. 


Tempe yg ada dlm simpanan i then dah mula tak elok. 


tempe yg telah dihiris nipis cam ni. 
kalau nak kecik kan sizenya sikit pun boleh lah.
but i prefer this size. 


then gorengkan. 
sometimes i goreng agak kering. 
sometimes i goreng agak muda sikit. 
so nnt bila dimasak dia akan menyerap sikit lah kuahnya tu. 


yang ni i abang irfan mintak biar agak berminyak sikit. 
biar lembap sikit. 


sekiranya menggunakan minyak agak banyak kejadian memang menarik. 
nampak berkilat2 sikit lah. 
then dia jadi agak sedikit lembut. 

apa2 pun boleh je sesuaikan dgn cara kita memasak. 
nak lebih masin, tambah lagi garam. 
nak sedikit manis, guna gula putih je. 
nak masam sikit bubuh extra tomato sauce. 
dah siap makan dgn nasi putih panas2 memang bakal bertambah la you. 
Anak2 makan benda ni semata je. 
berselera depa makan. 
ALHAMDULILAH. `

 

Monday, August 7, 2023

Lunch at Ms Shawarma Giant Kelana Jaya and Teatime at Kenangan Coffee Plaza Shah Alam.




Last Tuesday me and my partners ada lunch date plus meeting di Giant Kelana Jaya. 
kami set nak lunch dulu then baru la ke kedai buat inspection. 
elok lah i yg sampai dulu then mintak diarang terus ke kedai makan yang ada di situ. 
i tgk resto pak arab ni agak selesa utk i menunggu. 
the resto - Ms Shawarma. 
lagi pun food di sini menambat hati i. 
kira2 45 mins i menunggu depa pun sampai. 
terus lah order food. 


ambik gambar dah a must la kan sebelum kita ngap2 . 
jom tengok apa kami makan. 


MANDI MIX for 4 pax - RM65. 
for us worth the money. 
SEDAPPP. 
the rice tu lembut sangat. 
LAMB dia best sangat. 
Ayam tu kepak kan bagi ber4. 
puas. 


we took HUMUS CHICKEN  with 2 breads . 
ni dalam RM11
pun sedapppp. 
next time kalau ke sini sure ambik ni lagi. 
Roti ada 2 je. 
so kami bagi ber4 gak. 
lembut sangat roti dia. 


FATTOUSH - RM8
i suka sgt ni. 
tapi masam nya dia punya dressing. 
the best tu crackers tu lah. 


tu dia. 
puas hati. 


SAMBAL dia tu pun ada. 
tapi tak pedas pun. 


my drink. 
WATERMELON JUICE RM8. 


Highly recommended kalau jenis yg tak terlalu banyak makan la. 
yg ni perut kami ber4 pun naik sesak. 


ehhh..
ada orang bagi hadiah lah. 
sebenarnya this lunch was like birthday treat lah to me. 
ALHAMDULILAH. 


ooooo
dapat brooch. 
thanks to Mem Sue atas ingatan. 


After ke KEDAI CANGGIH di GIANT KELANA JAYA, 
kami ke KEDAI CANGGIH di GIANT PUTRA HEIGHT i ada teatime date dgn this gurl. 
kenalan baru, Mun. 
she messaged me a day before.
 ckp nak jumpa. 
so dah memang i kat luar tu yg decided to meet her on the same day. 


ambik croissant. 
tak prasan berapa harga croissant ni. 
kami share berdua bila cake yg Mun pesan rupa2nya tak masuk dlm order. 
adoiii. 


KENANGAN LATTE  ICE - RM10.90
MOCCA ICE - RM11.90

i balik lepas maghrib. 
kepenatan seharian di luar. 
tp hari ni adalah satu hari yg indah. 
syukur.