Pages

Friday, September 18, 2026

Staycation Kuala Pilah 3D2N (1) - Roti Canai Kari Kambing Ulu Bendul dan ziarah kawan baru.


waktu sembang2 dlm group, sis zu bagi tau satu tpt makan di Kuala Pilah.
me lak tanpa perlu nak mintak izin sesiapa terus setuju bila she said jom kita breakfast ke sana.
i pun terus la scroll2 tempat2 makan di Kuala Pilah. 
banyak wei. 
seronok la plan nak makan kat sana kat sini. 

plan asal nak balik hari. 
since zu kata cam tak berbaloi takat nak makan roti canai then balik dah. 
tu yg kami terus carik2 hotel utk stay for 1 night. 
so kami bertiga, me, zu and her mom memulakan journey kami. 
food hunting mission. 

kami nak breakfast di ROTI CANAI KARI KAMBING di Ulu Bendul. 
zaman sekolah di Seremban dulu ada la sampai ke Ulu Bendul ni. 
perjalanan ke Ulu Bendul kena lalu Bukit Putus waktu tu. 
tengok2 sekarang, jalan dah cantik. 
smooth je perjalanan kami. 

dr Puchong lebih kurang jam 8.40am.
tiba di Ulu Bendul lebih kurang 1 jam perjalanan. 
traffic pun smooth je. 
cuaca redup.
tapi berbahang. 
semuanya gara2 jerebu. 


tempat yg kami plan nak breakfast. 


tak ramai lagi customers masa ni. 


macam2 ada di sini.
main dish mmg ROTI CANAI. 



bersih kawasan kedai ni. 


lapang kawasan tpt makan. 
sebelah kiri ada busking.
sekarang ni mmg banyak kedai makan ada busker. 
kalau i sure ambik meja jauh2 sebab nnt tak dpt nak sembang sakan. 


tiba la our roti canai dgn kari kambing. 
satu mangkuk tu RM20 tau. 
mahai ke murah.
malas nak bagi tau. 
janji makan sedap. 


nampak besar you roti dia.
we ordered 2 for everyone. 
tapi utk mak zu just sekeping. 


ada 2 org lagi join food hunting kami ni. 
2 anak muda. 
Ajam n Daniel. 
they ordered ROTI TELUR. 
ehhhh dah macam murtabak. 
mmg mengah diarang makan. 
so kalau sesiapa nak makan roti telur, order la sekeping dulu. 
memang besar la. 


ni la gegerl yg dok nak food hunting di kuala pilah. 
mom zu umur dah 74 thn. 
masih kuat berbanding i. 
cumel je. 


kami semua ni adalah fren2 dr Tiktok. 
semua atas sebab selalu join Tiktok pasal Afghanistan dan stickers kami jadi rapat. 
Ajam ni kalau sebenarnya setakat nak makan roti canai rasa nya dia tak ikut. 
ada sorang lagi yg selalu join live tiktok dan kami kerap bersapa di situ tinggal di Pilah. 
since kita dah di Pilah, kenapa kita tak singgah menjenguk. 
orang yang nak kami jenguk tu pun berumur kurang lebih 74 thn. 
baya2 mak ayah kami. 
beliau pun setuju utk bertemu. 


masuk la kami ke Kg Pelangai. 
rumah beliau sekitar masjid lama kg pelangai. 


ini la orang ni, 
Pak Hisham Talib. 
Beliau ni sewaktu muda nya pernah merantau ke Europe, India, Pakistan dan AFGHANISTAN. 
cerita Afghanistan tu la yg buatkan kami rapat dan selesa bersembang. 
mula merantau pada umur 21 thn. 
hebat kan. 


kalau dilihat di sini Pak Hisham mmg cam dah uzur sgt. 
tp sebenarnya dia tetap cergas n stay alone before this right after his mom passed away. 
bujang lagi tau. 
hebat sebab menjaga mak dan ayah nya sehingga diarang menutup mata. 


sempat dihidangkan air sirap sejuk ni. 


