cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Monday, July 8, 2024

Pakistan May - June, '24 - Perjalanan berbelas jam ISLAMABAD ke CHILAS (Day 2)



once naik coaster the guests terus check in Hotel Red Line. 
simple je hotel ni sebab mmg plan hanya for transit. 
nak kena refresh. 
tak breakfast kat sini pun. 

depa checked in dalam pukul 6am. 
then the agent bagi tau gerak dlm kul 11am. 
eeee.. tak de makna nya depa nak relax2 duduk dalam bilik kan. 
so the guests insisted to move at 8.30am. 

the actual itinerary utk malam ni adalah bermalam di BESHAM.
dan akan stay di  BESHAM RAMADA HOTEL. 
then perjalanan dr ISLAMABAD ke BESHM sekedar 4 - 5 jam saja. 
that's why the agent planned nak gerak lewat sikit dan pd pemikiran beliau guests might be penat. 
dan perlu rest sebelum memulakan musafir ke utara pakistan. 

tp since dah agak awal keluar nya macam tu Mr Saad pun plan better terus maju ke CHILAS. 
kira2 almost 3/4 journey ke HUNZA dah cover. 
the group actually pada awalnya lalu NARAN. 
tp since laluan masih belum dibukak maka TERPAKSA menggunakan laluan BESHAM. 

sebenarnya kalau boleh agent2 tak nak menggunakan laluan BESHAM ni. 
kenapa?

1. journey mengambil masa yg lebih panjang sebab jaraknya bertambah another 100km extra. 
2. road thru BESHAM ni kurang bagus la. 
3. tak ada apa2 yg menarik di sepanjang perjalanan ke BESHAM - CHILAS. 
4. Hotel2 yg ada di BESHAM tidak begitu bagus facilities nya like limited services kinda. 
5. activity di BESHAM ni semata2 TRANSIT je. 

kalau nak kata tak de benda apa yg menarik kalau menggunakan laluan BESHAM ni i rasa laluan ke PANGGONG LAKE (India) lagi tak menarik sebab u tak nampak rumah or pokok2 pun. 
Gunung ganang batu je. 
tp i percaya scenery toward to the north ni lebih menarik. 
kalau i tgk dr gambar dan video yg dishare ke group. 


check in time. 


simple room. 
still ok to me. 
supposedly diarang stay kat GRAND ISLAMABAD HOTEL. 
dah namanya tak de rezeki la kan. 


tuk tuk pakistan. 
atau pun cam angkut di Indonesia. 


memulakan perjalanan ke utara. 
toll ada. 


enjoy la ye, 


after plus minus 1 hour diarang tiba di EMERALD CUISINE RESTAURANT.
i copy paste caption yg ditulis oleh ATUK BAIK ye. 

PAKISTAN 30 Mei - 10 Jun 2024
Hari ke 2 - Islamabad ke Chillas
Singgah di Emerald Cuisine Restaurant untuk sarapan pagi yang terletak di Jhang Bahtar Road, Jhang Bahtar.
Akan menjadi pilihan utama untuk makan makanan Pakistan. Dengan menu yang banyak, makanan yang berkualiti dan harga yang berpatutan.
Yang terbaik yang saya cadangkan adalah teh Masala Chai. Setelah 4 hari di Pakistan, tak boleh bandingkan restoran ini yang sangat sedap. Semua rombongan kami pun kata begitu.


depan resto. 


besar gak kan resto dia. 


para pekerja busy menyiapkan hidangan. 
style diarang once guests tiba baru la depa busy memasak. 

*benda cam ni lah yg kurang setuju dgn style org Malaysia. 
cara ni banyak waktu akan terbuang sebab food hanya akan disediakan bila guests sampai di resto. 
kunun2nya nak serve food panas2. 
kita lak tak sabar la kan. 
nak gerak ke utara tu lama lagi. 
kalau boleh tiba resto terus hidang kan food then makan, then sambung journey. 
kan. 
tang ni i think i pun setuju. 
they need to improvise this kinda service. 


masala omelete memang jadi pilihan. 
sama je kalau travel ke Kashmir India. 
omelete la yg paling i suka. 


