cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Tuesday, April 4, 2017

Meraikan tetamu dari Kashmir


Cerita Kashmir i. 
Bukan i ke Kashmir. 
tapi orang Kashmir datang Malaysia. 
Sorry sebab kacau N3 Surabaya i. 
tak pe. 
takut nnt cerita dah basi. 

Anyways,  Zubair and his friend datang ke Malaysia.
Nak sangat tengok Malaysia. 
Nak lari dari cuaca sejuk di Kashmir katanya. 
Dah plan memacam si Zubair ni, maka depa ni sampai pada March 16, 2017. 
Tujuan utama nya adalah nak tengok MATTA FAIR. 


So dalam pada badan i yang kurang sihat, dapat gak ke sini. 
Depa ni ke Malaysia dari March 16, hingga 24. 
Tapi his friend, Ishfaq balik dulu. 
Setelah dua hari di Malaysia, mereka nak ke Langkawi  pulak. 
Jadi i pakat2 dengan Hubby nak buat makan2 sikit lah kunun nak meraikan depa ni. 
Plus mudah gak bagi yang lain2 kumpul di rumah i dan jumpa Zubair. 
Kalau ikut2 kan i memang tak berapa yakin boleh buat or not. 
sebab tak ada members yang lain di rumah. 
Semuanya ke Kelantan. 
Plus 2 bujang i kan kat Bandung. 
Tapi i dok fikir2, boleh kot. 
tu yang buat gak. 


ini adalah kali kedua   orang Kashmir bertandang    ke rumah i. 
memula dulu Arwah Fahad dan isteri. 
Tapi masa arwah dulu i jamu kan tea saja. 
yang ni pulak makan2 sikit. 
tu yang nervous. 

First group yang datang bersama Zubair adalah
Roro and Shima yang dah ke Kashmir dengan perkhidmatan Vertical Travels. then Kakcik and Abang Mus, husband kakcik. We went to Kashmir with Zubair as our tour guide. 
Sebenarnya sebelum kitarang makan, Zubair dah janji nak buat 
kahwa untuk the guests. 
Saje je nak bagi mood lah kununnya. 



I told him, better he did that. 
Not me. 
Even i know how to do it, still berbeza dengan cara depa. 
Memula dia pun hancurkan badam. 
Kalau i, i masukkan je badam cincang. heeeeeeee


Saffron direndam dalam air panas. 
Yang ni bila di Zubair macam kurang yakin, dipanggilnya si Ishfaq ke dapur. 


Amik ko.. 
dua jejaka Kashmir di dapur i yang lintang pukang tu. 
Rupa2nya terror si Ishfaq lagi membuatnya. 


then Zubair pun served lah dia punya kahwa to the guests. 


While having our kahwa, Abang 'Im served the Nachos. 
Dia yang buat semuanya. 
ALHAMDULILAH, Abang 'Im dapat bantu di dapur. 


tengok lah. apa yang termampu i sediakan buat my guests ni. 


i tak mampu nak masak semua. 
sebahagian i beli. 



lepas kahwa, cepat2 i mintak group ni ke meja makan. 
sebab ada yang lain lagi belum sampai. 
so sebab nak meraikan depa ni berdua, kita dulu kan depa ni lah kan. 


i sebenarnya suspen dengan depa ni. 
kena ke tidak tekak depa dengan masakan i ni. 
Kalau ada Chef CiJu, sure i dah suruh dia masakkan nasi minyak ke nasi beryani ke. 
tu memang dah kena sangat dengan tekak depa kan. 
tapi kalau depa ni tak cuba our food, mana aci kan. 
I kat Kashmir habis belasah semua food depa. 
Even street food pun i berkenan nak cuba cuma tak dibagi je. 


i suruh mamat Industan ni cuba dulu sikit. 
Kalau kata tak kena tekak dia, i suruh dia makan yang lain. 
Lepas cuba sikit, dua2 kata ok. 
"Good, it's good', kata depa dua. 
hhhhhhhh. 
lega hati  Mak Bedah.
Bertambah2 depa makan. 
Berbaloi i berdiri lama memasaknya. 
Apa yang i masak ek?


