Pages

Sunday, May 21, 2023

Malam pertama makan malam di SINGGAH SEAFOOD, Pekan Kuah, Langkawi



Lepas checked in kami terus berehat sampai lepas maghrib. 
menghilangkan rasa penat.
dapat ke IDAMAN SURI kejap je tadi. 
cerita our arrival kat SINI
mymommi tak sedap badan dah masa tu. 
ye lah. 
kepenatan lah kan. 
yang kami ni jenis tak sedar diri. 
hehehee.. 
i kemarau dah lama tak jalan weiii. 
sebab tu cergas je i. 
even lutut tu menjerit2 sakit. 
kita gagah kan jua wakk. 


melihat sekitar kawasan Pekan Kuah. 
newtown ni. 


tak nak duduk hotel2 lain. 
HIG pilihan yang tepat buat kami ni. 
penat shopping kita naik bilik. 
ok kan. 

lepas berehat kejap waktu petang tu Cikti turun ke HIG mall tu. 
usha barang2 yang nak dirembat.
dia kan tak cukup masa. 
ye lah orang datang nak bekerja kan. 
congak2 masa memang tak cukup lah. 
habis course pun dah  pukul 5pm. 
HIG tutup at 10pm. 
IDAMAN SURI at 7pm.
sipi2 je time kan. 
tu yg dia pegi kejap beli sikit2 yang dia kenan di hati. 

then lepas maghrib kami semua dah get ready nak pegi makan malam. 
susah hati i you kat langkawi ni. 
Perut i asyik lapar je. 
walhal tadi kat airport dah buat late lunch. 
almost 4pm tu makan. 
ni maghrib dah lapar semula. 
adoiii. 
parahhh. 
parahhh. 

Kami pun keluar lah dari bilik menuju ke tpt makan yang Ciktie dah usha petang tadi waktu dia keluar bershopping tu. 
Beriya2 lah kami berjalan ke situ. 
naik tangga turun tanggan.
then tiba kat resto tu tuan kedai bagi tau dah tak ambik order lagi dah. 
adoii. 
baru pukul 8 wei...

turun semula ke jalan masuk ke bazaar HIG. 
ingat nak ambik grab. 
tapi tak tau nak cari kedai makan kat mana. 
ye lah you. 
everyone didnt even search kat internet pun about makan place. 
kitarang main redah je. 
then tanya2 org. 

ciktie and cikju pun pusing2 balik ke arah hotel. 
then i noticed she talked to one guy.
then that guy bangun dan menuju ke arah me n mymommi. 
senyum2 dia. 
oooo maybe org grab kot. 
atau org teksi kot.
terus dia ajak ke kereta nya. 

sampai ke kereta kami naik la. 
Naik TOYOTA FORTUNER.
gigih mymommi nak naik SUV car ni. 
that guy terus bertanya ok tak ok tak nak naik tu. 
i kan tinggi orang nya. 
langkah je lah kita. 

once naik terus i tanya nama.
Azizan katanya. 
i pun kenal kan diri, saya AZIAN, belakang tu AZURA, NURHAYATI.
Chef Cikju pun tanya u bukan buat grab ke?
hehehhee.
he said, tak lah. 
laaaaa..
ingatkan grab. 
tapi he said, never mind dia hantarkan kami ke kedai makan. 
insyallah sedap katanya. 

then kami di bawak ke sini. 


tgk org tak de. 
tapi percaya INSYALLAH sedap lah makan malam kami nanti. 

then sambung cerita lagi ye. 
i tanya En Azizan dia ada kerja apa di sini?
orang Langkawi ke?
dia jawab kerja sikit2 je. 
i ni kan kepo. 
kerja apa? buat apa?
dia jawab niaga kecik2 je. 
i tanya lagi niaga apa?
bagi tau lah. 
kot2 boleh kerjasama ke..
hehehehe..
dia jawab HIG. 
yg dua kat belakang tu menjerit.
Haaaa!!!!
i ni blur kejap. 
SIG? kerja apa tu?
then lama2 baru i tangkap. 
Laaa. HIG tu kan Haji Ismail Group. 
tuuu.. hotel kami duduk under HIG.
mall sebelah hotel under HIG. 
waduhhh. 
bukan calang2 orang yang tumpang kan kami ni. 
malu weiii. 
this man is soo sempoi. 
humble sungguh. 
down to the earth betul. 
tgk pakaian pun simple sungguh laaa
bersandal je you. 
yang paling mengesankan tu bila dia willingly nak tumpangkan kami. 
siap hantarkan lagi tu. 
which was kami sendiri tak tau nak pegi mana.
tujuan kan nak carik tempat makan. 
maybe dia dah nampak kami keluar dr hotel lagi tadi tu. 
tengok lah 4 mak dara ni jalan slow mlow ni pun kesian lah kot. 


bila kami nak turun dia sama turun gak. 
bila kami mintak nak bergambar dgn senang hati dia setuju je. 
ucapan terima kasih tak terhingga dr kami. 

then dia tanya lagi balik nnt cam ne. 
kami jawab nnt kami ambik grab je. 
sure ke kata nya. 
kami kata grab di sini mudah dan murah. 
so tak jadi masalah. 
maka berpisahkan kami di sini. 

