Pages

Friday, October 22, 2010

Musim Haji Yang Mengundang Nostalgia

Musim haji sudah datang kembali. Diam tak diam almost two years sudah my parents mengerjakan haji. Masa singkap - singkap gambar - gambar lama di PC, ternampak gambar - gambar sewaktu my parents mahu berangkat ke Mekah pada November 25, 2008. Kesemua gambar - gambar ni pulak langsung tiada dalam simpanan album - album di rumah. So, sebagai mengabadikan moment - moment keberangkatan mereka ada baiknya i jadikan N3. Sebenarnya kehabisan idea pun satu.. Tapi tak kesah lah yang penting ada memory di sini.

I sedang memasangkan rantai besi di tangan my mommy
TokYayi sudah bersedia
Walaupun my parents tinggal di Johor, tetapi mereka memilih package Tabung Haji yang keberangkatannya dari KLIA. Of course my house jadi tumpuan saudara mara yang ingin bertemu my parents. So, on November 25, lebih kurang jam 20.30 malam kami beramai - ramai mengiringi my parents ke airport. Yang penting di sini gambar - gambar kami di Tabung Haji Kelana Jaya dapat diloadkan.. Tengok je lah ye...
All the luggages pun sudah bersedia
Sayu hati tengok my mommy and puppy dok bersalam - salam meminta maaf sebelum berangkat keluar dari rumah.
My Mommy sedang bercakap dengan CiRah yang ada di Holland dan tidak dapat bersama -sama kami.
Biasalah walau di mana saja kami berada, pasti bergambar menjadi agenda utama. Cuma kami tak makan je kat situ. Al maklum bukan untuk bersuka ria. ALHAMDULLILAH my mommy and puppy selamat mengerjakan haji dengan jayanya. INSYALLAH,... ALLAH mengurniakan haji yang mabrur buat mereka.
Mak dan Abah tersayang..
Yang aku perhatikan my mommy selama setahun sebelum mengerjakan haji telah membuat solat tahajud dan solat taubat. Begitu juga my puppy. Memang sebelum ini bukan tidak membuatnya tetapi malah dipertingkatkan.. Mudah - mudahan kami yang masih belum mengerjakan haji akan melakukan perkara yang sama supaya bila kembali kami akan menjadi seorang manusia yang baru dan sentiasa mengingati dan sentiasa berada dalam keimanan dan peliaharaan ALLAH. Tak mahu ke SANA hanya mahu mendapatkan gelaran HAJJAH atau HAJI tapi cahaya keimanan masih lagi di takuk yang lama. INSYALLAH...

2 comments:

  1. Salam Yan ,
    Baguslah awak buat n3 . Ada kenangan dan cerita dimasa hadapan . Tidaklah ia tersimpan tertutup .

    Moga ur mak and abah sihat sejahtera ketika ini .. org johor ek ? .. kita sekapal . hehe

    ReplyDelete
  2. Salam Linda,
    sebenarnya mmg tujuan blog i ni i nak buat as cerita family and my self. thenloadkan gambar2. Kalau dulu suka cucui gambar then letak dlm album. Now digital. so malas..

    ALHAMDULLILAH mak abah sihat. Kampung kat Permas,Kuup, Pontian, Johor. Memanglah sekapai.. Linda Johor pat mane?

    ReplyDelete