cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Wednesday, October 14, 2026

Kashmir Lagi (7) - Jom kita ke PAHALGAM, KASHMIR

 



EXPLORE AFGHANISTAN - APRIL 2027 (SPRING)

JOM KASHMIR - JANUARY 2027 (WINTER)

DM 0169151027


tengok cite yg lalu di.  S I N I  ye. 
Hari ni adalah hari ke 4 kami di KASHMIR. 
semalam kami ke SONAMARG. 
semua dpt bermain dgn salji yg jatuh dari langit. 

Baru i teringat yg dulu waktu i ke Kashmir in 2014 i dpt bermain dgn salji yg turun di Pahalgam. 
itu adalah yg pertama kali i experience it. 
Even actually salji nya tu tak la selebat mana but still we enjoyed so much. 
masa tu my tour guide masih lagi Arwah Fahad Ali. 

and today kami akan ke Pahalgam lagi buat kali ke 4 (i la ni).
and stayed overnight there buat kali ke 2. 
sbb sebelum2 ni trip balik hari. 
hari ni pun kami akan stay overnight there. 


pagi ni breakfast dulu. 
our luggage yg besar2 semua masuk dlm store hotel. 
Kami menginap di HOTEL THE LEON, di RAJBARG.
kami bawak barang sikit je. 
just for one night. 

masa ni semua dah breakfast. 
i pulak dr malam tadi (likely at 3/4am) perut i mcm tak sedap. 
dah risau dah ni. 
makan la ubat segala mcm jenis. 
masih ada mild2 rasa kembung cam tu la. 

so breakfast i tak berapa nak lalu. 
just minum teh. 
bila minum masala chai mmg sedap. 
tapi m sure angin akan bertambah. 
berdoa je la perut i tak macam2. 


selamat tinggal SRINAGAR utk hari ni. 
esok kami balik semula. 
cuaca pagi ni cantik sangat. 
mcm ada matahari menyinar. 




antara yg ada di kedai ni. 
ada gak yg mencarik SHILAJIT. 
energy booster. 


KEHWA yg disediakan di kedai ni.


busy tokey kedai.


yg best nya sambil shopping sambil ngap2 di sini. 
banyak gak kami membeli di sini. 


depa dua ni dah jadi mcm pekerja kat situ. 
ye la. dah selalu bawak org ke sini la kan. 
diarang sediakan kehwa.


i beli Walnut. 
i sebenarnya tak ada nafsu nak bershopping. 
semua gara2 perut i yg tak selesa. 
bukan kata buang2 air. 
perut i macam kembung. 
i minum gak sikit kehwa tu. 
takut nak lebih2. 
mau mencarik toilet nanti. 
kami sambung perjalanan lagi. 
i tak ambik gambar sangat sebab tertidur saja. 


memang busy kat kitchen diarang ni. 
customers penuh betul. 


adik beradik ni. 
Kashmiri. 

once tiba di Pahalgam kami terus menuju ke HOTEL PARADISE AND RESTAURANT.
we had our lunch here.

i terus carik toilet. 
perut i masih rasa tak selesa. 
angin dah pasti. 


me, Cik Mai and Sis Cai semua x sedap perut. 
bukan cerry berry tau. 
so nak makan pun i mmg tak selera langsung. 


tapi tak pe the rest semua selera makan la.


ada ordered NASI GORENG KASHMIR la. 


nak sangat suruh the guests merasa salah satu dish utk WAZWAN.
apa tu WAZWAN?
hidangan yg diberi sewaktu majlis perkahwinan. 


dipanggil TABAK MAAZ. 
Ribs kambing yg digoreng. 
memang sedap makan panas2. 


then ada satu lagi lauk. 
i pun tak sure apa tu. 
mmg tak makan dah. 


selesai makan kami ke station bus so bus kami akan park di situ. 
some ada yg nak naik kuda. 
i tak la kan. 
among us, only 4 persons yg nak naik kuda. 


so the rest stay dlm bus. 


seronok diarang berkuda.


then enjoying the moment. 


kami ber5 tinggal dalam bus. 
i mmg nak tido je. 
perut i dah mula mulas2 dah masa ni.

tah cam ne si Zubair ni pegi ambik satu innova dan ajak kami semua utk pegi ke Beetab Valley.
I cakap dgn zubair tak payah la. 
biar kami rehat je dlm bus.
dia tak puas hati weiii biarkan i tido dalam bus.
moh ler kita jenjalan kejap.
hehehehe..
adoiii bhaiyaaa. 
pedengki betul la org nak tido pun tak blh.


but hanya  me, Ciju and Chik yg pegi ke area ARU VALLEY and BETAAB VALLEY. 
Cik Mai and Sis Cai tak nak.
nak tido je dlm bus.


tiba di sini kami hanya ambik gambar di sini. 
in fact i tak turun pun dari kereta. 
masih terlelap2 lagi. 

sebenarnya Zubair nak bawak kami ke satu area yg penah dia bawak i in 2015.
mmg best la.
tapi pak polisi tak bagi.
takat kat sini je la.
nak masuk ke area dalam tu mmg idok ler i.
tak kuasa i.
i and Ciju dah penah ke area ni pun.
tu pasal rasa malas
Acik pulak dia x de mood langsung. 
so kami decided to go back to the bus station.


tengok la kampung2 di bawah sana tu.
memang best kalau dapat explore ke situ kan.
tapi i mmg tak berani bukak mulut sebab i tak sihat.