sebagai kenangan kena la ambik gambar kan. 
macam ada 3 generations di sini. 
umur 70an, 50an dan 30an. 
mmg cam mak pak, anak & cucu. 
comel kan. 


dalam kul 2.40pm kami pun mintak diri. 
Ajam n Daniel akan balik ke KL dan kami nak check in.


bye2 Pak Hisham.
besok sebelum balik Shah Alam kami akan singgah lagi. 
seronok pak hisham melayan kami. 
mcm2 kami sembang. 
ALHAMDULILAH. 
mencipta persahabatan bukan diukur dr umur, status, kewangan.
dicipta atas rasa kasih sayang. 
dalam berkawan kena ada sifat jujur dan ikhlas.
semoga ikatan ni akan terus terjalin. 
okkkk. time to check in. 

 

Thursday, September 17, 2026

New parfum OSMANLI OUD & Ayam Goreng RICHEESE di Plaza Shah Alam.




Dah lama sangat tak beli or tak dapat parfume. 
since arwah pegi mmg i dah tak beli parfume. 
arwah la yg selalu belikan parfume utk i. 
esp bila balik dr outstation mana2. 
pantang lalu kedai parfume di airport. 
kalau beli tu bukan cukup sebotol. 
for sure 2 bottles. 
wajib. 

so since arwah dah tak otutstation mana2.😭😭💔💔
dan since i  hanya kat rumah je.
dan hanya financially pun tak berapa nak elok, 
maka kehendak tak dapat dipenuhi. 
so i mmg hanya pakai balance2 parfume yg lama. 
 
elok benar la last June bila ada sikit kewangan yg menggembirakan maka i beli la new parfume. 
i tak ke KL or any parfume store. 
i beli di Plaza Shah Alam saje. 
i beli di new store parfume di Plaza Shah Alam. 
tak pernah tau pun nama parfume ni. 
tapi bila dah cuba2 tu, rasa suka la pulak. 

tetiba nak tukar taste ala2 mak arab. 
I ambik WOMEN SULTAN. 
kemain kan. 
sultan2 gitu. 
MIHRIMAH THE SUN AND MOON. 
brand ni originally dr TURKEY. 

The luxury fragrance brand is based in Istanbul.
It draws its inspiration from the royal heritage of the Ottoman Empire


if u guys teringin nak cuba boleh click kat website i share kat atas ni. 
i love the smell. 
memang agak strong at first. 
tapi kalau i pakai itu idok ler sampai berbatu tinggal bau. 


counter ni adalah counter yg boleh dikira baru di Plaza Shah Alam. 
di ground level. 


cantik kan display counter dia. 
memang menarik hati. 


cik abe ni pun sedap betul bercakap bahasa arab. 
tapi dia ni mix la. 
berbahasa arab n melayu. 


antara dua pilihan. 
yg biru tu utk men parfume. 
Blue Motion namanya. 
tapi i suka bau nya. 
but then pilihan jatuh pada MIHRIMAH THE SUN AND MOON. 


akhirnya ini yg dipilih. 



banyak pilihan. 



dapat dah kita. 
alhamdulilah.. 
suka sangat. 


selamat duit kita ke sini. 
aloo loo. 
tak pe la kan. 
self reward.


then lepas bab parfume, time to eat. 
anak2 bawak ke sini. 
kita pun makan je la. 
new ayam goreng Indonesia brand. 
dah alam di Indonesia. 
since 2011 lagi di Bandung. 


ada la alternative buat kita.
satu lagi brand MUIZ. 
i rasa semua orang suka brand ni kan. 
especially orang shah alam. 



tak pernah nak elok kalau ambik gambo tu kan. 
anyway i suka dgn ayam goreng ni. 
nanti blh makan lagi. 
tak boleh kerap. 
nanti boleh la ke sini lagi. 

Monday, August 31, 2026

Staycation 2D1N di Legasi Kampung Bharu, Kuala Lumpur.