PARATHA panas2. 


once ada masa, memasing focus dgn phone. 
menunggu breakfast memang lewat lah. 
cam tu la depa. 


after a few moment laterrrr.


breakfast pun dihidangkan. 
time to eat. 


One of the guest ambik gambar dgn local coz she quite wondered with the way local ni breakfast.
tp mmg style org Malaysia la kan. 
sesuatu yg unik tu sure nak diabadikan dgn bergambar. 
it's me sangat. 

lepas breakfast terus kan perjalanan lagi. 
almost 3 1/2 - 4 hours travel singgah di BESHAM HOLIDAY INN HOTEL & RESTAURANT.
kalau tgk pada nama Holiday Inn tu jgn lah ingat cam HILTON di Malaysia.
ni hanya sekedar nama.

(pernah bertekak dgn org depa ni gak pasal nama ni. dia ketegaq mengatakan standard Holiday Inn or Continental Hotel  or Hilton ni di negara dia la, sama cam world classs. helloooo.. ni bukan world chain okkkk. ni just nama. Tak mungkin service dia world service. tp dia mati2 kata ni world class. i really harap dia membaca my blog ni so dia at least bukak mata sikit pasal tourism ni. hhhhh. geram kita wak. morale of the story , BE HUMBLE jgn dok sombong diri. auww..)                                                                                                                                                                                             

kurang lebih tiba di BESHAM HOLIDAY INN HOTEL & RESTAURANT Bazaar.
Tiba dlm pukul 3.30pm.


pemandangan di town kecik ni. 


tetamu kita menuju ke resto ni. 



pemandangan biasa di Pakistan. 
suka pulak tgk.
santai2 je kan. 


busy org dapur kan. 




lunch di HOLIDAY INN BESHAM. 
Lunch tak masuk dlm package. 
tp diarang order sekali then terus bayar la. 
then sambung lagi perjalanan. 


semua ni adalah KARAKORAM HIGHWAY. 
all the way menuju ke utara Pakistan. 


another check point. 
kat sini lah all the documents ditunjukkan. 
mana copy visa nya. 
mana copy passport nya. 
semuanya la. 


tiba la di DASU. 
after almost 3 hours selepas makan tengahari di BESHAM. 
banyak intensive pembangunan yg sedang  dibuat di kawasan ini. 
stopped at DASU HYDROPOWER.
The DASU DAM is a large hydroelectric gravity dam yg sekarang under construction on the INDUS RIVER. 
DASU in dlm derah KOHISTAN.


PAKISTAN 30 Mei - 10 Jun 2024
Hari ke 2 - Islamabad ke Chillas
Tenaga Hidro Dasu, Kohistan.
Projek Tenaga Hidro Dasu ialah projek larian sungai di Sungai Indus yang terletak 7km di hulu Pekan Dasu, Daerah Kohistan (Atas), Khyber Pakhtunkhwa.
Tapak ini terletak 74km di hilir tapak cadangan Diamer Basha Dam dan 345km dari Islamabad. Projek akan menjana kuasa hidroelektrik 4320MW, dengan tenaga tahunan 21445GWj dan akan dibangunkan dalam dua peringkat.
Peringkat-I akan menjana 2160MW.
Peringkat-II akan siap dalam tempoh 5 tahun.
Projek ini dibiayai oleh Bank Dunia.
Projek Tenaga Hidro Dasu adalah salah satu projek keutamaan di bawah Dasar Kuasa 2013 dan Wawasan 2025 Kerajaan Pakistan.
@ Perjalanan telah melalui 370 km dan selama 11 jam


massive kelihatannya. 








gambar ni agak kehijauan disebabkan tingkap coaster. 
dr DASU perjalanan dteruskan. 


ni lah video sebelum depa tiba di CHILAS. 
depa tiba dah tengah malam. 
cuba tgk video ni rasa dlm hati tu lain macam je. 
i masukkan sedikit caption atuk baik dr post beliau di FB based on the video yg atas ni. 


