Pages

Tuesday, February 25, 2020

Amalan Munjung di bulan Syaaban




tak lama saja lagi kita nak sambut puasa dah kan. 
dah habis ganti puasa pada sesiapa yang terlopong last ramadan?
terlanjur nak cerita pasal Ramadan ni i nak share gambar2 yang Abang Luqman bagi kat i. 
cerita activity sebelum bulan puasa. 
bulan syaaban kan. 
sebenarnya gambar2 yang i akan share ni bukan gambar terbaru. 
gambar almost a year ago. 
kiranya activity yang dibuat pada bulan syabaan tahun lepas. 
sebulan sebelum kita bertemu Ramadan. 

asrama Abang Luqman (pada tahun lepas) kedudukannya berada dalam lingkungan kampung. 
dalam daerah tempat jualan pokok2 bunga kalau you all nak ke Kampung Daun atau nak ke Dusun Bambu. 
tahun ini pulak dah jadi asrama Abang Irfan. 
dia berpindah ke sini pulak. 


as usual lah activity mereka pada pagi hari adalah HALAQAH. 
pengisian dengan membaca dan menghafal.
ini weekend. 
jadi ada parents salah seorang santri datang berkunjung dan ingin makan bersama2 santri yang lain. 
then at the same time ingin berbagi rezeki dengan penduduk kampung yang ada di sekeliling asrama. 


maka adalah tetamu2 kecil turut bersama. 


sebelum makan bersama ada santri ditugaskan untuk menyediakan peralatan untuk makan bersama. 
mudah je. 
mereka dapatkan daun2 pisang yang dimintak dari orang kampung. 
nak makan reramai mereka tak perlu menggunakan pinggan mangkuk yang banyak. 
gunakan kemudahan alami. 
dari alam saje. 



begini lah caranya mereka makan beramai2. 
kalau kat Malaysia kita dengan shell out nya kan. 
tapi kat sini sebab dah kebiasaannya kalau ada yang bersedekah makanan
dah mereka makan beramai2 begini lah keadaannya. 



Makanan diagih2kan samarata. 
suka sangat i tengok kan macam ni. 


sebelum depa makan sebenarnya sebahagian dari santri yang lain ditugaskan membahagi2 makanan buat orang kampung yang berdekatan asrama. 


tengoklah gambar ni. 
seronok kan. 
amalan yang kita jarang2 nak buat. 
kalau kat Shah Alam i tak pernah terfikir lah. 

kiranya kalau kita kat Malaysia orang2 Jawa selalunya mengamalkan adat sebeginikan. 
amalan ngunjung.
Kampung hubbypun selalu buat macam ni. 
biasanya diberi pada jiran2 berdekatan. 

i just love the way depa berbagi makanan ni. 
tak de pun pakai plastic2 tapau tu kan. 
guna lekar dan daun pisang je.
dan makanannya bertutup2 gitu dengan daun pisang. 
teringat zaman kecik2 waktu bulan puasa. 
hantar dan tukar2 makanan dengan rumah mak2 sedara keliling rumah. 
seronoknya rasa. 

berbagi sedikit makanan dan amalan yang sangat indah. 
yang memberi rasa seronok dan yang menerima rasa bahagia. 
ALHAMDULILAH..



18 comments:

  1. bestnya amalan munjung nih, seronok makan beramai-ramai gitu di daun pisang mengeratkan silaturrahim pun iya...
    cantiknya kawasan kat sana kak, memang tepi-tepi tempat belajar tu ada nursery atau memang kampungnya penuh bunga-bunga...

    di kampung dana pun masih amalkan tradisi munjung mulai bulan ini sampai bulan puasa nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo panggil munjung ye dana. hehehhe.. akak dok nak tulis beriya2 dari hari tu.. rupa2nya munjung..

      mmg best kawasan dia kat sana tu Dana. mmg alami gitu.

      Delete
  2. Alhamdulillah...rezeki dikongsi bersama... :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah best nya aktiviti ni. meriah ja kan. teringin jugak nak ke sana tengok adat budaya orang :D

    ReplyDelete
  4. Haha tak payah fikir kena pulangkan pinggan. Nak bawa pun senang.

    ReplyDelete
  5. suka tengok part makan guna daun pisang besar gitu, alami, jimat dan tambah mesra makan sama2.

    keluarga saya dan suami masih amalkan munjung, tapi biasanya buat masa bulan puasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas makan pulang balik ke alam.. tak rosak pun alam kita.

      Delete
  6. Assalamualaikum Sis Yan, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.



    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

    1 x RM200



    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

    2 x RM100



    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

    14 x RM50



    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    ReplyDelete
  7. dh mcm nasi ambeng pulak pas kenduri kann., tapi nasi ambeng bawak balik rumah masing2 jeeer., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kurang lebih lah tu Wak. cuma ini diedar2kan. seronok kan.

      Delete
  8. Menarik, SA suka nak explore budaya orang lain...ntah bila la dapat explore...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah SA. Boleh je satu hari nnt. Jgn give up berangan2.

      Delete