rupa2nya masa kami makan, dia ada bertelefon dgn org kedai makan ni. 
nak bagi tau yang kami ni nak makan di situ. 
then dia called gak staff dia di hotel untuk datang pick up kami di kedai makan ni. 
siap tinggalkan kereta utk staff dia datang ambik kami di kedai makan ni. 
allah baik sungguh hati dia. 

masa tunggu food dihidangkan ciktie pun mengoogle lah. 
ternyata En Azizan bukan calang2 org you. 
CEO of the company. 
dia ada bagi tau yang dia ber7 beradik. 
so dia ni yang paling tua. 
google bagi tau. 

ternyata En Azizan ni mmg baik org nya. 
diakui oleh semua orang yang i jumpa dan bercerita hal kami ditumpangkan. 
means rezeki kami lah sangat kan. 
musafir Langkawi kali ni sangat2 menggembirakan kami. 
ditemukan dgn orang2 baik semuanya. 


Ok lah. 
habis lah cerita CEO ni di sini. 
Kita cerita pasal makan malam kami di sini. 
Kami makan di SINGGAH SEAFOOD. 
tak ramai orang pun. 
cuma ada satu meja yg tgh tunggu food. 
sure cepat lah order kami nnt. 


kami ordered this. 
IKAN JENAHAK GORENG utk mymommi. 


sebelah lagi ikan tu dimasak NYONYA STYLE. 
suggestion dari En Azizan. 
Sedap gak ni
ternyata tepat apa yg disarankan. 


kami ordered KAILAN GORENG. 
ni 2 portions. 
sayur kena banyak kan. 


ni SALTED EGG SQUID. 
sedap. 


TELUR DADAR is a must kan. 
ni utk 4 persons. 


AIR LONGAN pilihan i. 


sorang lagi anak perempuan mymommi tak de. 
yg ada cuma si sulung, si tengah, dan si bongsu. 
doa kan lah impian kami boleh jenjalan 4 beradik perempuan dgn mymommi termakbul nnt. 


ok ok.. 
jom makan. 
tunggu sayur je masa ni. 
Food mmg sedap. 


i tak makan nasi. 
just makan lauk2 je. 
tak mamfu nasi diisi dlm peyut i dah. 
so sila habiskan lauk. 


ternyata dilicinkan.
sedap. 
berbaloi. 


ternyata memang tak ramai org waktu malam ni. 
maybe gak weekdays ni. 
tapi selepas kami dpt food ramai dah mula datang dan makan di SINGGAH SEAFOOD. 

boleh ambik contact number PUAN IRA 011- 10026760.
INSYALLAH food di sini mmg sedap. 
how about price?
kami spent dalm RM95.50. 
tapi dapat discount. 
Just bayar RM90. 
alhamdulilah. 
semoga manusia yang baik2 ini allah kurniakan rahmat buat mereka. 
Mudahkan semua urusan dunia mereka. 
INSYALLAH kami akan dipertemukan lagi di masa hadapan. 
Ya rabbi. 

18 comments:

  1. Wah…rezeki kak Yan disantuni oleh CEO HIG. Baik hati sungguh siap arrange untuk balik hotel.
    Saya suka breakfast nasi lemak pandan di hotel HIG.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..sakan kami jadinya. hehehe.
      Ooo Ujie dah pernah stay kat sini ye.

      Delete
  2. Memang kadang kita suka tak menduga di balik kesederhanaan penampilan ternyata seseorang yg "wow"...salted egg squid...bikin ngiler 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat. semakin berisi semakin tunduk ya. mmg sedap salted egg squid tu. blh bikin sendiri nnt.

      Delete
  3. Pengalaman istimewa.
    Yang nampak sempoi itulah yang biasanya 'orang besar'!

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah rezeki, bukan kaleng-kaleng orangnya 👍
    For me the food is quite cheap sbb dekat Langkawi kot... Sy dah save no ni in case 'tersampai' ke Langkawi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye PH. for me reasonable. ikan pun fresh sangat. nnt blh ke sana ye.

      Delete
  5. Alhamdulillah jumpa orang baik. Haha siap beri tumpang percuma.

    ReplyDelete
  6. Wahhh..rezeki kak Yan jumpa orang yang baik-baik 😍😍😍

    ReplyDelete
  7. Tumpang seronok tengok akak dapat keluar adik-beradik dengan emak. Semoga emak sentiasa diberi kesihatan yang baik, Insha Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah. kita lagi la seronoknya kan. hehehe ameenn. tq doa nya tu.

      Delete
  8. Alhamdulillah rezeki dapat jumpa CEO HIG. Siap bawak makan ke tempat yg orang local je tau. Bila la nak bawak my mom ke Langkawi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye . alhamdulilah.. best kan langkawi. lepak2 je. kalau dah pegi banyak kali no need ulang ke tpt yg sama.

      Delete
  9. waaaa sgt2 rezeki tu dpt layanan CEO, dan kos dinner tu murahnyaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah MZ. Rezeki kan. Alhamdulillah.

      Delete