Pages

Tuesday, October 26, 2021

Jom kita masak LAKSA JOHOR my style my version




siapa suka makan laksa?
siapa suka LAKSA JOHOR. 
mostly ramai orang suka makan laksa utara. 
as i noticed lah. 
i ni pulak kureng sikit. 
makan tu mmg makan lah tapi bukan favorite. 
maybe darah Johor tu kuat lagi. 
tu yang laksa johor je yang terpahat di hati. 

then lama2 i pun dah suka ambik tempahan kalau ada yang teringin nak makan LAKSA JOHOR. 
i mudahkan cara i guna ikan tenggiri untuk laksa i. 
ikan ni sepertinya mahal. 
memang pun. 
tapi ikan ni sangat lah lemak.
plus nak mengerjakannya sangat mudah. 
rebus kejap then buang kan sikit je tulang then kisar. 
mudah dan jimat masa i. 

 dah lama tak masak untuk makan sendiri.
asyik dgn tempahan orang je. 
tu yang berangan2 nak masak. 
tapi lutut asyik menyengat2 sakit. 
terbantut je lah almost seminggu. 
ikan dah lama direbus dan dikisar. 


maka terjadilah ini pada weekend lepas. 
terjadilah seperti yang diangan2kan. 


malas punya pasal. 
daun kesum i tak racik2kan. 
biarkan gitu je. 
lagi senang nak hidangkan. 
SAMBAL BELACAN yang ready ada di peti ice tu. 
ada lebihan yang dibeli semalamnya tu. 
kita guna je ni. 
sebab bukan semua orang dalam rumah i makan sambal belacan ni. 


ini lah portion i. 


sesimple ini lah yang sebenarnya LAKSA JOHOR. 
cuma kekurangan DAUN SELASIH je. 
since dah bertangguh2 tu tadi maka i memang tak membeli pun. 


TIMUN dah siap disiang dan dipotong style orang johor. 
limau ada. 
tauge ada
bawang besar ada. 
orang sekarang ni tambahan ulam adalah BUNGA KANTAN, KACANG PANJANG, dan ASINAN.
kalau dulu2 rasanya tok nenek tak pernah lah pulak buat cam tu. 
tapi maybe tok nenek i lah. 


ni style orang sekarang lah ni. 
malas nak potong/racik halus DAUN KESUM tu. 
Daun ni ambik je dari pot neighbor i. 
memang dah dibagi tau pakai lah kalau nak. 
ALHAMDULILAH. 
tak lah membeli. 


Tadaaaa..
so i share the recipe again di sini. 
boleh cuba pd yang ingin mencuba. 

LAKSA JOHOR
Bahan A.
500 gm ikan tenggiri.
1 asam keping
2 st salt

Cara:
Ikan potong 3 ketul then rebus sama2 asam keping n garam. Dah masak angkat, sejukkan, asingkan isi dgn tulang.  then blend guna air rebusan ikan. kalau pakai pressure cooker sure tulang dia lembut. 
so boleh je blend sama isi ikan. lagi lebih lemak kot. i tak pernah cuba lagi. one dah nak buat lah style gitu. 

Bahan B.
3 buku bwg besar medium - (2 kisar 1 hiris halus).
8 biji bwg putih - kisar
1 " kunyit hidup - kisar (serbuk pun ok).
1 " halia - kisar
3 bunga kantan - hiris. X ltk pun ok. i kebetulan ada dalam peti beku tu. 
4 tb cili blend (ikut suka tahap kepedasan).
100 gm serbuk kari ikan adabi. Daging pun ok. Pedas ikut suka.
200 gm kerisik (I suka guna banyak kerisik)
1 1/2 kotak santan kotak ( anggaran 300gm santan kotak).
1 keping asam keping
Sebuku gula enau
2 kiub chicken stock
Salt

Cara buat kuah
1. Tumiskan bawang besar yg telah dihiris nipis.
2. Masukkan bahan B yang dikisar dan tumis sampai naik bau.
3. Masukkan cili blend n tumis lagi sampai kering.
4. Kari dilarutkan dgn air dulu then tumiskan bersama. (Buat 3 kali kering).
5. Masukkan hirisan bunga kantan dan tumis lg sampai kering.
7. Masukkan isi ikan n tambah air ikut kepekatan yg disukai.
8. Kemudian masukkan santan.
9. Masukkan daun selasih dan daun kesum.
10. Masukkan kerisik, chicken stock, garam, gula enau dan gula pasir.
11. Kacau jangan sampai berkerak.
12. Tunggu sampai naik minyak.
Dah siappp.

* Bhn ulam - timun (org Johor ada style potongnya), bwg, tauge, daun kesum, daun selasih.
Sambal belacan.


saje masukkan di sini gambar model i dgn apron pemberian sorang kawan. 
seronok dapat apron. 
seronok gak dapat pengiktirafan chef ni. 
hehehee.. 
chef family sendiri. 
di dapur sendiri. 
ok lah kan...

 #mystylemyversion #yanrecipe #yaniscooking 

18 comments:

  1. Replies
    1. Cuba lah. boleh buat sikit2 je dulu. takat makan sorang 2.

      Delete
  2. lamanya tak makan laksa Johor. Thanks share resepi kak. Tak pernah lagi buat sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt cuba ye.. tak susah mana. cuma leceh sikit. but still guna ikan tenggiri memang mudah sangat.

      Delete
  3. Suka yang banyak kerisik juga, sedap sangat, lama tak makan, ada resepi sini senang, tkasih share.

    ReplyDelete
  4. adudu sedapnyaaaa tapi malangnya saya bukan penggemar laksa johor. kalau tak,mesti da dapat makan masakan akak heheh

    ReplyDelete
  5. seumur hidup Syu tak pernah makan laksa Johor😂. Harap dah ada resepi ni bolehlah buat😂

    ReplyDelete
  6. memang feveret laksa johor ni...pernah buat sekali..menjadi la jgk..pastu dah malas dah..hahaha..mungkin resepi ahak rumit berbanding laksa utara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul agak rumit sikit sebab nak kena bertumis semuanya.

      Delete
  7. Aduhaiiiii saya pun darah orang johor....tetap laksa johor my peberet dari laksa lain walaupun makan je semua laksa.

    ReplyDelete