THROWBACK 

aduhai. 
camne la nak hilangkan penyakit M i ni ek. 
lama sungguh biarkan blog ni bersarang.
kenapa penyakit yg dicarik sendiri ni susah nak hilang.

oklah i merajin sikit hari ni.
ramai yg bercuti ye. 
i ni sebenarnya br je check out dr staycation semlm dgn my siblings.
tak jauh pun. 
belakang rumah ni. 
di area I-city, seksyen 7 ni.
B&B ni suruh check out at 11. 
very earlykan. 
since abg luqman ada keje sikit, dia ajak ngopi kat Coffee Bean I-city.

i yg x tau nak buat apa, terus rasa nak update my blog.
jd kita  menulis la sikit ye.
nak cerita pasal my staycation semalam di KL.

adik2 ajak coti2 mesia di KL.
kami stay di area Kampung Bharu.
cik ti yg belanja stay di B&B ni.
dia pilih LEGASI KAMPUNG BHARU.
mmg area Kg Bharu. 


me and abg luq gerak dr rumah agak lewat. 


dah lama betul tak masuk KL.
hari ni, June 7, 2026, Saturday kami ke KL.


lagi lama la tak rewang2 area kg bharu ni. 
masa arwah ada dulu, dan masih sihat, area ni mmg selalu kami kunjungi. 


kurang lebih kul 7.24pm kami tiba depan ni.
I naik ke rumah dulu then lps maghrib kami pakat keluar dr rumah menuju ke tpt makan. 
memang meriah kawasan ni. 
mmg seronok sgt la. 
jalan sikit terus kami tiba tpt makan. 


kami makan di sini saja. 
kalau nak jalan jauh lagi, mmg lagi banyak. 
malas nak berpenat2, kami stop kat sini dan order food di sini. 


mkn ice cream cam ni buat teringat moment mkn ice cream dalam tempurug kelapa di Hatyai.
cuma banyak kurang stuffs dlm ice cream ni.


my favorite.
ROJAK BUAH.



even waktu mlm, area ni mcm hangat betul.
mmg  cuaca panas affected us.
jd tak keruan dibuatnya.



tapi kanak2 cam ni mana ada istilah panas ke sejuk.
tau nya bergurau je la kan.


tengok la ni. 
memang macam2 perangai sgt la dia ni. 


kegemaran Chef Ciju.
i mmg x heran sbb i bukan penggemar seafood.


makan time. 


i mkn NASI GORENG KAMPUNG.
besar la portion dia.


makanan pun sampai.
kita mkn Thai Food mlm  ni. 



yang makan pedas2, diorderkan ni. 
IKAN KERAPU 3 RASA. 


ni untuk yang tak makan pedas. 
KERAPU/SIAKAP STIM. 


lps makan jalan balik ke rumah. 
lepak2 dulu depan our B&B.
ni la pandangan dari tpt lepak kami. 


mcm2 perangai anak2 buah ni. 


antara sponsor utama. 


pepagi kami mencarik makanan. 
elok sgt warung ni ada di persimpangan jalan. 


singgah di sini.


ingat nak beli food je then naik bilik blh la breakfast. 
eeeee.. seronok makan di sini wak. 



pekena NASI LEMAK BUNGKUS dgn ROTI CANAI. 
mantap. 


i ambik ROTI PISANG. 
dah ehhhh. 


sebahagian lagi masih atas dalam selubung. 


jom kita balik semula. 
let the rest breakfast. 



seronok cuaca pagi ni pun agak nyaman. 


at our B&B pun ada makanan. 
i order ROTI JALA dr kawan. 


utk org rumah kita belikan CEKODOK ni. 


dan NASI LEMAK. 


mcm2 perangai bila bersiap nak check out. 
malas kan. 


alhamdulilah.
pendek je coti2 kami ni.
yg penting kami happy sgt la.


terus plan nak jalan2 carik makan ke Kuantan akhir bulan June 2026.
kita kena throwback je la dulu kan.


berdiri kukuh di sini. 


pandangan waktu pagi dr bilik kami. 
semalam langsung tak berjengah di sini. 
rasa rugi betul. 


INSYALLAH nnt in future blh stay sini lagi. 
harga sangat berpatutan. 
boleh reserve for 2 nights baru berbaloi.