PAKISTAN 30 Mei - 10 Jun 2024
Hari ke 2 - Islamabad ke Chillas
LEBUHRAYA KARAKORAM (KKH) - 3
(Keajaiban ke 8 dunia)
Oleh kerana mementingkan diri sendiri, potong Q dan tidak sabar serta tidak mahu mengalah, terpaksa pihak berkuasa menyelesaikan permasalahan trafik.
Ini kerana ada sesetengah tempat hanya boleh dilalui satu kenderaan sahaja. Antara banyak sebab adalah kesan batu bukit runtuh, jalan jadi rosak dan sisa batu batu besar.
@ pukul 10:00 malam
44 minit juga baru boleh lepas.


ye lah kan. 
suasana jalan tu kan. 
memasing agaknya mendiamkan diri je la. 
yang penting nak kena sampai cepat. 
nak rehat dah.

yang penting mereka semua dah selamat sampai di Chilas. 
perjalanan yg sangat panjang utk jarak 487km selamat 16 jam. 
fuhhh!!.

tapi i memang salute la kan our guests ni. 
even dah berumur tp meemang nampak steady sangat. 
kalau i memang dah mengerang kesakitan kaki. 
dah rindu sangat tilam. 

Ok la. 
kita sambung next N3 ye. 
panjang dah. 

plan nak explore Pakistan hujung tahun ni?
DM me ye. 0192129958. 



12 comments:

  1. ok done reading! it's a long journey laaa..memang kena betul2 fit ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah.. tp MZ ada gak yg guna flight tp mula dr Skardu. then one way back thru Besham to Islamabad.

      Delete
  2. Mak aiii... 16 jam perjalanan. Jauhnya, dan lamanya. Betul tu kalau kena tunggu diorang masak, memang banyak masa terbuang begitu saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 16 jam actually campur dgn semua benda la kan. makan minum solat toilet. then berhenti kat any pitstops. kira worth it kan. hehehee. betul sgt. sayang masa. mmg kena kautim betul2 dgn org kedai ni.

      Delete
  3. Seronok baca kisah di Pakistan.. Moga dpt la ke sana satu hari nanti..
    pertambahan jarak 100km ikut lalun besham.. kalau jalan highway dan ada tmpt menarik tak apa la juga huhuu..
    Alhamdulillah dapat hotel just nice but puas hati kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. INSYALLAH. boleh pegi punya la. u dah merata jalan pun. apa la sangat Pakistan ni kan.

      Delete
  4. Semua main handphone tunggu makanan sampai tapi bila nak amik gmbr semua serentak letak hp hahaha .. comey jer.. mmg kawan pakistan pun mcm tu nak makan baru masak mugnkin sebab diorng tak amakn nasi,.. makan prata dgn nan mcm tu.. tu yg nak makan baru buat.. kalau sejuk tak sedap kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe la kot. nasi tu depa makan sesekali. esp nasi putih. org malaysia mmg tetap dgn nasi putih la. betul tu. roti kena makan dan dan tu gak.

      Delete
  5. Lawa keadaan tmpt pergunungan tu mcm dalam cerita bajrangi bhaijaan.. Mcm dalam 3 diot pun sama juga hihii..
    tapi ending perjalanan waktu malam tu hahahaa.. memang semua senyap la.... selagi tak sampai selagi tu la semua bertafakur hihii.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. actully northern part of Pakistan ni mmg sebelah je pun dgn Kashmir India dan Ladakh India. seberang sungai je pun.

      Delete
  6. 16 jam tu dah hampir2 KL - London tu kak! fuhhh mmg kebas pungguq...tapi berbaloi dpt nikmati pemandangan yg superb👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu kalau perjalanan yg non stop la kan. ni pulak stop2 then nampak nature di depan mata. masyallh.

      Delete

cliks..cliks