cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Tuesday, April 14, 2026

Manana Afghanistan - Cerita kanak-kanak Afghanistan dan roti (8)


*tertangguh blog i ni. 
dihimpit rasa yg sukar nak dinyatakan.
hilang mood untuk berblog.
tp bila bukak balik rasa terpanggil menulis lagi. 
semangat hidup mcm sedikit hilang begitu jugak berblog.
tp hari ni i terus kan sikit tulisan yg tergendala ini. 

those yg suka nak tgk cerita travel i maybe boleh ke SINI. 
i more active in TIKTOK insyallah. 

Tgk TT i about this boys. 
kat SINI ye. 



kan mlm smlm we all buat walking tour di bandar Kabul. 
kami jenjalan nak keluar makan malam di TURKISH BAKERY & CAFE. 
tengok cerita nya DI SINI ye. 
kenapa nak ulang lagi. 

well, masa jenjalan tu kami terserempak dengan 4 orang kanak2 yg sedang menikmati makan malam.
diarang makan nasi kalau tak silap. 
duduk je mereka berempat di kaki lima di bahagian tepi depan sebuah kedai roti.


hampir2 dgn kawasan FLOWER STREET ni. 


seronok je nak singgah ke kedai2 cam ni. 
kalau singgah sure kita shopping ni. 
hehehe


kami terus kan berjalan-jalan santai menuju ke suatu tpt. 
nak carik resto for dinner. 


then i toleh ke kiri. 
ada kedai jual roti. 
i ternampak 4 kanak2 ni tgh menikmati makanan. 
duduk selamba je atas lantai depan kedai roti ni. 
punggung depa ni dah biasa dah dgn cuaca sejuk ni. 


pelanggan kedai roti ni tak putus. 


then nampak diarang tengok kami. 
i mintak my TG pegi belikan roti utk anak2 ni. 
i suruh belikan sorang satu. 

rupa2kan diarang tgh menikmati fries bukan nasi. 
berkongsi ber4.
then my TG bagi kan pada diarang. 

happy la diarang. 
then i nampak, diarang makan sekeping je ber4.
another 3 depa simpan.
maybe buat makan nanti besok?
dinner?
sebab roti ni tahan seminggu kalau tak silap.

ya allahhh. 
kesian nya korang nak.
asal penuh je perut berisi.
tak terungkap.
sayu mengenang keadaan mereka. 


tokey kedai senyum kat i. 
dia panggil my TG. 
tokey kedai nak bagi roti pada i. 
sekeping besar. 
i kata i nak separuh je. 
dpt la i merasa. 

lepas tu ada sikit kekesalan. 
kenapa tak rasa/ambik sikit then bagi je kat bdk2 tu kan. 
itu la kerja tuhan. 

Kita di Malaysia terlalu berlebihan. 
makan berlebihan.
berbelanja berlebihan.
anak2 ni ya allahhh..

semoga ALLAH bagi kekuatan buat mereka. 
YA RABBII. 


 



12 comments:

  1. Lama Kak Yan tak bersiaran.
    Besar² betul rotinya tu.

    ReplyDelete
  2. sedeynya tgk nasib kanak2 yg hidup serba kekurangan...ujian hidup masing2 ...kita bantu setakat terdaya...barakallah fiik utk kak yan sbb belikan roti utk kanak2 afghan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedih. kita pulak bazir tak tentu hala kan. bantu mana yg mampu je la kita.

      Delete
  3. walaupun serba kurang tp nampak bahagia aje dorang kan kak yan

    ReplyDelete
  4. Besarnya roti tu, nampak sedap.
    Sedih bila tengok anak2 yg bercatu makan macam ni :( harap diorang membesar jadi insan yg baik, walaupun hidup serba kekurangan

    ReplyDelete
  5. Saya langsung terharu baca ini 😭😭. Lihat anak2 sekecil ini, kekurangan, tp mereka tetap mau berbagi dengan teman atau saudaranya 😭😭.

    Itu kenapa saya sering ingatkan anak2 saya utk habiskan makanan, utk bersyukur msh bisa makan setiap hari. Perut tak pernah lapar, sebab di belahan dunia sana, tak semua anak2 bisa makan kenyang 😔

    ReplyDelete
  6. Besar roti nya. Thanks for sharing Kak Yan, seronok baca trip ni.

    ReplyDelete
  7. Bila baca entry ni.. rasa bersyukur di Malaysia - makanan banyak malah berlebihan

    ReplyDelete
  8. Semoga kakYan bersemangat berbelog kembali... Di Malaysia, nikmat Tuhan mana yang ingin kita dustakan....

    ReplyDelete
  9. mereka tahu dan faham betapa sukar utk cari alas perut dan akan menghargai setiap pemberian terutama makanan...

    ReplyDelete

cliks..cliks