Ni haaahhh..
Mee Kari. 
ada karinya lah tu maka sesuai tekak depa. 


Ada rojak. 
Bukan i buat lah kan. 
I beli Rojak Karim. 
penyelamat i memang. 


then Murtabak Johor. 
I beli kat Tirai Ratus, Seksyen 3. 


ada gak local fruit yang i jamu kan buat depa ni. 
Depa ada tanya dengan i pasal local fruit lah. 
so berusaha i membelinya. 
memula hanya di atas ni yang dapat i beli. 
I cari durian, tapi tak jumpa. 
Then Hubby pegi cari kat Seksyen 7 area belakang rumah. 
baru dapat. 
yang i beli kat atas tu, pisang. (depa tak pandang lah kan). 
tempat depa pun ada. 
i beli sebab nak mencukupkan je. 
Ada buah Kundang. 
Manis sungguh. kan tengah mahal buah ni kan. 
i beli yang ni pun rasa2 nya tak sampai 20 bijik kot. 
Dalam RM28.00. 
tak pe, nak rasa. 
then Cempedak tu. 
Pun bukan musim. 
so harganya separuh tu pun dalam Rm22. 90.
tapi memang manis sangat. 


Bagi cuba kat depa ni. 
Muka curious nak tau macamana rasanya lah tu. 


cium pulak. 
Si Ishfaq tak berapa suka. 


sorang macam bahagia, sorang macam berduka gara2 durian. 
Ishfaq makan seulas je. 
Zubair pulak dalam 5 6 ulas kalau tak silap i. 




Hubby belikan Musang King dengan D24. 
Bukan musim. 
3 bijik je dekat RM300. 
betul2 disembelihnya kita. 
tapi ALHAMDULILAH isinya memang cantik dan rasanya memang puas hati. 
hampir semua dapat rasa. 


dapat ini pulak dari Kak Sharida. 


Kak Sharida bawak 2 bijik.
Satu dibukak biar depa ni rasa. 
Satu dah sampai ke Delhi dah. 
merasa orang India. 


Bila kami dah habis makan, muncul group kedua. 
Zubair pun stopped makan durian. 
kalau tak mau bertambah lagi tu. heeeee


Ini lah group yang sudah dibawak oleh Zubair. 
Family Yati and Azman in winter kalau tak silap. 
They were really enjoyed the moment dalam snow tebal masa tu. 
Yati bawak Puding Cendol. 
Sedap sampai lupa nak tangkap gambar. 

then family Kak Sharida. 
another 2 kids Kak Sharida tak ikut pulak. 
Kak Sharida pergi dalam bulan March cam tu. 
Tapi rezeki beliau and family, dapat merasa tengok Tulips. 
Tahun tu dibukak awal. 


Family Yati. 



Ini adalah Yanie. 
First group yang dibawak Zubair after my recommendation  selepas arwah meninggal. 
Dari situ lah ukhwah kami bermuda deegan Zubair. 
Kesian Yanie masa ni tak sihat. 
Semoga ALLAH beri kesihatan yang baik. INSYALLAH. 


Teringat kata2 Yati. 
"Yan, i percaya 100% ada you untuk bawak i and family ke Kashmir".
bila diberi kepercayaan, dan Zubair dapat melakukan dengan baik, ALHAMDULILAH.. rasa bersyukur sangat. 
ALLAH ambik yang baik, ALLAH berikan yang lagi baik. 


Bergambar sebelum berpisah. 
Those yang teringin nak ke Kashmir, nanti contact Bhai Zubair ni ye. 
Phone number + 91 97 96 75 9999
ALHAMDULILAH..semuanya selesai (tetamu pulang at 5.30pm kalau tak silap). 
tinggal Rahina my cousin je yang nak discuss dengan Zubair. 
lepas tu depa dua ni berehat dah i noticed depa lelap kejap dalam guestroom. 
penat lah kan. 
then malam ni depa nak ke Langkawi. 

