Pages

Wednesday, November 9, 2011

Surabi

Pernah makan SURABI. Atau ada orang panggil SERABAI ( rasanya ini yang dipanggil oleh orang Johor lah). I pernah makan masa kecik - kecik dulu. Then lamaaaaa dah lepas tu tak makan. Puluh tahun gak lah. Then masa surveyed/surfed internet before visiting J a k a r t a / B a n d u n g, i ternampak food ni...Then terus teringat dan teringin nak pekena kuih ni nanti.. So, hari tu, masa ada kat K a m p u n g D a u n, B a n d u n g , i pun merasa lah.. memangg i suka.. tekak orang kampung lah katakan..

Then masa pegi rumah NekCik, ada NekCik buatkan.. makan beriya - iya i...NekCik baik hati, masa mai umah i sikit hari tu, NekCik buatkan. Kemain i makan.. SUKAAAAA.. SO, i nak share kat sini lah cam ne buat SURABI ni.. Senang je...Jom kita tengok cam ne nak buat..


Bahan - bahan...
300 gm tpg beras cap teratai
270ml santan pekat - pakai santan kotak je.
1 sudu besar yis
60gm gula pasir
1/2 cawan nasi
sikit garam..
1/2 caw air


Cara - cara......
1. Kisar nasi dengan air dulu sampai halus.
2. Masukkan santan, gula, tepung dan garam dan kisar lagi.
2. Perap 2 jam atau lebih.
3. Kemudian lenserkan di kuali.

Kuahnya
1. Masakkan gula melaka santan sampai pekat. campurkan sedikit air.. letakkan daun pandan sikit..Sejukkan..dannnn..makannnn...LOVE IT...


SELAMAT MENCUBA YEEEE...

13 comments:

  1. Sedap niiii...eynda panggil serabai :-)

    ReplyDelete
  2. ms sek men dulu, slalu makan serabai ni. org jual kt pasar mlm, bla x abes jual diorg sedekah kt kami

    ReplyDelete
  3. kak.. kalau ayu tiak lempeng malaysia okey tak>

    hehehhehe
    nampak sedap, lagilah diselitkan sedikit coklat cair.
    meleleq

    ReplyDelete
  4. akak pun suka kuih ni
    akak panggil kui serabai

    di bandung memang banyak kuih ni :)

    ReplyDelete
  5. Akak pun panggil serabai Eynda.. Tapi bila ke Indonesia dan terbaca pasal this kuih, terus terpanggil Surabi..

    ReplyDelete
  6. aah sedap nie ... kalau x der kuah dia tuu .. makan gituu je dah sedap jugeee

    ReplyDelete
  7. Masa I kecik-kecik dulu, SERABAI ni dihidang hanya time ada kematian sahaja. Maklum ini dikatakan makanan tidak mewah. Sangat sederhana, lalu makanan dihidang tidak boleh yang mewah.

    Sekarang dah takda lagi orang buat macam tu. Orang hidang nasi berlauk juga.

    Serabai ni memang sedap. Kalu cicah pengat durian, adeh!

    ReplyDelete
  8. saya pernah dgr yang nama Serabai tu...tapi tak pernah makan lagi

    ReplyDelete
  9. Kak Yan, orang ganu pun panggil serabai gak, mak fida suka serabai ni..

    ReplyDelete