JOM KASHMIR - JANUARY 2027 (WINTER)
EXPLORE AFGHANISTAN - APRIL 2027 (SPRING)
DM: 016 - 9151027
Nanti tengok SINI .
and tengok my TIKTOK ye.
DOODHPATRI in 2018.
Hari ni kami dah stay one night dah di hotel yang baru.
hotel yg i buat reservation sendiri.
tak melalui agent.
semuanya sebab i ni kan kiranya dah ada ramai contact di Kashmir.
but this hotel i carik sendiri sebab dari thn 2012 sampaikan ke thn 2018 i memang tak berpeluang mencari sendiri hotel yang i berkenan di hati.
but the actual reason adalah i nak stay di area Lal Chowk.
utk stay di area ni selalunya agent memang tak berapa agree lah.
coz this area kira area yang agak panas la kot.
sebab riot atau apa2 protest memang di sini la.
i pulak lagi tempat tu 'panas' lagi i suka.
hehehee.
tak laaaa.
sebenarnya i nak stay di area yg dekat dengan area yang local suka pegi.
boleh la shopping cam org local.
kalau guna package ni hotel mmg dah diaturkan utk kita la kan.
sama la jugak masa i buat package ke AFGHANISTAN.
semua hotel yang i stay adalah hotel yang i pilih sendiri.
memang jenuh la buat pilihan tapi hati rasa puas la.
ok la back to our story pada hari ni.
hari ni since malam tadinya hujan.
bila hujan ni memang dah tentu2 sejuk nya sampai ke tulang hitam.
macam2 patch la yg dipakai memasing.
since hari ni adalah FREE & EASY, i thot plan nak jenjalan sekitar srinagar.
tapi zubair ni kacau la pulak suruh i pegi la keluar dr Srinagar.
He suggested, DOODHPATRI.
alaaaa. i dah penah pegi so mcm tak rasa teringin nak ke sana.
i thot i nak ke PEER KI GALI, tp dpt berita yang area ni masih tak blh masuk.
so i dok fikir kita ke DOODHPATRI je la.
apa2 pun kita sarapan dulu.
Masa ni lebih kurang dalam pukul 9.30am.
masih awal.
tapi langit cam tak berapa cantik la.
then hujan pun mula turun.
makan roti2 ni lagi la actually perut i tak berapa nak sedap.
tapi kena makan la kan.
kami mula gerak lebih kurang pukul 10.30am.
tiba di BADGAM ni selepas lebih kurang 30 mins.
perjalanan sepanjang ke DOODHPATRI memang hujan saja.
sejuknya ya ampun.
DOODHPATRI dari SRINAGAR ni tak la jauh mana.
plus minus dlm 45-47km je.
so by road tu kira naik bus dlm kurang lebih 1 jam 30 min cam tu.
tapi hari ni kita pegi tu hujan yang kejap lebat, kejap renyai kita pukul rata almost 2 hours gak la.
Kami memulakan perjalanan dalam pukul 11am.
i sendiri tak berapa sure kenapa kami memulakan perjalanan agak lewat.
mungkin juga sebab hujan kot.
daripada sini, KHANSHAHIB ke Doodhpatri lebih kurang dalam 40 mins lagi.
hujan masih turun.
kami akan pergi ke kawasan tanah tinggi.
so sejuk tu boleh la kita bayangkan.
perjalanan yang sesekali laju dan sesekali slow.
almost at 12.50pm kami tiba di tourist spot di DOODHPATRI ini.
kawasan ni dah terlalu banyak berubah buat i.
dulu pegi sini i bebas je nak berhenti dan ronda2 je dgn kereta.
kami tiba dan melihat sekitar area ni sangat haru biru.
honking here n there.
kat situ la nampak kuda.
nampak ATV.
belum lagi suara penjaga kuda yg mencari customers.
hingar bingar.
setelah berada di sini tanpa turun dari bus kami ambik keputusan utk balik je.
ada 2 hari lagi di Kashmir.
nanti mana2 yg tak tahan dgn sejuk dan hujan then demam or flu ke apa2 lah, lagi susah.
memasing tak lalu nak bertekak dgn org sekeliling di situ.
so kami decided nak carik tpt makan je la.
tak lalu dah.
disebabkan lepas snow.
then hujan, tanah di sini agak berlumpur.
kesian pulak tgk kuda tu bergelut dgn lumpur.
kawasan DOODHPATRI ni adalah kawasan tanah tinggi then the place memang sangat sesuai as the sheeps makan rumput bebas.
menuruni kawasan ini.
kawasan pokok pine memang banyak di sini.
hujan masih lagi turun waktu kami meninggalkan kawasan DOODHPATRI.
nak berhenti2 ambik gambar pun mmg tak sesuai sbb hujan agak lebat sesekali.
lebih kurang 11KM dr situ kami tiba di this resto.
masa kami naik tadi dah nampak this resto.
nampak kira cung la kan.
cantik interiornya.
masa kami masuk nampak satu group geng2 Indonesian sedang makan maybe.
suka tengok resto ni.
very big resto pada i.
dikendalikan oleh anak2 muda.
jom kita order.
sementara menunggu food ni memang adegan la yg dibuat ek.
ada la tu cerita nya.
makanan pun tiba.
kami ordered western food sikit la.
ada pizza and something like cutlet apa tah.
i makan je.
lagipun dah lupa apa ke benda yang dimakan tu.
ada yg order NASI GORENG.
tapi alahaiii.
bukan taste kita la.
macam nak suruh je Chef Ciju masuk dapo diarang tu.
hehehe..
tapi kita telan je la kan.
tup2 ada pulak yang velanja dessert.
mencuba kinda brownies kot.
tapi kurang menepati selera n expectation kami.
kami masih lagi menunggu food yg diorder.
tapi memang agak lama.
kami tiba di resto ni almost at 1pm.
then kami meninggalkan this resto dalam pukul 3.30pm.
agak lama la kan.
mereka kekurangan pekerja.
sayang sekali.
but still kami happy with some of the food.
lagipun staffs semua bagus.
kami sampai di Srinagar dalam pukul 5.30pm.
jam beb.. jam.
sebab ni waktu orang balik office.
kami nak singgah rumah Zubair.
dia ajak dinner kat rumah dia.
tapi sebelum kami ke rumah Zubair kami singgah ke suatu tempat dulu.
ke mana?
nanti kita cerita lain ye.


No comments:
Post a Comment