Dalam pukul 10.00 PM, i tanya depa nak makan malam lagi tak, tapi dua2 nya menolak. 
Depa kata, depa dah full. 
but i offered depa Tea and dessert. 
Depa kata depa nak. 


Ini cake yang Yanie bawak. 
So makan lah depa cake malam tu. 


and i served kan Pudding Cocktail buat depa. 
Makan bersungguh gak depa. 
ALHAMDULILAH.. 
sedap je tekak depa. 
Bertambah. 


Ini gambar depa ke Masjid Biru Shah Alam. 
Pegi sendiri sebab depa stayed in Shah Alam on the first day. 



Then malamnya i bawak ke my shop. 
sebab Zubair nak jumpa one group yang akan ke Kashmir bulan April ni.

Selepas all the dessert, me, Hubby and Abang 'Im pun hantar lah Zubair and Ishfaq ke Bus Station, Seksyen 13.
Tak tau pun i kat situ ada station bus. heeeeee
Depa naik malam dan tiba subuh di Kuala Perls. 
Depa nak enjoy Langkawi. 
dan memang depa benar2 enjoy. 
Ok lah.. ini lah cerita i pada kali ni. 
Cewahhh. 
yang penting hajat dapat dilaksanakan. 
Syukur YA ALLAH. 
semoga ukhawah sesama kami akan kekal terjalin selamanya. 
INSYALLAH. 

24 comments:

  1. wahhh org jauh dtg yaa kak... insya allah ada rezeki nk ke kashmir nnt sy nk hire diorg ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. INSYALLAHHH.. alhamdulilah Zubair boleh dipercayaai.
      dah macam adik2 je dgn dia ni.

      Delete
  2. Alhamdulillah...bila ikhlas memberi dan ikhlas diterima, berpanjanganlah ukhwah jadinya... :)

    ReplyDelete
  3. Huh mahal sungguh buah-buah tempatan skrg ye. I pun semalam beli D24 dua biji... RM100. Kes sebab teringin sesangatlah.

    Mamat Industan dua orang ni travel agent ke Yan? sebab pandai ke Langkawi berdua dengan bas je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat mahal sis. tapi tu lah. hajat nak bagi depa rasa. tu yg belikan jugak.

      Zubair yg ada travel agency. Ishfaq kawan si Zubair yang tinggal di Delhi sekarang.

      Delete
  4. bestnya kak... dpt jumpa tetamu jauh, selalu akak jd tetamu kt sana ni depa lak dtg...

    bkn main mahal durian tu ek, nsb lah elok n zubair pun suke mkn... kire rasa berbaloi lah beli kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah dana.. selalu kita je ke sana. now bila dia ke sini, boleh lah dia experience sendiri pasal Malaysia.

      Memang mahal sangat.

      Delete
  5. Terasa keseronokan menyambut tetamu khasmir tu..
    Mcm teringin nak gi khasmir tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Joommmm.. tengok gambar2 Kashmir, sure u nak pegi.
      kalau nak, just lemme know ye.

      Delete
  6. dari tour guide jadi rapat kan. ikatan ukhwah yang terjalin atas dasar respect dan harmony.

    ReplyDelete
  7. Takde ke nyambut tamu kotea..bolehlh i join

    ReplyDelete
    Replies
    1. Neknek lah pulak sambut org Korea.. Kami nongkong je.

      Delete
  8. ya ampun.. menu makanan yang best tak terhingga tuh.... i likeee kak!

    ReplyDelete
  9. Saya suka durian Kak Yan. Durian musang king pasti enak banget ya. tapi harganya mahal banget.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Gun..mahal bangetan..tp kerna mau bagi rasa ama tamu, maka dibeli juga lah..

      Eh..Gun pegi ke mana2 majlis Zakir Naik yg ada di Indonesia ngak?

      Delete
  10. kak, semua makanan tu sy suka kecuali martabak :') perut full x full, yg penting nak ja sy sumbat semua. awww, kek tu lagi mengancam nafsu makan XD ha ah, buah kundang memang mahal. tapi, knp mahal ek?

    ReplyDelete

cliks..cliks