then once the group yg naik kuda settle kami pun beransur la menuju our penginapan utk mlm ni. 
Sepanjang perjalanan 30 mins dr pekan Pahalgam ke RIVER VIEW RESORT i tido saja.
mmg i betul2 tak larat.

tiba hotel terus settle kan our rooms.
masuk bilik terus la rehat. 


malam kami dinner di hotel saja.
i still tak lalu nak makan. 
tapi kalau tak makan sure lagi teruk nnt. 


i takat makan sayur2 je. 
tak lalu nak makan ayam2 or daging2. 


lepas dinner kami lepak di laman hotel. 
sejuk menggigil la you.


tgk tu, sejuk2 pun tetap nak sembang2 kat luar ni. 


i noticed hotel di area ni sudah terlalu banyak.
kalah cendawan yg tumbuh.
in 2015 rasanya nak ke EDEN RESORT tu mcm ngeri2 je sebab tak banyak hotel.
ni mmg la sangat padat.


ada org dah breakfast dah. 
MASALA MAGGI lagi tu.


sedapnya. 
i tak berani nak makan. 


ni sedap. 
ALO PARATHA. 
dalam tu kentang. 


dan i ambik roti n jam. 


staff di sini baik2 belaka. 


nama semuanya i dah lupa dah. 


Pagi ni kami akan checked out. 
sebelum balik tu kita ronda kejap kawasan hotel ni. 
resort ni bersebelahan dgn LIDDER RIVER. 




ada lak anak dara yg mintak nak bergambar dengan bujang Kashmir ni. 
malu2 la pulak cik abe tu. 
hehehe



Jommm kita tinggalkan dulu kisah kita setakat ni dulu. 
nanti i sambung dgn perjalanan dr Pahalgam ke Srinagar. 
singgah ke mana kami?
nanti kita share ye. 

22 comments:

  1. Cantik pemandangan semua tempat yang dikongsikan. Penuh kehijauan alam semulajadi. Sungai pun jernih sangat. Lawa sunguh Kashmir ni ye. Bila perut meragam masa travelling memang mood agak ke laut dalam kan? Semoga semakin membaik perut semua ahli rombongan untuk perjalanan seterusnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg spoil the mood betul kalau travel sakit perut. risau kita.

      Delete
  2. Teringinnya nak pergi. Suka nak cuba makanan Asia tengah ni.

    ReplyDelete
  3. Cantik betul pemandangan di semua tempat.
    Minum teh lagi sebu lah perut tu...Angin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg cantik sgt. betul la. teh ni buat perut lg tak selesa la.

      Delete
  4. Ala, tak best la perut meragam time jalan-jalan gini. Mujur Akk dah pernah sampai sini, tidaklah ralat sangat kan

    Seronoknya kampung diorg, cantik dan damai je... Udara mesti segar je tu di keliling gunung dan sungai cantik gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la kalau sakit perut mmg susah la. stress kita. jerebu2 ni rasa mcm nak terbang sekarang.

      Delete
  5. view cantik sgt2 ni...food plak semua nampak sedap! so i terus masukkan dlm my wishlist laaa..moga2 one day dpt join group kak yan..

    ReplyDelete
  6. Kak Yan ada bawa pil Actal tak? Saya makan pil ni bila rasa kembung perut.
    Memang paling risau masa travel perut meragam.

    Seronok betul tengok pemandangan sungai tepi resort tu. Tenang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo akak tak de la pulak. nnt nak bawak la kalau pegi tpt2 musim sejuk ni. kalau dulu2, we all ke sungai tu. tp musim autumn la . sg kiering masa tu.

      Delete
  7. subhanallah, cantik sangat pemandangan. teringin nak pergi kashmir!
    harga food kat sana tak mahal sangat kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg cantik dipandang mata. food sini reasonable price la. mewah makanan nya.

      Delete
  8. Aduuuh sayang nya kakak tak enak badan pula yaa. Kalau dah menyangkut perut bermasalah ketika traveling memang kuatir lah. Karena buat energi terkuras juga. Apalagi kalau sampai diare..

    Sayapun kalau traveling obat perut nih tak pernah lupa.

    Cantik sangaat view nya kaaak. Harap2 saya bisa traveling kesana dalam waktu dekat juga ❤️❤️.

    Dan makanan pun menarik. Saya tak ada masalah dengan makanan asia tengah ini . Memang sukaa sebenernya.

    Beetab valley itu saya sukaa sangaaaat . Terbayang udaranya sejuk di sana . Kenapa pak polisi tak bagi ya kak?

    Macam sayang menginap 1 malam 😄. Best soalnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beetab Valley mmg cantik. tak pegi sbb akak x larat. bahagian atas tu x blh masuk sbb selalunya ada VVIP yg lalu. kalau nak banyak mlm better buat tambahan hari liburnya. much better la.

      Delete
  9. Cantiknya view sana ni. Ribs kambing tu nampak sedap. Saya pasti nak cuba....

    ReplyDelete
    Replies
    1. View gunung ganang sana mmg camtik2. food sedap2 n murah je.

      Delete
  10. tabak maaz tu nampak sedap laa kak...
    cantik betul pemandangan kat sana...
    langit membiru air sungai yg jernih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap anies. kira macam kambing goreng. tp style diarang la kot.

      Delete
  11. Subhanallah... cantiknya view semua.
    Sungguh tak seronok ya bila berjalan perut tak selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg akak risau kalau perut sakit. tak kata keluar negara, dlm negara sekali pun.

      Delete

cliks..cliks