cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Sunday, August 30, 2015

Arigato Nipon (10) - Bamboo Grove in Sagano



sambungan dari cerita di SINI



sorry lah... cerita asyik terhenti - henti aja.. mood susah sangat mari.. anyway, yuk kita sambung cerita yee.. Actually i dah tak ingat dah berapa lama perjalanan dari Kyoto ke Sagano.. kami nak ke Bamboo Grove. i rasa bagi sesiapa yang ke Japan, dan tinggal di Kyoto, sure nak ke sini.. lagipun ini antara tempat yang memang dah diplan.. 


we bought the tickets dan terus ke Sagano Line untuk ke Saga-Arashimaya. dont ask me how much the ticket ye.. lupaaa... ramai rupa - rupanya yang pada i mempunyai tujuan yang sama dengan kami.. nak ke Bamboo Grove. ramai sungguh dalam train.. 






after about 28 minutes we reached  our destination. we stopped at Saga Arashmaya Station. hampir tiga suku isi dalam train keluar dan menuju ke bahagian exit.






tapi still kami tetap bertanya. terus ke Information Counter... so Chef CiJu terus teringin nak gambo dengan pakcik ni.  so dia terangkan dengan jelas sekali dengan english yang bercampur - campur.. still masih boleh difahami..






keluar kami di sini.






ini train station nya. udara di luar makk aiiii.. sejukk..beranginn.


keluar je di kawasan ni, macam terpana.. rasa best sangat.. maybe dengan udara, dengan suasana.. then the excitement tu memang hebat.. 






so apa lagi lah.. mana kan camera di tangan, mana camera handphone, mana dengan gopro Abang Luqman.. busy lah memasing.. tak nak lah kan lepaskan peluang.. kalau boleh record, i rasa i nak record je kat dalam kepala, then balik, print kan je atas kertas.. mana boleh kan... so memang berhempas pulas lah petik sana sini.. kalau ikut - ikut kan i just want to look around and enjoy the moment.. tapi tu lah.. kita bukan boleh nak ke Japan ni tiap tahun kan.. malah masih tak sure boleh nak ulang ke sini ke tidak.. 






okkk.. celoteh lah pulak ye.. jom kita tengok around here.. memang banyak kedai - kedai kat sini.. memang boleh enjoy lah menyopping kalau nak.. 






benda yang paling i suka masa kat Japan ni... payung dia.. macam - macam.. tapiii.. aduyaiiii.. mahal - mahal weiii... satu tu je dalam RM60.. RM70 cam tu.. berfikir - fikir.. 






topi ada.. memacam...






kedai - kedai di sini memang cantik - cantik, bersih.. yang berdiri di depan kedai tu pun juai tau. heeee







dalam pada melihat - lihat sekeliling, ternampak terus lanca.. memang dah berniat nak naik benda ni.. sebenarnya sampai sekarang i masih macam bit regret sebab terus nak naik lanca ni. .. supposedly we all jenjalan dulu kan. then baru naik.. tapi tak pe lah.. yang penting we  really enjoyed  the moment.. 






yang ni mamat yang bawak Abang Luqman..



then kami tanya berapa harga for 3 of us.. well not bad lah.. kami just nak rasa.. so we decided nak naik dalam 30 minutes je.. kira kurang lebih sorang dalam RM70 kot.. memang i terforgot lah.. lama sangat.. then mana tah i letak all the note masa di sana.. 






yang ni yang bawak kami.. ulang - ulang kali i and chef ciju tanya boleh ke dia heret kami yang terbagak ni.. dia kat sureeee.. dont worry.. he can.. he can.. cuba tengok mamat ni ( forgot also his name..hhhhhh).. very skinny.. macam tak sanggup nak naik.. siap tanya ada orang lain yang besar sikit dari dia tak untuk heret kami ni. heeeee.. He said, DONT WORRY.. sooo naik je lahh.





sooo Abang Luqman dan sedia.. siap berselimut lagi tu.. 



then kami memulakan perjalanan.. tengok lah ye video kat bawah ni.. abai kan mana - mana yang patut diabaikan. heeee






me and chef ciju di depan, and abang luqman di belakang.. 









ini ada temple kot.. we all tak leh lah nak stop sesuka hati kan..






cantik kan.. we all sebenarnya memang nak naik lanca tu salah satu sebab adalah, sure tak larat nak jalan.. plus we need to save the time..  alasan. heeeeee





anyway, we all enjoyed. 





teruskan lagi perjalanan, sampai lah kami di simpang






ini.. ya allahhh.. ramainya manusia.. boleh ke lanca kami ni lalu..





tapi depa ni memang salute lahhh..






penuh systematic. lancar je kami lalu.. 






dan our lanca man ni.. asyik lah tertunduk - tunduk mintak lalu dengan hormat.. hhhhhh hebat.. 






then sampai lah kami di sini.. katanya stop sini.. take picture.. 






masuk je ke sini.. memang takjub.. 






bergambar lah kami ...















tengok...punya lah sepet dia, sampai tak nampak biji mata.. ingatkan kitarang dah sepet dah.. 







happy sangat dengan service dia ni.. tak menolak bila kami mintak tolong tangkap gambar bebanyak..  then kami diusung kembali..






melalui temple ni, kami diturunkan di penghujung jalan.. setakat tu je lah. 






sebelum berpisah welfie- welfie lah kami..






then kami meneruskan perjalanan.. nak tangkap gambar lagi di area buluh - buluh ni.. 






jumpa dua tiga couple dari Malaysia.. honeymoon di sini.. untung depa ni.. banyak duit lah tu.. 














manusia tak pernah putus. bertali arus lahh..






puaskan lah hati ye Abang Luqman.






Ibu gak sama..














layan je lah ye.. gambar kami yang bebanyak ni.. no edit kat sini. masuk kan je.. 






jalan lagi.. jalannnn..














naik bukit turun bukit baru lah sampai ke sini..







nak naik Romatic Train..









terjumpa lak dengan auntie ni sama anak bujang dia. orang kedah.. now i forgot lah nama dia dan anak dia..  dah duduk sini almost 2 weeks. anak bujang dia tu study kat sini.. seronok dia dapat jumpa orang Malaysia terus ajak gambo.. dia kata selama dia kat Japan ni, tak pernah sekali dia jumpa orang Malaysia.. tu yang bila jumpa kami terus nak tangkap gambo.. heeee



after bye bye.. kami terus ke bahagian ni. tapi sempat shopping sikit.. souvenirs. jangan tanya lah mahal ke idok.. i beli je mana yang patut. ada duit sikit tu, i beli je souvenirs yang comel - comel..






kekunun nak tunggu Romantic Train lah..






dan verangan sambil tunggu train, (sebenarnya kami x dapat nak naik romatic train tu.. nak tengok keliling. dah habis ticket katanya.. ).. tak pe lah.. tak de rezeki.. rezeki kami adalah menikmati mochi. lapooo... sejuk - sejuk ni lapo.. so kami ngap ngap lah.. green tea mochi.. wallaaa..






dannn.. Green Tea Ice Cream.. bayangkan sojuk - sojuk tu kami makan ice cream. makan jeeee..






since tak dapat nak naik Romantic Train keliling this area, kami decided nak terus balik.. nak  balik ke hotel dan buat apa yang patut.. 






yang penting dah sampai di place dan happy kann.












nak balik ke train Sagano Line.. kami naik ni. bila tengok kat sini, laaaa..romatic train lah ni.. cuma kami tak boleh nak ke area sungai lah mountain lah. gitu lah gamaknya.. tak pe lahhh.. janji dapat naik romantic train ni.. 









dalam ni kami terjumpa one couple dgn baby sorang.. tiba kat station, kami sembang sakan..cerita pengalaman memasing.. 






once keluar.. ada time lagi.. kami gambo lagi..






gambo lagi.. 






dan menikmati alam di sini sebelum meninggalkan bumi Sagano ni. 












jalan ni macam kami yang punya.. 











lepas tu. kami naik ke station dan langsung menuju ke Kyoto.. nak balik hotel dulu.. kami nak lepak kat bilik dulu then baru nak keluar semula.. petang kami tak de plan nak ke mana - mana.. nak lepak bilik kejap dan malam nanti kami nak keluar makan.. nak santai - santai je.. kaki i capek banget ni.. so tunggu yee.. cerita Japan ada banyak lagi,, thanks to my silent readers yang ramai tinggalkan message kat FB.. tanya ke mana i.. INSYALLAH i will be active again.. okkk..see yaaa..

5 comments:

  1. Buluh yang besar bagak itu mengingatkan kakcik kat Poring di Sabah...

    Dan bila tengok lanca, teringat pengalaman kena tipu menaiki beca di Ho Chi Minh City...huhuhu

    ReplyDelete
  2. Memori indah dan pengalaman yg lumayan ini. Mesti Best tu naik Lanca. Zaman Jepang kat Malaya banyak Lanca...cerita dari arwah abah den. hihihi

    ReplyDelete
  3. Saya mmg ikut entry sis gi jenjalan ke negara nippon ni. Sebab sini antara destinasi yg diminati anak2 utk dilawati. Cuma bajet tu lom cukup lagi nak gi satu famili, hehe.. Baca entry sis pun dh ok... ;)

    ReplyDelete
  4. Berkenan I dengan payung kaler pink ngan merah hati tu Yan... Saya kalau berkenan tak kisah berapa reganya beli je... tak mo terkenang-kenang dan terkilan2.

    Eh! berapa reganya model yang berdiri depan kedai tu... serba satu, serba berdiri ke apa... hehehe....

    ReplyDelete

cliks..cliks